Khamis, 7 Oktober 2010

Mahermania.....

Rasanya umum sudah mengetahui kehadiran artis yang sedang "MELETUP" sekarang ini iaitu Maher Zain. Beliau berjaya memukau peminat muzik Islam masa kini. Pada saya muziknya lebih praktikal dengan keadaan sekarang. Bahasa Inggeris yang digunakan juga mudah dan lebih dekat dengan masyarakat terutamanya golongan muda.

Kebanyakan lagu ditulis sendiri dan juga berdasarkan pengalaman dan isi hati beliau sendiri. Ramai rasanya bersetuju lagu yang didendangkan berjaya menyentuh perasaan. Apa yang ditulis dari hati, akan menyentuh hati.

Lagu InsyaAllah yang didendangkan diterjemah ke pelbagai bahasa seperti bahasa arab dan bahasa perancis. Memudahkan lebih ramai manusia mendengar mesej yang hendak disampaikan.

Alhamdulillah dari sesi temubual yang dirakam oleh kebanyakan media, nampaknya beliau seorang yang "humble".



Begitu teruja sekali kedua-dua pengacara MHI, dapat berjumpa dan mewawancara Maher Zain.


Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...