Pertengahan bulan selalunya menjadi saat-saat getir bagi rakyat marhaen seperti diri ini. Lantaran pendapatan ketika ini yang ala kadar (alhamdulillah, rezeki Allah), agihan pendapatan dan perbelanjaan perlu dilakukan dengan cermat dan berhati-hati. Sifat boros atau joli katak yang pernah sesekali melanda dulu perlu dibuang jauh-jauh. Berbelanja apa yang perlu dan utamakan perkara yang lebih utama.
Tambahan pula simpanan udah kering lantaran saman dan insurans kereta bulan lalu. Terima kasih JPJ kerana menghadiahkan saman berjumlah RM600 kepada diriku.
Segala macam niat untuk menambahkan aksesori hobiku (ketuk-ketuk perkusi) ditangguhkan hingga kewangan benar-benar stabil. Maklumlah nak membeli satu set conga bukan seperti beli keropok Super Ring di Pasaraya Chuan Aik. Lampin anak, susu anak, pakaian anak dan belanja buat isteri lebih mulia daripada hobi. Jadi utamakan yang yang utama. Bersabar. Jadi suami kena bijak dan sabar.
Sedang terkial-kial memikirkan kelangsungan hidup hingga hujung bulan ini, teringat syiling-syiling kecil yang dipungut dan disimpan. Kira punya kira, lepas belanja sikit-sikit nak pergi kerja.
Yang sedikit itu ada gunanya. Banyak takkan wujud jika tiada yang sedikit. RM10 takkan cukup jika syiling yang dikumpul tak cukup walaupun 5 sen (duit 1 sen dah tak dugunakan)
Tabiat menyimpan duit syiling yang kecil itu setiap hari ada gunanya. Biasanya wang baki (syiling) daripada berbelanja akan disimpan dalam bekas. Gunanya adalah apabila tiba saat-saat kritikal seperti ini.
Pengajaran :
1. Elakkan diri daripada disaman. Buta-buta sedekah duit pada kerajaan. Baik bagi sedekah pada asnaf zakat.
2. Jangan sepah-sepah duit syiling. Kalau rasa dah kaya tak nak duit syiling, sila hubungi 0127682615. Saya sudi menerimanya.
3. Sabar dengan ujian. Jangan merungut tak memasal. Nanti Allah bagi lagi teruk baru padan muka.
Baca artikel penuh...
Hidup seperti kebanyakan makhluk Allah yang lain. Kita semua sama, melainkan amal dan taqwa.
Sabtu, 18 Jun 2011
Yang sedikit itu ada gunanya..
Khamis, 16 Jun 2011
Saya pun percaya Allah...
Beberapa minggu lepas, pergi menghadirkan diri ke sebuah kedai gunting rambut di Simpang Renggam. Kenapa? Lantaran rambut yang semakin panjang. "rambut cikgu pun panjang jugak!" Tak mahu telinga ini mendengar ayat itu keluar dari mulut murid. Alhamdulillah setakat ini tak ada.
Keluar rumah sekitar 8.30 pagi menuju ke destinasi berhampiran dengan stesen bas Simpang Renggam. Pagi-pagi hari Sabtu, banyak kedai gunting rambut masih tutup. Tuan kedai rehat-rehat barangkali. Pusing punya pusing, ternampak satu kedai yang buka. Milik seorang lelaki cina yang sudah tua atau pun lebih kita kenali dengan nama apek. Niat di hati nak pergi ke kedai melayu, tapi masih belum buka. Rajin pula pakcik ni buka kedai pagi-pagi.
Semasa melangkah masuk kedai pakcik, kelihatan seorang pakcik melayu sedang digunting rambutnya. Diluar kedai tertulis nama BOTAK. Pakcik ini senang orang memanggilnya dengan nama BOTAK. Tapi kepalanya tidak pula botak licin.
