Alhamdulillah saya sangat gembira dengan perjalanan program Ihtifal IISKD 2010 yang berlangsung sebelum tamat sesi persekolahan. Gembira kerana terlibat dan dapat menyumbangkan sesuatu untuk sekolah.
Terima kasih kepada semua warga IISKD yang sama-sama menjayakan Ihtifal kali ini.
Walaupun sumbangan yang dibuat kali ini kecil, saya amat berpuas hati.
Cita-cita mahu membeli satu set conga untuk digunakan oleh pelajar IISKD menjadi kenyataan. Memang rezeki, kerana pemilik asal conga itu memang tak mahukan dan mahu "get rid" conga itu. Tambahan pula ada sedikit kerosakan. Jadi dengan harga hanya RM200, akhirnya sekolah berjaya memiliki set conga yang pertama...
Conga sekolah berwarna merah dan alat muzik tambahan milik sendiri...Cukuplah untuk buat satu band percussionist untuk permulaan.
Saya difahamkan sebelum ini Ihtifal berlangsung tanpa persembahan menggunakan alat perkusi oleh pelajar kerana tiada alat perkusi, tiada pelajar yang mahu bermain, dan lebih penting, tiada siapa yang mahu mengajar!
Berpandukan sedikit kemahiran yang ada dan juga modal sendiri (beli alat muzik), aktiviti melatih pelajar pun bermula pada tahun 2009. Walaupun terpaksa berbelanja besar dengan mengeluarkan modal sendiri , saya rasa perkara ini berbaloi.
(untuk membeli sebuah darbuka aluminium, shaker, djembe Lp Aspire baru dan sebuah djembe Lp secondhand, sudah RM1300 dibelanjakan...jumlah yang agak banyak untuk orang kedekut seperti saya)
Pelajar berbakat? Ya memang ada yang berbakat. Cuma perlukan latihan dan sikap yang positif. Tak boleh malu-malu, perlu rajin berlatih dan berkeyakinan tinggi.
Saya agak terhibur tahun ini kerana pelajar-pelajar yang ingin dilatih begitu bersemangat. Gelagat pula macam-macam. Ditambah pula kehadiran anak Ustaz Akhil Hayy, memang gamat sesi latihan. Walaupun masih belum mahir dan banyak kesilapan yang dilakukan, namun kehadiran mereka bermain alat-alat ini semasa program Ihtifal berjaya menambah seri dan menarik perhatian penonton.
Saya amat berharap walaupun dengan ketiadaan diri ini di IISKD pada masa akan datang, aktiviti ini akan terus berjalan...
5 ulasan:
..ayat terakhir tu, adakah ia bermakna anda akan pergi?
tiade tawaran daripade pihak lain setakat ini.
*sila renew road tax kete kamu dengan saye ye cekgu hahaha
ye baiklah, akan saya renew roadtax kete dengan kamu^^ bulan feb2011, tak lama dah
--psst dah ada dapat tawaran dari pihak lain ke?
tiada tawaran setakat ini.minggu ni tak dpt hadir ke sekolah. kereta tersadai kat senawang. enjin hancusss..Habis dekat 2 ribu..kena pinjam duit dengan Along
banyak urusan yang tertunda + pening kepala dan tertekan (gaji confirm kena potong sbb tak datang report seminggu)
moga dipermudahkan urusan poji.
kita orang kat sini semua doakan
Catat Ulasan