Halaman

Khamis, 22 Mac 2012

Masalah score A.

Saya dapati ramai yang datang singgah ke sini membaca hal berkenaan dengan score A.

Jadi ada juga yang bertanya, apa yang saya tidak setuju sangat dengan score A.

Saya ada beberapa perkara yang saya tidak setuju dengan score A.
1. Ada sedikit percanggahan dengan garispanduan MLM syariah.(termasuk isu manipulasi sistem oleh agen tamak)
2. harga produk.

Bagaimana dengan produk? Produk score A berbentuk portal tuisyen online itu tiada masalah. Itu adalah salah satu cara pembelajaran masakini. Tapi ingat. Tidak semua orang sesuai dengan cara itu. Tidak semua orang memerlukannya.

Di kala produk dibeli semata-mata untuk memasuki sistem dan pelan, terjadi percanggahan dari sudut penilaian syariah dan itu yang dikatakan manipulasi pelan untuk cepat kaya, produk jadi topeng semata-mata.

Harga produk
Terdapat beberapa tuisyen online lain yang murah. Jauh lebih murah dari score A. Jadi kalau saya, saya tak pilih score A kerana mahal. Tapi bagi yang mampu, silakan kalau mahu guna. Duit sendiri...Cuma saya sangat sangsi dengan harganya yang jauh lebih mahal. Sedangkan ianya tidaklah terlalu jauh perbezaannya. Bagaimana boleh ada syarikat yang menawarkan RM60 setahun untuk tuisyen online?

Walaupun tidak ada dalil yang khusus (setakat pengetahuan saya) tentang had harga barang, namun penjual tidak boleh dari segi moral mengambil untung melampau. Tiada masalah dari sudut akad. Jual beli sah. Tapi saya sebagai pengguna tidak puas hati jika setelah membeli portal score A, ada pula sahabat yang menawarkan tuisyen online yang jauh lebih murah.

Benar, kebajikan penjual juga perlu dijaga. Penjual mesti mahu untung untuk meneruskan perniagaan. Cuma mengambil keuntungan, jangan melampau.

Seperti corset yang dikatakan istimewa yang dijual oleh Hai O, tenyata tidak ada pa istimewa sangat berbanding corset lain, melainkan harganya yang MAHAL. Sinar Infra merah pada corset? Get back to reality.

Ada blog yang membuat pendedahan jualan corset secara pukal dari china. Pembelian 1000 unit (kalau tak silap) harga bagi satu corset jatuh sekitar RM 200. Sebab itu tidak mustahil ada syarikat lain yang menjual corset yang lebih kurang sama dengan harga tidak lebih RM1k pun.

Tapi, soal harga lebih kepada peribadi. Anda mampu anda beli. Saya tak mahu. Mungkin ia boleh diibaratkan seperti makan di warung dan restoran berbanding di tempat yang lebih mewah.

Sistem MLM dan garis panduan JAKIM.

Setelah dilanda pelbagai kontroversi, ada pihak yang mengkaji permasalahan MLM ini dari sudut syariah. Fatwa yang terbaru mnyatakan MLM adalah harus. Kemudian disusuli pula dengan garispanduan MLM syariah yang dikeluarkan oleh JAKIM.

MLM di Malaysia perlu mematuhi garispanduan yang dikeluarkan jika mahu dihukumkan Harus. Harus di sini bermaksud boleh. Kita boleh pilih untuk sertai ataupun tidak.

Sila baca terlebih dahulu garispanduan ini sebelum menyertai MLM. Bukan setakat baca, tapi fahamkan. Jika tidak faham, boleh bertanya kepada mereka yang ahli.

Jadi apa masalah dengan score A?

Pelan pemasaran score A telah pun dinilai dan telah ada penilaian dari sudut syariah. Jadi bagi orang awam yang berpegang dengan Fatwa, MLM score  A adalah harus kerana telah dinilai dari aspek syariahnya.

Namun, walaupun harus, saya masih lagi ragu-ragu tentang beberapa perkara dalam score A. Pertama kerana sistem MLM (pada pendapat saya) yang mempunyai masalah, termasuk jika dibuat kiraan dari segi statistik jangkaan penyertaan. Kedua, kenyataan panel penilai syariah score A tentang manipulasi pelan.

Ketepuan pasaran

macam mana pusing pun, ketepuan pasaran pasti akan berlaku satu masa. Cuma cepat atau pun lambat sahaja. Apabila berlaku ramai yang sudah menjadi agen, penurunan bilangan ahli baru, produk melambak tak dijual, pasaran akan tepu.

Secara logiknya kalau seorang cari 3 orang downline. pada level 9 berapa ramai agen yang direkrut? Katakan seorang agen yang mahu mecapai tahap jutawan, berapa ramai orang / dowline yang perlu mereka ada dan aktif melakukan pembelian?
Sebab itu bukan mereka yang terawal memang untung kerana ruang dibawahnya terbuka luas. Berbanding yang masuk hujung-hujung. Celah mana lagi nak cari ribuan agen untuk jadikannya jutawan?

Ada yang kata populasi penduduk semakin bertambah. Ya benar. Tapi cuba kita kira berapa. Berapa ramai yang menjadi 18 tahun setiap tahun untuk direkrut? Adakah semua mereka ini mahu berkecimpung dengan MLM? Nak bahagikan mereka ini pula dengan berapa ratus / ribu syarikat MLM?

Anda yang mahir dalam hal penagkaan dan statistk cuba kira.

Kalau pasaran tidak tepu, leader atau upline tak akan lompat pergi ke syarikat lain. Boleh tengok hari ini berapa ramai upline yang lompat ke syarikat lain, bila dia rasa dah tak boleh nak 'makan' banyak dengan syarikat sekarang? Terlalu ramai. Mereka cerdik. Bila mereka lompat ke syarikat yang aru, mereka masih lagi antara orang yang terawal. Jadi mudah nak rekrut downline ramai-ramai. Sampai masa tak boleh jalan, lompat lagi ke MLM yang lain. Mangsanya ialah mereka yang masuk diakhir-akhir.

Saya tahu seorang jutawan MLM. Bermula dengan Zhulian, tapi tak berapa nak jadi. Lompat ke syarikat Sureco yang baru setahun dua. Dia berjaya 'boost up' income dan jadi top leader syarikat itu dengan mencapai bonus tertinggi. Ramai agen direkrut. Apabila rasa bonus makin kecil, tukar ke syarikat DCL. Masih berjaya juga sebab dia antara yang terawal.

Manipulasi pelan
Hal ini yang sangat-sangat kerap terjadi ak kira mana-mana MLM. Pelan dimanipulasi untuk meningkatkan pendapatan dengan cara yang cepat. Termasuk dalam hal ini adalah 'head hunting'.



7 ulasan:

  1. tq bro sebab kongsi pasal ni.ada saudara terdekat mcm nak join.aku cuba halang tapi aku xtau nak bagi alasan pe...harap dia baca la ni sebelum buat keputusan... :)

    BalasPadam
  2. Msred tak join mlm atau score a.... Kalau was2 takyah join kan?

    BalasPadam
  3. apan:
    nak lagi best, pegi bace blog aidid muaddib. tapi kena tahan la baca sumpah seranah die berbakul-bakul.
    eden ni komen sikit-sikit je.

    puan kek keju merah:
    kalau was-was baik jauhkan. seeloknya perkara yang was-was kita cari penjelasan berkenaan hukumnya. saya lebih kepada berkata tidak, walaupun score A telah ada penilaian kepatuhan syariah.

    BalasPadam
  4. ramai gak yang masuk score A, tak sure le apa komen diaorang

    BalasPadam
  5. sebaik2nya score A buang sistem MLM tapi tak mungkin dorang nak buang sebab dah ramai yang join

    BalasPadam
  6. agak sukar sebenarnya nak ubah dari MLM ke konvensional. Kalau depa jual cara konvensional, atau buat sistem mcm avon ke, susah nak laku.

    Banyaknya syarikat yang berlaih dari konvensional ke MLM. Sebab untung banyak maaa...

    BalasPadam
  7. Harga produk Score A tu berdasarkan pembinaan, penyelenggaraan, laman web yang tinggi kualitinya.

    BalasPadam