Halaman

Isnin, 6 Julai 2015

Al kisah Air Kangen yang hebat.

Kalau sesiapa yang rajin belek FB Say no to MLM dan juge PseudoScience Watch mesti dengar punye pasal hal ehwak Kangen Water dan Homebirt ni,

Al kisahnye, pertama kali dengar kangen water ni, ku ingatkan datang dari Indonesia sebab ade perkataan kangen tu. Iyelah orang jawa kate kangen tu rindu.

Tapi rupe-rupenye bukan. Kangen water tu adalah hasil dari mesin Air Kangen yang datang nun dari barat sane (kononnya). Hasil dari air ini juge kononnya boleh menyelesaikan seribu satu masalah kesihatan, Hanya guna air alkali dari mesin kangen itu.

Hebat benar kan? Orang sekarang kata 'power gile' air tu boleh ubat macam-macam sakit dengan cara mandi, sapu atau minum saje.

Orang kata la kan...tapi betul ke?

"Betul bak hang! Ramai bagi testimoni pasal air ni!"

Ada bukti secara saintifik? Kajian yang 'valid' ke? Atau hasil kajian dalam jurnal sains ke?

Hakikatnye ia cuma air

Sebelum tu pernah dengar tak dulu kehadiran pelbagai penapis air yang macam-macam dan juga kata boleh sembuh macam-macam penyakit semua. Tapi kebanyakannya senyap dah sekarang. Tak hebat megah macam dulu-dulu. Jualan naik mencanak-canak. Sekarang nak jual pun susah.

Hai o, al jabbar, rx water, macam-macamlah lagi jenama. Harga pun riban-riban juge semua.

Hakikatnye air itu cuma melalui proses penapisan dan menghasilkan air yang bersih... Ade la yang uji tahap alkalinye semua. Takde jauh beza pun.

Jadi mana tah datangnye boleh ubat bermacam sakit itu ini tak tahu la..

Dalam kes kangen water ni, nampaknye begitulah juge. Lagilah guna sistem MLM juge, dan harga penapis pun 'bapak mahal' sampai berpuluh ribu. Di pasaran tempatan mesin yang lebih kurang sama fungsi dengan kangen tu boleh dapat murah saje. Bawah dua ribu dah bole beli.

Beli mineral water pot yang murah tu pun boleh juge tapis dan dapat air ph alkali...

Alkali baik, asid jahat?

Badan kita perlukan alkali saja ke untuk sihat? Makan asid tak bagos? Jom le sama-sama kita ngaji sains semula. Kalau terus hukum asid tu tak bagus, maka susahlah perut kita nak hadam makanan kalau takde asid. Ambik jus oren segar tu, ukur ph air tu. Tahap asid. Tak bagus ke jus oren segar tu?

Kenalah juga tahu air ph berapa yang sesuai untuk kita minum dan guna.

Jadi bagus ke tak air kangen ni?

Nak minum minumlah. Minum air yang bersih itu bagus.
Tapi tak payah la sembang lebat kata boleh obat itu ini berdegar-degar. Mesin tu cuma boleh hasilkan air ph tahap alkali, ikut tahap-tahap yang tertentu, Itu saje.

Tak lama lagi senyap sunyilah juga isu air kangen ini macam penapis 'bombastic' dulu-dulu.

Tapi sebelum sunyi tu, penuh juga la poket tauke syarikat MLM yang keluarkan mesin ni sebab ramai benar dalam masyarakat kita ni percaya dengan cerita gebang hebat tanpa selidik terlebih dahulu. Dan harge untuk percaya itu juge agak mahal dengan mengempiskan poket dan duit simpanan kita.

* peminat fanatik kangen water mesti tak puas hati....

18 ulasan:

  1. tuan dah kaji ke penapis air yang dikatakn tu.
    jgn buat ulasan seborono seja..setiap mesin yg hendak dikeluarkan oleh syarikat tentu telah dbuat ujikaji oleh pakar..tak sama penapis aitr biasa yang murah dan yang mahal..tentu berbeza jangan pukul rata saja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dokto dari kementerian mana? Boleh bagi nama? Itulah juga ayat mrk masa provoc aku suruh beli dulu. Seb baek aku jenis byk membaca

      Padam
  2. Minum ayaq yasin lagi baguih. Nak lagi best ayaq zamzam

    BalasPadam
  3. maklumat anda tentang asal mesin tu pun sudah salah...it is from Japan /\...saya pasti anda perlu perhalusi semua maklumat anda selepas ini.

    BalasPadam
  4. Buatlah mesin yg x jual tak guna mlm tp setanding kangen..saya mmg cari..

    BalasPadam
  5. Assalam...semua...yg fanatik atau yang drastik pasal kangen ni... sape dalam group ni ade mesin kangen tu... cuba tgk arahan di belakang mesin tu ... n tolong snap bg kami tengok... thanks....

    BalasPadam
  6. Assalam...semua...yg fanatik atau yang drastik pasal kangen ni... sape dalam group ni ade mesin kangen tu... cuba tgk arahan di belakang mesin tu ... n tolong snap bg kami tengok... thanks....

    BalasPadam
  7. Saya anak kepada penjual air kangen.Saya nampak ramai org yang minum air ni sihat semuanye.Ade org tu,die hampir nak buta,selepas sebulan dia minum air kangen,mata die pulih semula.Saya lihat sendiri depan mata saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Placebo effect.... sekejap je tu. Sbb bukan btol2 semboh pon

      Padam
  8. Baru jer kawan bagi sebotol.. ada aturan ker nk minum?

    BalasPadam
  9. sebelum bersuara harus menyelami konsep air itu sendiri. bagaimana proses alkali. effect trhadap body. air kangen bukan ubat. ia hanya agen yg baik membantu badan merawat sel2 jahat dlm badan. kandungan asid yg berlebihan perlu dineutralkan. alkalian itu sendiri nampaknya tuan tidak paham. cara minum senang je hadi hmp. rujuk kaedah minum yg disarankan oleh Islam. mcm tu la kangen water suruh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betol azwan_melaka,,sya pengamal kangen water..ade perubahan dri segi kesihatan sya..lebih baik dri sblm nye...skim piramid or x sya x amik tau sbb sya bli cash..janji efek positif apedehal sgt dgn harga tu...klo x mampu or seller brand lain,,sesetgh kaum melayu mmg ska tutup periuk nasi org..jgn nk bash ikot sedap jari je..

      Padam
    2. Sesungguhnya perut kita ini berasid. Tujuannye untuk hdamkan makanan. Air alkali masuk ke asid jadik neutral. Tiada alkalinya lagi.
      Cukuplah ambil air bersih dan ringan alkali. Penapis air yang murah pun boleh bantu tapis air jadi bersih.
      Orang melayu carik rezeki cara mengarut kenalah kita betulkan. Bukan sokong teruskan kelentong.

      Padam
  10. Korang boleh masuk page fb pseudoscience watch. Page ni panjang tapi padu. Salah satu ulasan tentang KW. Dan kalau korang nak tahu. Untung jual mesin ni adalah RM6400. Sebab untung banyak lah semua Jadi cakap air ajaib. Papepon Kw adalah MLM. Skim piramid.

    BalasPadam
  11. Pembetulan.. sykt yg keluarkan mesin kw adalah sykt direct selling berdaftar bukan MLM bukan skim piramid.. #semaksebelumtulis

    BalasPadam