Selasa, 31 Januari 2012

Wanita lebih menarik (hal aurat)

* Idea dan isi diambil dari ceramah Ustaz Azhar Idrus.


" kenapa lelaki aurat dia sikit je, perempuan banyak? "


" lelaki senang la tutup aurat. Perempuan ni leceh sikit."


Ayat itu ada kedengaran di mana-mana pada hari ini.

Kalau ditanya pada saya tentang kenapa perempuan kena tutup aurat lebih?

Kalau jawapan yang mudah - " sudah disebut dalam Quran tentang arahan itu. Kita sebaai umat Islam wajib mengikut tanpa mempertikaikan. Allah tau apa yang terbaik untuk kita "


Itu jawapan yang tepat. Sebagai manusia yang berstatus HAMBA, wajib taat kepada tuannya..

Tapi.....

Jawapan seperti itu bukan semua orang dapat terima. JAdi kalau berbicara dengan orang muda, atau fikrahnya agak jauh dari Islam, logik akal perlu diselitkan sekali.

Bentuk tubuh badan lelaki dan perempuan beza. Kalau sama........tak tahulah nak kata apa......

Bentuk badan perempuan ternyata lebih menarik berbanding lelaki. Betul.

Seorang lelaki dan perempuan. Kedua-duanya memakai pakaian lelaki. Contohnya t shirt lengan pendek dan seluar jeans.

Ok, ada yang kata biasa. Lelaki nampak biasa. Perempuan nampak ok juga. Seri 1- 1.

Ambil pula pakaian perempuan. Gaun atau skirt paras lutut. Lelaki pakai, perempuan pun pakai. Siapa yang lebih menarik dan cun. Confirm yang lelaki nampak macam otak senget sebelah.

Perempuan pakai baju peempuan nampak comel. Pakai baju lelaki pun orang kata Comel.

Lelaki? Pakai baju perempuan? " Skru otak longgar ke bang?"

Kalau perempuan pakai tudung molek-molek pun orang geram tengok, lagi la kan kalau pakai baju macam lelaki. Timbul-timbul sana sini. Geram tengok. Baca artikel penuh...

Carian hukum skim Sara ! Malaysia

Sejak artikel Hukum Skim SARA 1 Malaysia - HARAM? ditulis, rasanya traffik ke blog ini naik banyak juga. Bila tengok bahagian statistik blog, ramainya yang baca berkenaan hal ini dalam masa 3 hari ni.

Saya hanya seorang graduan Syariah yang menggunakan ilmu yang sedikit diperolehi ini untuk mengeluarkan hukum. Saya bukan seorang pakar kewangan Islam, jauh sekali seorang Ulama.

Saya cuma seorang guru. Saya cuma seorang Islam.

Saya memilih untuk menulis tentang Sara 1 Malaysia ini atas rasa tanggungjawab sebagai seorang Islam. Apa guna saya ada ilmu, tapi tak gunakan.

Saya tak mahu disoal Allah nanti, ada ilmu, tapi tak mahu beri peringatan kepada orang lain. Belajar berkenaan kewangan Islam, tapi bila lihat riba depan mata buat tak tahu. Saya tak mahu dipertanggungjawabkan nanti.

Jika tidak setuju tak mengapa. Tanggungjawab saya telah terlepas. Tanggung jawab mereka yang membaca pula untuk fikir dan nilai.

Bukan masalah nak membangkang kerajaan, bukan masalah saya penyokong PR, bukan masalah saya tak suka BN. Bukan itu. Bukan pasal itu. Ini berkenaan halal dan haram, yang kalau kita ambil mudah, sambil lewa, boleh mengheret kita ke NERAKA.

Kamu sokong kerajaan ke, BN ke, PR ke, Pas ke, Umno ke, MIC ke, kalau kamu ambik tahu riba tapi masih ambil, menempah laluan pergi ke neraka.

Kalau kerajaan PAS di Kedah atau Kelantan sekalipun perkenalkan skim yang ada riba begini, hukumnya tetap haram. Tak kira siapa perkenalkan, asalkan ada RIBA tetaplah haram.

Mengapa riba?

Duit ditukar dengan duit, jumlahnya, nilainya mesti sama.

Anda beli unit 5 ribu, anda dapat semula lebih. Itu riba.

Kalau melabur, keuntungan tak boleh jamin. Pulangan tak boleh tetap. Menzalimi satu pihak lagi yang kena bayar lebih, walaupun secara ansuran dan tempoh yang panjang.

Aqad pelaburan itu jadi fasid kerana ada riba, walaupun kedua belah pihak bersetuju.


" Kau ni, Semua kerajaan buat kau kata tak betul "


Perkara yang terang dosa, perlu ditegur dan diingatkan. Kalau kita tahu, tapi tak tegur, tak ingatkan orang lain, dengan kita sekali dapat saham dosa. Terpalit sekali.


Baca artikel penuh...

Isnin, 30 Januari 2012

Boleh tak solat jamak qasar kalau tengok AJL?

" Ustat, kalau kita dalam musafir boleh solat jamak qasar kan. Hari tu ustat bagi tau antara syarat solat jamak qasar ni niat musafir tu mesti baik. Tapi kalau kita musafir sebab nak tengok AJL (Anugerah Juara Lagu) boleh tak ustat kalau kita nak jamak qasar? "


Ini salah satu jenis soalan berapi yang ditanya oleh pelajar. Ada juga solan seperti ini, cuma program itu saja yang berbeza. Contoh, pergi tengok konsert  kat KL, pegi tengok bola kat stadium, atau pegi tengok anugerah berita harian, anugerah skrin, anugerah AIM, macam-macam lagi la.

Ringkasnya, jika kita sebab utama kita musafir untuk benda-benda seperti itu, adakah boleh kita lakukan solat jamak qasar?

Jawapan panas akan diberikan kemudian.

Pendapat kamu? Boleh ke?

Baca artikel penuh...

