Khamis, 15 September 2011

My mobile phone

Telefon bimbit pertama yang saya pakai adalah jenama Ericsson. Baterinya sahaja sebesar Nokia 3310. Memang berat, tapi taklah besar gedabak macam botol air...Tapi antara kawan-kawan yang pakai telefon bimbit, telefon saya yang paling buruk (tahun 2001)

lebih kurang beginilah modelnya. Model yang saya pakai tak jumpa pula gambar di internet.

Pakai telefon bimbit ni pun sebab ibu yang bagi, senang nak telefon katanya.

Kemudian, saya beralih ikut trend, guna telefon bimbit nokia 3310 (juga disponsor oleh ibu). Masa tu nokia 3310 ni memang menjadi kegilaan remaja. Memang gila main game snake sampai berlawan-lawan markah. Siapa markah paling tinggi dia champion!

Hari ini, penggunaan telefon bimbit menjadi semakin canggih. MMs, 3g dan macam-macam lagi.

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...