Bagi mereka yang sudah berkeluarga, lebih-lebih lagi yang mempunyai anak kecil, pasti akan memikirkan tentang simpanan untuk pendidikan anak mereka.
Saham amanah (secara umum)
Pulangan yang tinggi
minimum RM 1000 untuk permulaan
Boleh tambah bila-bila mengikut kemampuan
Tetap ada dividen kalau tak tambah unit
Boleh dikeluarkan bila-bila masa
Boleh tarik diri bila-bila masa
Minimum tinggak\lkan RM1000 untuk akaun terus hidup
Tiada caruman/komitmen bayaran setiap bulan.
Tiada tempoh masa tertentu (tiada tempoh matang)
Pengeluaran tunai mengikut harga unit semasa. (jual masa harga tinggi, mesti untung!)
Contoh takaful pendidikan
Komitmen bayaran setiap bulan/tahunan
Komitmen membayar hingga tempoh matang.
Kebiasaannya caruman takaful pendidkan bermula dari RM100 setiap bulan
Perlindungan berbentuk pampasan kematian kepada anak (peserta)
Bayaran caruman percuma hingga tempoh matang (tempoh mengikut persetujuan) jika kematian berlaku pada pembayar.
Kadar pulangan/dividen rendah berbanding unit amanah
Pengeluaran terhad (bergantung pada syarikat)
Jika berhenti sebelum tempoh matang, nilai wang yang diperolehi rendah.
Mana satu yang anda pilih?
Kalau saya, saya akan lebih mengutamakan takaful berbanding saham amanah, walaupun keuntungannya tidak banyak seperti unit amanah. Takaful memberi jaminan/perlindungan kepada anak kita (peserta) jika kita sebagai pembayar mengalami keillatan kekal atau mati. Hal ini tidak wujud bagi saham amanah.
Jika anda meninggal dunia, dan baru menyimpan slama 3 tahun (contoh) waris anda hanya mendapat simpanan dalam tempoh itu sahaja. Berlainan dengan takaful pendidikan, jika kita sebagai pembayar meninggal, syarikat takaful akan membayarkan caruman itu sehingga tempoh matang ( kebiasaan hingga anak berumur 18 tahun hingga 24 tahun). Ini sudah tentu lebih menjamin masa depan anak kita.
Namun jika mampu, kita boleh menyertai takaful pendidikan untuk anak-anak dan juga membeli saham amanah. Gabungan kedua-dua instrumen ini pasti dapat memaksimumkan lagi simpanan pendidikan yang dibuat.
Sudah mula buat simpanan pendidikan untuk anak-anak?
2 ulasan:
Oooo...akan dipertimbangkan ble dh bekeluarga nanti. skang ni mmg banyak pakai duit.kalau tak simpan or invest mmg seksa di mse dpn.
ape2 pun, sila dapatkan nasihat dari mereka yang berpengalaman dan berpengetahuan. terutamanya berkenaan kewangan Islam..
Catat Ulasan