Sabtu, 28 Januari 2012

Solat sambil dukung bayi

klik untuk besarkan

Saya tak berkesempatan nak buat solat cara ini. Sebab biasanya bila saya solat, ada orang lain yang tolongajaga si Fawwaz.

Sekarang nak praktikkan rasa tak sesuai. Fawwaz dah 11 bulan. (sudah merangkak, memanjat dan sedang belajar nak berdiri).  Kalau lama dukung, meronta-ronta nak dilepaskan. Atau habis dikorek / cucuk hidung dengan mata orang yang dukung. Paling kurang pun muka di tepuknya nanti. 

Biasa solat dukung bayi ni sesuai semasa bayi masih kecil, belum pandai merangkak. 

Aksi Fawwaz cuba keluar dari kereta

Kalau ayah solat dukung Fawwaz sekarang, jawabnya tak jadi solat Fawwaz ooii..
Baca artikel penuh...

Jumaat, 27 Januari 2012

" Kau siapa nak komen? "

" kau siapa nak komen pasal halal haram ni? "


" Kau dah pandai sangat ke cakap pasal halal haram ni ? "


" Sibuk cakap skim itu haram, skim ni haram. Kau ni ulama' ke? "


" kalau tak reti baik duduk diam la. Semua kau nak haramkan "


" dah semua haram. ape yang halal? "


" asal kerajaan yang buat, ade je yang tak kena. Itu lah pembangkang ni "


" semua kau nak haramkan. kerajaan tau la ape dia buat "


" kau ni ahli muamalat ke sibuk nak komen halal haram ni? "

Itu antara dialog yang memeprtikai.

Ulamak?

Saya bukan ulamak. Saya tak cukup ilmu. Masih jauh lagi. Saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai muslim, memberi peringatan kepada saudara yang lain.

Tak salah kan kalau kita beri peringatan kepada orang lain?

Jika ada orang yang mempertikaikan siapa saya, kelulusan, tahap pendidikan saya, saya tak boleh buat apa-apa. Anda bebas memberikan pendapat.




Baca artikel penuh...

Hukum Skim SARA 1 Malaysia - HARAM?

Saya terbaca artikel tentang skim SARA 1 Malaysia.



Itu antara ucapan dan penjelasan PM kita berkenaan skim itu.

Saya belum meneliti lagi secara terperinci skim ini.

Namun daripada penjelasan PM itu, saya rumuskan skim ini terlibat dengan RIBA'.

Mengambil RIBA' hukumnya HARAM bagi umat Islam. 

Kenapa?

Sebab keuntungan / pulangan telah pun ditetapkan sejak awal lagi. Keuntungan yang dijamin adalah dilarang.

Jika pelaburan, kita berisiko mendapat untung ataupun rugi.

Jika dijamin untung, terang-terang riba'. 

Labur RM 5000 untuk beli unit. Kemudian dijamin dapat RM 134 sebulan selama lima tahun. 

Saya tidak faham...Malaysia yang diwar-warkan memunyai sistem kewangan Islam antara yang terbaik di dunia, tapi memberi pelan riba' yang pastinya mengundang dosa.

Harap masalah ini dapat perhatian kerajaan. 

Jadi apa hukumnya? Menyertai skim itu adalah haram kerana ada RIBA'.


Saya membuat kesimpulan ini berdasarkan maklumat yang didapati daripada internet setakat ini.


Ini bukan hal politik. Ini hal berkenaan dosa dan pahala. (bagi umat Islam). Bagi yang bukan Islam, tak ada masalah.

Ada yang dok fikir halal haram ni berkaitan dengan ke mana wang itu dilaburkan.

Ok itu cuma sebahagian. Asasnya bila nak buat pelaburan, kita kena pastikan dulu:

1. Sumber pelaburan halal. Maksudnya duit atau harta kita tu halal.
2. Dah pastikan sumber halal, tengok pula akad (kontrak). Kalau kontrak fasid, tak ikut prinsip syariah, tak guna juga walaupun sumber harta kita halal.
3. Kemudian baru tengok ke mana pelaburan kita itu dibuat.

Bukannya tengok pelaburannya ke mana dulu, tapi pastikan harta kita bersih, akad pelaburan ok, kemudian baru ke mana dilaburkan.

Tak guna juga dilaburkan ke tempat yang halal, tapi sumber duit kita haram, akad kontrak ada riba.


* penulis adalah graduan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam UM.




Tambahan
Nampaknya artikel ini diliha banak kali dalam masa 2 hari ini.

Saya hanya menyatakan hukum mengikut apa yang telah saya pelajari berkaitan dengan pelaburan dan kewangan Islam.

Jika ada yang tidak bersetuju, anda boleh komen dan berikan hujjah anda. Nyatakan juga mengapa anda rasakan halal dan selari dengan kehendak syarak.

Saya dapati ramai benar yang tidak setuju tentang riba ini komen dengan emosi. (lihat sini) lihat ruangan komen.

Tiada fakta dan nas. Sungguh kasihan kerana dilihat seperti "terlalu laparkan duit" hingga mengenepikan hal halal dan haram. Tidak semestinya apa yang diperkenalkan oleh kerajaan ini adalah "syariah compliance".

Sebagai umat Islam,sangat penting kita ambil kira hal halal dan haram. Skim apa pun, tak kira siapa perkenalkan pun, selidik dahulu halal dan haram. Tanya jika tidak tahu..

Jika halal dan haram pun kita ambil ringan, apa beza kita dengan 'non muslim'?



Baca artikel penuh...

Khamis, 26 Januari 2012

Umrah MLM Haram.


Ini muka hadapan Harian Metro hari ini.

http://www.hmetro.com.my/articles/Pakejunsurgharar/Article

Hal ini ada diulas di web anti MLM aididmuaddib.

Jadi kepada mereka yang asyik mempertikaikan bahawa skim ini haram, sila baca, ambil iktibar dan bertaubat.