"Haloo, selamat pagi!" Pakcik Botak menyapa diri ini yang belum pernah dia nampak bertandang ke kedainya. Kedainya kemas dan bersih, walaupun kecil. Pakcik Botak ramah. Rajin berbual dengan pelanggan. Pandai mengambil hati pelanggan.
" Orang sekarang ni, ramai sudah lupa tuhan, lupa agama. U tengok ramai orang kaya sekarang ni. Kedekut, tak mahu bagi wang, tak mahu tolong orang susah. Ada wang banyak pun tak cukup"
" Tapi itu orang lupa semua. Benda tak elok, tuhan balas balik. Allah balas apa kita buat. Saya cina, tapi saya percaya Allah. Sekali Allah balas kita buat jahat, memang habis kita. Buat apa hidup mau sombong-sombong sama orang."
" Kaya sangat pun apa guna maa. Duit tak bole bawak mati. Kita mati, orang lain yang guna duit. Orang kaya-kaya pun, ramai yang tak sihat. Sakit jantung, buah pinggang, kencing manis, sakit hati. Apapun tak boleh makan. Ikan sedap-sedap, ayam, tak bole makan. Sakit."
"Saya tak kaya maa..Tapi syukur la badan sihat. Boleh kerja. Takda kereta pun, wa naik basikal saja. Banyak terima kasih pada tuhan. Ini tuhan bagi pada saya, saya terima. Badan sudah sihat, takda sakit pun, sudah banyak terima kasih Allah."
Mungkin petahnya pakcik Botak itu adalah antara strateginya untuk menjaga pelanggannya. Namun isi perbualannya dengan pelanggannya itu ada antaranya menusuk ke hati yang tumpang mendengar ini.
Kita mesti bersyukur.
Itu pengajaran yang saya dapat berkunjung ke kedai pakcik Botak. Walaupun seorang cina, dia bersyukur dengan kehidupannya. Syukur masih sihat dan kuat badan walaupun tidak kaya.
Ditakdirkan allah saya mendapat pengajaran daripada seorang apek yang bukan beragama Islam.
Ampunkan dosaku ya Allah...Sering kali lalai dan tidak bersyukur dengan jutaan rezeki yang telah dilimpahkan...
Isnin, 13 Jun 2011
hidupku orang biasa?
Lama juga terbantut penulisan di blog ini. Terbantut dek kemalasan penulisnya (siapa lagi?) yang kerap mengucapkan ketiadaan idea sebagai alasan utama. Begitu juga dengan faktor masa dan kesibukan kerja. (pada hal orang lain pun sibuk juga kerja, ada juga masa menulis).
Ketika ini saya@aku @i@me sedang berusaha menyerap tekanan hidup berumahtangga. Alhamdulillah semakin biasa dan berharap moga mampu mengemudi keluarga yang masih kecil ini. Gelaran suami dan ayah kepada seorang anak (baru seorang ye..) memang membuatkan kehidupan ini jauh, amat-amat jauh berbeza dengan hidup bujang dahulu. Tapi tak mengapa, perubahan memang perlu berlaku dalam hidup. Lebih-lebih lagi perubahan ke arah kebaikan.
Oh...tajuk blog ku sudah berubah.."ingat mengingati" bertukar menjadi "hidupku orang biasa.."
Tidak tahu mengapa, cuma tiba-tiba terfikir nak ubah, maka diubah tajuk itu.
Mungkin juga lantaran merasakan hidup seperti yang dijalani sekarang sama seperti orang kebanyakan. Yang biasa-biasa saja. "biasa" itu pada pandangan orang lain mungkin berbeza.
"orang biasa" mengikut perspektif diri ini adalah........................
tak tahulah bagaimana nak dinukilkan. cuma aku yang faham.
Ingat-mengingati masih lagi dilakukan. Sebagai hamba Allah, wajib kita mengingatkan saudara-saudara kita ke arah kebaikan.
Cuma saya ingat-mengingati sebagai orang biasa.
Langgan:
Ulasan (Atom)

