Khamis, 28 Ogos 2008

Macam-macam ragam pelajar.....

Walaupun kembali bergelar student, tetapi saya masih lagi bekerja sambilan sebagai guru tuisyen di PBAM. Walaubagaimanapun disebabkan kesibukan, banyak kelas yang terpaksa diganti oleh guru lain.

masih lagi terjadi kejadian yang menguji kesabaran..

saya : berikan maksud anak angkat.
mutawalli : saya cekgu!!! JUMPA ANAK!!!!

ragam yang lain......

"cekgu...saya nak keluar boleh tak? saya tak tahan nak KENTUT..!"

lagi yang lain.....

saya : tuliskan sinonim (perkataan seerti) untuk SYABAS
ajmal : Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS)

lagi yang menggugat jiwa raga

saya : berikan sinonim untuk misai
pelajar : bulu yang tumbuh antara bibir dan hidung

seterusnya.........

kedengaran suara-suara sumbang semasa majlis solat hajat....Semasa sedang menjamu selera...ada buah rambutan dihidangkan...terdengar sayup-sayup dialog ini...

" macam mana nak makan buah ni?"

lagi lagi dan lagi....

dalam situasi saya memberikan amaran kepada seorang pelajar india (sekolah rendah...)

saya : kalau saya dengar komen dari cikgu lain tentang awak, siap awak! (nada yang agak marah)

joshua : aaaaa.....cikgu, "komen" tu apa? saya betul-betul tak faham...!!!!!!

(terus tak jadi marah dibuatnya)

ada lagi..............

saya : masyarakat pribumi selalu mendiami kawasan berdekatan degan sungai. Tujuannya untuk mendapatkan sumber air. Apa kegunaan air/sungai kepada mereka.

farid : haaaa... saya cekgu. Boleh berenang, berkayak, naik sampan...


masih belum tamat...........

saya : kamu boleh tulis jawi?
farid : mesti la boleh cikgu.
saya : cuba tulis batu.
farid : senang je... BA , ALIF, tA , WAU.....BATU!

saya : cuba eja ayam (dalam jawi)
akmil : ok cikgu...Alif , Y, Mim...Ayam!


entah bila akan berakhir........

2 ulasan:

alifmimyanun berkata...

wah hah ha, alif y mim yam.
lalu:
alif= A @ I
Y
mim = M
yam

=> AYMYAM @ IYMYAM ???

Tanpa Nama berkata...

alif mim ya nun

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...