Ahad, 20 Mac 2011

Cikgu buruk akhlak.....

Marah bebenor..

Kalau jawatan kita setakat tukang kebun, atau tukang sapu sekalipun, jika akhlak baik orang akan hormat. Inikan lagi kalau berjawatan besar, akhlak pun bagus, orang akan lebih hormat.

Tapi walaupun kita berjawatan pensyarah, tapi mulut jahat berbau longkang, minta maaf anak murid nak hormat. Jauh sekali nak mendoakan...Agaknya kalau keretta rosak tepi jalan, kebetulan yang lalunya anak murid, silap-silap dibiarkannye tak ditolong..

Rakan-rakan cikgu sekalian kalau malas sekalipun, janganlah bermulut jahat dan kurang ajar depan murid. Sedikit sebanyak ada kesan dan pengaruhnya pada pelajar.

"kau tahu tak kenape anak murid korang kurang ajor. pasal korang pun perangai kurang ajar!"

"kau orang semua jangan cuba-cuba pijak kepala aku. Aku pelangkung dengan kayu hoki ni!!"

kata seorang pensyarah maktab kepada guru pelatih dengan gaya yang kasarr dan kurang ajar...Terpinga-pinga guru pelatih.....

Maka tak mustahil guru pelatih kurang ajar, jika pensyarah yang mengajar pun kurang ajar.

Kepimpinan melalui teladan. Jadi cuba sentiasa berakhlak mulia di hadapan semua orang dengan tidak mengira pangkat dan kedudukan.

Rasulullah s.a.w. diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Jadi kalau kita yang mengaku Islam tak berakhlak mulia, malu rasanya mengaku menjadi umat NabMuhammad s.a.w.

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...