Ada sambutan Maulidurrasul di sekolah.
Ada cikgu yang pasang CD selawat. Kebanyakan selawat nsudah biasa terdengar.
Cuma bila tiba satu selawat,rasa tertarik. Sebab tersentuh hati. Lagipun tak pernah dengar sebelum ini.
Suara lunak merdu.
http://www.mediafire.com/?cf5wy3164sf8nv6
Boleh download dan dengar.
Suara Qari yang mengaji Quran, memang lunak merdu. Orangnya pun sederhana, low profile..
Bacaan Qurannya secara bertaranum memang bagus.
Baca artikel penuh...
Hidup seperti kebanyakan makhluk Allah yang lain. Kita semua sama, melainkan amal dan taqwa.
Rabu, 29 Februari 2012
Solawatun - Abdullah Fahmi
Selasa, 28 Februari 2012
Tentang Hudud (apabila Tun Mahathir berkata..)
What a shame...Too stupid for me, for a person use to be a Prime Minister.
Moral: JAngan gebang benda yang kita tak tahu. Jadi bahan gelak je. Makin nampak kebodohan, kejahilan (atau kesombongan?)
Kepada penyokong tegar Tun Dr Mahathir, jangan cepat naik hangin. Baca, tonton dan nilai dari segi ilmu. Tanya orang yang ahli dalam bidang ini. Bukan gebang ikut sedap mulut.
Ini bukan soal politik. Soal hukum syariah, yang mana setiap individu yang mengaku dirinya muslim akan terikat dengannya.
Baca artikel penuh...
Konsert Erykah Badu..Kontroversi gambar.
Kecoh pula sekarang pasal konsert si Erykah Badu.
Konsertnya dibatalkan di Malaysia. Baca sini.
Kenapa di batalkan?
Pasti gara-gara gambar kontroversinya di sini. (tak mahu upload di blog ini)
Persolannya..
Macam mana boleh terlepas pandang gambar sebegitu di akhbar The Star?
Akhbar ini banyak kali juga mengundang kontroversi berkaitan Islam.
Editor rasanya perlu semak semua hal yang akan diterbitkan di akhbar.
Siapa yang menjemput artis itu ke sini?
Siapa pula yang memberi kelulusan?
Yakin benar, akibat gambar kontrovesinya itu, konsert itu dibatalkan.
Apa jadi kalau kontroversi gambar itu tidak wujud. Rasanya pasti berlangsung dengan jayanya....
Kecewa benarnya dengan pihak yang memberi kelulusan untuk konsert-konsert sebegini. Dalam kementerian Pendidikan berusaha merombak kurikulum, mahu mendidik murid, satu pihak yang lain, beriya-iya menghidangkan candu hedonisme untuk tatapan anak-anak Malaysia.
Bagus begitu? Kasihan penat lelah usaha cikgu-cikgu di sekolah....
Baca artikel penuh...
Isnin, 27 Februari 2012
Carian tentang MLM.
Saya perasa, bila semak trafik di nuffnang, ada saja carian tentang MLm yang akan sangku di blog ini.
Setiap hari mesti ada. Paling kurang 2.
Maksudnya setiap hari ada insan yang membaca tentang MLM di blog ini.
Kebiasaannya carian tentang MLM Hai-O, score A dan Questnet.
Mereka yang membaca menerima atau tidak, itu tidaklah saya tahu. Cuma saya sudah berkongsi sedikit maklumat dan pengetahuan setakat yang saya ada.
Syukur juga, maksudnya ada gunanya artikel berkenaan MLM ini ditulis. Bukan trafik yang dipentingkan, tapi berharap agar maklumat ini sampai kepada orang lain.
Harapnya sedikit artikel tidak profesional itu membantu memberi sedikit sebanyak maklumat kepada mereka yang mencarinya.
Masih aktif?
Nampaknya masih banyak lagi MLM yang aktif tanpa menghiraukan status patuh syariah yang telah dikeluarkan oleh JAKIM.
Banyak yang gebang kata MLM halal, apabila disemak dan dibandingkan dengan garis panduan MLM Syariah JAKIM, memang nampak sangat kekurangannya.
Paling ketara adalah majoriti syarikat MLM tidak mempunyai panel penasihat syariah yang dilantik untuk menyemak perjalanan dan pelan syarikat.
Apabila tiada orang yang berautoriti untuk semak, bagaimana mahu diberikan status patuh syariah?
Syarikat yang sudah ada panel syariah juga ada berhadapan dengan beberapa masalah seperti masalah "maintain" setiap bulan, dan macam-macam lagi.
p/s: daripada labur 20k untuk MLM, lebih baik beli saham amanah. Tak pun buat perniagaan konvensional lain. Usahakan kebun dengan 20k tu, banyak hasil boleh dapat. Baca artikel penuh...
Pujian dan pengiktirafan kepada murid...perlu?
Anak-anak di sekolah memerlukan pujian dan pengiktirafan daripada guru.
Ahad, 26 Februari 2012
Isu kilang Lynas dan Himpunan Hijau
Mari kita dengar dan tonton dahulu video ini.
Yalah, ada orang kata mamat matsaleh dalam ni mungkin menipu kan. Semua orang boleh buat vieo, upload di youtube.
Tapi bila fikirkan, memang ada rasionalnya apa yang cuba disampaikannya.
Antara yang menjadi tanda tanya saya, mengapa Lynas tak mahu buat kilang di Australia sendiri, jauh merantau ke Malaysia? Berkenaan perjanjian, cukai dan macam-macam lagi.
Penduduk di Australia sendiri tak mahu kilang ini. Malaysia mahu?
Kalau kita cari kes berkenaan Bukit Merah, macam-macam cerita kita dengar. Antaranya termasuklah kelahiran bayi-bayi yang cacat di kawasan bukit merah, Kita sedia maklum, pencemaran radioaktif boleh menyebabkan gangguan pada genetik dan memberi kesan pada generasi akan datang.
Seperti kes di Vietnam dan Hiroshima. Hingga hari ini, kita dapat lihat bagaimana generasi yang dicemari oleh radioaktif 'agen oren' yang 'dihadiahkan' oleh Amerika. Generasi yang lahir di kemudian hari ramai (memang ramai) yang cacat. Ini juga berlaku di Jepun kesan bom atom yang digugurkan di Hiroshima.
Saya bukanlah jurutera, ahli biologi atau ahli kimia yang mahir berkenaan radioaktif.
Tapi cakap-cakap mat Saleh dalam video itu ada benarnya. Kalau kilang yang mencemarkan alam sekitar pun kita halang dan bising. Inikan pula kilang yang menghasilkan sisa radioaktif, dan dilupuskan tidak jauh dari kediaman manusia?
Himpunan Hijau
Ramai yang tak suka himpunan hijau.
Tapi saya bersetuju secara peribadi. Ada isu dan fakta yang kukuh untuk diperjuangkan.
Ini hal berkenaan dengan keselamatan orang awam.
Kalau di tempat ain luar negara, sisa yang mengandungi radiasi dilupuskan jauh beratus km dari kediaman orang awam. Di Malaysia? Di Bukit Merah?
Orang duduk di kawasan Bukit Merah mungkin lebih memahami. Bagaimana kawasan bekas kilang, dan di sekitarnya sekarang?
p/s: himpunan seperti himpunan Hijau ini jika ramai yang hadir, boleh menjana ekonomi setempat. Lambakan pelancong domestik tiba-tiba datang. Salah satunya penggunaan petrol pasti meningkat. Itu tak termasuk perbelanjaan lain yang dikeluarkan oleh peserta. Sepatutnya himpunan bersih juga boleh jana ekonomi setempat.
Baca artikel penuh...
Khamis, 23 Februari 2012
Tazkirah Jumaat - biasakan sebut yang baik- baik.
Satu hari di pra sekolah...
Cikgu : Ok semua, hari ni tak ade kerja sekolah ye.
Murid : Yahhhoooooo!!!! Horeee!!!!
kecuali seorang sahaja,
Haikal : Alhamdulillah...
Pengajaran
Anak-anak perlu dibiasakan mendengar perkataan yang baik-baik. Sebab mereka belajar melalui persekitaran.
Jika kita hidangkan mereka dengan zikir " oh shit! bull shit! bab1 kau! tak guna! bodoh! dan lain-lain lagi...
Maka itulah yang akan bermain dibibir mereka.
Mati sebut lailahaillallah?
Sekarang nak sebut memang senang.
Dalam TV kita lihat bila orang nak meninggal, sebut lailahalillallah. Nampak mudah kan?
Tapi realiti sebenarnya kita tak tahu.
Bergantung pada amalan kita di dunia.
Rasanya kalau tiap-tiap hari mencarut, nak mati nanti boleh sebut lailahaillallah?
Selalu maki hamun orang, boleh sebut lailahaillallah senang-senang bila nak sampai ajal?
Ustaz saye beritahu, apa yang kita sebut, amalkan, it yang terkeluar dari mulut bila ajal menjemput...
Kita bagaimana nanti?
Tinggi mana pun jawatan, semulia manapun, kaya mana pun di dunia, kita tetap akan mempunyai status yang sama. Status sebagai jenazah...
Baca artikel penuh...
Rabu, 22 Februari 2012
Malaysia tiada hubungan diplomatik dengan Israel?
Seperti mana yang saya tahu, Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, kerana Mlaysia berpendirian tidak mengiktiraf kewujudan negara itu yang merampas hak rakyat Palestin.
Namun...
Saya tertanya-tanya setakat mana hubungan diplomatik itu? Bagaimana pula dengan hubungan dagang syarikat dan firma swasta di Malaysia dengan syarikat dari Israel?
Kenyataan menteri ini cukup merisaukan.
Memang kita tersepit, banyak produk terkenal, termasuklah cip intel yang digunakan dalam komputer itu juga ada melibatkan Israel.
Namun kenyataan menyatakan firma Malaysia boleh menjalin hubungan dagang dengan Israel, tidak mencerminkan pendirian Malaysia yang menentang kewujudan negara itu.
Sibuk menuduh pihak sana agen Israel, tapi membenarkan firma swasta menjalin hubungan dagang dengan Israel. Hipokrit?
Tidak masuk lagi isu kerajaan yang membayar puluhan juta RM untuk APCO yang mempunyai kaitan rapat dengan Israel.
Jadi apa sebenarnya status tiada hubungan diplomatik dengan Israel?
Ada sesiapa yang mahir boleh jelaskan?
Baca artikel penuh...
Saya belum sampai seru nak bertudung........
Ramai di kalangan kita hari ini memberi alasan tidak menutup aurat kerana belum sampai seru.
" bukan saya tak nak pakai tudung, tapi belum sampai seru lagi "
" hati saya belum terbuka lagi nak berpakaian menutup aurat sepenuhnya "
" lepas tunaikan haji nanti saya akan tutup aurat "
" tak guna saya bertudung sekarang, tapi hati saya tidak ikhlas "
dan bermacam lagi seribu satu alasan diberi..Contohnya di sini.
Tapi tak kisahlah..
Peringatan sudah diberi. Moga yang berdialog sedemikian akan menutup aurat satu hari nanti insyaAllah. Kita doakan mereka lembut hati..
Cuma......
Bimbang nanti hajat tak kesampaian....
Sudahnya kali pertama dan terakhir menutup aurat apabila dikafankan dengan kain putih....Sebab mati itu pun tidak tentu bila...Mungkin sebentar lagi.
Dan jawapan " belum sampai seru nak menutup aurat " itu pastinya tak laku dihadapan munkar dan nakir.
P/s : satu hari nanti kita pasti akan menjadi mayat.......
Baca artikel penuh...
Lagu baru jom heboh - sakit telinga
Saya tidaklah berminat sangat dengan karnival Jom Heboh yang dianjurkan oleh TV3.
Tidak pernah juga pergi ke Jom Heboh sepanjang 6 tahun menetap di kawasan Lembah Klang.
Tidak pernah juga pergi Jom Heboh di mana-mana negeri pun.
Alasan utama - tak berapa suka bersesak, dan juga alasan kewangan.
Selasa, 21 Februari 2012
Life is difficult?
Hidup itu susah?
Kita akan teras hidup itu susah biasanya apabila kita dihimpit tekanan dan masalah.
Terlalu banyak beban kerja melanda. Ada masalah yang memingkan kepala. Atau diuji dengan kewangan yang tidak mencukupi. Terpaksa berdikit berbelanja untuk makan...
Atau apa-apa sajalah masalah diri masing-masing...Ketika itu kita akan rasakan perit melalui hidup di dunia.
Ubatnya?
Dari Allah kita datang, kepadaNya kita kembali.
Bersyukurlah.
Tapi kenapa perlu bersyukur dalam keadaan kekurangan, kesusahan, ditimpa musibah?
Sebab walaupun susah, perit, payah, kecewa, kita masih lagi hidup bernyawa.
Walaupun terasa susah, sebenarnya banyak lagi nikmat yang masih Allah beri kepada kita, cuma kita tidak sedar.
Nikmat makan, tidur, berjalan, sihat, bernafas, melihat, sehinggalah ke nikmatnya buang air...
Cara lain untuk kita rasa bersyukur, lihat orang yang lebih susah dari kita. Pasti kita bersyukur. Kalau kita fikirkan diri kita sudah cukup susah, ada lagi yang lebih terhimpit dan terdesak hidupnya.
Saya masih lagi sihat, cukup anggota badan, ada keluarga, ada isteri, ada anak, ada kerja. Jadi? Syukur Alhamdulillah.....
p/s: ini sebenarnya pesanan untuk diri sendiri supaya bersyukur setiap masa....Tekanan semasa berstatus guru pelatih.. Baca artikel penuh...
Isnin, 20 Februari 2012
Diveden KWSP 6%
Rasanya sudah ramai yang tahu KWSP mengumumkan dividen 6% untuk pelaburan tahun 2011.
Lebih tinggi dari tahun lepas.
Tapi bagi mereka yang mempunyai dana unit amanah, mungkin jumlah 6% ini gak kecil kerana rata-rata dana unit amanah memberikan pulangan dan dividen yang lebih tinggi daripada KWSP. Tabung haji dan ASB contohnya memberikan dividen lebih 8 %.
Ramai yang tidak tahu sebenarnya dana KWSP yang kita miliki ini boleh dikeluarkan sebahagiannya untuk dilaburkan ke unit amanah.
Betul ke boleh? Ya boleh, tapi mesti cukup syarat-syaratnya.
Pelaburan unit amanah menggunakan KWSP
Kita boleh mengeluarkan sejumlah wang dari akaun 1 untuk dilaburkan ke unit amanah. Bagaimana nak buat, itu kenalah berurusan dengan KWSP ataupun dapatkan panduan daripada agen unit amanah.
| UMUR | SIMPANAN ASAS | UMUR | SIMPANAN ASAS |
| 18 | 1 000 | 37 | 34 000 |
| 19 | 2 000 | 38 | 37 000 |
| 20 | 3 000 | 39 | 41 000 |
| 21 | 4 000 | 40 | 44 000 |
| 22 | 5 000 | 41 | 48 000 |
| 23 | 7 000 | 42 | 51 000 |
| 24 | 8 000 | 43 | 55 000 |
| 25 | 9 000 | 44 | 59 000 |
| 26 | 11 000 | 45 | 64 000 |
| 27 | 12 000 | 46 | 68 000 |
| 28 | 14 000 | 47 | 73 000 |
| 29 | 16 000 | 48 | 78 000 |
| 30 | 18 000 | 49 | 84 000 |
| 31 | 20 000 | 50 | 90 000 |
| 32 | 22 000 | 51 | 96 000 |
| 33 | 24 000 | 52 | 102 000 |
| 34 | 26 000 | 53 | 109 000 |
| 35 | 29 000 | 54 | 116 000 |
| 36 | 32 000 | 55 | 120 000 |
Khamis, 16 Februari 2012
Spekulasi mata wang haram. Forex?
Bila kata spekulasi mata wang, jadi mahu tak mahu, memang ada kaitan dengan forex.
Spekulasi mata wang haram (klik untuk baca)
Selasa, 14 Februari 2012
Download zikir percuma (buatan sendiri)
Dahulu....
Dalam beberapa tahun yang lepas, saya ada hobi baru iaitu...Merakam suara. Software yang digunakan ialah Soundforge 8.0.( pastinya bukan original..sebab tak ada duit nak beli)
Ketika itu zaman jaga suara dan latihan vokal untuk nasyid.
Pantang ada masa, memang hadap komputer sambil pakai headset yang ada mic.
Bila mula buat rakaman tak profesional ini, baru tahu susahnya orang nak buat rakaman album. Patutlah kos nak buat satu album mencecah puluhan ribu RM.
Percubaan pertama satu zikir pendek tak sampai 2 minit, masa yang diambil untuk siapkan adalah lebih kurang 4 jam.
- suara terkehel, padam semula.
- tengah rakam, ada orang buka pntu, bunyi pintu masuk dalam rakaman...padam balik.
- pitch suara lari, padam lagi.
- tempo tak sama, ada tercepat, lambat...padam jugak.
- dah save, salah edit suara, padam lagi..
macam-macam hal.
Tapi hobi itu berkubur sejak 2 tahun lepas..Sibuk mengajar....
Jadi dibawah ini adalah antara hasilnya. Boleh klik untuk download.
Zikir lailahaillallah
Zikir hasbi rabbi
Rakaman - lagu selawat atasmu.
Rakaman - lagu hakikat
Rakaman - lagu sendiri
Intro sumbangsih - rakam tepi tangga dengan kawan....
Saya bukan profesional, jadi memang banyak cacat celanya dalam rakaman, terutama suara yang tak merdu.
Baca artikel penuh...
Permainan budak-budak
Bila tengok gelagat budak sekolah, teringat sangat zaman sekolah dahulu. Walaupun duduk dekat dengan bandar, permainan tak banyak. Zaman teknologi sekarang, lebih ramai budak di bandar berkepit dengan PSP, PS2, ipad, smartphone, komputer, laptop, macam macam lagi..
Kalau baca buku Kampung Boy lukisan LAT, memang jauh beza betul dahulu dan sekarang. Tapi zaman saya kecik, dah agak moden (tahun 80 an) berbanding zaman LAT.
Saya pernah main permainan di bawah:
Baca artikel penuh...
Jumaat, 10 Februari 2012
Isu pekerja KFC Icity belasah pelanggan
Kecoh akhir-akhir ni berkenaan pekerja KFC di icity Shah Alam pukul pelanggan.
Anda boleh cari di blog dan youtube video berkenaan.
Ada yang ulas berbau perkauman.
Apa pun, kita tak berada di situ, tak banyak yang kita boleh katakan. Kita ada pandangan dan pendapat masing-masing.
Pandanganku
Dua-dua salah.
Pelanggan naik angin sebab servis teruk, pekerja naik angin sebab pelanggan maki hamun.
Namun....
Saya sedikit sebanyak memahami perasaan pekerja yang naik angin.
Ya, saya pernah kerja jadi kuli. Jadi budak pejabat, jadi despatch, tukang fotostat, tukang cuci, kerja kilang. Jadi sedikit sebanyak memahami tekanan yang dihadapi si pekerja yang mengamuk.
Semasa menjawat jawatan kuli itu, saya dapat lihat begitu ramai sekali manusia, tak kira kaum dan agama yang fikir mereka ada duit, mereka pelanggan, mereka yang betul.
Benar...Ini realiti..Slogan "customer is always right" sentiasa diambil kessempatan..Walaupun tidak semuanya begitu.
Pekerja yang bekerja di tempat yang terkenal sentiasa diingatkan supaya bersabar dengan karenah pelanggan. Itu memang semua sudah maklum.
Jadi rasanya kalau setakat dimarah, rasanya mereka masih boleh tahan.
Jadi apa rasanya yang membuatkan pekerja itu sampai naik hangin mengamuk sebegitu? Kalau setakat kena marah servis lembap, rasa takkan mengamuk sebegitu.
Pengalaman sendiri
Saya sendiri berpengalaman bekerja sebagai "cashier" di mydin hypermarkaet di USJ. Kebetulan kena masa hujung tahun, orang serbu Mydin untuk berbelanja barang sekolah. Kebetulan lagi, hampir dengan hari Krismas, dan juga hari raya Aidiladha.
Bayangkan hujung minggu, kaunter cashier sentiasa penuh dengan orang, pekerja hanya rejat bila tiba masa rehat dengan pergi solat. Orang beratur panjang, dengan troli penuh. Boleh kata seorang pelanggan troli penuh, minimum RM 300 seorang pelanggan keluarkan. Tutup kaunter malam, berpuluh ribu RM untuk satu kaunter sahaja.
Tak dapat bayangkan penatnya. Cashier tak diberi kerusi untuk duduk, berdiri sepanjang bekerja. Kalau penat sandar saja di kaunter, atau cangkung!
Tengah melayan pelanggan bertali arus tak henti-henti, ada seorang pelanggan buat hal. Boleh kata mulutnya macam buntut ayam. Bercakap ikut suka. Komen servis lambat.
Dek kerana keceluparannya yang menyakitkan hati, nyaris juga saya tampar dan maki hamun.
Ya orang boleh kata kita kena sabar. Dulu saya juga kata begitu, tapi bila kena batang hidung sendiri, memang mendidih darah. Rasanya kalau tak kerana cek adek sebeleah yang menenagkan, rasa dah masuk surat khabar juga " mahasiswa kerja sambialn di mydin tampar pelanggan India "...
Jadi kes di KFC itu, saya yakin bukan salah pekerja 100%. Dengan suasana KFC yang diserbu pelanggan hari itu, penuh sesak. Bayangkan perkerja di dapur yang panas bertungkus lumus bekerja tanpa henti beberapa jam.
Pelanggan kalau tak puas hati, boleh saja komen pada pengurus yang ada.
Jangan fikir kita ada duit, kita bayar, kita ada power. Sekali buku bertemu ruas, baru tahu diam tak terkata.
Walaupun memang benar, kesilapan berpunca daripada servis KFC yang dirasakan lembab, namun jangan lupa pekerja itu juga MANUSIA seperti kita yang ada hati dan perasaan.
JAdi mari kita jadi pelanggan yang beradab.
Baca artikel penuh...
Selasa, 7 Februari 2012
Isnin, 6 Februari 2012
Petua minum madu.
Saya makan madu sejak kecil.
Ahad, 5 Februari 2012
Reason BN will be wiped out? (copy and paste)
From http://www.malaysiakini.com/news/188363. Look at comments given.
65 reasons why BN will be wiped out soon.
1. PKFZ RM12bill
2. Submarine commission RM500mil.
3. Sime Darby RM964mil.
4. Paya Indah Westland RM88mil.
5. Posmalaysia (transmile) RM230mil lost.
6. Eurocopter deal RM1bil wasted?
7. Terengganu Stadium Collapsed RM292mil.
Baca artikel penuh...
Jumaat, 3 Februari 2012
Imam Muda
Teringin nak lihat Fawwaz jadi macam ni.
Bagus kan kalau anak kita jadi seperti ini. Sejuk damai hati ibu ayah.
Anda mahu anak seperti ini?
Baca artikel penuh...
Rabu, 1 Februari 2012
Perbankan Islam ada Riba?
Ya perbankan Islam yang wujud hari ini adalah alternatif kepada sistem perbankan konvensional yang wujud sekarang.
Memang jika dilihat dari segi luaran, nampaknya seakan sama. Tapi bila diteliti sendiri nyata berbeza.
Perbankan ciptaan yahudi?
Ada yang mengatakan sistem perbankan hari ini adalah hasil ciptaan yahudi. Ataupun ciptaan orang bukan Islam.Perbankan Islam sekarang ini datangnya daripada konvensional. Jadi hukumnya juga haram. Malah lebih haram kerana mempergunakan nama Islam.
Benarkah begitu?
Tidak sebenarnya. Memang benar kita mengambil model konvensional. Tetapi tidak semestinya haram. Haram jika kita ambil tanpa ubah apa-apa. Tapi kita ambil model itu dan kita semak, ubah, kaji supaya selari dengan kehendak syariat.
Baca artikel penuh...