Sudah terang lagi bersuluh skim ini merugikan peserta di peringkat bawah, dan lebih menguntungkan peserta awal.

Jika nak dinilai dari segi MLM, memang tak patuh syariah langsung.

Untuk menampakkan benda ini agak 'islamic' pakej umrah ditawarkan sebagai produk.

Tiada bezanya kalau letak kereta(klik)  sebagai produk, tapi pelan pemasaran tetap sama.

Harapnya kita akan lebih berhati-hati. Jangan mudah terpedaya dengan skim seperti ini.

Nampak Islamik, tapi membawa dosa mengundang ke neraka.


Baca artikel penuh...

Rabu, 25 Januari 2012

Dr Rozmey - Gelaran Doktor digantung?



Tindakannya menyalahi etika sebagai doktor. Maka dia digantung selama dua tahun.

Saya memang tak akan beli produk herba prima.

Pelan bermasalah. (tak ikut garis panduan JAKIM)

Pengasas pun bermasalah, langgar etika sebagai doktor.

Susah orang nak percaya lagi lepas ni.

Anda masih percaya? Baca artikel penuh...

Gaji bantut


Kenape ye 'salary' tu bantut  je?

p/s: berangan nak beli Proton Exora ni. Tapi gaji ciput... Baca artikel penuh...

Kes mahasiswa UPSI digantung pengajian

Kes ini sudah tidak panas lagi.

Namun berikutan kes pelajar UPSI yang menurunkan bendera PM di putrajaya, muncul klip ludah mahasiswa yang sengal di youtube.

Satu Malaysia gempar. Ramai pihak yang mengecam tindakan mahasiswa itu. Namun ada juga yang menyokong dan mempertahankan.

Komenku


Tindakan demikian adalah hasil daripada perasaan tidak puas hati mahasiswa UPSI. Iye lah, penat belajar tentang pendidikan 4 tahun, keluar Universiti belum tentu dapat kerja jadi guru. Nak cari kerja lain pun agak susah. Iyelah tengok ijazah pun, ijazah pendidikan. Majikan akan fikir bila dia dipanggil untuk 'posting' mesti dia cabut. Jadi tak payah ambik kerja.

Orang Ijazah lain yang ambik KPLI (macam den ni haa) senang-senang je dapat tempat. Pelajar UPSI yang memang dari awal dilatih untuk jadi guru, keluar tak tentu dapat posting. Apa cerita.

Kalau saya jadi mahasiswa UPSI pun, saya tak puas hati.

Tapi....

Tindakannya di Putrajaya itu memang satu kesalahan juga.

Apatah lagi sebagai insan yang dilatih menjadi guru, semarah mana pun kamu, kamu perlu bersabar. Susah juga kalau guru bertindak sedemikian rupa, macam mana pula dengan anak murid?

Dalam satu hal, saya tidak setuju dengan kerajaan sekarang yang dilihat berat sebelah dan memandang ringan kes 'posting' mahasiswa UPSI ini.

Namun tindakan mahasiswa yang menurunkan bendera PM itu juga satu kesilapan. Mungkin anak muda, darah masih panas membara. Jadi saya rasa hukuman wajar dijatuhkan. Kalau saya jadi NC UPSI pun, saya akan ambil tindakan. Cuma jumlah penggantungan 3 semester itu, saya rasa macam lama sangat...(rasa 1 semester cukuplah..untuk bagi pengajaran)

Jadi saya tidak bersetuju jugalah dengan pihak yang nampak macam 'harcore', beriya-iya mempertahankan tindakan pelajar itu. Bagi saya salah tetap salah. Sebagai bakal guru, anda perlu bijak berfikir dan menangangi masalah. Tindakan kita sebagai guru akan dipandang oleh masyarakat.

Baca artikel penuh...

Selasa, 24 Januari 2012

Jom dengar bacaan alQuran Mishary Al Afasy

Saya suka dengar bacaan Quran berlagu. Tenang dan damai.

Setakat ini paling berkenan lenggok Mishary Al Afasy. Jom dengar.




Baca artikel penuh...

Minuman segera 3 in 1 bahaya?


Klik gambar untuk besarkan

Ada benarnya artikel ini.

Makanan dan minuman yang sedap, biasanya manis. Bila manis, mesti banyak gula.

Cuba kita semak semula kalori yang terkandung dalam pek minuman 3 in  1 itu. 

Mesti ada banyak kandungan gula.

Tujuannya nak elakkan rasa pahit, minuman rasa sedap.

Kalau tak sedap, tak manis, tak laku pula.

Bukannya tak boleh nak minum. Cuma perlu berpada-pada.

Kalau dah jadi rutin, pagi petang siang malam minum 3 in 1, apa yang akan jadi nanti kita kena tanggung sendiri.

p/s: teringat rancangan The Biggest Loser. Tiap-tiap orang mesti tahu jumlah kalori yang diambil setiap hari.
Baca artikel penuh...

Bersyukur itu wajib!


Masih tidak rasa bersyukur dengan nikmat yang kita peroleh?
Baca artikel penuh...

Rancangan Seekers kembali lagi..

Terbaca dalam surat khabar Sinar tentang program seekers.

Khabarnya akanmuncul semula.

Terbaca pula di sini : http://www.hmetro.com.my/articles/Seekerslebihsaspens/Article/

Apa halnya program SAMPAH seperti ini nak diadakan semula.

Sudah terbukti dulu ada penipuan yang dilakukan oleh ahli seekers semasa program.

Kononnya selimut bergerak sendiri...Bull shit.


Bukan tak percaya

Kewujudan makhlus halus diakui dalam Islam.


Apa objektifnya rancangan itu nak sangat melihat makhlus halus @ jin itu?

Nak buktikan benda itu wujud? Tak payah, dah ada disebut dalam Al-Quran.

Apa halnya kerja kita nak mencari sangat?

Hakikatnya benda itu sentiasa ada di sekeliling kita setiap hari.

