terjumpa di Facebook..

Anda rasa bagaimana?
Baca artikel penuh...
Hidup seperti kebanyakan makhluk Allah yang lain. Kita semua sama, melainkan amal dan taqwa.
Biasa kita dengar lagu-lagu yang temanya tentang ibu.
Saja nak senaraikan lagu bertema ibu / ayah di sini. Tapi genre nasyid la..
Ini setakat lagu yang lekat di hati. Lain orang, lain lagu..
Ramai yang sangka kalau lagu nasyid, mesti rentak tradisional ketuk-ketuk..Padahal tak semua begitu..
Lagu-lagu ini hampir semua rentak moden. Melodi yang menarik dan vokal yang damai.
Odei anak - raihan
Belaian ibu - hijjaz
Permataku - Mirwana
Azimat Ibunda - Fareast
Duhai Bonda - Nowseeheart
Lagu untuk ibu - Brothers
Permata ayah bonda - Firdaus
Segenggam tabah - inteam
Sendiri - Saujana
Anak soleh - Rabbani
klik lagu untuk dengar / download. (dari 4shared)
Baca artikel penuh...
Penari tiang didenda RM25.
Klik tajuk di atas untuk baca.
Denda buat maksiat setakat RM25.
Denda parking takde kupon?
Saman bawak laju?
Saman takde lesen?
Saman takde cukai jalan?
Saman salah parking?
Mencuri milo kat kedai pun ada yang kena penjara setahun.
Sangka baik: nak bagi peluang orang tu insaf agaknye.....
Baca artikel penuh...
Saya dapati ramai yang datang singgah ke sini membaca hal berkenaan dengan score A.
Jadi ada juga yang bertanya, apa yang saya tidak setuju sangat dengan score A.
Saya ada beberapa perkara yang saya tidak setuju dengan score A.
1. Ada sedikit percanggahan dengan garispanduan MLM syariah.(termasuk isu manipulasi sistem oleh agen tamak)
2. harga produk.
Bagaimana dengan produk? Produk score A berbentuk portal tuisyen online itu tiada masalah. Itu adalah salah satu cara pembelajaran masakini. Tapi ingat. Tidak semua orang sesuai dengan cara itu. Tidak semua orang memerlukannya.
Di kala produk dibeli semata-mata untuk memasuki sistem dan pelan, terjadi percanggahan dari sudut penilaian syariah dan itu yang dikatakan manipulasi pelan untuk cepat kaya, produk jadi topeng semata-mata.
Harga produk
Terdapat beberapa tuisyen online lain yang murah. Jauh lebih murah dari score A. Jadi kalau saya, saya tak pilih score A kerana mahal. Tapi bagi yang mampu, silakan kalau mahu guna. Duit sendiri...Cuma saya sangat sangsi dengan harganya yang jauh lebih mahal. Sedangkan ianya tidaklah terlalu jauh perbezaannya. Bagaimana boleh ada syarikat yang menawarkan RM60 setahun untuk tuisyen online?
Walaupun tidak ada dalil yang khusus (setakat pengetahuan saya) tentang had harga barang, namun penjual tidak boleh dari segi moral mengambil untung melampau. Tiada masalah dari sudut akad. Jual beli sah. Tapi saya sebagai pengguna tidak puas hati jika setelah membeli portal score A, ada pula sahabat yang menawarkan tuisyen online yang jauh lebih murah.
Benar, kebajikan penjual juga perlu dijaga. Penjual mesti mahu untung untuk meneruskan perniagaan. Cuma mengambil keuntungan, jangan melampau.
Seperti corset yang dikatakan istimewa yang dijual oleh Hai O, tenyata tidak ada pa istimewa sangat berbanding corset lain, melainkan harganya yang MAHAL. Sinar Infra merah pada corset? Get back to reality.
Ada blog yang membuat pendedahan jualan corset secara pukal dari china. Pembelian 1000 unit (kalau tak silap) harga bagi satu corset jatuh sekitar RM 200. Sebab itu tidak mustahil ada syarikat lain yang menjual corset yang lebih kurang sama dengan harga tidak lebih RM1k pun.
