Ahad, 30 Oktober 2011

Audit 2010 again

I've read some article regarding to Audit 2010.Same issues every year.

I started reading articles about audit report in 2002, since my 'Pengajian Am' teacher (Cikgu Alias) really encourage us to read about "Belanjawan" and Audit.

Now is 2011, the Audit story remain same. Only a little bit changes with the actor and cases, but the point and story line is the same.

Don't believe it? Just goole for old articles on Audit report. Same old story.

You can find this type article every year.





Can i say that the statement by MACC is b#ll sh**? MACC, this thing have been repeated for many years. And only now you want to take action? What about last year? Last two years? Just talk, no action taken?

I tought i heard this dialogue last year. And also two year before. Oh, also three year before. Also......

p/s: Rasa kecewa sangat benarnya....Negaraku.. Baca artikel penuh...

Khamis, 27 Oktober 2011

Pendant Allah - ada yang tak puas hati

(bukan mengumpat..sila ambil pengajaran. Jangan jadi bodoh sombong..)

Ada yang tak puas hati dengan isu quesnet / Qnet yang diulas.

Saya ada memberi komen dan menegur tentang Qnet dari sudut syariah di web aididmuaddib.

http://aididmuaddib.blogspot.com/2011/10/questnet-dah-cukup-bukti-ke-blom.html

Boleh lihat ruangan komen.


Ada seorang ahli Qnet yang mempertahankan perniagaan Qnet adalah sah di sisi undang-undang serta tidak bertentangan dengan syariah.

Tidak diketahui nama sebenarnya. Tahap pendidikannya juga tak dapat nak dipastikan.

Dalam hal berkenaan pertikaian hukum dan teori sains, saya serahkan kepada tuan punya blog dan pembaca lain. Saya memang bukan ahli sains dan matematik. Jadi tak mahu campur sangat, takut bagi komen berlawanan dengan hukum sains, malu jadinya.

Tapi ahli Qnet seorang itu beriya-iya percaya dengan teori sains produk Qnet itu. Kasihan..

Tapi paling tak tahan bila dia nak tegakkan juga yang Qnet sah di sudut Syariah.

Biasanya saya silent reader, tapi bila sampai yang berani tegakkan benang basah dalam hal muamalat ni, akal ni tak boleh terima.

Kontra dengan apa yang dipelajari sepanjang 4 tahun (termasuk extend sem) di UM dahulu.

Bagi komen panjang berjela bantah balik apa yang dia kata.

Akhirnya,  dia kata kalau serius bagi email add. Bincang ikut email. haih........

Yang tak faham, kalau dia yakin betul, kenapa nak mintak email peribadi. Bincang saja di ruangan komen supaya semua pembaca boleh baca dan nilai sendiri hujjahnya.

Saya tak pasti apa latarbelakang pendidikannya.

Tapi kalau dia mempunyai kelulusan dalam pengajian malu...Satu perkara yang amat memalukan memberi komen sebegitu rupa..

p/s: risau memikirkan orang mempergunakan agama untuk menarik keuntungan. Baca artikel penuh...

Terima kasih pembaca blog

Terima kasih diucapkan kepada mereka yang sudi bertandang, menjenguk dan menjadi pembaca blog ini, walaupun blog ini cuma biasa-biasa.

Blog ini hanya mendapat purata 50 unique visitor sehari. Jauh lebih kecil berbanding dengan blogger lain. Pengikut blog juga sedikit, tak sampai 20 pun setakat ini.

Pendapatan nuffnang...aduhai. Blogger lain ramai yang lagi hebat.

Kepada yang follow/mengikuti blog ini, terima kasih. Minta maaf jika saya tak mengikuti blog anda kembali.

Bukan Ustaz...
Walaupun berkelulusan Pengajian Islam, rasa berat juga bila ada rakan blogger yang panggil 'ustaz'. Bagi saya, mempunyai kelulusan dari Akademi Pengajian Islam UM tidak melayakkan diri ini mendapat title ustaz secara automatik. Berat tanggungjawabnya..

