Menyampah dan sedih.
Sejujurnya itu perasaan saya melihat guru-guru tergedik depan murid buat gaya gwiyomi.
Juga makin membuak perasaan itu saat melihat guru buta parody bobo lagu sayang.
Lihat sini.
Bukan anti hiburan. Bukan. Manusia mana yang tak suka hiburan.
Tapi saya tegas mengatakan hiburan yang ditonjolkan oleh guru-guru seperti ini adalah hiburan tahap SAMPAH.
Ya, SAMPAH yang tak berguna dan boleh memberi kesan negatif pada 'kesihatan' orang lain.
Secara peribadi saya minta dijauhkan anak-anak saya diajar oleh pendidik seperti ini.
Kecewa? Ya, jelas sekali saya kecewa dengan pendidik seperti ini.
Berkawan dan rapat dengan remaja tak bermaksud kita menurut semua perlakuan dan kehendak mereka.
Dalam berdakwah pun, pendakwah memang dituntut untuk bersama-sama dengan sasaran dakwah, namun tak bermaksud melakukan sama kemungkaran (jika ada) yang dilakukan oleh masyarakat..
Guru...Anda adalah pendakwah...Kita pendakwah...
Kalau bukan kita siapa lagi yang nak jalankan. Tapi apakan daya jika kita turut sama lesu terbuai hedonisme.
Hidup seperti kebanyakan makhluk Allah yang lain. Kita semua sama, melainkan amal dan taqwa.
Selasa, 28 Mei 2013
Cikgu : Penularan hedonisme - Parody Bobo dan Gwiyomi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
Saya pun kesal kerana ada pendidik begitu. Memalukan. Terfikir bagaimanalah akhlak mereka di sekolah tersebut?
masalah yang melanda dunia pendidikan hari ini.
hedonisme memang berleluasa.
aku pun naik menyampah jugak tgk cikgu buat camtu..lg rosak akhlak budak.
sedih juge bile mengenangkan..berazam untuk tidak jadi begitu...
pening budak2 kalau nengok cikgu jQAF melalut macam tu
Catat Ulasan