Khamis, 13 Oktober 2011

Soal jawab tentang aurat perempuan

(Ini versi sembang-sembang dengan budak-budak di sekolah)

Aurat tu ape ustaz?

Nak senang faham, aurat tu bahagian badan kita yang wajib kita tutup. Tak boleh bagi orang tengok. Aurat ni kira aib kita. Patut malu tunjuk pada orang.


Siapa yang boleh tengok aurat kita?

Aurat kita ni ahli keluarga je boleh tengok. Tapi tak sampai hang bolen telanjang bulat pulak dalam rumah.

Sepupu boleh tengok tak?

Mana boleh. Sebab kita boleh kawin dengan sepupu. Senang kira, kalau kita boleh kawin dengan dia, dia tak boleh tengok aurat kita.


Aurat perempuan ni macam mana ustaz?

Anggota yang ditutup masa solat, anggota tu juga yang wajib tutup luar solat.

Muka dengan tapak tangan je ustaz?

Iye dik. Muka dengan tapak tangan je. Kalau kaki tu ada setengah-setengah tempat bole. Kaki ye, bukan sampai betis tu.

Pakai baju lengan pendek tak boleh?

Eh boleh. Tapi dalam rumah je la. Nak pergi luar rumah pakai lengan panjang. Pakai lengan pendek kat luar, eden cubit nanti

Kalau orang datang rumah kita, kena tutup aurat jugak ye?

Kena tutup jugak. Tapi kalau yang datang tu atuk ke, nenek ke, tak pe la. Macam yang ustat cakap tadi, kalau orang tu boleh kawin dengan kita, kena tutup la.

Kalau pakai baju dengan kain yang jarang, nampak dalam tu boleh ke ustaz?

Boleh saje. Pakai je. Tapi dalam rumah la. Kat luar tak boleh.

Kenapa tak boleh? Kan baju lengan panjang jugak. 

Tutup aurat ni bukan tutup je. Kena tutup tak bagi nampak. Kalau jarang sampai nampak tu, haram la hukumnye. Doseeee....Nak dosa tak?

Kakak saya pakai baju kurung, pakai tudung ustaz. Tapi tudung dia pendek. Boleh kan?

Pakai tudung mesti lebih paras dada. Maksudnya mesti tutup dada. Kalau tak tutup dada, saje la bagi free lelaki tengok. 

Mesti tudung labuh yang besar tu ke?

Tak semestinya labuh macam tu. Tapi syaratnya mesti tutup bahagian dada.

Kalau tudung ok, tak jarang, tapi baju dengan seluar ketat?

Boleh pakai, tapi kalau kena cuit dengan orang, orang tenung lama-lama, jangan marah pulak.
Tak tutup aurat tu. Sebab nampak bentuk badan. Macam orang bogel la jugak tu. Tutup satu badan, tapi ketat, ikut bentuk, dada terjojol, kan seksi tu.

Tapi, kalau tak tutup aurat, ikut suka la. Kan dosa tanggung sendiri ustaz?

Ye ke dosa tanggung sendiri?
Kalau ada abang, abang tak tegur, abang pun dosa. Ayah tak tegur, ayah pun dosa, adik tak tegur, adi pun dapat dosa. Mak tak tegur, mak pun dapat dosa. Ustat tak tegur, ustat pun dapat dosa...

Kamu marah tak kalau kamu pakai seksi, ustat tenung je badan kamu?

EEeee ustat buaye! Gatal ustat ni. Tak jaga mata.

Dah kau yang tunjuk seksi-seksi, bukan nak suruh orang tunjuk? Orang tengok marah pulak. Taknak orang tengok tutup la. Lain la kalau dah pakai elok, tapi orang dok tenung je,

Tapi kenapa kena wajib tutup aurat ustat? Kan hak kita la nak pakai apa pun.

“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU... MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.” 
(an-Nur: 31)

“Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali supaya mereka tidak diganggu”
(al-Ahzab ayat 59 )

Ni antara ayat dalam Quran. Maksudnya Alah yang suruh kita tutup aurat.

Kalau ustat pakai seluar pendek macam mana?

Mana boleh ustat. Ustat kan ajar pendidikan Islam. Tak sesuai.

La, kalau kamu kata kamu suka hati nak pakai seksi, ustat pun ikut suka la nak pakai seluar pendek ke pergi sekolah.

Kamu Puasa tak masa bulan Ramadhan?

Puasa la ustat. Mana boleh tak puasa.

Kenapa pulak kamu puasa?

Kan itu perintah Allah. Hari tu ustaz yang ajar ayat quran pasal wajib puasa.

Habis tu, tutup aura pun perintah Allah jugak. Ada jugak dalam Quran. Kenapa nak ikut yang puasa je, tapi tutup aurat tak nak ikut? Perintah Allah kita boleh pilih-pilih ke nak buat atau tak nak?


(ade soalan lain silalah tanya ye...)

2 ulasan:

nur_adriana16 berkata...

assalamualaikum..ustaz saya nak bertanya sedikit..jika seorang wanita yang tidak menutup aurat tetapi tidak pernah meningalkan solat..adakah solatnya itu diterima??

Nur Fauzi berkata...

Terima kasih kepada yang bertanya. Saya cuba menjawab dan berkongsi setakat yang termampu.

penerimaan solat itu adalah hak mutlak Allah. Tak siapa yang boleh tentukan...hinggakan malaikat sendiri tidak tahu..

Jadi kita tidak boleh semberono mengatakan solat sesorang tidak diterima Allah. Sebab kita sendiri pun tidak tahu solat kita diterima atau tidak.

Cuma, sudah tertulis dalam Quran yang maksudnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar...Maksudnya sepatutnya solat yang kita lakukan seharian mendorong dan membantu kita menjauhi maksiat..

Tidak meninggalkan solat, tetapi tidak menutup aurat. Dari segi kewajipan menunaikan solat, dia sudah terlepas.
Tetapi dosa membuka aurat masih lagi dapat selagi dia mempamerkan aurat itu.

Tapi kan, cuba kita fikir..Mana pergi kekuatan solat itu kalau kita masih lagi tidak mahu mengikut perintah Alah. Menutup aurat juga satu perintah Allah. Bukankah Allah telah jelas mengatakan solat mencegah perbuatan keji dan mungkar? Tapi kenapa ya kita masih langgar perintah Allah walaupun kita solat?

Masalah kita semua (termasuklah saya) pada hari ini, kita tidak membawa disiplin solat itu ke luar dari solat, ke dalam hidup seharian kita. Sebaliknya kita sering mengheret masalah dunia masuk ke dalam kotak pemikiran kita semasa solat.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...