Akhir-akhir ini FB saye dipenuhi juge dengan kisah orang tak puas hati dengan perbankan Islam dan menuduh perbankan Islam sama buat riba dan haram. Ramai yang membuat kenyataan ini berdasarkan video dan ulasan oleh Sheikh Imran Hosein berkenaan perbankan dan kewangan Islam.
Memang ramai yang kurang jelas dan tak puas hati benda ni, Tapi semakin menjadi apabila ada 'public figure' yang berjaya dalam perniagaan yang turut menghentam dengan kuat. Malah menuduh panel syariah yang terlibat dalam industri perbankan Islam turut sama bersekongkol dan dan diupah/dibayar untuk menghalal riba.
Satu tuduhan yang berat.
Siapa yang buat demikian? Rasanya ramai kenal kalau saya sebut seorang juru gambar dan penjual jubah.
Saye secara peribadi tiada masalah dengan mereka. Malah saya menghormati usaha mereka mengembangkan perniagaan dengan bersungguh-sungguh. saha ini memang patut dicontohi oleh kita! Penglibatan mereka mengasaskan rumah anak yatim dan mewakafkan keuntungan syarikat untuk pembangunan anak-anak yatim adalah satu usaha yang sangat terpuji dan perlu dijadikan contoh oleh kita semua, Tak semua orang mampu korbankan kesenangan dan kemewahan untuk orang lain.
Itu memang saya sangat tabik dan hormat! Nak berjaya dan buat seperti mereka? Silakan dan ikutlah. Benda yang baik dan membangunkan bukan saja ekonomi umat Islam, malah memperbaiki pendidikan dan sosial masyarakat yang makin meruncing.
Tapi.
Benda yang baik kita sokong. Benda yang salah, takkan nak berdegar disokong juga kan?
Tuduhan berkaitan dengan perbankan Islam itu adalah berat. Menuduh panel turut bersekongkol juga berat. Tambah berat lagi tuduhan hanya tuduhan tanpa bukti dan hujjah yang kukuh. hanya berbekalkan persepsi dan emosi.
Malang juga permohonan maaf secara terbuka juga tiada.
Harapnya mereka sedar kesilapan yang dilakukan. Berjaya dalam satu bidang tak bermaksud kita mahir semua hal serba serbi. Hal perbankan Islam ini memerlukan penguasaan asas dalam bidang fiqh dan juga muamalat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan