Pernah dengar dan pergi Radix Fried Chicken (RFC)?
Masa duduk di KL dulu memang hangat juga jadi bualan di internet. Sekitar tahun 2008-2010 tak silap.
Diwar-warkan sebagai alternatif kepada jenama ayam goreng yang berasal dari luar negara. Menu yang ditawarkankan juga dikatakan setanding dengan restoran makanan segera yang lain. Lebih istimewa, RFC menggunakan daging ayam organik sebagai bahannya.
Lagipun RFC adalah milik Syarikat MLM tempatan, HPA. Jadi memang dapat sambutan juga bagi pengguna yang pentingkan produk tempatan.
Tak keterlaluan juga kalau dikatakan sentimen agama (Islam) turut menjadi sebab jualan RFC di kebanyakan cawangan semasa baru dibuka melonjak naik.
Pengalaman menyaksikan pembukaan cawangan RFC di Kluang Johor, penuh sesak menyebabkan saya tak jadi masuk. Hanya lalu depan kedai saja. Memang ramai.
Begitu juga dengan di tempat-tempat lain. Rata-rata rakan-rakan yang berpeluang pergi akan mengatakan pelanggan sentiasa ada.
Apa dah jadi sekarang?
Banyak cawangan yang sudah ditutup. Ya, memang ditutup. Macam menyepi saja hal RFC ni.
Di Kluang Johor kalau dulu ada dua restoran HPA - Radix Fried Chicken dan Radix Chicken House. Tapi sekarang dua-dua dah tutup. Yang tinggal di Kluang hanya pejabat cawangan HPA sahaja.
Di MITC Melaka pun sudah ditutup. Tempat-tempat lain tak tahu macam mana.
Ditambah lagi dengan kabar bekalan ayam organik yang sukar didapati di sesetengah tempat, dan tak terkecuali juga rungutan terhadap perkhidmatan / servis yang kurang memuaskan berbanding restoran makanan segera pesaing. (boleh cuba tanye wak google)
Bila baca hal sebegini, rasa sedih juga sebab terasa sukarnya perniagaan milik bumiputera Islam nak bertahan.
Anda pernah pergi makan di RFC?
Sedihnya. Tapi Tedi x pernah jumpa pun.
BalasPadamSekarang ni still available... cuma dah tukar brand.. bulan lepas ada pg di bangi.. tak ingat ape nama baru..
BalasPadamyeke. itu la. yang dengar ade kat bangi dengan kat kedah.
BalasPadamKat kluang ni dua-dua dah tutup. mungkin bekalan ayam organik terhad agaknye.
Kat sungai petani, kedah pun dah tutup. Bukan sekadar RFC, tapi semua biz HPA yg lain pun dh gulung tikar
BalasPadamwah...confirm ke ni?
BalasPadamkalau gitu macam serius je nampaknye.
Sayangnya..nape jadi mcm tu..muslim kena buat sesuatu..
BalasPadammakanana kat rfc sp ok.saya dah pernah pergi.
BalasPadamSebab orang melayu kurang suport la. Kena ubah sikap, beli kedai melayu walaupun mahal sikit. Mahal sebab berlaku diskriminasi oleh bangsa lain pd orang melayu.
BalasPadamSekarang kesedaran org dah lain. Dari sibuk salahkan bangsa lain, baik tengok kesilapan pengurusan perniagaan tu sendiri. Bila bukak outlet terus banyak satu negara, bekalan nak dapat agak susah sbb ayam organik bekalan susah dapat tak macam ayam biasa. Banyak lagi sebab lain.
PadamSatu - satu nya di Kuantan yg tinggal sekarang sudah tukar nama ke AFC!
BalasPadamDi Bandar Laguna Merbuk, Sungai Petani msh ada.
BalasPadamdi terengganu dulu pn ada skrg dh gulung tikar.bukan rfc je 6 stokis hpa daerah shj dh tutup, belum daerah sebelah lg..gaya macam bisnes hpa ni dh mlingkup je..sy tertanya juga apa cerita menara hpa d kl tu? dlu gah sgt bunyinya skrg apa dh jd?
BalasPadamTak lah HPA masih ada sampai sekarang cuma kita tak buat RFC lagi. Kita Buat Halal Mart & Frozen Food Sekarang
BalasPadamAku kenal RFC ni masa Januari 2012 di UTC Gopeng. HPA buka booth mega utk RFC masa tu. Masa tu lagidah nampak lemau dan aku dah nampak lagi 5 tahun akan gulung tikar. Ternyata tak sampai 3 tahun dari masa tu dah bungkus. Aku tak pelik pun. Bisnes2 yizlamik ni kena tiru macam Global ikhwan je.
BalasPadam