Halaman

Ahad, 2 Oktober 2016

Perihal encik Azizan tipu phd

Isu ini semestinya sudah sedang dan masih hangat. Banyak blog dan page fb yang dah ulas. Jadi ulasan kali ni taklah panjang sangat. Cuma nak kata:

1. Blog aididmuaddib dah bongkar sejak tahun 2010 lagi. Tapi ramai juge yang 'backup'.

2. Dia memang carik pasal bila kata ada phd dengan ipt tempatan. Orang lagi mudah nak semak. Phd metafizik dari luar? Tu dah ramai tahu tempat beli sijil. Cube la kalau nak.

3. " ilmu dia lagi penting dari title"
Betul. Tapi dia dah kelentong kelulusan. Itu isu utama. Kebolehan dia bagi motivasi itu memang bakat dia. Memang tak semua orang ada bakat tarik audien macam tu. Tapi tipu tetap tipu. Ikut undang-undang pun salah dan dikira sebagai jenayah. Jadi macai, faham isu betul-betul.

4. Dah salah, minta maaf. Itu lagi mulia. Dah salah, lagi nak nafikan sorok tahik bau semerbak tu. Lagilah orang bertambah berang. Artis si fazley mengaku salah pasal phd dia. Orang marah juga tapi tak lama. Sebab dia mengaku dan minta maaf. Kes tutup. Die pun move on jadi artis chef masak-masak.

5. "Tak elok dedah aib".
Yang ni kena balik semula pada isu. Isunya tipu phd. Perlu dedahkan untuk kesedaran umum. Benda ni bahaya. Patutnya dah lama didedahkan dan ambil tindakan.

6. Berpada-padalah.
Pada yang tak suka pun, jangan ambik kesempatan mengutuk kaw-kaw punya. Kita dedahkan supaya orang ramai ambil pengajaran. Kita benci perbuatan/ dosa yang dilakukan, bukan pelaku dosa itu.

7. Master, phd bukan semudah yang disangka. 1st degree pun tercirit nak siapkan. Master dan phd lagilah kena berjuang sorang-sorang. Banyak benda yang perlu korbankan. Ada sampai cerai laki bini, anak terabai, rugi berpuluh ribu rm, macam macam lagilah. Kau tiba-tiba dengan senang kata ade phd tanpa nak lalui segala susah payah. Memang mintak maki orang ramai.

4 ulasan:

  1. Setuju bro. Dulu aidid dah lama ckp phd mickey mouse. Actually masyarakat kita sgt jarang guna benda yg paling common...iaitu Common Sense. Tgk jenis degree, cara interaksi, dan nama university pun aku dah sceptical. Gordon university...mcm nama planet zargus. Dalam dunia sekarang terlalu byk penipu...tak apa kalau kita sedikit sceptical, judgmental, paranoid utk kebaikan masing2.

    BalasPadam
  2. saya ni dia ada phd ke takde ke memang memula dulu lagi dah tak berkenan.. ni sy tengah buat phd tengah rasa kesusahannya memang menyirap jugak dpt tahu dia menipu phd dia..dok baca aidid muadib dulu tp tak perasan psl AO tipu phd dia ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ade aidid tulis. Dr mickey mouse. Tapi masa tu dia takde claim ade phd kat ipt tempatan. Masih selamat lagi la.

      Padam