Khamis, 20 Disember 2018

Cameron journey!

Sedikit catatan ringkas pergi ke Cameron Hinghland.

Percutian kami sekeluarga 4 beranak ni kira macam versi bajet juga. Taklah mewah pun. Tapi ini kali pertama pergi & bermalam di sana. Sebelum ni pergi dengan rombongan & balik hari saje.

Kenderaan.
Kereta proton persona. Alhamdulillah selesa dan selamat sampai. Ikut jalan Tapah. Tentunya jalan macam ular kena palu & curam. Kena hati-hati sebab jalan sempit. Jangan memecut. Masuk gaung kau kalau terbabas.

Penginapan.
Kami duduk 3 malam di Jasmine hotel (Brinchang). Nak ke tanah rata pun tak jauh sangat. Harga? Tempah online guna agoda. 3 malam dalam rm580 gitu untuk bilik ada 2 katil queen. Selesa untuk 4 orang tidur.
Sederet hotel budget ni ada banyak hotel lain.


Kemudahan.
Penginapan dekat dengan Balai Polis, Balai Bomba & Masjid. Kedai? Ada supermarket Jimat. Jadi senang nak beli air ke, snack ke.
Kami beli air 3 in 1 & roti biasa untuk minum-minum kat bilik. Beli juge mee segera untuk backup bila lapar.

 Klinik pun dekat. Kedai dobi layan diri ada. Turun hotel, kat ground floor hotel sebelah. Ada mesin tukar token. Sabun beli sendiri.

Kedai makan ada 2 restoran mamak, 1 restoran masakan thai (buka malam).
Seberang jalan hotel ada medan selera. Makan tengah hari ok la ada nasi & lauk. KFC pun dekat saje.

Semua ni nak pegi jalan kaki saje ye. Buang minyak je naik kereta.

Jadi bagi mereka yang tak pentingkan sangat tempat mewah, tempat ni kira strategik juge la dengan kemudahan sekeliling yang ada.

Tak ada aircond.
Ya hotel tak ada aircond. Kipas je. Untuk orang tak tahan sejuk macam kami memang ok dah. Itu pun dah gigil. Di rumah pun aircond pasang paling rendah suhu 25.

Cameron kurang sejuk?
Ya. Untuk kali ni rasa kurang dah sejuk. Kali pertama pergi dulu matahari terik. Waktu tengah hari. Tapi sejuk rasa sampai kena pakai jaket.
Kali ni pergi masih rasa sejuk tapi tak payah pakai jaket waktu tengah hari terik.

Tapi kalau hujan, waktu malam, masih sejukkk lagi.



Tempat menarik?

Ada banyak tempat menarik di Cameron ni.

Strawberi.
 Kalau kebun/ladang strawberi bersepah ada. Boleh jumpa punya. Boleh petik sendiri. Kalau peminat strawberi memang sedap la kalau pegi Cameron Highland.

Sayur.
Sayur segar banyakk. Boleh beli di pasar malam. Pasar malam Golden Hill antara tempat yang seronok kita tuju.

Kea Farm pun antara tempat beli barang & sayur yang best. Banyak pilihan.


Kebun bunga.
Antara tempat yang best pergi adalah Rose Valley, Mardi, Taman Lavender, Taman Kaktus, Big Red Strawberi Farm, banyak lagilah.

Kebun Teh.
Tak sah pergi ke sana kalau tak pergi ladang teh. Ladang teh yang popular semestinya cameron valley & ladang teh Boh. Cameron Valley ni senang je. Dalam perjalanan naik ikut jalan Tapah memang akan jumpa. Ada cafe sekali untuk minum teh.

Kalau teh Boh saya sempat pergi ke Ladang Boh Sungai Palas. Dapat tengok ladang teh, ada bilik pameran dan tayangan video, cafe, kedai jualan dan kilang proses daun teh.

