Khamis, 19 Februari 2009

Penasyid ditipu.....

Sejak mendengar lagu Asma Allah dendangan Sami yusuf, saya memang ternanti-nati album beliau yang terbaru. Keharmonian melodi dan suara zikir dalam lagu Asma Allah memang memikat dan mendamaika. Memang terasa Islam itu indah dan sesuai untuk semua. Islam itu universal.

Saya minat lagu-lagu hit Sami Yusuf kerana rasa lagunya "sampai" di hati pendengar. Bagi yang tidak pernah dengar, cuba dengarkan lagu Mu'allim dan Asma Allah. untuk kualiti yang elok, boleh lihat video di website samiyusufofficial.com dan klik bahagian video.

Berita terkini yang saya dapati, album Sami Yusuf yang terbaru sudah keluar. Bertajuk "Without You". Saya terus terang kurang berminat dengan album ini setelah mendengarnya di youtube. Rasanya muzik ini buka muzik Sami Yusuf.

Rupa-rupanya album ini diterbitkan tanpa kebenaran Sami Yusuf sendiri. Memang benar suara dalam album tersebut adalah suara beliau, tetapi pihak Awakening Records bertindak membelakangi penyanyi itu dan menerbitkan album tersebut. Nampak jelas sikap tamak menguasai.

Memang teruk sungguh!



Ini mungkin disebabkan album Sami Yusuf dan lagu al-Mu'allim menjadi hit. Konsertnya di London dibanjiri ribuan penonton hingga jalan penuh sesak. Jadi ada pihak yang sudah kelabu mata, yang ada di mata hanya potensi keuntungan, bukan lagi peluang dakwah melalui muzik.

Sami Yusuf sendiri dalam website beliau samiyusufofficial.com menyeru peminatnya supaya memboikot album tersebut. Boleh lihat sendiri rakaman video yang ada di laman web beliau.

2 ulasan:

alifmimyanun berkata...

betul !
kat youtube ade orang cerite pasal ni. awakening jual tanpe kebenaran!

dengar lagu he is there kat youtube awakening chanel, keraguan timbul. semacam fake.

fauzi berkata...

lagu yang letak kat youtube tak sedap. lari jauh dari konsep sami yusuf

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...