Ya, bila rasa malas nak buat ibadah, taknak patuh perintah Allah, maksudnya 'benda' itu sudah berjaya menghasut kita. Rasa mengantuk malas bangun solat subuh?

Jangan buang masa mencari. Sudah jelas mata kasar kita takkan dapat melihat mereka.

Allah dah ciptakan mata kita tak dapat melihat 'mereka', jadi jangan cari penyakit nak tengok. Sekali Allah buka hijab mata tu, terberak terkencing kita dibuatnya ketakutan.

Harapnya program SAMPAH tak berguna ini tak akan diteruskan lagi di masa akan datang.

Dari kita sibuk nak mencari 'entiti' itu, baik kita persiapkan diri kita nak menghadap Allah nanti.

p/s: Kepada mereka yang menyokong kuat program seperti ini...Shame on you!

Baca artikel penuh...

Jumaat, 20 Januari 2012

Limau Percuma Untuk Semua

Oranges make Malaysians smile:


Sempena tahun baru cina ini pasti ramai yang dapat limau percuma.


Kalau yang berniaga, ada kenalan dan pelanggan cina. Mesti berkotak-kotak buah limau dapat.


Di KL, syarikat etiqa mengagihkan limau percuma pada orang ramai. KLIK untuk lihat.


Selain dilihat sebagai tanggungjawab sosial, tindakan ini juga dilihat sebagai promosi kepada orang ramai tentang syarikat Etiqa.


Setakat bagi limau percuma apa sangat, nak banding dengan keuntungan berjuta-juta RM yang diperolehi.


Tak tahu lah kalau tempat lain pun ada aktiviti bagi limau percuma macam ini.

Baca artikel penuh...

Khamis, 19 Januari 2012

Laungan azan



Saya paling suka lenggok azan begini. Syahdu. Semoga pengalun azan ini beroleh pahala, walaupun sudah tiada lagi di dunia ini. Baca artikel penuh...

Janganlah lurus bendul sangat....

" wei kau bising-bising, kau kerja dengan kerajaan tau tak."

" banyak sangat komen kerajaan. duit gaji kerajaan jugak bagi"

" kau ingat kalau PR jadi pemerintah, Malaysia boleh kaya macam ni ke ha"

Dialog picisan yang sering kedengaran. Terasa seperti tahap orang duduk pedalaman yang tak pernah belajar.

1. Kerajaan sekarang diperintah oleh parti yang menang pilihanraya.

2. Jadi, perti yang menang hanya menguruskan kerajaan Malaysia. Menguruskan dana dan amanah yang diberikan oleh rakyat.

3. Kakitangan awam dapat gaji dari kerajaan. Bukan duit parti yang memerintah. Penjawat awam dapat gaji hasil daripada pendapatan kerajaan ( antaranya cukai yang kita semua bayar).

4. Penjawat awam perlu berterima kasih kepada majikan (kerajaan Malaysia), bukan parti BN. Kalau kerajaan Malaysia diperintah oleh PR pun, penjawat awam masih dapat gaji hasil dari pendapatan kerajaan, bukan duit parti PR.

5. Penjawat awam mesti undi BN? Tak semestinya. Tercatat dalam undang-undang pengundi berhak pilih siapa yang dia suka. Tidak boleh ada paksaan.

6. Penjawat awam perlu kenang jasa kerajaan? Terima kasih bagi gaji. Tapi penjawat awam dapat gaji atas dasar kerja dan usaha yang mereka lakukan. Bukan percuma. Kita bagi khidmat, majikan bagi upah.

7. Kalau PR yang memerintah dan guna alasan kakitangan awam perlu kenang jasa kerajaan PR bagaimana? Mesti ada yang tak puas hati dan tak setuju.

8. Negara lain parti yang memerintah kerajaan bertukar-tukar. Di USA demokrat dan republican bergilir jadi kerajaan. Apa yang pelik? Mereka tetap jadi world player.

9. 50 tahun parti yang sama memerintah. Nak tukar sekali tak boleh? Asyik pakai baju yang sama, nak juga sesekali pakai baju lain. Apa masalah?

10. Kalau parti pemerintah bertukar, Malaysia tetap jadi Malaysia. Di mata luar kerajaan Malaysia tetap akan dipanggil kerajaan Malaysia.

11. PR memerintah ekonomi melungkup? Jadi mengapa audit puji prestasi negeri Penang, Selangor? Kenapa kutipan hasil boleh dipertingkatkan? Kelantan tak juga bankrup walau 20 tahun TG Nik Aziz jadi pemerintah.

12. Kamu suka BN, aku suka PR. Ape masalah nak marah aku? Aku tak marah kau pun.

13. Penjawat awam yang sokong BN. Apa rasa kalau kerajaan PR bagi tekanan dan ungkit jasa PR pada penjawat awam. Suka?

Tak setuju? Tak suka? Anda tak dihalang untuk pergi dari sini. Baca artikel penuh...

Rabu, 18 Januari 2012

Iklan Tahun Baru Cina


Iklan Petronas (klik untuk lihat)
Baca artikel penuh...

Coral Triangle?

Saya terjumpa iklan berkenaan coral triangle.

Baru hari ini tahu bahawa Malaysia termasuk dalam coral triangle.



Pengajaran dar video:
Walaupun kita tak menderma, duit kita tetap akan habis digunakan. Lebaih baik menderma pada mereka yang perlukan. Sedikit tak mengapa. Asalkan ikhlas di hati. Baca artikel penuh...

MPV proton Exora

MPV proton nampaknya mendapat sambutan.


Proton Exora (klik untuk lihat)

Saya tak tahu sambutannya bagaimana. Bgaimana dengan kualitinya menurut pengguna yang telah memakainya.

Baru-baru ini dikeluarkan pula Exora Bold yang diwar-warkan lebih hebat dan mengancam dari versi exora yang lain.

Bentuknya agak menarik dan ranggi (pendapat peribadi).

