Blogger ini baru setahun menulis blognya. http://aididmuaddib.blogspot.com/
Namun tempoh setahun itu sudah cukup untuk menggemparkan dan menggegarkan .dunia MLM
Mungkin ramai yang tak pernah dengar. Tapi semakin hari semakin ramai yang mengenali blog Aidid.
Baru setahun, dah berjuta kali dilawati. Kalau letak iklan nuffang/advertlet/innity mesti dah banyak dapat hasil.
Tapi tujuan blognya tidak bermotif keuntungan, cuma menyalurkan maklumat kepada rakyat malaysia berkenaan skim piramid dan juga MLM
Pembongkaran gelang magnet dan kaitannya dengan AC Mizal nyata memberikan impak besar pada syarikat itu. Gelang Ac Mizal lingkup dan jatuh teruk. Ramai yang mengkritik AC Mizal dengan bisnes gelangnya itu.Antara artikel berkenaan AC Mizal. klik.
Sesiapa yang berkesempatan atau belum mengenali blog aididmuaddib, silalah berkunjung ke sana. Banyak pembongkaran berkenaan MLM yang dibuat. Fakta yang diberikan sukar disangkal berdasarkan pengiraan statistik dan teori sains.
Banyak syarikat MLM di Malaysia yang dibongkar dan diteliti termasuk syarikat terkenal seperti Hai-O, HPA, Score A, Amway, Ads4buck, Hyprobulk dan lain-lain lagi.
Namun pengunjung diharap dapat membaca dengan sabar lantaran laras bahasa yang digunakan sangat berbeza. Jangan impikan bahasa seni bersopan santun. Tumpukan pada fakta dan maklumat yang dibawa.
Saya secara peribadi menyokong blog ini kerana fakta yang dikemukakan sukar disangkal. Kebanyakan fakta yang dibawa berkaitan dengan pengiraan matematik dan pembuktian dari segi teori sains.
Kalau ada yang panas hati baca blog Aidid, beredar saja tanpa membuat komen yang bukan-bukan.
12 ulasan:
mmg slalu baca tp bahasa dia ckup lantang lagi pedas.tergelak2 je bce kadang2.hahaha
pada saya, bahasanya terlalu kasar, sangat kasar.. tidak kisah kalau dia mahu memberi pendapat atau fakta atau auta.. tapi bahasa jiwa bangsa, bahasa melambangkan peribadi kita... bahasa represent our culture...
tidak berapa molek la kalau non-muslim tengok org melayu bercakap kasar-kasar kannn
just my 2 cents ;)
betul
masa mula baca dulu ambik masa nak sesuaikan bahasanya.
itu dari sisi negatifnya
tapi isi yang dia tulis tu memang betul, memang kita kena ambik pengajaran.
hari ni makin ramai yang celik dan sedar tentang permainan skim piramid dan MLM.
tak pernah percaya apa2 yg ada unsur MLM...
bloglist da siap...
rakyat Malaysia ramai yang percaya dan terpengaruh dengan skim mcm ni..mcm kes swisscash dulu. yang kena kelepet melayu.
which one important, bahasa atau bangsa?
take a deep breath and think deeply.
cek chun:
sebab tu kita mesti ada minda analisis =)
fakta yang betul, mesti ditegakkan.
Kalau asyik berbalah isu bahasa,terkebelakang kita asyik kena scam je.
apepun..saya sokong Aidid!
tak penah dengar pasal adib..baru nak baca..
saya tak percaya pada MLM.
ada rakan yg masuk MLM sampai tipu kawan sebab mahukan duit.
p/s: sushi kebanyakkan ikan mentah. tapi ada juga yg masak. sedap atau tidak bergantung pada individu. pada saya, nasi dia manis. itu yg sedap. bahan penting sushi adalah seaweed.
oli-go:
kalau baru nak baca, jgn terkejut ye bukak blog tu.
bagus untuk menambah ilmu tentang permainan skim piramid dan MLM.
dhiera:
kawan tipu kawan. memang selalu jadi dlm mlm tu. sebab ramai yang terpesona dengan janji2 kosong.
lom penah masuk lagi blog beliau ni...baru nak test masuk....
apan: bahase die kasar habis tu. tapi masuk akal la hujjah dia
Catat Ulasan