Ahad, 16 Oktober 2011

Bob Lokman - di sisipan Pancaindera Migguan Malaysia

(Mood marah)

Terbaca komen berkenaan Bob Lokman. Lihat keratan akhbar.

klik untuk besarkan

Bila baca komen Joyah berkenaan Bob Lokman, rasa nak acungkan jari tengah pada si Joyah.  $$%%**##!

Siapa dia nak katakan artis yang dah berhijrah tu tak betul.

Pendapat peribadi saya, bukan Bob Lokman sewenang-wenangnya mahu berceramah. Orang yang jemput dia datang.

Takdenye penceramah datang ke satu tempat sebab dia yang beriya-iya muka tak malu mintak nak berceramah disitu.

Dia dah dapat hidayah. kamu bila lagi?

Pernah dengar Bob Lokman ceramah? Kalau tak pernah dengar jangan komen banyak kata dia mengeji orang sana sini.

Sama seperti Sham Kamikaze atau Azmil Mustafa, masyarakat memanggil mereka untuk mereka berkongsi kisah hidup mereka bagaimana mereka boleh berubah. Masyarakat menerima mereka dengan baik. 

Hakikatnya kalau dengar artis yang mengalami perubahan akan mengatakan dunia hiburan di Malaysia penuh dengan dosa dan maksiat. Ini realiti yang perlu dihadapi.

Nak jadi pendakwah tak perlu tunggu diri betul-betul baik sempurna. Kalau semua pendakwah nak buat begitu, memang tak berjalan dakwah ni.

Apa yang menjadi isu utama di sini adalah, Bob Lokman secara terang-terangan mengisytiharkan dirinya ahli PAS. Rasa perkara ini tak timbul kalau dia kata dia masuk UMNO.

Maksudnya? Ada campurtangan politik. Jelas nampak kat situ. Joyah, are you too blind to see that?


p/s: sangat tak suka artis lupa diri tak ingat dunia.

2 ulasan:

aReLaN berkata...

zaman skang ni mmg masalah.yg baek2 klu ade kaitan PAS n pembangkang msti kena kondem.jd baik pn ssh.hmmm

Nur Fauzi berkata...

kawan takde masalah nak sokong parti mana pun. masing2 ada pilihan kan.
cuma tak senang hati kalau isu macam ni timbul

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...