Khamis, 28 Oktober 2010

Moga kita sentiasa bersyukur

Kalaulah aku tinggi macam dia kan bagus...

Kalaulah badan den togap macam Arnold, mesti hensem punyo!

Kaki ni time aku nak jalan jauh la die nak sakit..

Berbagai lagi rungutan dan keluh kesah yang kita dengar saban hari. Bukan oleh orang lain, malah dari mulut kita sendiri. Mengeluh tentang kekurangan yang ada pada diri sendiri..Ungkapan "kalaulah aku.." sering bermain di minda di hati..

Bermacam-macam perkara yang kita rungutkan dan tidak kurang juga yang kita kesalkan setiap hari. Rupa paras? Pangkat? Kekuatan? harta? Teman? Makanan? Ada sahaja yang kita rungutkan.

Ya tidak salah kita merendah diri. Tidak salah juga mengimpikan sesuatu yang lebih seperti orang lain. Manusia itu serba kekurangan. Merungut sesekali tidak mengapa. Siapa yang tak pernah merungut bukan?

Namun jika dibiar berlarutan, saban hari mengeluh, seperti tidak bersyukur dengan kejadian dan kurniaan yang Allah telah berikan kepada kita. Walhal Allah telah menciptakan manusia itu sebaik-baik kejadian. Kita mempunyai kelebihan masing-masing.

Kadang-kadang kita sering terlepas pandang nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita. Pada kita, mungkin perkara itu remeh.

Anda pernah tahan kencing? Tentu azab dan tersiksa sekali rasanya. Empangan hampir pecah, namun destinasi buangan masih tidak ditemui. Terpaksa ditahan-tahan supaya tidak melimpah. Bila jumpa doktor tandas, tak terperi leganya rasa membuang air...LEGAAAA........

Itu juga nikmat yang dikurniakan kepada kita. Nampak remah.

Tak dapat digambarkan bila rasa nak membuang air membuak-buak, tapi tak keluar-keluar. Sakit pula yang datang menimpa. Itu baru nikmat buang air.

Dalam hidup ini berjuta nikmat yang Allah berikan kepada kita.

Melihat video di bawah membuatkan diri terasa bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah.

Benarlah Allah maha mengetahui. Allah maha berkuasa. Allah maha besar.

Tidak terjangkau akal kita memikirkan tentang perancangan dan ketentuan Allah.


Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...