Selasa, 1 Disember 2009

Peniaga Bumiputra Melayu?

Minggu lalu sempat berjalan-jalan di negeri Melaka. Ada kenduri sahabat yang perlu diziarahi beserta jemputan nasyid (lama tak menyanyi). Sehari sebelum itu sempat mengikut Ecik Fadly melihat Ekspo Pengguna yang diadakan di MITC Melaka. Walaupun pada sebelah malam, dewan MITC yang besar itu penuh sesak dengan orang ramai yang hadir. Berpuluh-puluh gerai atau "booth" dibuka oleh peniaga yang kebanyakannya berniaga di sekitar Melaka.

Namun sesiapa yang berkunjung ke sana, pasti setuju dengan pendapat saya ; ramai orang CINA. Tak tahu ke mana hilangnya peniaga melayu. Majoriti syarikat yang membuat pameran di sana dimiliki oleh peniaga berbangsa Cina. Melayu ramai sekadar menjadi pekerja. Pengunjung pun ramai yang berbangsa Cina. Sukar benar melihat muka Melayu di MITC tempoh hari.

Bukan nak membangkitkan hal perkauman. Tetapi daripada senario yang dilihat, ternyata perniagaan di Malaysia dikuasai oleh bukan Melayu...Satu hakikat yang sangat menyedihkan.

Barangan perabot, keperluan dapur, minuman, makanan kesihatan, barangan elektronik dan pelbagai lagi barang keperluan pengguna, dimonopoli oleh peniaga bukan Melayu.

Adakah sewanya terlalu mahal? Tak tahulah....

2 ulasan:

d ordinary me berkata...

poji, apdet apdet apdet, suh amin apdet skali.
ngape korg ni?
tak bersemangat la sue nak memblog cam ni, korg dulu geng yg rajin mengapdet..apdet apdet la.

dah dpt emel dr skolah? sue kena repot keje 21hb. isnin ni sue nak g skolah jumpa bos ada hal nak bincang cket. kalau ada apa2 nak mintak tolong sue tanya bgtaulah sue cuba tanya kat admin.
org2 admin tu kawan baeks sue...ehe

Jazim Motivation Group berkata...

USAHAWAN BUMIPUTERA MASIH MALU DAN TAKUT BERSAING... ITU SEBAB BANGSA ASING BERANI PIJAK KITA.. SO BANGKITLAH WAHAI BANGSAKU !!!

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...