Isnin, 26 Mei 2014

Coklat Cadbury dan BABI.

Kecoh kan sekarang? Hal babi dalam kandungan coklat cadbury. Coklt lazat yang kita selalu makan itu bila pihak KKM buat ujian makmal ade pulak terselit unsur babi dalam tu. Patutlah sodap kan hehe.

Bukanlah tujuan saye mahu merendahkan dan tak peduli hasil kajian itu. Cuma pelik juga tengok gelagat orang Islam yang majoriti melayu di Malaysia ni.

Hal babi ni memang sensitif... Ape orang kata? Taboo benda tu. Ibarat memakan babi itu adalah satu dosa yang maha dahsyat hukumnye. Geli yang teramat. Penyesalan tak terkata bila termakan babi.

Kenapa tak boleh makan babi? Sebab dah ada sebut dalam Quran. Terang jelas dan nyata. Haram.

Ok. Tapi itu hukum makan babi dengan sengaja. SENGAJA. Kalau tak sengaja dan luar pengetahuan kita, bukannya berdosa pun. Kita tak tahu. Benda tu di luar kemampuan kita semua. Bila dah tahu, tak payahlah ambik / makan lagi. Benda dah berlalu, jangan terlalu dikenang sangat.

Doa saje kita tak terkena lagi benda sebegitu.

Cuma. Orang Islam di Malaysia ni tak sensisitf pasal isu dosa dan haram yang lain. Tak hebat dan sensasi seperti babi itu tadi.


Tutup aurat, ada dalam Quran. Tapi ramai yang selamba tak hirau.

Ambik riba, ada dalam Quran. Dosa besar. Lagi berganda besar dosa makan babi. Apa hirau semua. Pinjaman keta, rumah, pelaburan, insurans, akaun simpanan semua guna konvensional. Ada riba. Fatwa dah keluar zaman berzaman, Ramai buat tak tau.

Rasuah. Haram. Ada dalil hadith nabi. Ada orang kesah sangat?

Rokok. Fatwa kata haram. Dalil bersandar pada Quran dan hadith. Apa peduli. Kasi seduuut banyak-banyak.

Yang dosa-dosa lain dan perkara haram lain tak nak ikut Quran dan hadith...

Dipandang sepi, tak sepopular isu babi yang kita TERmakan itu.

Kenapa?

Kemungkinan besar sebab kita tak geli. Yalah bila sebut babi kita terbayang binatang itu baik yang dihutan mahu pun yang dibela. Geli. Ape lagi kita bayangkan makan dagingnye. Mau ade yang muntah berbakul-bakul.

Ya, kita geli dan loya. Jijik kita pandang babi itu.

Cubalah dosa lain itu kita bayangkan jadi geli macam babi. Mesti kita tak buat.

Baru sedut asap rokok. Tiba-tiba ada babi datang berlari ke arah kita. Umpama kucing berlari gembira nak dapatkan tuannya.

Baru ambik rasuah tiba-tiba ' PLING! '. Sekor babi atas pangku kita.

Baru je buat pelaburan riba, ' TADAA! ' ade babi sedang menggesel badan kat kaki kita sambil bermanja-manja.

Keluar saje rumah tayang rambut panjang (perempuan la), babi datang peluk.

Kalau jadi macam tu semua, memang tobat kita tak buat. Buat dosa je ade babi. buat dosa je ade babi. Cium awek je, tercium babi. Kan kita geli jadi macam tu.

Cuma nak kabor, jangan kita berdegar sangat kes termakan babi dalam cekelat ni, tapi larong dan pandang sepi benda yang lain. Isu rasuah dan riba itu hal dosa besar yang penting dan boleh memusnahkan negara. Ambil berat juga hal itu.

Isu dosa yang musnahkan institusi kekeluargaan, jangan kita pandang sepi. Jangan nak bangkit isu babi saje. Macamlah babi saje yang HARAM?

Baca artikel penuh...

Khamis, 15 Mei 2014

Perkara HARAM dalam perubatan tradisional

Saye ini membesar dengan suasana bandar. Jadi suasana bandar dan moden itu sedikit sebanyak mempengaruhi pandangan saye terhadap perubatan tradisional. Bukan memperlekeh atau tak percaya. Tapi di zaman teknologi berkembang pesat ni, doktor perlu dirujuk terlebih dulu jika kita sakit.

Rawatan tradisional yg pernah saye buat adelah urut. Itu pun sebab jatuh motor dulu.

Macam mana dengan perubatan yang ada unsur mistik?


Jadi kalau lihat panduan yang diberi, memang banyak bomoh di Malaysia yang melakukan unsur haram dalam perubatan mereka.  Sebab ramai yang menggunakan jin untuk memudahkan urusan.

