Khamis, 20 Oktober 2011

Questnet / Qnet Malaysia. Scam?

(ini pandangan dan analisis peribadi. Anda boleh tidak bersetuju dan meninggalkan komen. Tapi komen dalam keadaan berhemah)


Bagi mereka yang biasa membaca blog aididmuaddib, munkin telah tahu dengan isu ini. 

Tak perlu dijelaskan tentang maklumat Quesnet/ Qnet ini di Malaysia. Semua itu boleh diperolehi melalui enjin carian di internet.

Syarikat ini memang telah terkenal. Malah ada juga memberikan tajaan atau sponsor kepada pihak-pihak tertentu. Jumlah tajaan juga bukan sedikit, cecah juga jutaan ringgit.

Qnet ini juga mendapat lesen AJL di Malaysia. Maksudnya dari segi undang-undang sivil, syarikat ini sah aktiviti dan pergerakannya.


Ada beberapa perkara yang saya tidak setuju mengenai syarikat ini.

Pelan pemasarannya terang-terang sangat kontra dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh JAKIM. Tambahan pula syarikat ini tidak mempunyai penasihat syariah yang dilantik. Bahagian mana yang mengundang kontroversi. Ada banyak, namun saya hanya senaraikan sedikit.

Dari segi akad yang digunakan tidak jelas dan nyata. Akad apa yang digunakan dalam MLM ini. Adakah cukup dengan akad jual beli sahaja?

Konsep head hunting - syarikat gagal memantau pergerakan ahli yang berfokus kepada head hunting. Produk hanya tempelan sahaja. Yang penting ramai ahli masuk dan beli produk dengan banyak.

Produk tak diperlukan - kebanyakan produk sebenarnya tidak diperlukan oleh ahli yang menyertai. Jadi ahli membeli produk semata-mata mahu menyertai pelan dan mahukan keuntungan. Bgaimana ahli nak jual produk kalau produk itu pun dia sendiri tak perlukan?

Harga produk melampau - harga bagi produk seperti pendant dan biodisc terlalu mahal. mencecah ribuan ringgit untuk satu produk. Tidak diketahui justifikasi apa yang digunakan untuk meletakkan harga produk yang terlalu mahal. Keberkesanan produk juga diragui.

Penipuan produk?  Produk yang dikatakan hebat itu kemungkinan  besar hanya sembang semata-mata. Teori sains berkenaan produk seperti biodisc hanyalah teori yang tidak dapat dibuktikan kebenarannya. Teori berkenaan scalar energi itu juga dicabar dan dikatakan menipu oleh kebanyakan saintis di luar negara. Bagaimana produk yang diasaskan oleh teori yang ridak pasti (kemingkinan besar penipu) boleh dijual kepada orang ramai dengan harga yang amat mahal?


sekeping kaca yang diragui keberkesanannya bernilai ribuan ringgit?

Dari segi akad jual beli sekalipun, sekiranya ada masalah pada barang yang hendak dijual ( produk tidak nyata, tipu, dll) maka ada masalah pada rukun jual beli yang berlaku. Rukun bermasalah, jadi urusniaga itu juga bermasalah. (sila semak semula rukun jual beli. Setiap rukun mempunyai syarat yang perlu dipatuhi. Tak boleh sekadar ada, tapi syarat tak cukup.)

Penipuan syarikat? Syarikat Qnet ini dikaitkan dengan penipuan skim piramid di luar negara. Syarikat ini juga diharamkan dibeberapa negara seperti India, Afrika, Sri Lanka, dan juga Indonesia. Klik link di bawah untuk berita berkenaan Qnet.

Penghinaan kepada Islam - Ada produk yang dijual dikatakan mempunyai tenaga/ energy/ chi. Pemakainannya boleh memberikan kesan kepada kesihatan tubuh si pemakain. Tapi cuba lihat pendant yang dijual dalam gambar di bawah.


Saya boleh katakan ini sebagai penghinaan dan mempergunakan agama untuk kepentingan perniagaan. Semua pendant di atas dikatakan mempunyai chi. Cross pendant, ohm pendant dan Allah pendant. Nampak macam liberalisme pun ada. Macam menyamakan semua agama?
Walaupun pendant kalimah Allah itu tak dijual di Malaysia, namun syarikat yang mengeluarkan itu adalah syarikat yang sama.


Ada yang tak puas hati

Ada yang tak puas hati, katanya kau siapa nak komen. 'Kau bukan penasihat syariah'. 

Pada yang komen begitu, mengikut garispanduan MLM JAKIM, saya layak menjadi penasihat syariah jika dilantik kerana mempunyai kelulusan minimum iaitu Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Muamalat. Saya berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Ekonomi dari Universiti Malaya

I'm not an expert like other Islamic scholar, but i've learn basic about islamic economy, islamic economy transaction, islamic finance (including islamic banking), how islamic banking and finance operate, islamic taxation, islamic insurance and takaful, fiqh muamalat, zakat and zakat accounting, etc...at least i have basic knowledge to give comments about Qnet from syariah view.

Terus terang kalau ambik tajuk Qnet ni, buat paper projek untuk tahun akhir, confirm keputusannya Qnet menjalankan urusniaga yang tidak patuh syariah. 

27 ulasan:

juruteraelektrik berkata...

Untuk pengetahuan saudara qnet mendapat fatwa dari darul ifta mesir. Saya rasa semua tahu bahawa badan ini mempunyai ilmu ijtihad yang tinggi. Jika saya saudara, saya sangat malu untuk mengatakan ilmu saudara tersebut berbanding dgn badan ini. p/s: google la sendiri. Fatwa ini dikeluarkan dari tahun ke tahun. Kalau malas, saya boleh bagi. Sesiapa yang benar2 memahami pelan pemasaran qnet akan menyedari bahawa ini bukanlah sistem piramid. Yang berada di atas tidak semestinya kaya drpd yang berada di bawah ( situasi ini telah banyak berlaku contohnya kpda sy sendiri.) Ini bukan sistem cepat kaya. Ini sistem pasti kaya bagi sesiapa yang bekerja keras. Saya merupakan jurutera elektrik. Usaha 10tahun di firma jurutera dan usaha 3 tahun di Qnet, di Qnet lebih membuahkan hasil berlipat kali ganda. Saya bukan mata duitan. Tapi sebagai manusia, kita perlu lah berusaha untuk menjadi lebih baik. Memetik hadis, (tegur kalau silap) "Solatlah seperti anda akan mati eok hari, Bekerja sepertia nada akan hidup selamanya. ". Pendapat saya yang sudah lama berkecimpoung dalam dunia korporat, sistem piramid yang sebenar ialah pada traditional job. contoh, kerja keras mana pun kerani takkan dapat lawan income manager. Tapi sekiranya anda berkerja keras dan upline anda malas, insyaallah anda dpt memotong income berkali lipat. Tidk pernah berlaku apabila seorang upline malas, dia akn menjadi kaya raya. Upline yang berjaya adalah upline yg sentiasa mendorong downline nya dan kebiasaannya bekerja keras dlm tempoh 3-5 tahun. Hanya selepas itu dia goyang kaki. Mengenai produk, ironinya rata2 org yg mempersoalkan biodisk tidak pernah menggunakannya. R & D biodisk mengambil masa 25 tahun, dr. ian dr german. ianya mahal kerana ditukar ke mata wang malaysia. kosnya ialah 400 euro. Sebagai seorang yang berpengetahuan dalam ilmu fizik, tidak sukar untuk saya mempercayainya. Setelah mebuat kajian sendiri, sy juga terkejut. Mak cik saya sendiri seorang pesakit kencing manis kronik, doktor telah memberi amaran untuk memotong kakinya. Setelah menggunakan rawatan biodisk, kurang sebulan, kakinya tidak jadi dipotong. Begitu juga adik saya yang mengalami asma kronik telah sembuh sepenuhnya. Harga biodisk tidak ternilai berbanding nyawa. In fact sangat murah. Semua kawan2 sy yang minum biodisk semasa mengandung, anak mereka tidak ada seorang pun mengalami sakit kuning. Biodisk telah mendapi sijil pengiktirafan dr pelbagai makmal terkemuka dunia. Nasihat saya pada saudara, jika ilmu tidak cukup, tidak perlulah mewar-warkan cerita yang tidak betul. Sekali anda menutup rezeki orang lain, entah berapa kali Allah akan menutup rezeki anda. Saya memegang konsep ini. Dari dulu jika ada org promote apa2 sy dengar saja, sy x condemn. Walaupun saya tidak berminat untuk menyertai, saya tolak secara baik. Kerana saya percaya sekali kita menutup rezeki org ( dengan menghebahkan cerita fitnah- tidak betul, Allah akan menutup berkli ganda pintu rezeki anda).