Tapi, soal harga lebih kepada peribadi. Anda mampu anda beli. Saya tak mahu. Mungkin ia boleh diibaratkan seperti makan di warung dan restoran berbanding di tempat yang lebih mewah.
Sistem MLM dan garis panduan JAKIM.
Setelah dilanda pelbagai kontroversi, ada pihak yang mengkaji permasalahan MLM ini dari sudut syariah. Fatwa yang terbaru mnyatakan MLM adalah harus. Kemudian disusuli pula dengan garispanduan MLM syariah yang dikeluarkan oleh JAKIM.
MLM di Malaysia perlu mematuhi garispanduan yang dikeluarkan jika mahu dihukumkan Harus. Harus di sini bermaksud boleh. Kita boleh pilih untuk sertai ataupun tidak.
Sila baca terlebih dahulu garispanduan ini sebelum menyertai MLM. Bukan setakat baca, tapi fahamkan. Jika tidak faham, boleh bertanya kepada mereka yang ahli.
Jadi apa masalah dengan score A?
Pelan pemasaran score A telah pun dinilai dan telah ada penilaian dari sudut syariah. Jadi bagi orang awam yang berpegang dengan Fatwa, MLM score A adalah harus kerana telah dinilai dari aspek syariahnya.
Namun, walaupun harus, saya masih lagi ragu-ragu tentang beberapa perkara dalam score A. Pertama kerana sistem MLM (pada pendapat saya) yang mempunyai masalah, termasuk jika dibuat kiraan dari segi statistik jangkaan penyertaan. Kedua, kenyataan panel penilai syariah score A tentang manipulasi pelan.
Ketepuan pasaran
macam mana pusing pun, ketepuan pasaran pasti akan berlaku satu masa. Cuma cepat atau pun lambat sahaja. Apabila berlaku ramai yang sudah menjadi agen, penurunan bilangan ahli baru, produk melambak tak dijual, pasaran akan tepu.
Secara logiknya kalau seorang cari 3 orang downline. pada level 9 berapa ramai agen yang direkrut? Katakan seorang agen yang mahu mecapai tahap jutawan, berapa ramai orang / dowline yang perlu mereka ada dan aktif melakukan pembelian?
Sebab itu bukan mereka yang terawal memang untung kerana ruang dibawahnya terbuka luas. Berbanding yang masuk hujung-hujung. Celah mana lagi nak cari ribuan agen untuk jadikannya jutawan?
Ada yang kata populasi penduduk semakin bertambah. Ya benar. Tapi cuba kita kira berapa. Berapa ramai yang menjadi 18 tahun setiap tahun untuk direkrut? Adakah semua mereka ini mahu berkecimpung dengan MLM? Nak bahagikan mereka ini pula dengan berapa ratus / ribu syarikat MLM?
Anda yang mahir dalam hal penagkaan dan statistk cuba kira.
Kalau pasaran tidak tepu, leader atau upline tak akan lompat pergi ke syarikat lain. Boleh tengok hari ini berapa ramai upline yang lompat ke syarikat lain, bila dia rasa dah tak boleh nak 'makan' banyak dengan syarikat sekarang? Terlalu ramai. Mereka cerdik. Bila mereka lompat ke syarikat yang aru, mereka masih lagi antara orang yang terawal. Jadi mudah nak rekrut downline ramai-ramai. Sampai masa tak boleh jalan, lompat lagi ke MLM yang lain. Mangsanya ialah mereka yang masuk diakhir-akhir.
Saya tahu seorang jutawan MLM. Bermula dengan Zhulian, tapi tak berapa nak jadi. Lompat ke syarikat Sureco yang baru setahun dua. Dia berjaya 'boost up' income dan jadi top leader syarikat itu dengan mencapai bonus tertinggi. Ramai agen direkrut. Apabila rasa bonus makin kecil, tukar ke syarikat DCL. Masih berjaya juga sebab dia antara yang terawal.
Manipulasi pelan
Hal ini yang sangat-sangat kerap terjadi ak kira mana-mana MLM. Pelan dimanipulasi untuk meningkatkan pendapatan dengan cara yang cepat. Termasuk dalam hal ini adalah 'head hunting'.
Baca artikel penuh...
Dalam entry yang lepas-lepas saya ada ceritakan tentang entry yang ditulis oleh matjoe.