Jalan naik & balik.
Kalau ikut jalan Tapah, jalannya lebih curam, sempit sikit dan lebih tajam beloknye.
Kalau ikut Simpang Pulai jalannya masih belok-belok juga. Tapi tak curam dan sempit macam ikut Tapah.

Biasa kalau orang dari arah selatan akan naik ikut Tapah. Kalau ikut Simpang Pulai akan tambah masa dalam satu jam lagi.
Kalau dari utara, pantai timur akan lebih dekat naik ikut Simpang Pulai.


Kalau pergi sana, internet & gps gps sangat membantu. Senang nak cari maklumat & cari arah nak tuju.

Pernah pergi Cameron Highland?

Baca artikel penuh...

Rabu, 12 September 2018

Unit amanah Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)

Ok ada satu lagi Unit Amanah yang macam kurang popular tapi pulangan yang diberikan agak baik jugalah kalau nak banding dengan  ASB dan Tabung Haji.

Amanah Hartanah Bumiputera ni kita boleh beli unit di Maybank dan Ambank. Tak ada agen yang boleh uruskan ye. Kita sendiri yang kena uruskan. Boleh jiga buat potongan/pengeluaran dari kwsp untuk beli unit amanah ni.

Transaksi secara online pun tiade. Maka kenalah ke kaunter maybank untuk uruskan. Jangan lupa bawa ic untuk urusan pendaftaran. Kalau kita ada akaun maybank lagi mudah. Tak perlu bawa duit tunai pun. Staf bank akan uruskan untuk tolak terus dari akaun bank.
Untuk permulaan rasanya rm500 (500 unit).

Tapi.

Dividen akan dikira dan diberikan 2 kali setahun. Maksudnya sekali dalam masa enam bulan. Dividen tu pula tak terus topup unit (modal) kita tu. Dividen akan dikreditkan terus ke dalam akaun maybank kita.

Itulah yang lecehnya sikit. Tidak ada agen & urusan kena manual ke kaunter. Takde online. Jadi kalau nak tambah unit, kena pergi berurusan di kaunter juge nampaknya.

Berapa dividen?

Setakat ini konsisten sekitar 5-6 % setahun. Maksudnya sekitar 3% untuk 6 bulan. Jadi untuk setengah tahun kedua kita boleh dapat lebih sikit kalau kita tambah unit.
Tabung haji pun sekarang beri dalam 6% hibah. Asb pun tak jauh beza juga.

Jadi unit amanah AHB ni sesuai juga sebab risikonya taklah tinggi.

Paling penting AHB disahkan patuh syariah dan tersenarai dalam unit amanah patuh syariah oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Kalau rajin boleh la pergi semak.

Harapnye di masa akan datang AHB boleh usahakan untuk sistem tambah unit secara online. Sekarang ni zaman dah canggih. Asb dah boleh online. Tabung haji kalau nak tambah/keluar duit pun boleh online. Orang sekarang ramai dah celik it. Lagipun urusan online ni menjimatkan masa dan duit juga.

* Menabung / menyimpan ni kena sabar dan disiplin ye 😁 Baca artikel penuh...

Rm500 percuma SSPN bagi percuma?

Ya. Ini benda betul dan bukan tipu tau. Tapi macam tak berapa dapat sambutan pule. Tak 'hot' macam berita lain.

Tawaran masih lagi terbuka sehingga hujung tahun 2018 ni.

Bagi sesiapa yang ada anak 7-12 tahun, ada nilai RM500 dalam akaun sspn layak dapat geran sepadan RM500 percuma. Ya memang percuma.

Bagi yang baru nak buka akaun pun boleh dapat. Bukanlah semestinya mesti masukkan terus rm500. Tambah sikit-sikit pun boleh. Janji sebelum habis 2018 ni kita cukup kan akaun anak rm500. InsyaAllah kita dapat.

Bagi yang dah ada akaun tapi belum cukup rm500, boleh usaha untuk cukupkan.

Bagi yang ambil sspni plus pula. Rm500  tu mesti nilai yang ada dalam akaun. Bayaran untuk takaful tak termasuk, tak dikira.

Saya dah dapat.

Alhamdulillah ada rezeki sikit tahun ni. Bulan Ogos 2018 buka akaun sspni plus untuk anak darjah 1. Tak perlu pun berbaris pergi ke ptptn. Online saja. 10-15 minit selesai. Jimat masa kita.

Minggu pertama bulan September bila semak penyata akaun dah dapat geran sepadan rm500.

Cuma.

Buka akaun sspn ni kita tak boleh guna sesuka hati. Nilai dalam akaun hanya boleh dikeluarkan setelah anak berumur 18 tahun. Jadi memang sesuai dijadikan cara menyimpan untuk pendidikan anak.

Rebut peluang sementara masih ada ni! Bukan senang orang nak bagi rm500 percuma. Baca artikel penuh...

Jumaat, 3 Ogos 2018

Hak menutup aurat

Kita faham. Malaysia ni negara berbilang kaum. Pelbagai bangsa boleh bersama tinggal dalam satu negara dan sama-sama membangunkan negara.

Alhamdulillah. Bagus tu.

Tapi sejak akhir-akhir ni suara yang lantang mengkritik dan bersuara berlawanan dengan Islam semakin kiat, semakin lantang, semakin jelas dizahirkan tanpa selindung.

Antara isu yang mendapat komen hangat adalah isu pakaian menutup aurat.

Timbul bila ahli parlimen Pas bersuara tentang etika berpakaian pramugari. Mereka tak dibenarkan bertudung menutip aurat. Terpaksa patuh pada arahan.

Beliau minta pekerja wanita Islam dalam mana-mana sektor di Malaysia (bukan pramugari saja) diberikan pilihan untuk berpakaian menutup aurat. Sesuailah dalam perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan.

Namun ada yang salah faham, termasuk media ada yang salah tafsir dan melaporkan ahli Parlimen tersebut menuntut semua wanta bertudung di tempat kerja....

Bagi yang tak faham isu, kita ringkaskan.
Beri peluang / pilihan untuk pekerja wanita Islam berpakaian menutup aurat. Jika mereka tak mahu? Itu terpulang pada dia.
Yang penting pilihan dah diberi.
Berlaiman dengan sekarang, mereka tak ada pilihan. Baca artikel penuh...

Isnin, 29 Januari 2018

Bahana MLM Hai o.

Mlm bisnes bermusim. Ada masa hot naik dan kecoh. Kemudian beransur sunyi sepi. Dan akan kecoh semula.


Nampaknya MLM Hai O yang kecoh dulu dengan penapis air, korset dan selimut ajaib (tahik) dulu nampaknye hangat semula. 

Saya pernah juga sentuh hal ni dulu. Ini antara post lama pasal hai o yang banyak dapat komen.

http://nurfauzibassar.blogspot.my/2012/03/mlm-hai-o-rungutan-dan-luahan-bekas.html?m=1

Taktiknya sama. Pujuk masuk buat belian dengan jumlah riban-riban sampai buat loan. Barang peram. Fokus carik downline. Maksudnye fokus bukan pada produk. Buat head hunting!

Cara ini salah. Tapi majoriti mlm buat. Sebab leader/upline cepat masyukkk dapat komisyen kencang!

Kecoh semula macam group STG pujuk downline buat loan. Dan memang ada yang termakan pujuk rayunye itu.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=358245647919310&id=290499934693882

Kita sebagai pengguna kena jadi bijak. Nak harapkan kpdnkk, sampai lembu tumbuh janggut putih laaaa...
Syarikat begitu biasa licik. Kesalahan akan diletakkan pada agen. Agen yang salah.

Padahal tokey hai o tu bukan tak tau. Tapi benda tu bagi untung pada dia. Peduli apa kita melingkup nak bayar loan?

Mlm ni tak perlu end user beli produk dia. Agen yang beli dengan harga agen tu pun syarikat dah dapat untung. 
Baca artikel penuh...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...