Halaman

Ahad, 24 April 2016

Tone Excel Haram? Panas sekejap..

Dalam seminggu dua ini hal simkad prabayar tone excel menjadi panas juge setelah mendapat komen daripada seorang ahli akademik IPTA tempatan. Beliau yang dimaksudkan adalah Dr Ahmad Sufian bin Che Abdullah. Bertugas di Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. 
Dari segi penglibatan dalam kewangan ISlam, beliau merupakan ahli penasihat syariah di Syarikat Takaful Malaysia dan Kenanga Investment Bank.

Nak lebih lanjut lagi maklumat akademik beliau klik di sini.

Secara peribadi saya pernah jumpa Dr Sufian beberapa kali semasa belajar dahulu. Tapi tak ada mengambil sebarang subjek dengan beliau dan kami berlainan jabatan.

Untuk pengetahuan umum, Jabatan Syariah di Universiti Malaya memang banyak menyumbang kepada tenaga dalam bidang kewangan Islam di Malaysia. Ramai juga graduan dari bidang syariah yang bergiat aktif dalam industri kewangan Islam.

Nak dijadikan cerita.

Beliau merupakan salah seorang pengendali (admin) fb page muamalat.my. Boleh cuba buat carian ke sana. Banyak maklumat asas dan umum berkaitan muamalat yang kita boleh baca dan dapat di sana.
Ada juga beberapa syarikat yang menjalankan perniagaan diulas transaksi dan pelannya oleh muamalat.my termasuklah yang terkini prepaid tone excel (TE).

Kalau tak ditanya, takkan timbul isu.

Kebiasaannya syarikat yang diulas, sebelum itu pastinya ada pertanyaan dari orang awam yang mahukan pandangan berkaitan perniagaan itu. Tambahan pula kaedah/plan pemasaran kad prabayar berkenaan menggunakan sistem affiliate/berbilang tingkat. Bila melibatkan hal sebegitu, dari sudut muamalat di Malaysia kita boleh rujuk pada garis panduan MLM Syariah JAKIM. 

Muamalat.my telah memberikan komentar berkenaan kad prabayar itu dan beberapa kritikan serta keraguan ditimbulkan. Antaranya adalah harga yang mahal, kadar panggilan/sms yang lebih mahal berbanding prabayar tune talk yang dilihat sebagai produk dari syarikat induk yang sama.

Isu yang orang ramai ketengahkan adalah kenapa mahal sedangkan hadiah  (percuma) yang diperolehi oleh kedua-dua prabayar adalah sama. Malah kadar panggilan, sms dan internet TE lebih mahal.

Hanya kajian awal dan ulasan

Pihak muamalat.my dalam ulasannya ada menyebut bahawa orang ramai bebas memberikan pandangan serta tiada masalah jika mempunyai pandangan yang berbeza. Apa yang dibuat oleh muamalat.my adalah mendapatkan maklumat berkenaan subjek dan menilainya dari sudut muamalat. 

Ia hanya pandangan daripada seorang ahli muamalat. Pandangan ahli muamalat yang lain mungkin berbeza. Lagipun ia bukannya berstatus kajian jurnal, latihan ilmiah, tesis, jauh sekali fatwa. Sekiranya ada pendapat dan dalil yang lebih kukuh boleh dikemukakan maka itu adalah lebih baik.

Saya tak muatkan ulasannya di sini. boleh cuba buat carian.

Malangnya

Kuasa viral internet hari ini menjadikan ulasan itu tersebar luas dengan cepat dan 'memanaskan' agen/ahli TE.

Lebih teruk lagi dapat dilihat mentaliti dan akhlak sebenar masyarakat Malaysia (melayu?) bila tidak puas hati dan berbicara soal hukum. Sangat menyedihkan.

Kesedaran masyarakat berkaitan hukum muamalat masih lagi rendah. 

Peluang syarikat

Dari sudut positif, perkara ini membuka dengan lebih luas lagi kesedaran orang ramai berkaitan dengan hukum muamalat dalam islam.

Malah pihak syarikat juga berpeluang untuk memperbaiki pelan pemasaran dengan merujuk kepada panel syariah yang berkelayakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan