Sabtu, 18 Februari 2017

Status terkini cwc cwig arba network?

Statistik blog mencatatkan post berkenaan cwc arba network sentiasa mendapat 'view' tertinggi setiap hari.

Mungkin sebab tak banyak blog yang paparkan kritikan pada scam tersebut, jadi carian orang ramai berkenaan scam tersebut akan singgah ke sini.

Selain blog ini anda boleh dapatkan maklumat lebih terperinci di fb page ustaz lariba.

Status terkini?

Saya tak tahu. Sebab saya tak terlibat sebagai ahli dan tak tahu kalau ada sebarang tunggakan bayaran. Cuma yang nampak aktiviti promosi di fb dah sejuk, tak seperti tahun-tahun sudah. Komentar dari fb sntmlm, pw, ustaz lariba, afyan mat rawi, muamalat.my banyak membantu memerangi aktiviti scam ini.

Berkenaan penasihat syariah, sudah tak lagi berkhidmat. Apa yang saya nampak penasihat syariah memang tak panjang umur dengan cwc kerana beliau terlibat dalam industri kewangan Islam. Jadi sebarang aduan orang ramai terhadap beliau pasti diberi perhatian ileh pihak bnm dan beri kesan juga pada institusi yang beliau wakili.
Industri kewangan Islam Malaysia bukan cap ayam.

Jadi untuk tahu status terkini, adalah lebih baik tanya pada ahli cwc sendiri.

* walau scam ini belum tepu & crash sekalipun, itu tak bermaksud ia halal dan patuh syariah.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"nak patuh Allah ke nak patuh syariah"? Apa hubungkait Allah dengan Syariah? kalau ada hubungkait allah dengan syariah oklah ..kalau tak der macamana?

Tanpa Nama berkata...

dh lingkup pun..

Madynico berkata...

Dari disember 2016 hingga jun 2017 masih berdepan masalah.berlaku tunggakkan bayaran kepada ahli.alasan demi alasan diberi makin lama makin tak masuk akal.segala persoalan tak terjawab..namun ahli2 masih menunggu dgn harapan..

Madynico berkata...

Dari disember 2016 hingga jun 2017 masih berdepan masalah.berlaku tunggakkan bayaran kepada ahli.alasan demi alasan diberi makin lama makin tak masuk akal.segala persoalan tak terjawab..namun ahli2 masih menunggu dgn harapan..

Nur Fauzi berkata...

Ahli buat laporan pilis dan simpan segala bukti termasuk resit bayaran dan perjanjian.

Unknown berkata...

dah buat ka report polis

Tanpa Nama berkata...

kesian dekat ahli...kalau yang sampai buat pinjaman nak kena byr blik susah

Tanpa Nama berkata...

Harapan tinggal harapan

Tanpa Nama berkata...

Harapkan pegar pegar makan padi...pegar gak yg kenyang

Tanpa Nama berkata...

Nasib badan

Tanpa Nama berkata...

Harapkan pegar pegar makan padi

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...