Namun jika ada persoalan, saya cuba sedaya upaya menjawabnya dan rujuk pada sahabat lain yang jauh lebih hebat dan handal berbanding blogger cabuk ini.

Kurang mengikuti blog
Saya kurang menjadi 'follower' blog lain. Cuma, blog yang saya rasakan menarik dan suka, akan saya baca setiap hari walaupun tak menjadi pengikut blog itu.

Kandungan blog
Biasanya kandungan blog yang saya lawati, saya akan perhatikan 3 perkara utama. Isi blog blog, bahasa yang digunakan dan juga paparan blog.

Biasanya saya lebih lihat kepada isi dan bahasa. Kalau bahasanya terlalu 'budak-budak' contoh: aku jadi aq, korang jadi korunk, dia jadi dye, minta maaf banyak-banyak. Saya tak akan datang lagi ke blog itu.

Bukan berlagak, sombong, cuma tak kena dengan selera. Saya tak suka, saya pergi.

Kalau isi blog terlalu banyak bersifat peribadi, sampai cerita bergewe panjang lebar, letak gambar awek/pakwe (bagi yang belum kawin), minta maaf banyak-banyak. Itu kali terakhir saya jenguk blog itu, walaupun tercatat dia mengikuti blog saya.

Kepada :
Apan
Arelan
Puan  kek keju merah
Roha
Abunyer
Rojak
Cek Chun
Fikri kacak
Oligo

Dan lain-lain blogger (tak dapat sebut semua) yang jenguk blog ini, terima kasih kerana membaca blog saya.

Mana yang elok boleh ambik, kongsi sama-sama.

Yang tak molek tu, buang jauh-jauh. Baca artikel penuh...

Again about MLM

(again...forgive my poor english...)

I,ve posted here in my blog about aididmuadib blog.

Honestly, i do follow this blog because the facts given in that blog is really helping me to understand MLM and do make sense.

You can see many comments for one article. Even MLMers (mlm members) also comments. And the debate between MLMers and anti MLMers keep going on every day.

I also take part sometimes by giving comment, usually regarding to syariah issues, since i have basic knowledge about muamalat and islamic economy.
(i'm not an expert....also not ustaz...Graduate from Academy of Islamic Studies, UM doesn't mean you are automatically can be called ustaz )

But when it comes to scientific and statistic (math) i just read it. It is hard to me to give comment since math and science is not my field. I avoid debate with MLMers when it comes to science and math because it will take maybe years for me to understand about the facts given. So i leave it to others to 'screw' the MLMers when it comes to sciences and math.

But can't stand it  when the MLMers keep arguing and say that their company is doing nothing against the syariah and comply with JAKIM MLM Guideline. It is bull shit. Seriously.

And they can't give any reasonable answer when i ask details about the syariah issues.

My question is simple, how can we clarify the MLM company not against syariah if the company is against the JAKIM MLM guideline?
Why the company did't act and appoint Syariah Panel to check their marketing plan and products?
In some cases like Qnet/ Questnet, since they didn't appoint syariah panel/advisor, how they can clarify their company is "Halal MLM"?

Even scholars sometimes make mistake and give unreasonable answer regarding to MLM.
(Dr Badrulamin / Ustaz Badrulamin. Even he is PHD holder (law) and have years of experiences as lecturer,  I strongly disagree with him when he says MLM bonus is just like 'pahala')
http://drbadrulamin.blogspot.com/2009/07/hukum-perniagaan-mlm.html
http://www.firstclassminded.com/?p=207

The comparison is unvalid. Seriously if i use that statement in my final year project paper (research), aiyoh...My lecturer for sure will scold me, throw my draft into dustbin..

But actually it is "isu lama". Maybe he change his mind when he knows about the guidelines from JAKIM.



moral:
Don't argue, comment / debate if you don't have basic knowledge about certain issues.
For ustaz, please be careful when giving comments and answer. It is better to say "i don't know" than giving wrong answer.


Baca artikel penuh...

Selasa, 25 Oktober 2011

Laporan audit 2010

Laporan audit untuk tahun 2010 sudah keluar.


Seperti yang disangka, berlaku lagi perkara yang sama seperi tahun-tahun sebelumnya.

Berikut antara berita yang diperolehi.

http://www.malaysiakini.com/news/179527
http://www.malaysiakini.com/news/179555
http://www.malaysiakini.com/news/179596
http://www.malaysiakini.com/news/179584

Boleh baca dan tengok. Hairan juga sebab laporan audit ni tak berapa dapat liputan Utusan Malaysia dan Berita Harian online.

Tak tahu mana silapnya, tapi setiap tahun akan wujud keadaan barang yang dibeli adalah berkali ganda lebih mahal daripada harga pasaran.



Teropong harga lebih kurang RM 3000 jadi RM 56 000. Siapa ambik duit lebih tu?

Peliknya, walaupun setiap tahun audit dedahkan perkara ini berlaku, tapi tak pula diwarwarkan tindakan kepada mereka yang menyalahgunakan kuasa mengambil keuntungan begini.

Padahal, setiap pembelian yang dibuat ada rekod. Tercatat siapa yang menguruskan transaksi, siapa yang meluluskan, siapa yang tandatangan. Rekod ada, tapi tindakan?

Mana ketelusan yang dikatakan?

Dalam duit yang dibazirkan itu, ada hak kita rakyat Malaysia sebagai pembayar cukai.

Yang buat dosa makan duit haram tu, tanggung sendiri dosa. Tengok kat akhirat nanti duit tu boleh tak selamatkan diri.


p/s: What the hell is going on with Malaysia?


Baca artikel penuh...

Isnin, 24 Oktober 2011

Kembara di Tanah Gersang



I really like this version (by Akhil Hayy). Nice vokal and powerfull backup voice (inteam).

For me, the new version is better.

The old version sang by Al-Jawaher if i not mistaken.



Baca artikel penuh...

Ahad, 23 Oktober 2011

Elaun Ahli Parlimen Malaysia

Menjelajah blog-blog yang tak dikenali boleh memberikan kita banyak maklumat.

Terjumpa satu artikel berkenaan elaun ahli parlimen. (Kredit to ameno world)

http://www.parlimen.gov.my/index.php?modload=sites&action=innerpage&id=1&view=57&uweb=p

Boleh cuba baca dan anggarkan berapa elaun yang ahli parlimen dapat dalam sebulan.

Banyak juga, tapi rasanya padanlah dengan jawatan yang dipegang.

Cuma tak patutlah kalauu dapat elaun banyak macam tu, kerja tak buat.

Itu baru elaun ahli parlimen, belum masuk kalau ada pegang apa-apa jawatan macam menteri ke..


Baca artikel penuh...

Kek Lucah?

I did my blogwalking today and i found this. Kek Enot

You can just goolge and search for it for further information. I don't want to display it here in my blog.

As a muslim, really disappointed and also sad when viewing the photo and read the comments.

Where is your sensitivity Mrs Enot. Gone already?

I hope you'll learn something from it. May Allah forgive you and make you (and us) a good and better Muslim.


Actually i'm speechless...


Ya Allah, please save our children. Please save our generation ya Allah. Baca artikel penuh...

Khamis, 20 Oktober 2011

Pakar perlembagaan digantung tugas!

Rujuk berita di Malaysiakini.



Menurut berita itu, Prof Aziz Bari yang merupakan pensyarah kanan di Fakulti undang-undang UIAM itu telah diberi surat tunjuk sebab serta digantung tugasnya. Hal ini berlau ekoran reaksinya kepada titah sultan Selangor berhubung dengan pemeriksaan sebuah gereja di Petaling Jaya.