Senang kata kalau pegi berubat tu orangnya bace jampi serapah yang bukan-bukan, menurun panggil mambang itu ini, baik cabut cepat-cepat...

Baik cari rawatan yang guna cara yang betul macam bacaan ruqyah dan herba tradisional.

Baca artikel penuh...

Isnin, 12 Mei 2014

Telefon awam lama

Terjumpa satu gambar menggamit kenangan zaman kecik belum bersunat dulu. Gambar telefon awam.


Telefon jenis ini keluar masa zaman TM belum diswastakan.  Masih dipanggil jabatan telekom malaysia. Lokasi paling diingati jumpa telefon jenis ni masa di sekolah.

Telefon kat rumah pun dulu masih pakai dail yang pusing-pusing tu. Tapi bila tunjuk pada cikgu-cikgu senior
" ini kira dah baru ni. Ade lagi yang lama jenis pusing tu. "

Telefon awam jenis dail pusing tu kawan tak pernah la jumpe.


Masuk 10 sen boleh gayut lama. Tapi telefon awam tak popular. Masing-masing dah ade telefon bimbit. Jqrqng betul telefon awam orang guna sekarang ni.

Baca artikel penuh...

Rabu, 7 Mei 2014

MLM MC Ocean yang masih hidup

Setiap hari statistik blog ini menunjukkan artikel cabuk saye berkenaan MC Ocean masih lagi dilihat. Malah artikel ini paling mendapat sambutan walaupun artikel lama. Komen pun dah panjang berjela-jela. Ade yang suke, ade yang tidak. Ade yang marah, ade yang puji.
 
Maksudnya masih ramai yang cari maklumat berkenaan MLM ni, dan MLM ini masih lagi hidup dan mencari agen-agen baru untuk 'disembelih' duit mereka.
 
Yang marah tak memasal dalam komen biasanya gagal faham keraguan yang ditimbulkan. Hal berkaitan muamalat ni bukan boleh nak faham sehari dua. Tapi komennya marah macam dah ada B.A dalam bidang muamalat. Hebat. Tapi bila Tanya kaitan muamalat dengan maqasid syariyyah dan tak boleh nak sembang...Lagi nak cerita hal-hal teknikal muamalat..
 
Penasihat Syariah
 
Ya. Penasihat syariah memang penting. Bukanlah maksudnya semua syarikat nak kena ada penasihat syariah. Tapi kalau ada lebih baik dan meyakinkan. Dalam hal MLM, syarikat perlu penasihat syariah bagi memastikan pelan syarikat patuh syariah. Syarikat yang tak ada penasihat syariah tu tak semestinya system mereka haram, tapi kalau ada perkara syubhah yang dibangkitkan, siapa yang nak jawab? Hal berkaitan muamalat bukan sebarang orang boleh jawab. Bukan boleh hentam saje. Silap-silap kena hentam semula.
 
Penasihat Syariah bukan duduk buat kerja sorang-sorang. Kena cek dengan orang bahagian marketing, bahagian pengeluaran produk, kena cek juga selari atau tak dengan undang-undang sivil. Bukan satu kerja senang.
 
Kalau di bank, bahagian syariah, pemasaran (marketing) dengan perundangan mesti kena selari. Produk dah ok dari segi syariah, tapi tak boleh nak 'market' sebab tak menarik, itu pun tak boleh juga. Rugi. Syariah dah ok, marketing pun ok, tiba-tiba ada masalah dengan undang-undang. Itupun tak boleh juga.
 
Kepada yang baru dan cara nak keluar
 
Kepada yang baru terjebak dengan jenis MLM begini masih belum terlambat nak berhenti. Syarikat ada buy back policy. Tengok semula syarat beli semula tu dalam starter kit agen. Kalau masih dalam tempoh, barang pun baik lagi masih belum bukak kotak / sampul, segera uruskan dan pulangkan semula pada syarikat. Tak payah lalu dengan upline. Pastikan barang berlonggok yang dibeli dulu tu anda simpan lagi resitnya. Pastikan resit-resit semua disimpan dengan baik.
 
Terus pergi ke HQ atau cawangan. Bukan STOKIS. Stokis ni pun agen juga. Pergi ke HQ / ibu pejabat dan Tanya cara nak pulangkan semula barang. Jangan serah semua pada upline, gamaknye memang 'burn' la duitnye.
 
Bila dah selesai urusan, sila 'follow up' selalu. Biasalah syarikat ni kalau duit kita memang laju nak ambik, tapi nak pulangkan macam-macam alasasn dan halangan yang bakal menanti. Kena bersabar dan tebalkan muka jumpa staff di pejabat.
 
Kalau tak dapat 'full refund' pun tak apa. Dapat 90% dah cukup bersyukur.
 
Baca artikel penuh...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...