Rabu, 17 Ogos 2016

Kenal pasti skim cepat kaya?

Sebelum buat keputusan nak masuk/bayar apa-apa program baik pertimbangkan beberapa perkara.
Kalau ada, asak soalan bertubi-tubi

1. Too good to be true.
Dengar mudah benar dapat duit. Bayar. Goyang telur. Dapat duit.
Dengar macam ni, lari jauh-jauh.

2. Pulangan tetap & besar lebih 10% setahun.
Lagi gila pulangan bulanan. Setahun untung lebih 100%. PNB yang buat Asb yang dananya berbilion pun bagi dividen berapa peratus setahun?
Mintak bukti benda tu sah ikut undang-undang.

3. Lesen.
Takat guna lesen AJL, lesen trading, boleh bagi pulangan tetap bulanan tinggi?
Takat leen AJL, ssm mana boleh kutip deposit.
Boleh cabut lari. Guna lesen MLM, bagi hibah bulan-bulan berdasarkan modal belian barang. Pegi mati la benda macam ni. Lama-lama crash juga.

4. Promosi tak payah cari orang, tak payah jual barang.
Habis bisnes ape tak jual barang?
Pelacur dapat duit pun offer 'perkhidmatan' (cuma HARAM la benda dibuat tu).
Tak payah cari orang?
Buat apa ibuk promosi orang lain masuk sama.

5. Promosi guna nama Islam. Tanya siapa penasihat syariah & kelayakan. Macam kes emas sontot, jual nama agama. Riba terang-terang. Tanya siapa penasihat syariah, jawapan pusing sampai zimbabwe, masuk tanzania, terus ke gaung dalam laut.

Jauhi skim sontot.
Nak kaya boleh, tapi biar betul caranya.

8 ulasan:

Unknown berkata...

Tuan ni best aaaaa. Perjuangan sama mcm Aidid Muaidid 2011 dulu

siti hazreen berkata...

banyak dah skim yang mengelirukan sekarang ni, tuan...siap ada lesen bagai...kadang-kadang tu terpedaya juga huhu

Nur Fauzi berkata...

Aidid lagi dahsyat. Semua mlm scam kena bedal + huraian panjang lebar.

Nur Fauzi berkata...

Sebab tu kena tau sikit asas kewangan ni. Biase kalau janji pulangan tetap terus tiap bulan ni memang menipuuuu

Tanpa Nama berkata...

Salam cikgu,
saya nak mintak pendapat sebelum terkena ni. ada kawan kepada kawan sebelum ni offer saya utk invest dalam trading gula dari thai n dijual ke prai. untuk sekilo 10 sen. saya nk invest dalam 4k. komitmen bulanan kepada prai adalah 500MT. setiap delivery dalam 40MT dan sebulan dalam 13 kali delivery. so 1 bulan saya boleh dapat dalam 12.5k drpd modal 25k. tempoh kontrak adalah selama 1 tahun. saya nampak element2 'too good to be true' tu ada tapi saya belum tanya sepenuhnya lagi pasal kos penghantaran semua. setakat yang saya bgtau ni, ada terbau hanyir2 x? mintak tolong ulas

Nur Fauzi berkata...

Mt tu ape. Tak paham.

Tanpa Nama berkata...

berterabur ayat saya td. MT tu metrik tan. modal RM 25000 n satu bulan untung RM 12500. 1 bulan ada 13 kali delivery. untung untuk 1 delivery dalam RM 1000.

mamamanja berkata...

Terimakasih..banyak membantu dari terjerumus ke kopi pak belalang.baik duit tu sy minum kopi o

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...