Ahad, 23 Mei 2010

ALbum Mirwana, Inteam & Unic dan Fareast

Saya memang suka muzik dan mendengar lagu. Dalam tempoh hampir dua bulan ini, saya telah membeli tiga buah cd audio. Terima kasih inteammobile kerana memudahkan urusan jual beli online. Inilah cakera padat yang berjaya dibeli.


Bumi Akhir Usia

Bagi saya, mereka yang mahu mendengar album Mirwana ini perlu berfikiran lebih terbuka tentang nasyid dan muzik. Muzik yang dimuatkan dalam album ini berentak moden. ada elemen rock, balada dan rnb. Bukan berkonsepkan nasyid tradisoanal. Rasanya lebih sesuai disasarkan kepada golongan muda yang hiburan dan muzik yang membawa mesej dakwah. Apapun saya suka album ini.


Nur Muhammad

Kerjasama antara Inteam dan Unique amat baik dalam album ini. Alunan Qasidah daripada saudara Fakhrurazi, Juara Akademi Quran 3 memang sangat memikat. Alunan selawat dalam album ini juga diberi nafas baru, sesuai dengan perkembangan nasyid masakini. Lagu binnabil huda contohnya memang menyegarkan dan sesuai untuk mereka yang gemarkan muzik moden.


Halawatul Iman II

Mereka yang gemarkan alunan qasidah dan taranum memang perlu mendapatkan album ini. Secara peribadi saya sangat tertarik dengan vokal saudara Azwan. Memang lenak dan merdu, lebih-lebih lagi bila dialun dan dilenggokkan dan berada dalam nada suara yang tinggi.

Belilah yang asli. Sokonglah perkembangan industri nasyid tanah air dalam menyebarkan dakwah melalui muzik.

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...