Mulai 15 September ini, pengguna prabayar perlu bayar cukai perkhidmatan atas tambah nilai @ topup yang digunakan. Kalau beli kad sim baru pun kena cukai jugak. Baca di sini. dan juga sini.
Sebelum ini, cukai diserap oleh syarikat telekomunikasi masing-masing. Nampaknya selepas ini pengguna kena keluarkan lebih kos nak guna prepaid. Beli tambah nilai RM10, kena bayar RM10.60. Kena 6% cukai. Kalau 10 kali beli, sudah 'extra' RM 6 di belanjakan.
Nampak kecil, tapi bila kumpul lama-lama, jadi banyak juga. Siapa untung? Dalam hal ini, syarikat telekomunikasi itulah yang dapat untung. Sebab masa cukai diserap pun dah untung melambung-lambung, ape lagi kalau cukai dibayar oleh pengguna. Pandai depa, pindahkan kos pada pengguna. Depa yang untung, pengguna pulak makin rugi keluar kos lebih.
Kalau purata sebulan guna RM 30, maksudnya kena bayar RM 31.80. RM1.80 lebih . Kalau setahun RM1.80 x 12 = RM21.60. Itu baru seorang pengguna. Kalau beratus ribu? berjuta? Banyak cukai yang kerajaan dapat kutip.
Apepun ini pandangan peribadi sahaje...lain orang lain pendapat. ada juga yang setuju cukai perkhidmatan, sebab pelanggan pelan postpaid dah lame kene cukai.
Apepun ini pandangan peribadi sahaje...lain orang lain pendapat. ada juga yang setuju cukai perkhidmatan, sebab pelanggan pelan postpaid dah lame kene cukai.
P/s: Tak tahu lepas ni barang apa pulak nak kena cukai.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan