Khamis, 21 Mei 2009

Demam......

Agak lama juga tidak mengemaskini blog. Cuma sempat "log in" untuk melihat-lihat sekiranya ada komen-komen yang perlu di"approve". Ada banyak sebabnya lama juga tergendala menulis (alasan sebenarnya....... haha)

Dihambat kesibukan
Sekarang musim Peperiksaan Pertengahan Tahun untuk pelajar-pelajar. Jadi beberapa minggu sebelum itu kami guru-guru digegrkan dengan kerja menyiapkan soalan peperiksaan mengikut format yang telah ditetapkan. Apa lagi, terkejar-kejar dan huru-hara dibuatnya..Pantang ada masa terluang, komputer menjadi buruan untuk menyelesaikan soalan. Lebih memeritkan apabila kertasa yang dihantar diberikan semula untuk dibuat pembetulan di mana-mana bahagian yang difikirkan tidak kena oleh pemeriksa. Maka berlanjutanlah kerja tersebut.......

Demam teruk
Apabila selesai sesi membuat soalan, maka hanya perlu menunggu masa peperiksaan berlangsung. Malangnya guru ini dilanda demam yang panas dan teruk selama 4 hari berturut-turut. Bermula selepas solat Jumaat15.05.09 sehinggalah waktu subuh hari Selasa 19.05.09 yang lalu. Suhu badan sekitar 38 darjah celcius, batuk yang teruk, pening kepala dan tekak yang sangat perit sudah cukup membuatkan diri ini seperti merasa azab dunia. Bimbang juga diri ini terkena virus selsema babi @ h1n1. Mujurlah bukan, cuma demam biasa.

Terhuyung hayang ke klinik berdekatan seorang diri menunggang motorsikal...Lebih memeranjatkan harga ubat yang melambung. Namun apakan daya, dah sakit...Bil perlu dibayar. Mujur juga baru dapat bayaran kelas tuisyen, Alhamdulillah. Syukur juga dikurniakan kesembuhan oleh Allah....

Hari Selasa, datang ke tempat kerja dengan badan masih lagi mengeluarkan peluh (memang peluh baru baik demam..) dan fikiran keliru. Badan pula masih lemah. Maklumlah sakit kali ini, tiada selera makan. Tekak luka dan terasa perit menelan makanan.

Manusia itu sangat lemah.......

Baru saja terkena demam, rasanya seperti sudah tidak sanggup lagi. Manakan tidak, tidak dapat tidur saban malam kerana batuk dan badan yang panas di dalam. Baru 38 darjah celcius sudah mengerang panas ( tapi memang terasa sangat panas..............) . Tak terbayang jika badan ini dijamah oleh api neraka. Pasti hancur luluh tak terbayang keperitannya.......Hina kan manusia ini? Baru demam dan sakit sedikit sudah mengeluh dan tidak mampu, tetapi masih lagi angkuh dan tidak patuh pada perintah Allah....

Di klinik....

Sementara menunggu doktor di klinik, sempat juga memerhatikan keadaan sekeliling dengan mata yang hampir tertutup ini. Saya perasan ada seorang kakak yang masuk dengan anaknya yang berusia 11 tahun. Hasil dari perbualan kakak tersebut dengan staf klinik, kakak tersebut sudah kerap kali berkunjung ke klinik tersebut. Kedatangannya cuma untuk mengambil ubat untk anaknya. Malah anaknya sejak kecil lagi sudah biasa mendapatkan rawatan di situ. Lebih memeranjatkan lagi anak itu tidak boleh bercakap. Hanya meracau seperti menjerit sahaja apabila berkomunikasi dengan orang lain.

Syukur Alhamdulillah.....Diri ini Allah cipta sempurna anggota dan keupayaan fizikal.........Sangat-sangat bersyukur. Boleh bercakap dengan jelas menyatakan sesuatu, malah boleh bernyanyi lagi...Tak terbayang juga kalau saya tak boleh bercakap seperti adik itu. Nak panggol orang cuma boleh cakap "oaaaaaahhhhhh!"

"adik ni antibodi dia lemah sangat-sangat. Tu yang senang sakit. Kena jaga-jaga dia selalu. Makan pun bukan boleh sebarang."

Syukur lagi.....Walaupun sakit, saya masih lagi ada antibodi....Tidak seperti adik itu.....

Dapat bill rawatan pula, jumlahnya agak mengejutkan diri.

"semua sekali RM 90 ye dik"...Berdengung juga telinga.....

Campur dengan kali pertama selang sehari lalu jumlahnya RM 135....Agak banyak untuk orang seperti saya....Terfikir pula keadaan kakak tadi tu.....Anaknya selalu sakit, selalu pula datang untuk ambil ubat. Ubat untuk anak-anak bukan murah-murah. Lebih-lebih lagi yang sakitnya seperti itu.....

Agak-agak berapa agaknya duit yang dibelanjakan oleh kakak itu untuk anak istimewanya itu untuk sebulan...

Sakit ini, ada pengajaran yang Allah cuba tunjukkan.....

Bersyukur setiap masa, dalam senang atau susah. Semasa mendapat nikmat atau pun ujian...Kerana kedua-duanya adalah pemberian Allah....Jika kita rasa kita susah, ada ramai lagi yang lebih susah, hidup lebih menderita daripada kita....

2 ulasan:

TiNi berkata...

Salam.
Pelajar-pelajar yang nak ambil periksa,tetapi guru yang terlebih bahangnya..sampai demam? Shafakallah ya akhi. Moga menjadi penyembuh dosa. Semoga,InsyaAllah.

fauzi berkata...

Tini : Demam teruk juga....bila nak update blog?

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...