Cuma agak sangsi dengan kemampuan enjin 1.6cc berbanding tubuh badan exora yang besar. Rata-rata MPV sebesar exora mempunyai enjin berkapasiti 1.8cc ke atas.

Jika diambil kira dari segi harga, rekabentuk, enjin, ruang dan lain-lain, mungkin Exora Bold adalah MPV terbaik di bawah harga RM 100k.

Saya ada berkira-kira mahu membeli MPV di masa akan datang memandangkan saiznya yang boleh memuatkan ramai orang.
( sebenarnya keluarga suka pergi berjalan. Jadi kalau ada MPV, boleh angkut ramai-ramai)

Tapi mungkin tidak membeli yang baru, yang terpakai rasanya sudah memadai.

Baca artikel penuh...

Selasa, 17 Januari 2012

Penawar Kanser Tahap Lewat Kini di Malaysia

[Bernama] KUALA LUMPUR: Terdapat harapan baru untuk pesakit kanser di Malaysia. 

Sebuah vaksin yang terkenal bagi merawat kanser tahap lewat hampir semua jenis kanser kecuali leukemia kini diperolehi di negara ini. 

Vaksin Human Initiated Therapeutic Vaccine (HITV), yang hanya didapati di Jepun sebelum ini, mampu memusnahkan sarang sel mikroskop dan kecil, sekali gus mencegah sebarang serangan kanser berulang. 

Vaksin tersebut ditemui pada 2005 oleh pakar perubatan dan penyelidik Jepun, Dr Kenichiro Hasumi dan HITV merupakan imunoterapi yang menghasilkan sel aktif pesakit sendiri bagi metastatik atau pesakit tahap lewat kanser. 

Ia berdasarkan imunologi yang dihasilkan secara semula jadi oleh sistem keimunan manusia dan kemampuan mudah suai bagi memerangi penyakit. 

Dr Hasumi, pengasas dan pengerusi Yayasan Penyelidikan Antarabangsa Hasumi di Amerika Syarikat, telah mengabdikan lebih 40 tahun hidupnya untuk mencari penawar kepada penyakit kanser. 

Bercakap pada sidang media di sini Isnin, Dr Hasumi berkata terapi itu bersama kombinasi radioterapi amat berkesan bagi pesakit yang menderita kanser tahap lewat. 

"Penggunaan TomoTherapy (sejenis terapi radiasi) adalah penting dalam protokol ini. Ia boleh mensasar dengan tepat kanser tumor dalam satu sapuan manakala mengurangkan pendedahan radiasi kepada tisu-tisu sekitarnya," katanya. 

Rawatan itu termasuk tuaian sel imun dari pesakit, mengkulturnya dalam makmal supaya menjadi sel dendrit, sel yang mempunyai cabang-cabang unjuran badan sel dan kemudian memasukkan semula ke badan pesakit menerusi suntikan ke dalam tumor. 

Rawatan HITV mengambil masa kira-kira tiga minggu dengan 10 hari daripadanya merupakan rawatan sebenar. 

Selepas rawatan itu, pesakit berkenaan kemudian diperiksa dengan imbasan PET-CT secara berskala bagi memantau rosot kembali kanser. 

Ketika rawatan itu hanya diperolehi di Jepun, seramai sembilan pesakit Malaysia yang menderita kanser tahap lewat pelbagai jenis kanser mengambil keputusan untuk mencuba rawatan itu. 

Lima daripada mereka telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan sepenuhnya. 

Mereka termasuk Goh Sai Wah, 58, seorang bukan perokok yang dikesan menghadapi kanser paru-paru tahap lewat dengan merebak ke bahagian tulang belakang dan tulang pada Mei tahun lepas. 

Beliau menjalani terapi HITV di Jepun pada 30 Okt tahun lepas dan dalam pemeriksaan susulan enam minggu kemudian, hampir kesemua sel kanser telah hilang. 

Kini, selepas 365 hari kemudian, wanita itu masih hidup dan sihat. 

Dr Hasumi berkata oleh kerana kanser tahap lewat adalah tahap yang amat sukar untuk dipulihkan, beliau berharap pada masa depan, terdapat inovasi untuk menyembuhkan kanser tahap awal. 

Rawatan terapi HITV di Jepun memerlukan kos kira-kira RM200,000 dan sekiranya di Malaysia, ia hanya memerlukan perbelanjaan sebanyak RM150,000. Rawatan terapi itu kini diperolehi di Pusat Perubatan Antarabangsa Mahameru tetapi pengamal perubatan kini sedang rancak mencuba untuk memperkenalkan HITV di semua hospital di Lembah Klang dalam usaha memberi harapan baru kepada pesakit kanser tahap lewat.



Komen.
Walaupun sudah ada kemungkinan untuk dirawat, namun harga agak mahal. Tidak semua pesakit kanser yang mampu menjalani terapi yang belanjanya mencecah ratusan ribu RM. Mungkin dengan kajian dan bantuan kerajaan membolehkan terapi ini ditawarkan dengan harga yang lebih murah di hospital kerajaan. 

Apa pun, kajian ini menunjukkan perkembangan positif dalam pencarian penawar untuk kanser. 

Baca artikel penuh...

Ahad, 15 Januari 2012

Wanita tak wajib pakai tudung.

Benar.


Wanita tak wajib pakai tudung di kepala.

Tak percaya?

Memang tak wajib.

Tak ada ayat Quran yang spesifik menuntut agar wanita memakai tudung. 

Cuma...

Wanita wajib menutup aurat. Faham?

Tak wajib pakai tudung.. Tapi wajib tutup aurat.

Tudung hanyalah alat untuk menutup aurat.

Pakailah apa pun, janji menutup aurat, tak mendedahkan aurat pada orang yang tak sepatutnya.

Nak tidur pun takkan nak pakai tudung? Nak mandi pun pakai tudung? 

Jadi benarlah tak wajib pakai tudung, tapi wajib tutup aurat.

Sebab ramai hari ini yang sudah memakai tudung, tapi masih lagi buka aurat...

p/s : lelaki pun wajib juga tutup aurat ye....
Baca artikel penuh...

Sabtu, 14 Januari 2012

Kapal Selam di Klebang

(cuba berfikir dengan pandangan berbeza dari orang lain)

Saya ini agak ketinggalan juga.

Bila terlihat program Majalah 3 tentang muzium kapal selam di Klebang, baru tahu kewujudannya. Sempat juga lihat bagaimana susahnya kapal itu diangkut hingga sampai di Klebang.

Ramai yang menyatakan kekaguman dan kegembiraan disebalik kejayaan membawa kapal selam itu ke Malaysia.


Namun saya cuba untuk berfikir dari sisi dan pandangan yang lain.

Berapa kos yang telah dibelanjakan untuk memindahkan kapal selam itu ke sini?



Apakah perkara itu tindakan yang perlu dilakukan?

Saya juga suka melihat barang antik dan lama. Teruja juga nak melihat sendiri di depan mata kapal selam itu.

Tapi terfikir juga adakah benda itu satu keperluan yang mendesak?

Maksudnya kalau kita lihat konsep barang dalm ekonomi Islam:
Daruriyyah :  benda yang mesti ada. Tanpanya, maka boleh membawa kepada kemudaratan yang besar dan mengancam nyawa.
Hajiyyat: Kalau tiada, tidak sampai membawa kepada kemudaratan yang besar dan mengancam nyawa. Namun kehadirannya pasti banyak membantu, memudahkan.
Tahsiniyyat: Kehadirannya lebih kepada keselesaan.
Tarafiyyah - barang yang mewah
mudharat : merbahaya dan merosakkan.

Dalam ekonomi Islam, kita sebagai pengguna perlu mengelakkan dan mengurangkan barang mewah dan mudarat.

Jadi pada pandangan anda, dalam kategori mana kapal selam antik itu berada?

Kalau dilihat kepada situasi ekonomi pada hari ini, adakah pelaburan yang dikeluarkan ini berbaloi?

p/s: teringin nak naik kapal sekitar coral triangle.


Baca artikel penuh...

Tulislah yang bermanfaat

Bukan nak kata tulisan di blog ini bermanfaat sangat.

Cuma nak tekankan supaya blogger hari ini perlu cuba sedaya upaya menulis sesuatu yang bermanfaat untuk dibaca oleh pembaca lain.

Saya mula menulis beberapa artikel kritikan tentang MLM. Alhamdulillah setiap hari, keyword di nuffnang mencatatkan ada pembaca yang mencari dan membaca maklumat berkenaan MLM.

Sabtu, 14 Januari 2012, 10:00p.m

Tujuan artikel berkenaan MLM ini ditulis untuk bagi maklumat pada pembaca tentang realiti skim MLM yang banyak menjalankan perniagaan dengan cara yang merugikan pengguna. Harapnya mereka yang membaca tentang MLM ini dapat apa yang dihajati.

Tak kurang juga ada komen sesat di shoubox yang mengkritik (boleh tengok dan cari).

aku org score A: SAPE KAUNK CKP SAL HALAL HARAM..AK TGK MUKA PN X YAKIN LGSUNG..X YH KUTUK ORG JE LA BRO,JAGA LMBU BLKANG UMH CKUP..HAHA

aku org score A: Sape lu nk kate halal haram...ak tgk lu pn x yakin...ad hati nk komen org.......uwekkksssss

Saya tak padam. Dibiarkan untuk tatapan umum. Pembaca boleh nilai sendiri.

Apa yang ditulis adalah berdasarkan kefahaman sendiri, ilmu setakat yang ada dan juga pengalaman menyertai beberapa skim MLM sebelum ini. 

Pembaca bebas mahu kritik, tapi biarlah beradab sebagai tetamu.

Apa pun, jika ada seorang yang membaca artikel MLM di blog ini, dan dapat menyelamatkan duitnya dan menyedarkan dirinya tentang MLM, saya kira matlamat artikel ini tercapai. Alhamdulillah.

Apa pun, blogger sekalian tulislah yang baik-baik agar ada manfaat yang diperolehi kepada orang lain.


Baca artikel penuh...

Jumaat, 13 Januari 2012

Guna zakat untk kos guaman

(bukan gebang politik. Tapi lebih mempersoalkan kepada pemegang amanah dan pengurusan zakat)


Kes terbaru tentang zakat yang heboh sekarang adalah tentang penggunaan wang zakat untuk kos guaman. Sejumlah wang telah dikeluarkan daripada wang zakat di KL untuk membiayai kos guaman seorang menteri. Wang tersebut bagaimanapun digantikan semula.

Masalahnya adakah dibolehkan diambil wang zakat untuk kos guaman? Bukan masalah kena ganti semula ye. 

Menurut MAIWP, jika menteri itu tidak ganti semula wang itu pun, tak mengapa sebab dikatakan pembayaran kos guaman menteri itu termasuk dalam asnaf fisabilillah. 

Allah telah menghadkan orang-orang yang berhak menerima harta zakat kepada lapan golongan;

1. Untuk golongan fakir
2. Untuk golongan miskin
3. Untuk golongan muallaf yang hendak dijinakkan hatinya dengan agama
4. Untuk ‘amil-amil yang dilantik menguruskan zakat
5. Untuk hamba-hamba yang ingin memerdekakan dirinya
6. Untuk orang-orang yang dibelenggu oleh hutang
7. Untuk dibelanjakan bagi kemaslahan agama Allah (Fi Sabilillah)
8. Untuk orang-orang musafir yang terputus bekalan.
(rujuk surah at-taubah, ayat 60)

Pendapat peribadi : Saya sendiri tidak bersetuju dengan alasan dibolehkan pembayaran kos guaman untuk seorang MENTERI atas alasan fi sabilillah.

Secara peribadi, saya pernah turun padang membuat kajian tentang asnaf zakat fakir dan miskin di Selangor bersama pensyarah. Kami berjumpa sendiri dengan golongan fakir miskin dan membuat temubual dan soalselidik. Kami juga bertanya kepada amil, dan juga pegawai zakat tentang kelayakan untuk menerima zakat.

Saya juga membuat kajian kertas projek tahun akhir berkenaan zakat di MAIWP. Pergi sendiri ke MAIWP dan baitulmal, berjumpa dengan pegawai zakat dan menemuramah sendiri pegawai zakat tentang kriteria penerima zakat.

Mereka yang mahu memohon zakat perlu dokumen yang lengkap, dan mengisytihar harta mereka. Setelah siap borang dan menjalani tapisan, pegawai zakat akan datang ke tempat kediaman pemohon untuk memastikan maklumat yang betul diberi. Kalau pemohon menipu, memang tak dapat jawabnya.

Astro, telefon bimbit, televisyen, motosikal, kereta, apa-apa juga peralatan yang ditanya perlu diberitahu kepada pegawai. Kalau pemohon  yang nak mohon zakat, tapi pasang astro di rumah, memang tak ada harapan nak dapat. Ada kereta? Tengok kereta model apa, tahun keluaran bila, beli sendiri atau orang agi, macam-macam lagi.

Maksudnya? Banyak karenah birokrasi yang perlu dilalui. Ini untuk memastikan penerima zakat adalah benar-benar layak menerima zakat. Sebab itu tapisan dilakukan.

Asnaf fi sabilillah
Senang cerita, wang zakat boleh digunakan untuk mereka yang membuat perkara kebaikan kerana Allah. Belajar di IPT contohnya dikira sebagai asnaf fi sabilillah. Berdakwah, menjalankan program dan ceramah agama boleh dikategorikan fi sabilillah. Ada juga pendapat yang mengatakan askar yang berkhidmat melindungi negara dan berperang termauk dalam asnaf fi sabilillah. 

Tapi bagaimana dengan kos guaman?

Kes pak menteri
Sudah tentu menteri yang dibayar kos guaman itu, bukan terletak dalam asnaf fakir, bukan miskin, bukan muallaf, bukan juga amil zakat, bukan hamba, bukan juga golongan berhutang, juga bukan orang musafir terputus bekalan.

Jadi alasannya untuk dibenarkan penggunaan wangzakat cuma tingal fi sabilillah.
Masalahnya adakah layak menteri ini menggunakan wang zakat untuk kos guaman atas alasan fi sabilillah?

Kalau kita ikutkan logik akal sekalipun, seorang menteri yang berpendapatan tinggi, sihat tubuh badan, patut atau tidak mengambi wang zakat untuk membiayai kos guaman dirinya?

Masalah akan timbul dikemudian hari nanti jika MAIWP tidak menjernihkan suasana. ORang ramai akan mempersoalkan dan berpendapat, boleh menuntut kos guaman dari baitulmal. Menteri boleh dapat, kenapa kita tak boleh?

Saya lebih berpendapat ia satu kesilapan yang dilakukan oleh MAIWP dan meteri berkenaan. Apa yang perlu, emngaku kesilapan. Bukan menegkkan benang basah. 

Rakyat bawahan merangkak nak mohon bantuan zakat. Menteri senang-senang dapat. Apa jadi? Jangan kata ini bukan isu besar. Ini melibatkan duit zakat. Libatkan jua ketelusan pengurus zakat. Libatkan AMANAH pihak pengurusan.


Mungkin menteri tak minta dibantu menngunakan wang zakat. Perkara yang dipersoalkan ialah pihak yang meluluskan wang zakat itu dikeluarkan...

p/s: kalau dah salah, lebih baik mengaku supaya orang tak makin jadi benci..
Baca artikel penuh...

Mandi malam tak elok?


Selalu orang tua-tua pesan pada kita, jangan mandi waktu malam.

Nanti senang dapat penyakit.

Kena penyakit paru-paru berair.

Walaupun orang tua saya ada berpesan, entah mengapa saya tak dapat menerima dengan baik. Tak percaya.

Selalu terfikir apa rasionalnya mandi malam boleh dapat paru-paru berair?

Orang yang sukan renang, renang berirama, terjun tu, lagi banyak berendam dalam air. Tak kena pun paru-paru berair.

Atlet yang selalu bersukan malam tu, lepas berpeluh mesti la mandi. Kalau tidak, busuk jawabnye. Takde pun kena paru-paru berair.

Adik saya atlet hoki, main hoki untuk kelab. Latihan selalu malam. Perlawanan pun selalu malam. Lepas bersukan, mesti mandi bersihkan diri.

http://komunitikini.com/kl-selangor/kuala-lumpur/mandi-pada-waktu-malam-tidak-memudaratkan

Ada benarnya apa yang ditulis dalam artikel ini.

Selamat membaca.

p/s: generasi hari ini selalunya mahukan rasional atau sebab yang kukuh... Baca artikel penuh...

Ratu pondan Malaysia?



What in the worl is wrong with Malaysia? No action taken? The program was held in Pahang. I wonder what happen if it was held in Kedah, Kelantan or Penang. For sure it will be the biggest issue and news in news paper. Front page of course.

May Allah guide us all...away from this kind of madness Baca artikel penuh...

Selasa, 10 Januari 2012

Alasan tentang tudung / hijab

Baca artikel penuh...

Make money through internet

(sorry, broken english...  Cadangan dalam artikel ini sesuai untuk pendapatan secare sampingan dan suke-suke sambil melayari internet. Nak beribu-ribu, pergi buat kerja lain ye)

There are several way you can earn money by using internet.

Not by joining scam or MLM / network marketing  etc..

Advertisement.
If you have your own blog, try and put advertisement in your blog. Trust me, if you are an active blogger, keep updating your blog, you can earn something. How much? Usually it depends to traffic (how many people view your blog daily).