juruteraelektrik berkata...

Saya merupakan jurutera elektrik berpengalaman 10 tahun dalam dunia korporat. Saya memegang ijazah lulusan dr Imperial College of London. Dan juga memegang MBA dr Princeton University. Saya telah melibatkan diri dalam perniagaan Qnet selama 3 tahun.Saya pinta komen ini disiarkan jika saudara rasa saudara benar. Ya, jika dibandingkan dengan saudara ilmu agama saudara lebih dalam. Saya ingin ulas mengenai pelan pemasaran. Untuk menjadi IR qnet (qualified bt bisnes) anda hanya perlu purchase any product minimum rm1000. Setiap modal mempunyai nilai BV masing2. yuran hanyalah RM30 sekali seumur hidup. Tiada renew, tiada istilah akaun expired, tiada maintain. Dalam qnet, anda tidak perlu beli barang banyak2 untuk qualified. Anda hanya perlu beli 1 barang dan gunakan sendiri. Apabila ada orang yang hendak membeli, semasa itu bru anda order secara online di laman web qnet. Register, purchase, everything online. So tiada istilah kita menjadi stokis. Modal hanya sekali seumur hidup. Main income yg pertama, personal refer dibayar almost 10%. Income yang kedua (plg utama) apabila berlaku 3000 bv di kiri dan 3000 bv di kanan, anda akan dibayar 250 usd = rm825. Contohnya, pembelian biodisk bersamaan dgn 1050 BV. Mengikut perkiraan saya, ini bersamaan dgn 8%. Pembayaran yang cukup besar jika dibandingkan dengan syarikat lain. Memandangkan ini sistem binari, ada kiri dan kanan. Maka, kita dapat memotong income upline. (Perkara ini sudah banyak berlaku di qnet temasuk saya sendiri). Upline juga boleh meletak orang di bawah downline(overspill)=di sini jelas menunjukkan teamwork. Upline yang berjaya adalah upline yang banyak membantu dan memotivasikan downline. Ini bukan sistem cepat kaya, ini sistem pasti kaya bagi mereka yang bekerja keras. Hanya setelah bekerja keras dalam tempoh 3-5 tahun barulah mereka boleh goyang kaki. Sesiapa yang berpengalaman dalam qnet, akan menyedari inilah bukan sistem piramid. Saya merasakan sistem piramid yang sebenar ialah traditional job. Contohnya kerani bekerja sekeras mana pun tidak akan dapat overtake income manager. Untuk pengetahuan saudara, Qnet bukan sahaja membayar apabila kita merekrut. Qnet juga membayar apabila berlakunya repeat sales. Produk repeat sales adalah serendah rm100. Setiap produk mempunya nilai BV dan RSP. Nilai tersebut boleh di cash out dan tidak mempunyai tarikh luput. So ada 2 income, BV dan RSP. Ditekankan Qnet tidak mewajibkan repeat sales tetapi sangat menggalakkan dengan memberi bonus lebih kepada sesiapa yang melakukannya. Saya sangat tidak faham mengenai ulasan saudara bahawa akad tidak jelas? MAksudnya? Anda purchase produk online guna cash or credit card, then anda boleh pick up di office. Kalau jauh dr office, item akan dishipping dan biasanya sampai dalam 1-2 hari. Plg lmbt 3 hari.Saya meraskan sistem Qnet sangat sistematik dan telus. Anda tidak perlu isi boang dan pos. Segalanya online. 100% e-commerce. Di semua pelosok dunia asalkan ada internet, anda pasti dapat melakukan pembelian. Masalah anda ialah anda hanya tahu condemn tanpa mengalami nya sendiri. Mengenai produk, akan saya ulas di komen seterusnya.

Nur Fauzi berkata...

Kita ada di Malaysia.
Bukan di Mesir.
Ada garispanduan di Malaysia.
Sejauh mana Qnet mematuhi garispanduan MLM syariah JAKIM.

Tulis panjang berjela, tak menjawab apa pun keraguan terutama dari sudut syariah.

Sebagai orang terpelajar, sepatutnya anda fajham isu utama yang ditimbulkan. Bukan susah sangat pun.

juruteraelektrik berkata...

Ya, kita berada di Malaysia. Majoriti IR Qnet adalah penduduk di luar negara untuk pengetahuan saudara. Seluruh IR adalah 8 juta lbh. di malaysia hanya hampir 200,000. Jadi, Qnet membuat keputusan untuk mendapatkan fatwa terus daripada darul ifta mesir (international). Menurut apa yg sy tahu ( berdasarkan apa yg dibgtahu penuntut bidang agama-sila tegur kalau salah) even hakim yang tidak berkelulusan dr sana pun tidak layak untuk mejadi hakim di sini. Saya tidak merasakan apa2 yang bertentangan dgn jakim. head hunting? akad tidak jelas? justeru itu sy explain panjang lebar di komen yg sebelum mengenai pelan pemasaran yg bertentangan sekali dgn apa yg anda katakan. Kenyataan anda 'masuk dan beli produk dengan banyak' adalah sangat tidak tepat. dari dulu lg modal saya hanya chi pendant. saya hanya membeli 1 chi pendant. tp sy juga melakukan repeat sales atas kerelaan sendiri ( company tak wajibkan, tp kalau bt dpt bonus lebih). Kami hanya order sekiranya ada yang ingin membeli on the spot. Tidak ada istilah stokis. Memang ada kumpulan yang hanya explain pelan pemasaran tanpa tekankan produk. Kumpulan ini berbangsa cina dan india (bkn perkauman, kami berkawan baik dgn mrka, cuma memperjelaskan realiti). Tetapi semua grup melayu islam so far tekankan produk. Sangat ramai yang join sbb produk saudara. Mengenai keberkesanan produk, nanti lah sy explain. Saya nak saudara jelaskan apa yang tidak betul secara spesifik kerana apa yg saudara post banyak fakta yang salah.

juruteraelektrik berkata...

saya harap saudara dapat perjelaskan apa yg tidak betul dari segi syariah kerana apa yg saudara post di sini banyak fakta yg salah. ingat saudara, meyebarkan benda yang tidak betul itu fitnah.

Nur Fauzi berkata...

Jadi sila baca semula garispanduan MLM JAKIM dan lihat syaratnya bagaimana satu MLM itu boleh dikategorikan sebagai harus. Memandangkan beroperasi di Malaysia dan ada lesen AJL, perlulah ikut 'uruf' di Malaysia.

juruteraelektrik berkata...

Saya sudah membaca dan saya merasakan tidak ada yang salah. Ironinya, saudara dari tadi asyik2 memperkatakan tidak memahuti syariah (garis panduan JAKIM). Tapi, saudara gagal sama sekali untuk memperkatakan secara spesifik dan jelas apa yang salah? jika hujah saudara adalah post di atas, fakta anda sangat salah. sudah sy ulas serba sedikit di komen sebelumnya. cuma sy belum menerangkan secara spesifik mengenai produknya.

Nur Fauzi berkata...

Nampaknya ada yang anda tertinggal baca dalam garispanduan itu.

Tak apalah. anda bebas berikan komen di sini.

Siapa tokoh muamalat tempatan yang mengesahkan dan menyemak sistem serta produk Qnet? Seperti yang telah dijalankan oleh beberapa syarikat seperti stormreaders, score A dan HPA? Hal ini ada disebut dalam garispanduan itu.

juruteraelektrik berkata...

ya, mengenai itu saya memang terlepas pandang. terima kasih kerana menegur. Yang itu saya akui belum pernah mendengar tokoh muamalat tempatan. Untuk pengetahuan saudara, Qnet dalam kalangan melayu islam adalah sangat sedikit. Ramai tp sangat sedikit jika dibanding cina dan india. Malah, business presentation yang diadakan di crystal crown seminggu sekali hanya dalam bahasa cina, india dan inggeris. Group melayu masih ciput, saya sering pergi ke training dan terkejut group kami yang hanya sekelompok. Tetapi downline saya juga terdiri dr pelbagai bangsa. Apa yang ingin ditekankan yang berbangsa melayu sangat sedikit.Kebanyakan yang berbangsa Islam adalah dari luar negara. Sebab itulah Qnet mengambil langkah terus untuk mendapatkan fatwa dr darul ifta mesir. darul ifta bkn badan yang senang untuk diluluskan. Mengambil masa 3 tahun mereka mengkaji sebelum mengeluarkan fatwa. Kami masih memperjuangkan untuk memperbanyakkan melayu Islam. Tapi dari segi lain yang ditetapkan oleh jakim, tidak ada satu pun yang berlawanan dengan Qnet. Selain dari tersebut, apa yang dipost adalah saudara banyak fakta yang salah. Mengenai Qnet scam dan sebagainya, saya tahu saudara mengambil dr wikipedia. Ingat, sapa2 pun boleh alter wikipedia. Saya pun boleh. Anda pun boleh. Wikipedia bukanlah sumber yang boleh dipercayai. Jika anda bt research, anda tidak boleh meletakkan wikipedia sbg sumber rujukan kerana sapa2 boleh alter. Di sana jelas menunjukkan org yg bt tu ingin menjatuhkan Qnet, kemunkinan besar saingan nya. Ironinya, banyak fakta yang patut dijelaskan mengenai kontroversi tersebut (jalan penyelesaian) tidak disebut. Semuanya buruk2 belaka. Kalau saudara berfikir, mengapa Qnet tidak upah sahaja org untuk mengubah, hack ke fakta2 tersebut (memandangkan wikipedia senang diubah). Sebab Qnet sangat pantas. Dia x buat macam tu pun berjuta2 orang join. Memang sangat pantas saudara. Saya ingat mula2 sy join dulu almost 3 juta je. sekarang dah 8 juta lbh. Cepatnya.. Kalau mula2 dulu memang produknya boleh disangkal. Tapi dengan perkembangan syarikat, produk semakin byk.

Nur Fauzi berkata...

my argumument about qnet is clear.

Berkenaan hal patuh syariah dengan garis panduan MLM JAKIM. Itu isu yang paling utama.

juruteraelektrik berkata...

