Sabtu, 24 Jun 2017

Perihal Penapis Air Murah.

* artikel ni mungkin sesuai untuk orang yang suka untuk servis sendiri peralatan rumah...

Penapis air ni dah macam satu keperluan sekarang sebab kualiti air paip kita yang 'kureng' sangat. Biasanya sebab karat dari paip.

Tak mau cerita penapis air mahal macam coway & cuckoo tu. Itu memang dah terkenal la dengan kualitinye. Cume hargenye itu bukan semua orang mampu. Kalau korang mampu baguslah. Tapi jangan pula mengata orang yang tak guna penapis tu. Kewangan & keperluan orang tak sama dengan kita.

Pakai yang murah kalau tak mampu.

Macam keluarga kami ni, macam tak perlu sangat. Tambahan komitmen bulanan masing-masing pun dah naik, makan kami cari alternatif lain.

Kat rumah memang dah pakai mineral pot pensonic yang murah tu. Sekarang harga dalam rm80 kot. Tapi biasalahkan, lambat nak tapisnye. Kena pulak anak kuat minom, tapi tak isi air atas tu. Ade masa kering.

Nak minum air rebus saja, tak lalu kenangkan karat air. Kadang ade masa memang berkeladak macam nescafe o .

Jadi cari punya cari kami beli yang ini.


Guna dua penapis saje. Beli di aeon big. Harga RM80.

Asalnya guna sediment filter (pp) dan carbon block. Carbon block ni yang penting. Dalam mana-mana filter yang mahal mesti ada guna penapis carbon. Fungsinye?
Inilah bahagian yang neutralkan air. Boleh carilah maklumatnye.

Masa baru guna dah nampak sediment filter mula kuning sebab karat. Tapi rasa air macam tak berapa sedap lagi. Mungkin sebab baru lagi dan sediment filter tak tapis halus.

Jadi kami tukar bahagian sediment tu dengan penapis ceramic. Kalau cari di kedai ada dalam rm60. Yang lagi mahal pun adaaaa kalau nak. Kedai mana? Kedai yang jual alat penapis air. Macam-macam jenama ada situ. Yang mahal riban-riban pun adeee.

Ceramic filter lagi halus tapis dari sediment. Lepas tukar saje barulah rasa air bertambah ok. Ceramic tu cepat je tukar warna makin kuning....

Penapis letak sebelah sinki je. Senang nak basuh beras ke, sayur ke, ayam ikan ke, bila air paip berkarat teruk. Takkan nak rendam beras dalam air berkeladak karat & selut kan?

Jadi untuk pencari penapis air yang murah, bolehlah cube penapis jenis ini. Setakat ni alhamdulillah.

Tapi kalau korang jenis tak suka leceh bukak, repair, servis sendiri baik guna la penapis yang mahal sikit yang ade khidmat untuk selenggara penapis air tu. Cuma kenalah bayar.



Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...