Right now, i'm using nuffnang as a platform. I put nuffnang add in my blog since September 2011. Until now, i've accumulate about RM45 (aiyoo, very small amount haha). Other blogger can earn hundreds, maybe thousands RM a month (higer traffic means higer income). My blog? Haha. Average only about 50 unique visitor a day. Still far and small compare to ether blog.

But at least i earn something from my blog. So why don't you try nuffnang?

Social network.
Now everybody can earn money from your facebook or twitter. No, not by joining " login face book dapat 100" or "buat duit dengan facebook" scam. That infinity downline is totally scam. Stay away from it.

You can use this platform to earn something:
Churp churp
Says
(but i prefer puuting adds in my blog than using churpchurp dan says.)

Online Survey
So many online survey website in the internet. You can join them and start doing survey. So far i,ve joined these survey:
AIPONLINE
IPANEL

Aiponline : you can redeem coupon or others with your accumulated points.
Ipanel : they pay you using Paypal. Exchange your points with money. More points you have, more money you can redeem.


advice:
I only doing this for fun, not full time. Trust me, if you only focus about money, you will not be happy with blogging.

Baca artikel penuh...

Do you find second hand smoke irritating?


Do you find secondhand smoke irritating?
You might just bear with it because you think that it doesn’t affect you.But these are the facts!
4000 known chemicals in tobacco smoke and at least 250 of them are harmful and more than 50 cause cancer. NON-SMOKERS are at risks of developing lung cancer and other related diseases attributed to tobacco smoke too! This is no longer.....click this to continue.
Baca artikel penuh...

Isnin, 9 Januari 2012

Haram solat pakai tshirt


Pakai tshirt macam dalam gambar ni yang haram. Ape ke halnye pakai macam tu nak solat.

Kalau tulisan yang lain?

Tulisan yang lain tu, boleh jatuh makruh sebab ganggu kosentrasi jemaah lain di belakang. Ade yang tengah solat, terbaca tulisan kat baju tu dalam hati. Baca artikel penuh...

Buat duit dengan facebook


I found this while surfing internet.

Baca artikel penuh...

Khamis, 5 Januari 2012

Tudung seksi dan ketat

Muka dan nama telah dipadamkan...

Gambar ini sebenarnya sudah pun lama. Ada tersiar dalam akhbar. Akhbar mana saya tak pasti.

Cuma nak ingatkan kepada siapa yang membaca, bahawa cara berpakaian seperti ini tidak menutup aurat.

Ketat - nampak bentuk tubuh badan (dada la yang jadi tumpuan...ishhh)
Jarang - nampak dalam, nampak warna kulit badan.

Tapi malangnya hingga ke hari ini, masih ramai yang menganggap ini sudah menutup aurat.

Jadi mari kita sama-sama betulkan.

Contoh lain:

Dia kata dia selesa. Tak boleh ye dik, bukan masalah selesa atau tak. Ini masalah aurat, libatkan dosa pahala.

Yang ini pun tak boleh ye dik. Tudung singkat, nampal jelas tu..Baju pun lengan sekerat + ketat. Percuma bagi lelaki jamu mata.
Baca artikel penuh...

Rabu, 4 Januari 2012

Fenomena Angry Birds melanda

Tahun ini fenomena angry birds melanda SK Seri Padang Sari.

Hari pertama sekolah, alat tulis, beg dan botol angry birds kelihatan dikebanyakan kelas.











Baca artikel penuh...

Kes Amalina berbaju seksi - ulasanku

Ini maklum balas dari keluarga Amalina
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ibusangkaltohmahanblog/Article

Ini pula adalah antara contoh komen blogger lain.
http://www.duniacacamarba.blogspot.com/2012/01/gambar-benarkah-gadis-sosial-maut-ini.html

Anda boleh buat carian sendiri dan boleh lihat banyak komen dan gambar.

Ulasanku

Bukan masalah akademik yang dibangkitkan.

Bukan masalah lulus ataupun gagal seorang pelajar diluar negara.

Melambak pelajar yang SPM cemerlang, tapi tak berapa cemerlang di Universiti. Memang terjadi dan biasa terjadi.

Isu yang dibangkitkan di sini adalah soal harga diri, soal akhlak dan peribadi , soal jati diri seseorang, juga melibatkan soal pegangan agama seseorang.

Hari ini internet cukup berkuasa. Tak sampai seminit gambar sensasi terpapar di Facebook, sudah berpuluh, beratus, malah beribu blog membuat ulasan.

Tak sampai seminit dimuatnaik di UK, kecoh satu Malaysia boleh tengok.

Saya secrara peribadi sedih sebab nampak murahnya dan longgarnya jati diri orang melayu Islam.

Tambah sedih apabila keluarga sendiri (yang juga merupakan warga pendidik di sekolah) menyatakan anaknya tidak bersalah.

Apabila kita sudah menjadi ikon masyarakat, ingat perhatian orang kepada kita menjadi lebih. Walaupun kesilapan yang kita buat sama saja dengan kesilapan orang lain, namun akan dipandang lebih berat kerana sudah menjadi ikon.

Benda dah jadi. Apa yang lebih penting, sama-sama kita terapkan nilai Islam dengan kukuh dalam diri anak muda hari ini.

*ade orang kata
"lantak dia la nak jadi apa. dosa tanggung sendiri."
" mak dia tak marah pun. korang sebok ape hal?"
"sebok jage tepi kain orang. kainsendiri jage la"
dan banyak lagi ungkapan yang lebih kurang maksudnye.

Kalau macam tu, pergi sekolah, nasihatkan cikgu-cikgu kat sekolah. Cikgu disiplin, cikgu jqaf, cikgu pendidikan islam, cikgu sivik, cikgu moral, semua cikgu termasuk pengetua dan GPK hem juga. Cakap tak payah jaga tepi kain anak murid, mak bapak pandai ajar sendiri nak anak jadi macam mana.

Baca artikel penuh...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...