Saya dapat maklumat ini dari seorang kenalan (rakan sepengajian di UM dulu) yang bekerja di Oman. Kerja apa? Kerja disebuah Bank Islam di Oman, sebagai salah seorang pegawai bahagian syariah. Siapa kata anak Malaysia tak hebat kan?
5500 rial omani itu lebih kurang RM 42 900. Lebih murah berbanding persona yang dijual di pasaran tempatan. Saye sendiri beli (dengan spesifikasi yang lebih rendah daripada yang ada dalam gambar) RM48 000 on the road.
Menurut beliau lagi tiada cukai import untuk kereta import, cukai eksais rendah dan tiada cukai jalan di sana.
Harga proton yang lain di sana (Oman)
Persona RO 5,500 = MYR 42, 900
Gen-2 RO 5,200 = MYR 40, 560
Saga RO 3,600 = MYR 28, 080
Sy diberitahu akan ada 2 model baru sampai ke Oman for raya promotion with the following tentative pricing;
Exora Bold RO 7000 = MYR 54, 600
Preve RO 6000 = MYR 46, 800
Murah kan?
Lupe nak kabor...menurut beliau gaji minimum di sane sekitar RM3200...
4 ulasan:
gaji minimum rm3200. maknanye tahap kerani kat sana sama dgn gaji executive kat sini. huu... nanges.
Beli keta memang takde masalah sangat kat sane. Road tax takde, dah dapat jimat lagi...
murah bnyk preve dia...preve aku 63k...9 tahun utang bank...
wajar sngt harga kereta diturunkan...bukan naik atau kekal harganya...
kalau beli, jual balik dpt untung xpe...
Ape nak buat. Kite sini cukai yg mencekik banyak sangat. Adik kawan dulu keja audit, pegi audit sykt yg bekal spare part pade proton dgn perodua. Sudahnye dapat tau dua-dua company ni markup gila-gila harga barang pada pelanggan.
Catat Ulasan