Isnin, 10 Januari 2011

Tiada manusia yang sempurna

Akhir-akhir ini lantang sekali suara 'daulat tuanku' berkumandang.

Kononnya membela kedaulatan raja melayu. Heboh di media tentang hal rakyat yang dikatan mengkritik sultan. Katanya kurang ajar. Biadap.

Ada yang mencadangkan pengkritik dihukum bunuh.

Yang mencadangkan pula mengaku berbangsa melayu dan beragama Islam...

Seringkali di kepala terfikir. "Maksum"kah seorang manusia yanng bergelar sultan?

Terlalu mulia sangatkah?

Kalau kita ingat kembali sejarah Nabi Muhammad s.a.w, baginda sedia menerima teguran dan kritikan daripada para sahabat. Baginda menerima pendapat orang lain.

Para sahabat yang menjadi khalifah menyeru rakyat membetulkan kesilapannya jika ada. Saidina Umar r.a yang paling 'bengkeng' di kalangan sahabat pun ditegur ketika menjadi khalifah. Saidina Umar r.a berterima kasih kepada orang yang telah menegur dan mengingatkannya.

Kerana mereka yakin, Allah memandang kepada taqwa seseorang. Bukan pangkat. Bukan nama. Bukan harta. Bukan kemasyhuran.

Justeru pihak yang beriya-iya kononnya membela "kedaulatan" raja-raja, janganlah melampau hingga sewenang-wenangnya mencadangkan nyawa seseorang dicabut.

Sejarah kesultanan Melaka juga telah membuktikan. Bagaimana kerajaan Melaka tumbang.

Lupakah kita peristiwa Sultan Mahmud mangkat dijulang?

Jangan sebab manusia yang hendak dibela, hukum Allah kita belakangkan.

Tiada manusia sempurna.

Baik dirinya seorang Perdana Menteri, seorang doktor, seorang Profesor, seorang raja/Sultan, hatta seorang Ulama' tersohor sekalipun pasti ada melakukan kesilapan selagi di adalah seorang manusia.

Manusia adalah HAMBA kepada Allah.

Apabila sujud, kepala kita semua sama di atas tanah. SEMUA sama. Tiada yang beza.

Yang membebzakan kita hanya TAQWA!!

Bukan menentang sistem beraja, cuma jelak kepada pengampu dunia.

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...