Ramai yang ingat bayaran zakat dibuat masa bulan puasa saja (zakat fitrah). Ramai juga yang lupa bila masuk hal zakat pendapatan.
Apa itu zakat pendapatan?
Zakat pendapatan adalah bayaran yang diwajibkan atas pendapatan yang kita perolehi sepanjang tahun. Macam cukai juga la.
Contoh pendapatan yang diambil kira?
Gaji bulanan kita, elaun, bonus. Termasuk juga kalau ada pendapatan lain macam sewa rumah, sewa kedai, untung meniaga sambilan (jual tudung ke). Pendek kata semua pendapatan kita, bukan gaji bulanan dari majikan sahaja ye.
Berapa kena bayor ye?
Cuma 2.5% je dari pendapatan kita. Tak la banyak.Kalau ade duit RM10 000, kena zakat cume RM 250 saje.
Siapa yang kena bayar ni?
Mereka yang pendapatannya cukup haul dan cukup nisab.
Macam mana cukup haul dan cukup nisab?
Cukup haul: cukup tempoh setahun
Cukup nisab: nilai pendapatan setahun lebih daripada harga 85 gram emas.
Kalau pendapatan terkumpul tak cukup nisab?
Tak payah bayor zakat la. Tak layak.
Contoh: harga 85 gram emas sekarang ni RM 10 000. Pendapatan terkumpul kita setahun RM 9 999. Tak cukup nisab tu.Jadi tak wajib zakat.
Takde tolakan ape-ape ke? Kalau gaji RM 2000 sebulan, kena bayar zakat untuk RM24 000 (setahun)?
Kalau nak kira sekaligus macam tu pun bole. Tapi nak buat tolakan-tolakan lain pun bole. Silap-silap lepas buat tolakan tak wajib bayar zakat.
Ye ke? Tolakan ape yang kita boleh buat?
Tolakan yang dibenarkan cuma pemberian pada ibu bapa, belanja isteri, belanja anak, belanja diri sendiri, perubatan, pendidikan, simpanan / caruman ke institusi kewangan Islam( cth: takaful, bank islam dll...). Rujuk Majlis Agama Islam Negeri masing-masing untuk maklumat lanjut.
Macam mana nak kira semua tu?
Senang je. Cuba tengok kalkulator zakat:
Ringkasnya, jumlahkan pendapatan kita setahun. Kemudian tolak dengan jumlah tolakan (untuk setahun). Dapat hasilnya, bandingkan dengan nilai nisab zakat. Kalau lebih tinggi dari nisab, kena bayor la.
Banyak atau sikit zakat yang dibayar ni ikut pendapatan la. Kalau dah pendapatannya beratus ribu RM setahun, banyak la zakatnya.
Banyak atau sikit zakat yang dibayar ni ikut pendapatan la. Kalau dah pendapatannya beratus ribu RM setahun, banyak la zakatnya.
Nilai nisab tiap-tiap negeri same?
Nilai nisab negeri beza ikut negeri. Ade yang same, ade yang tidak. Ikut negeri masing-masing la ye.
Kat mane nak bayor?
Boleh bayar kat pejabat zakat / baitulmal / pusat pungutan zakat negeri masing-masing.
Saya kerja kat Selangor. Kampung kat Perak. Nak bayar kat negeri mana?
Zakat seeloknya kita bayar di tempat kita bekerja dan mencari rezeki. Kalau kerja di KL, bayar kat KL. Tapi tidak le sampai haram dan berdosa bayor kat negeri tempat asal kite..
Boleh ke kalau tak bayar pada pejabat zakat, kita terus bagi pada fakir miskin sendiri?
Kalau dari segi hukum, tak salah. Harus hukumnya. Kita dikira sudah menunaikan zakat. Tapi seeloknya bayar kat pejabat zakat. Lagipun boleh dapat pengurangan cukai. Kalau bayar sendiri pada asnaf (golongan yang layak terima zakat) takde la dapat pengurangan cukai.
Zakat ni hak pengutipannya adalah pemerintah. Jadi majlis agama Islam negeri adalah wakil bagi pemerintah untuk mengutip zakat dan mengagihkan kepada asnaf di negeri itu.
Boleh bayar bulanan tak? Leceh tunggu hujung tahun.
Boleh saja. Buat dulu anggaran untuk setahun. Kemudian kira zakat. Jumlah zakat yang kita dapat bahagidengan 12. Sekarang bayar zakat dah boleh buat tolakan gaji bulan-bulan. Sila rujuk pejabat zakat negeri tempat bekerja masing-masing.
Boleh saja. Buat dulu anggaran untuk setahun. Kemudian kira zakat. Jumlah zakat yang kita dapat bahagidengan 12. Sekarang bayar zakat dah boleh buat tolakan gaji bulan-bulan. Sila rujuk pejabat zakat negeri tempat bekerja masing-masing.
Kalau kita kerja kat kilang arak, kena bayar zakat jugak?
Harta yang halal sahaja kena bayar zakat. Harta haram tak boleh. Pendapatan daripada mencuri, merompak, melacur dan lain-lain kerja haram, tak wajib zakat. Ada faham? Keuntungan pelaburan hasil riba (interest) pun tak boleh zakat sebab haram.
Kalau dah layak tapi tak bayar zakat?
Dosa la bai! Mau masuk neraka ke?Harta yang halal sahaja kena bayar zakat. Harta haram tak boleh. Pendapatan daripada mencuri, merompak, melacur dan lain-lain kerja haram, tak wajib zakat. Ada faham? Keuntungan pelaburan hasil riba (interest) pun tak boleh zakat sebab haram.
Kalau dah layak tapi tak bayar zakat?
p/s: Pada yang terlupa atau tak tahu pasal zakat pendapatan ni, eloklah ambil tahu sekarang ye.Ini benda wajib, bukan main-main.
Ada soalan lain? Sila email atau tanya di ruangan komen.
Ada soalan lain? Sila email atau tanya di ruangan komen.
25 ulasan:
skang ni sme dh senang sebab leh buat potongan gaji direct to pusat zakat negeri pe sme.cuma orang je yg malas atau xtau bahawasanya zakat pendapatan pon kena bayar.ramai anggap yg wajib hanya zakat fitrah je.
betol itu.
cume takut2 ade yang mengelat tak isytiharkan pendapatan lain yang takde slip gaji mcm sewa rumah / kedai, jual air, greng pisang ke dan lain-lain..
pada hal semua tu masuk sekali dalam zakat pendapatan
Mengapa penentuan tarikh permulaan Ramadhan,dan Hari Raya boleh diselaraskan diseluruh negara tetapi soal pungutan zakat TIDAK. Sebaliknya ia ditentukan oleh Majlis Agama Islam Negeri2. Islam itu indah tapi janganlah kita jadikan Agama suci ini sebagai perkara yang boleh dipermain2kan oleh musuh Islam hanya kerana kita hendak menunjukkan kuasa.
Perkara sebegitu adalah perkara furu' yang tidak sepatutnya dijadikan titik perbezaan.
Ya memang ada juga cadangan untuk diselaraskan, tapi elok juga dibezakan. Mungkin dalam hal ini kaedah urf atau 'adatul muhakkamah digunakan oleh ahli fiqh.
Kalau dari mengikut sirah nabawiyah dan juga pemerintahan khalifah al-rasyidin serta empayar selepas itu, gabenor yang dihantar untuk mentadbir satu wilayah berkuasa memungut zakat, dan digunakan juga zakat itu untuk kepentingan penduduk di kawasan itu.
Kalau melihat uruf semasa, pendapatan penduduk bagi setiap negeri ada perbezaan. Kos hidup di KL dan Kelantan atau Pahang nyata berbeza. JAdi hal itu mempengaruhi kadar zakat.
Perkara ini sudah pun diputuskan oleh ahli fiqh. Penetapan pungutan zakat berbeza setiap negeri bukan dibuat semberono tanpa pengligatan mereka yang mahir dalam Fiqh zakat.
Apa pun cadangan penyelarasan itu ada juga baiknya. Terima kasih datang menjengah.
Assalamualaikum,
Nak tanya, 2 soalan:
1. jika kita sudah terlepas untuk bayar zakat pendapatan untuk tahun sebelum ini bagaimana caranya untuk kita bayar balik?
2. zakat pendapatan yang dikenakan ini hanya untuk pendapatan yang dikumpul cukup setahun kan? kalau saya mula bekerja pada tahun 2011 tetapi pada Feb 2011, contohnya, adakah pada tahun 2011 saya wajib membayar zakat?
waalaikumussalam.
saya cuba jawab setakat yang saya tahu.
kalau terlepas bayar, boleh bayar secepat yang mungkin. tiada denda yang dikenakan. boleh pergi ke pusat pungutan zakat negeri/daerah tempat bekerja dan tanya tentang pembayaran.
zakat mesti cukup haul dan cukup nisab. zakat melalui potongan gaji bulanan pun sebenarnya mengikut jumlah setahun.
Kita boleh terus bayar zakat sebaik saja mula bekerja. Caranya dengan membuat anggaran pendapatan setahun (termasuk bonus & elaun), kemudian buat tolakan yang dibenarkan. Jika baki cukup nisab, baru zakat dikenakan. Jumlah zakat itu pula bahagi dengan 12. jadi dapatlah jumlah bayaran zakat untuk sebulan.
atau
untuk bayar secara tahunan, cukup kerja setahun. kira semua pendapatan, kemudian buat tolakan yang dibenarkan. jika lebih nilai nisab, wajib bayar zakat.
ada orang suka bayar setahun sekali, ada juga yang bayar sekali setahun. mana-mana pun boleh sebenarnya.
tolakan yang dibenarkan dari pendapatan tu kena rujuk pada pusat pungutan zakat negeri masing-masing. secara kasarnya tolakan yang dibenarkan adalah belanja untuk diri sendiri, perbelanjaan isteri, anak, pemberian pada ibu bapa, simpanan dalam takaful & institusi perbankan Islam.
