Seminggu dua ini saya terlibat dengan perkara yang amat membahayakan diri. Perkara ini berlaku secara tidak sengaja. Mula-mula boleh di kawal, tetapi lama-kelamaan menjadi-jadi pula. Kemuncaknya hari Rabu yang lalu. Astaghfirullah...
Namun Alhamdulillah Allah masih lagi sudi menyelamatkan hambanya yang leka.
Saya tertidur@terlelap semasa memandu.
Sebelum ini memang tak pernah dialami. Kalau mengantuk sangat pun, kereta akan dihentikan dan saya tidur, rehatkan mata dan kepala sebentar. Ataupun main lelap-lelap mata sementara menunggu lampu isyarat hijau (Kalau masenye 60 saat ke atas). Boleh la kejam mata 30 saat ke, 20 saat ke.
Tetapi kali ini, tak sempat-sempat nak berhenti. Masalahnya bukan sekali, tiga kali dalam satu perjalanan. Mujur dihadapan tiada kenderaan lain. Mujur juga kereta tak terbabas menyerong masuk longkang (sebab jalan lurus).
Yang paling menakutkan sempat elak kereta di hadapan nak belok. Memang nyaris-nyaris nak bercium kerta depan. Mujur juga kiri dan kanan tiada kereta.
Tak boleh jadi, tindakan seterusnya berhenti di Masjid dan tidur. (ade la 20 minit jugak).
Syukur tersangat-sangat Allah bagi lagi peluang nak taubat sebelum dia ambik nyawa ni.
Syukur juga masih diberi pelunag tatap wajah anak dan isteri.
Penagajaran - jangan tidur dalam kereta, kecuali kereta anda sedang berhenti di tepi jalan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan