Untuk kawan-kawan yang belum tahu.....
Saya telah berpindah rumah.Dari pantai dalam ke Kg Sg Penchala (bersebelahan TTDI)
Saya juga sedang menyambung pelajaran peringkat sarjana di UM
Saya telah berpindah rumah.Dari pantai dalam ke Kg Sg Penchala (bersebelahan TTDI)
Saya juga sedang menyambung pelajaran peringkat sarjana di UM
Hal masak-memasak di rumah
Sejak berpindah ke rumah baru, saya rasa saya telah diberi satu tugasan yang tidak rasmi....Sebagai seorang cheft (tukang masak la)...Tugas ini dilakukan dengan kerelaan hati kerana ingin menjimatkan belanja untuk makan selama sebulan...Setelah saya kira-kira, lebih jimat saya memasak sendiri berbanding beli di luar.
Dengan pendapatan kerja part time sebanyak RM700 hingga RM800 sebulan, terpaksalah saya mencatu duit makan dan berfikir lebih banyak sekiranya hendak membeli sesuatu barang. "kau cakap je nak masak apa, kite orang belikan bagi kau masak!" itu antara dialog kawan-awan yang menyokong idea memasak. Mungkin idea itu didorong oleh niat membantu ditambah dengan perangai malas nak memasak......Jadi saye la mangsanya...
Perihal membeli beras
gambar hiasan
Saya telah lama tidak pergi membeli beras sendiri. Sejak harga beras naik, memang tak pernah pergi beli beras (cuma beli nasi siap masak dikedai dan makan). Tragedi minggu yang lalu mengejutkan saya. Saya ditugaskan membeli beras untuk stok bekala makanan di rumah sewa. Tanpa berlengah, saya memecut ke TESCO dengan harapan bahawa di sana barangannya murah dan beranggapan dapat membeli sekampit beras 10 kg dengan harga RM18-RM20.
Sangkaan meleset. Harga beras sangat mahal. Selama ini hanya baca di surat khabar. Kali ini beban itu dirasai sendiri. Saya dan beberapa orang pakcik dan makcik terpaku melihat harga beras sekampit (mesti mereka pun lama tak beli beras sendiri). Paling murah yang ada ketika itu RM28 untuk 10kg (beras tempatan).
Pertama kali dalam sejarah saya membeli beras lebih dari harga RM 21.....................Mahal.
Kos hidup
Tidak dapat dinafikan kos hidup pada hari ini meningkat berlipatkali ganda...terutama selepas kenaikan harga minyak yang tidak berperikemanusiaan oleh kerajaan. Tak dapat dibayangkan bagaimana dengan orang yang sudah berkeluarga hidup di Kuala Lumpur dengan pendapatan hanya RM 1000-RM 2000 sebulan. Sewa rumah, bil-bil utiliti, belanja makan, pengangkutan, sara hidup isteri, belanja sekolah anak-anak dan lain-lain. Itu belum dicampur belanja kecemasan sekiranya ada kemalangan, masuk hospital dll....Rasanya duit gaji habis, tak sempat nak simpan.
Sejak naik harga minyak, rasanya golongan miskin semakin ramai di bandar-bandar besar terutamanya KL. Nilai nisab zakat semakin meningkat.Di KL nisab sebanyak RM 6400. Saya terfikir bagaimana kehidupan kita nanti pada masa akan datang..Kadang-kadang rasa Malaysia semakin hampir menjadi seperti Indonesia. Inflasi semakin tinggi.
Tarif elektrik naik
Air pun sama Minyak
naik Diikuti rapat harga barang dan perkhidmatan
Terutama barang keperluan asas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan