8Baru-baru ni naik lagi isu hukum rokok dek kerana viral kuliah seorang bekas peserta program realiti di astro.
Berkenaan kuliah itu boleh carik di youtube ye.
Cuma nak ulas cara hukum itu dibuat kurang tepat. Memang benar tiada nas atau hadith secara langsung tentang haramnya rokok. Jadi boleh guna kaedah fiqh asal hukum sesuatu perkara itu adalah harus.
Perbandingan rokok dan gula tak tepat. Gula ada nutrien yang memang diperlukan oleh badan manusia. Cuma pengambilan secara berlebihan datangkan mudarat. Sedangkan rokok asalnya tidak diperlukan oleh badan. Tiada bayi manusia yang lahir secara fitrahnya perlu asap rokok.
Gula pula ada dalam diet harian manusia. Cuma perlu dikawal.
Hukum ada boleh berubah mengikut zaman. Antara sebabnya adalah kemajuan teknologi. Jadi ada hukum lama yang boleh berubah dan perlu diperhatikan semula. Hal rokok adalah salah satu contoh.
Dengan kemajuan teknologi perubatan masakini, pakar perubatan mengesahkan rokok membawa mudarat. Pendapat pakar perubatan ini perlu diterima dalam penentuan hukum kerana mereka merupakan orang yang ahli dalam bidang tersebut.
Selanjutnya boleh rujuk pada fatwa kita di Malaysia. Lengkap dijelaskan sebab dan dalilnya.
Bagi kita orang awam, cukuplah berpegang pada fatwa yang telah dikeluarkan. Jangan pula bila tiba hal begini tiba-tiba jadi lebih alim dari mufti, lebih pakar dari doktor.
Hentikan guna alasan doktor pun hisap rokok, ulama pun hisap rokok. Itu sekadar alasan nak lepaskan diri.
Berzina itu haram.
Kalau ada ulama yang berzina, hukumnya tetap haram. Dia berdosa.
Rokok itu mendatangkan mudarat. Walau pakar jantung ada hisap rokok pun, kerosakan dan mudarat itu tetap terjadi untuk dirinya. Tetap salah.
Harapnya ustaz berkenaan dapat menerima kritikan dan teguran dari orang ramai.
2 ulasan:
Jangan menfitnah orang yang tidak berdosa....dosa besar...kalau orang tidak mengampuni kamu...macam mana....????
Nabi kata lebih baik diam.....daripada bercakap benda yang tidak pasti....
Iye lah
Catat Ulasan