As salam,
Sahabat,sy nak bertanya pandangan berkaitan isu di bawah.
dahulu sy bekerja(makan gaji) & ada membayar zakat pendapatan.
kemudian sy menceburi bidang perniagaan.pendapatan sy x menentu.
selama 3 tahun pertama dlm bidang perniagaan,mmg sgt susah.sy terpaksa meminjam duit dpd ahli keluarga just to survive.
skrg sy sudah ada pendapatan lebih sedikit.persoalannye,yg mana sy perlu dahulukan...adakah membayar blk hutang atau membayar zakat?
Tuan Mohamad:
Minta maaf lewat beri maklum balas.
Hutang wajib di bayar, tapi zakat tidak terkecuali. Kita kena lihat jenis hutang kita. Kalau hutang yang berjadual seperti beli rumah dan kereta, itu tak mengecualikan kita daripada bayar zakat.
Hutang perlu diutamakan apabila melibatkan hutang yang benar-benar penting. contohnya kalau tak bayar, boleh muflis atau tindakan undang-undang.
Namun kalau hutang dengan individu, perlu lihat kepada kesediaan pemberi hutang menerima bayaran. sama ada sekaligus, atau ansuran.
Sengaja melewatkan bayar hutang (sedangkan mampu bayar) dan menjadikan hutang sebagai alasan tak bayar zakat akan lebih membrurukkan keadaan.
Seeloknya tuan boleh rujuk pada baitulmal atau pusat pungutan zakat untuk dapatkan lebih kepastian.
Salam.. Sejak mula bekerja saya membuat potongan gaji utk sebuah bdn amal.. Bolehkah itu dianggap sbg zakat.. Bgmn dgn wang diberikan secara terus kpd insan yg memerlukan? Bolehkah dianggap sbg zakat?
sumbangan pada badan amal belum boleh dikira sebagai zakat kerana wang zakat mestilah diagihkan kepada golongan (asnaf) yang telah ditetapkan.
Sekiranya nak beri zakat secara langsung (beri sendiri) perlu pastikan mereka yang menerima tergolong dalam asnaf yang layak menerima zakat.
Salam, saya isteri yang bekerja dan menanggung perbelanjaan rumah dan suami serta anak. Pendapatan suami lebih sedikit dan menanggung hutang peribadi.Bagaimana pengiraan zakat pendapatan saya?
Assalammualaikum..
Saya ada bbrp soalan..
1) saya ada pendptan tetap bulanan sekitar rm2500 sebulan
2) saya juga ada perniagaan tetapi income tak tetap byk naik dan turun ttp anggaran dalam rm1500 sebulan
Soalan saya... sekiranya dicampur kedua-dua pendptn ini sebulan rm4000 ttp tanggungan yg perlu dibyr bulan mencecah rm5000, adakah wajib saya membayar zakat walaupun pendpt vs tanggungan negatif??
Harap dpt membantu sbb saya buntu..
Terima kasih. Assalammualaikum..
sahkah zakat pendapatan saya. jika saya bayar melalui bank in kepada si penerima tanpa memberitahu si penerima.
potongan pendidikan tu untuk anak ke untuk kita ye? Lagi satu sumbangan insurans perubatan diri sendiri dan anak2 pun boleh dipotong ke?
Potongan pendidikan tu utk kita ke atau untuk anak2 ye? Sumbangan insurans perubatan utk diri sendiri dan anak2 pun boleh dipotong ke?
Mohon share tuan
Mohon share ya tuan
salam. bln 2 2017 baru sy dapat hasil baki dari jualan rumah , jadi nya hasil yg dapat tu nak kena bayar hutang, bagi pada org tua, dan baki nya tinggal tak banyak. sy kena ka bayar zakat harta nj
assalamualaikom..... sy tumpang tanye.. sy seorang isteri yg bekerja... dan gaji sy dalam anggaran rm1500.00... boleh tolong kirakan xakat yg peelu sy bayar. sy dr johor bahru.
asaalamualaikom.. sy seorang isteri bekerja dan bergaji lingkungan rm 1500 setiap bln.. wajibkah sy membayar zakat bulanan.. berapakah zakat yg perlu sy bayar.. sy kerja di jb.
assalamualaikom..... sy tumpang tanye.. sy seorang isteri yg bekerja... dan gaji sy dalam anggaran rm1500.00... boleh tolong kirakan xakat yg peelu sy bayar. sy dr johor bahru.
assalamualaikom..... sy tumpang tanye.. sy seorang isteri yg bekerja... dan gaji sy dalam anggaran rm1500.00... boleh tolong kirakan xakat yg peelu sy bayar. sy dr johor bahru.
Salam, saya penerima biasiswa kerajaan, kalau ikutkan nilain, cukup haul & nisab setahun. Saya kena bayar cukai pendapatan tak?
Assalam... Sy seorang isteri yg ada pendptn...pun begitu membantu suami dn keluarga...bagaimana nak kira utk mengetahui kiraan zakat yg perlu d bayar utk sy...
Saya telah betsara dan mendapat pencen berjumlah RM 4100.00 dan suami dpt pencen RM 300.00 berapa saya dikenakan zakat
Catat Ulasan