Entry berkenaan Hai O itu agak mendapat sambutan dan komen hangat.
Terdapat beberapa insan yang mengaku sebagai bekas agen yang turut memberi komen dan juga menceritakan bagaimana upline atau 'leader' yang kononnya sudah berjaya ini mempengaruhi ahli baru.
Kesimpulan daripada komen-komen yang ada, leader MLM Hai ) membuat manipulasi pelan, mempengaruhi ahli baru membuat fast track (beli pangkat), dan juga membuat banyak helah dan janji manis untuk mempengaruhi prospek baru.
Ahli baru yang menghadiri diajarkan beberapa cara untuk menarik ahli baru. Kebanyakan cara yang dilakukan boleh dikatakan sebagai helah dan penuh pura-pura.
Ahli baru yang termakan pujuk rayu upline kebanyakannya mengikut saranan upline supaya menyertai dan membuat pembelian pertama sejumlah RM 20 ribu. Ya, RM20 ribu untuk pembelian pertama. Banyak bukan? Ada juga yang masuk dengan belian pertama berjumlah RM40 ribu.
Apa kesannya jika downline buat begini? Komisyen dan bonus upline naik mencanak-canak. Kalau bulan itu sahaja berjaya rekrut dua orang downline yang masuk dengan RM 20 ribu, masyuuuukkk!!!!!
Produk? Produk di situ menjadi sebagai helah atau syarat menyertai pelan. JAdilah pelan ini tak tupah seperti skim piramid yang berproduk.
Saya letak beberapa komen yang ada di blog matjoe:
Baca artikel penuh...
Kalau sebut lagu tentang keamanan ni, mesti ramai yang akan terbayang lagu dendangan artis popular tanah air kan?
Siti Nurhaliza ke, Aizat, Jamal Abdillah, macam-macam lah...
Tapi tak ramai pun tahu, genre NASYID juga ada keluarkan lagu tema keamanan yang bagus dan sedap didengar.
Kalau sebut nasyid, mesti ramai terbayang alat muzik gendang saje.
Cuba dengar lagu ini dulu.
Saya mula dengar lagu ini tahun 1999. Mungkin albumnya baru keluar. Albumnya pun macam tiada publisiti.
Seingat saya beberapa kumpulan nasyid terlibat dalam lagu ini. Raihan, Rabbani, Hijjaz, Brothers, Saujana, Nowseeheart...yang lain tak ingat.
Jarang sangat terdengar lagu ini di media. Di radio, mungkin di ikim.fm sahaja. Di televisyen JAUH sekali. Adakah kerana lagu ini bergenre nasyid, dan dinyanyikan oleh artis nasyid?
Kalau tak masuk SMKA Segamat dulu, agaknya nasyid tak ada dalam kamus hidup ni.
Enjoy and feel the song.
Baca artikel penuh...
Mari kita tonton dahulu video Ustaz Kazim
Intipati utama daripada video di atas adalah, kita perlu terbuka minda untuk menjalankan dakwah.
Seringkali golongan "bukan kopiah" seperti mat rock, kaki rock dipinggirkan dan tidak ada usaha untuk didekati.
Jadi masalah bila ramai golongan agama yang masih jumud cara dakwah melalui ceramah, atau di temapt tertentu sahaja.
Saya sendiri pernah mengalami dan berfikiran terkebalakang seperti itu. Namun berjaya disedarkan oleh rakan-rakan yang agak "gonjol" pemikirannya, tapi baik hati. Alhamdulillah.
Namun bila kita berusaha ke arah itu, memang ada cakap-cakap belakang yang kita boleh dengar.
" ai tengok ustaz tu hilang dah kopiah dia..."
" hang jangan kawan dengan depa tu ustat. solat pun tebuk-tebuk. tak solat pun ade "
itu antara realiti yang saya hadapi sendiri.
Jadi mari kita mulakan dakwah dengan memperbaiki dan tunjukkan akhlakyang baik.
Baca artikel penuh...
Antara blog saya tak akan lupa untuk singgah adalah blog Abunyer.
Jemput pembaca semua lawat blog Abunyer.
Saya mula kenal blog abunyer tahun lepas (2011).
Kenapa saya suka baca blog abunyer?