pada pendapat saya, yang jelas hanya mengenai 2 panel syariah. Justeru, yg lain hanyalah fitnah semata2 ( kebanyakan post di atas adlah salah, sangat salah). Saya tahu saudara berniat baik untuk menjauhkan orang lain drpda ditipu. tetapi saudara juga perlu menyatakan pro dan kontra. Nampak sangat bias. Saudara hanya ingin mencari lompang shaja. Menutup rezeki orang lain dengan menyebarkan fitnah itu berdosa saudara. Saya bkn ingin membuka pekung di dada. Saya dulu pantang sekali menghina org terutamanya dgn menyebut 'bodoh' sbb saya percaya sekali kt sebut org bodoh, sepuluh kali malaikat doakan kt balik. Alhamdulillah, saya dikurniakan akal yang tajam. Kt doa baik, malaikat doa baik kat kita. Saya juga percaya benda yang sama mengenai rezeki. Sekali kt tutup rezeki orang, wallahualam berapa byk pintu rezeki kita Allah akan tutup. Sbb tu lah kalau downline saya tampal flyer pun, sy larang diaorg tutup flyer org lain. Saya selalu pesan jangan sesekali tutup rezeki org lain. Sampai skrg rezeki saya dimudahkan oleh Allah. Alhamdulillah. Dari dulu lagi perjalanan saya dimudahkan. Ini cuma nasihat saudara. Maaf sekiranya saya melebih. Mengenai produk akan saya perjelaskan esok hari. Dah lewat dah ni. Assalamualaikum.

Nur Fauzi berkata...

Ini pendapat peribadi saya.
Tiada paksaan untuk baca dan percaya. Jika kamu yakin dengan apa yang akmu tahu, begit juga dengan saya.

Saya tetap ragu-ragu dan mengajak orang lain meninggalkan perkara seperti ini

zul anuar berkata...

amacam dgn qnet bleh join ke tak ni..

Tanpa Nama berkata...

very good!

Tanpa Nama berkata...

Hishh mcm2la org meleis niii

Unknown berkata...

10tahunlepas,saya telah beli produk berharga us 530,sudah 10tahun tak dapatsebarang untung,hanya dapat simpan the money coin set sebagai simpanan .ada sesiapa yang berminat boleh hubungi.saya.saya hanya akan jual balik.coin set itu dengan harga us600

Unknown berkata...

10tahunlepas,saya telah beli produk berharga us 530,sudah 10tahun tak dapatsebarang untung,hanya dapat simpan the money coin set sebagai simpanan .ada sesiapa yang berminat boleh hubungi.saya.saya hanya akan jual balik.coin set itu dengan harga us600

Unknown berkata...

Yu Siauling tak berkerja bersungguh sungguh. Ini bukan skim pelaburan. Dari segi halal dan haram telah jelas. Jika darul ifta mesir telah fatwakan halal maka tidak perlulah ragu ragu tentang statusnya. Yang ragu ragu itu kerana kedangkalan ilmu yang tak kemana pun jika di bandingkan dengan ulamak darul ifta mesir. Kalau just BA syariah tak payah lah berlagak macam tokoh mujtahid. Sedarlah diri, ba dan ma ni tahap orang awam je.. Belum alim lagi. Maka ikutilah pandangan para allamah. Jika tak tahu maka bertanyalah. Jangan berfatwa dalam keadaan jahil.

Nur Fauzi berkata...

Bang ilias. Amacam hari ni?

Nur Fauzi berkata...

Hai bang ilias. Dah ada simpan barang qnet lagi tak?
Sampai sudah lenyap terus qnet ni kat Malaysia. Hal patuh syariah muamalatnye dah ke laut dalam nampaknye.

mohammad nizar berkata...

Apa cerita quest net

Tanpa Nama berkata...

Apa cerita quest net

Tanpa Nama berkata...

Apa cerita quest net

mohammad nizar berkata...

Apa cerita quest net

Nur Fauzi berkata...

Masih aktif?

Nur Fauzi berkata...

Haluuuuuuuu. Apa cerita hari ni semua?????
Ada dah pengesahan apa-apa pasal qnet ni???

Yahya Haidrus berkata...

Assalamualaikum tuan...saya yahya dari jb...ahli qnet...nak mintak tolong nak dptkan slide bisnes presentation qnet dlm bahasa malaysia. Wasap saya tuan www.wasap.my/+60139999524

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...