Isnin, 16 Mac 2009

Bermimpi...

Mimpi itu ada macam-macam. Ada mimpi yang gembira, sedih, mengerikan dan banyak lagi jenis-jenisnya. Kalau mimpi ngeri, ada yang kata "tidur tak basuh kaki"...Mimpi dipatuk ular tandanya akan bertemu jodoh, dan banyak lagi...Itu antara yang saya dengar dari orang tua-tua.


Saya masih ingat di tingkatan 6 dahulu, Ustazah Saerah memberitahu mimpi itu antara penyebabnya ialah sesuatu yang kita sentiasa ingat dan berfikir tentangnya. Kalau dalam kepala sentiasa fikir tentang duit, maka mungkin kita akan bermimpi duit. Kalau teringatkan seseorang (mungkin rindu...) maka kemungkinan besar akan bermimpi akan orang tersebut.

Saya mengakui kebenaran tersebut kerana sudah banyak kali terjadi pada diri saya...

Mimpikan seseorang

Saya pernah mimpikan keluarga, terutama ibu di kampung. Memang sebelum mimpi itu memang saya berfikir tentang ibu dan teringat sangat kepadanya. Malah pernah juga bermimpikan ayah yang 'telah pergi'. Mimpikan kawan-kawan juga pernah. Adakalanya tak teringatkan mereka pun, termimpi juga...

Mimpi hal kerja....

Ini sering dialami oleh saya kebelakangan ini. Paling kelakar mimpi mengendalikan mesin fotostat. Hal ini berlaku semasa bekerja di pusat tuisyen. Kebetulan saya mengendalikan mesin fotostat dan banyak sangat bahan yang perlu difotostat minggu tersebut. Akhirnya dalam minggu kesibukan mengendalikan mesin itu, saya bermimpi tentangnya. Entah apa yang saya fotostat dalam mimpi itu tidaklah saya ingat....

Yang terbaru, saya mimpi mengajar dan merotan murid dalam kelas. Mungkin disebabkan kerja saya sebagai seorang guru tuisyen. Malah hari Jumaat yang lepas, saya diterima bekerja di Integrated Islamic School Kota Damansara sebagai guru Bahasa Melayu tahun 3 dan 4. Sabtu dan Ahad pula menjadi fasilitator untuk program motivasi pelajar di Masjid Taman Putra Perdana. 3 hari berturut-turut berjumpa dengan anak-anak kecil cukup membuatkan saya bermimpi mengajar....

Namun saya tidaklah sampai mengigau bercakap-cakap dalam tidur seperti teman sebilik ini yang bercakap saban malam didalam tidurnya.

4 ulasan:

zamry berkata...

Aku tau sapa...
Bermula dengan huruf P kan
P**** kan?
Hang tanya apa je rahsia dia yang hang nak tau,dia jawab punya...Hahah

fauzi berkata...

merepek ade la...
kejap cakap inggeris, kejap melayu.
kejap mengerang, kejap mengeluh.
berteriak sikit pun ade.
kejap panggil nama orang.
nasib nama hang dia tak seru.

ikutkan hati mau dudukkan je pakai bantal sampai diam.

TiNi berkata...

Saya pernah mimpi...saya datang ke suatu rumah yang sedikit luas.

Dalam mimpi itu,saya melihat ada banyak bilik tidur..ruang tamunya ada dua..
Rumah itu tidak mewah,namun saya dapat rasakan bahawa rumah yang sederhana hiasannya itu ada 'sesuatu' yang amat...amat...entahlah,sukar digambarkan dengan kata-kata.

saya amat mahu ke sana..tetapi bagaimana?

kadang kala saya merasakan bahawa rumah itu kelak mungkin rumah saya suatu masa nnt..bilik2 itu adalah kamar tidur anak-anak saya.. sementelah saya memang mahu ramai anak dan tidak mahu hidup mewah,namun mungkin suami saya menyediakan rumah yang luas namun tetap sederhana.. [heh..berangan!] :D

fauzi berkata...

tini : perasaan bagaimana itu? lebih kepada yang positif atau negatif?
kamu ni kuat berangan jugak ye....moga jadi realiti..amin.....

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...