Khamis, 6 Oktober 2011

Artis beri komen hukum hudud





Komen ENOT
"Memang zaman dahulu orang Islam mengamalkan hudud kepada mereka yang membuat kesalahan, contohnya bagi mereka yang berzina, hukuman sula akan dikenakan. Tapi rasanya sekarang tidak lagi sesuai. Malah kita wajar memberi peluang kepada pesalah untuk berubah. Kalau hukum hudud dijalankan, pesalah terbabit terpaksa hidup dalam keadaan yang tidak sempurna seperti tiada tangan, kaki dan sebagainya. Bagaimanapun, semua ini tidak menjamin mereka akan insaf sepenuhnya."


Saya kata: Bila pulak ada hukum sula? kau berangan banyak ni. Kau nak kena sula?



Komen HELIZA
"Kalau nak laksanakan hukum hudud, banyak perkara yang perlu diberi pertimbangan dan penilaiannya. Kita kena lihat keberkesanannya hukum ini dalam kalangan masyarakat Islam di Malysia, mungkin di Arab Saudi ia sesuai dijalankan kerana mereka sudah biasa mengamalkannya sejak dulu lagi. Tapi jika kita baru hendak melaksanakannya di sini, pasti ramai tak dapat terima. Bagaimanapun, hukum hudud ditetapkan dalam agama Islam dan perbezaan zaman banyak meninggalkan impak terhadap hukuman ini".


Saya kata: Adik balik nanti, buat ulangkaji ye pasal undang-undang Islam. Kalau tak faham, nanti boleh tanye ustaz. 


Datuk Aziz Satar
mereka boleh laksanakan di sesebuah negeri dahulu, jika dilihat baik dan memberikan banyak manfaat barulah diteruskan tetapi jika sebaliknya pihak berkenaan perlu menghentikan hukum tersebut. Lagipun banyak penganut agama lain yang menetap di sini, rasanya hukuman sebegini tidak boleh dilaksanakan kepada mereka..." 


Saya kata: Datuk tengok berita semula. Kerajaan pusat tak bagi laksanakan. Siap ugut dulu nak laksanakan darurat kalau buat kat Kelantan. Datuk nanti boleh tanya ustaz ye pasal hudud ni. 



Wartawan dah takda kerja tanya pandangan artis? Apa nak buat, bos dah suruh.

Cuba tanya pandangan ustaz-ustaz ke, paparkan dalam 2 mukasurat kat surat khabar.

p/s: Orang yang bersalah saja takut pada hudud. Tak salah apa takut?

4 ulasan:

aReLaN berkata...

komen enot tulah plg tkleh blah.klu tak tau lebih baek diam je drp memalukan diri sndri.wartwan pon satu.sbr jela.

Nur Fauzi berkata...

komen enot tu kelakar.
tapi lepas tu kesian pulak kat depa...banyak benda tak tahu

Nik berkata...

btol.kalau tak salah kenapa nak takut kan.

Nur Fauzi berkata...

tapi secara normalnya, kita yang tak salah jadi takut juga kalau nampak orang kena rejam atau potong tangan depan mata.

Itu antara tujuannya, bukan sahaj amahu menghukum pesalah, tapi memberi iktibar pada orang lain supaya tak langgar dan buat jenayah yang berat ni

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...