Penulisannya menarik hati saya. Tidak stress. Bahasanya mudah, ringkas, tapi bermakna.
Mungkin sebab pengalamannya, menjadikan nasihat yang diberi mudah untuk saya faham dan terima.
Kalau dibuat perbandingan umur, Abunyer boleh dikategorikan sebagai ayah saya. Jadi saya anggap nasihat yang diselitkan adalah nasihat daripada ayah untuk anak.
Cuma rasa rugi sikit sebab baru tahu kewujudan abunyer setelah berpindah balik ke Johor. Sebab tempat tinggal saya dengan bekas tempat kerja abunyer sangatlah dekat. Boleh kata tiap-tiap hari lalu depan ofis abunyer. Kalau tidak boleh juga ziarah berkenalan.
Kebetulan pula Abunyer bertugas di Galeri Ilmu, syarikat yang menerbitkan majalah dan buku yang banyak memberi manfaat pada pembaca. Saya memang suka baca majalah dan buku terbitan Galeri Ilmu.
Artikel yang berjaya mencuri tumpuan untuk saya terus mengunjungi abunyer adalah berkenaan dengan kucingnya. Dimana jumpa, cara bela, hinggalah cara beri nama yang unik. Tak pernah terfikir nak bagi nama kucing 'tiga rasa' dan Purap (Puma + Kurap).
Baca artikel penuh...
Isu ini memang jadi hangat.
Lebih-lebih lagi di kalangan warga FELDA. Ada yang setuju, ada yang tidak setuju. Ada yang menyokong, ada yang membangkang.
Tapi berapa ramai yang faham?
Hal berkenaan perniagaan, urusniaga pemilikan saham, hal-hal ekonomi yang rumit bersimpang siur, berapa ramai sangat warga peneroka (lebih-lebih lagi yang berumur, pendidikan tak tinggi) yang faham isu penyenaraian FGVH ini di pasaran saham terbuka?
Ada benarnya apa yang cuba disampaikan oleh Ku Li ini.
Secara logiknya apabila disenaraikan dalam pasaran saham, pemindahan pemilikan boleh berlaku dengan berpindahnya saham. Sesiapa boleh membeli saham / menjual saham sekiranya mereka mahu dan mampu.
Seringkali kita lihat di media bagaimana syarikat itu bertukar bos / pemilik apabila majoriti saham syarikat itu dibeli dan dimiliki oleh pihak lain. Perpindahan saham ini juga melibatkan aset yang dimiliki.
Contohnya Hong Leong Bank mahu memiliki EON Bank, jadi Hong Leong Bank beli saham EON Bank. Maka bertukar hak milik. (sekadar contoh)
JAdi tak mustahil perkara yang sama berlaku kepada FELDA. Apabila FGVH disenaraikan, ianya menjadi terbuka. Sahamnya boleh dibeli / dijual kepada sesiapa yang mampu.
Aset FELDA juga turut dipertaruhkan. Turut terlibat sama ialah peneroka. Tanah peneroka turut dilibatkan. Apa sangat aset yang dimiliki oleh FELDA? Aset terbesarnya adalah kelapa sawit yang dihasilkan dari tanah peneroka FELDA.
Tak mahu untung ke?
Bukan kita nak nafikan keuntungan. Ya, kemungkinan memang FGVH boleh untung. Peringkat awal peneroka boleh dapat pulangan. Tapi apa jadi kalau rugi? Bagaimana kalau pihak lain memiliki majoriti saham FGVH?
Logik akakl mengikut Ku Li, harga saham naik, takkan tak mahu jual?
Bukan keuntungan yang jadi isu. Isu utamanya ialah pemindahan milik saham yang turut mempengaruhi status tanah peneroka. Peneroka ada risiko kehilangan tanah yang mereka sahakan,
Berkenaan hal ini yang ramai peneroka tidak faham. Kebanyakannya disogokkan dengan janji manis untung, tanpa didedahkan risiko ini.
Namun ramai juga yang membantah. Tapi suara mereka seolah tak dipedulikan. Mala ada yang dihalau keluar semasa pertemuan peneroka dengan Isa Samad.
Yang terjadi
Saya ada saudara mara di Felda, Mereka mengatakan yang Felda mahu beri durian runtuh, meminta buka akaun (tak pasti akaun apa..tak tanya lebih teliti).
Malah peneroka yang lambat, enggan berikerjasama dan bka akaun dimarah pula. Pada hal tanah itu tanah mereka..
Saya bukan pakar ekonomi, namun memang rasa tak sedap hati dengan isu ini.
Baca artikel penuh...
Sumber berita: Utusan (klik untuk baca)
Pameran proton akan berlangsung dari 14 mac hingga 18 mac. Klik untuk maklumat.
Kebanyakan pengguna di Malaysia mungkin terhimpit dengan masalah penggunaan bahan api kenderaan (fuel efficiency)
Kebiasaannya bagi mendapatkan kereta yang selesa, berkuasa dan tapi menjimatkan minyak, harganya lebih RM 70k. Kebiasaannya kereta jenis ini jenama luar negara seperti Honda, Toyota, Renault dll...
Bagi kereta buatan tempatan, harga murah tapi dari segi penjimatan minyak? Ade orang kata macam gajah sedut air. Selalu model proton akan jadi bualan.
Kalau anda, yang mana satu anda pilih?
Kereta mahal, jimat minyak.
atau
Kereta murah, minyak tak jimat?
Kalau yang berpendapatan tinggi, pastinya tiada masalah nak pilih model yang mahal dan menjimatkan.
Bagi yang berpendapatan macam saya ni, mungkin terpaksa beli model tempatan yang murah, tapi tak jimat.
Atau beli kancil / kelisa / viva / kenari yang CC enjin lebih kecil. (tapi masalah pula nak mengangkut anak 3 orang dengan beg-beg lain.
p/s: kancil tu lain cerita lah ye, jenis kereta kompak, cc kecil.
Baca artikel penuh...
Saya ada membaca artikel di blog matjoe tentang Hai O.
Mat Joe ini tak kenal pun saya. Cuma saya ada meninggalkan komen dan respon di situ.
Cuma akhir-akhir ini semakin banyak komen yang menceritakan bagaimana Leader Hai O ini giat menjalankan "kelentong" mereka untuk menarik ahli baru.
Boleh cuba baca komen-komen itu
http://www.matjoe.com/2011/03/tembelang-premium-beautiful-dan-bio.html
Daripada komen-komen yang diberikan, kebanyakan leader Hai ) menggunakan tipu helah dan tidak memberitahu perkara yang jelas dan sebenar kepada downlione mereka.
Kebanyakannya terpedaya dengan janji manis dan jumlah pendapatan yang tinggi. Kononnya ada yang mencecah hingga RM 200k sebulan.
Namun pendapatan yang banyak itu datangnya hasil pembelian "fast track" yang dilakukan oleh kebanyakan downline yang terpedaya (ada yang menyertai dengan pembelian pertama hingga RM 20k).
Ramai yang buat pinjaman di bank, dan akhirnya membayar ansuran untuk produk yang susah nak dijual...
Tak terkecuali juga ada komen yang mendedahkan leader mengajar agen untuk melakukan helah (menipu la tu!) untuk menarik prospek baru menyertai sebagai downline. Antara tarikan yang sering digunakan ilalah menunjukkan kemewahan - kereta besar, baru, jam mahal, makan di tempat yang mahal (tak tentu sedap lagi), baju berjenama dan mahal, tunjuk cek beribu-ribu, dan macam-macam lagi.
Pendekatan sebegitu banyak diamalkan oleh MLM lain di Malaysia.
Ini tak sembang lagi pasal hal patuh syariah....
Moral: mari kita berusaha mencari rezeki yang halal dan berkat.
Baca artikel penuh...
Soalnya siapa yang bangang?
Terjah blog orang, komen pun guna nama "tanpa nama" @ anonymous. Nak guna nama sendiri pun tak berani?


Melihat kepada statistik blog di nuffnang dan blogger, ramai juga yang membaca dan mencari berkenaan dengan alat muzik perkusi atau jenis ketuk-ketukdi blog ini.
Saya tidak menjual percussion, cuma memiliki beberapa alat muzik jenis percussion. (sebab benak sangat tak pandai nak main gitar, apa lagi tahu pasal note / kod lagu..)