Terdapat juga laporan polis yang dibuat oleh beberapa individu terhadap reaksi Prof Aziz Bari yang dikatakan biadap dan menderhaka.

Komen saya


Saya tidak nampak apa kesalahannya berhubung reaksi kepada titah sultan Selangor.

Kepada pihak yang tidak berpuas hati dan mendakwa Prof Aziz Bari pengkhianat, mana pergi nilai Islam dalam diri kamu semua?

Apakah sultan itu terlalu maksum sehingga tiada cacat celanya hingga tak boleh ditegur sedikit pun? Begitukah?

Bukankah semua manusia sama di sisi Allah, yang membezakan adalah taqwa.

Reaksinya bukanlah dengan bahasa yang kasar dan biadap, tidaklah biadap mana sehingga berpakat mahu menarik kuasa raja seperti yang dibuat oleh kerajaan satu masa dahulu.

Penggantungan ini dilihat lebih kepada tindakan mengampu. Dan ada juga campurtangan politik.

Sudahlah profesor kangkung dan pengampu makin banyak di Universiti. Profesor yang mempertahankan pendapat akademiknya pula digantung dan diambil tindakan. Hanya kerana fahamannya tidak selari dan berlawanan arus dengan orang lain.

p/s: Silap-silap eden tulis ni, eden pun kono gantung tugas jugak nanti Baca artikel penuh...

Hukum merokok : Haram.

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/merokok-dari-pandangan-islam

Sebelum berkata apa-apa, sila klink link di atas dan baca dahulu tentang Fatqwa yang dikeluarkan.

Kalau ada yang tidak puas hati, sila "argue" dengan mereka yang bermesyuarat mengeluarkan fatwa itu. Jangan berdegar sembang sendiri tak puas hati. Kalau berani sangat, kemukakan pula hujjah yang menghalalkan / mengharuskan rokok.



Ulasan ku

Pengharaman rokok ini sepatutnya dilakukan sejak lama lagi dan di war-warkan
Baca artikel penuh...

Kelab taat Suami - Buku Seks

Berita ini benarnya dah beberapa minggu keluar di surat khabar.


Eksklusif: Kelab Taat Suami terbit buku seks (sumber: Berita harian online)



Saki baki pengikut Abuya yang taksub masih lagi ada. Terang-terang begini, ada masalah dari sudut akidahnya. Perlu ambil tindakan segera supaya orang ramai tak terpengaruh dengan dakyah sesat sebegini.

Penerbitan buku seperti ini nampak jelas mereka masih cuba menyebarkan fahaman mereka kepada orang ramai. Tidak mustahil ada yang terpengaruh dengan apa yang mereka bawakan. 

Kalau baca apa yang ditulis dalam gambar tu, nayata dan jelas tak masuk akal....Proses isteri ke arah roh...Ingat macam proses ayam daging ke?

p/s: Siapa yang percaya dengan buku ni. Mai sini eden suntut.
Baca artikel penuh...

Questnet / Qnet Malaysia. Scam?

(ini pandangan dan analisis peribadi. Anda boleh tidak bersetuju dan meninggalkan komen. Tapi komen dalam keadaan berhemah)


Bagi mereka yang biasa membaca blog aididmuaddib, munkin telah tahu dengan isu ini. 

Tak perlu dijelaskan tentang maklumat Quesnet/ Qnet ini di Malaysia. Semua itu boleh diperolehi melalui enjin carian di internet.

Syarikat ini memang telah terkenal. Malah ada juga memberikan tajaan atau sponsor kepada pihak-pihak tertentu. Jumlah tajaan juga bukan sedikit, cecah juga jutaan ringgit.

Qnet ini juga mendapat lesen AJL di Malaysia. Maksudnya dari segi undang-undang sivil, syarikat ini sah aktiviti dan pergerakannya.


Baca artikel penuh...

Rabu, 19 Oktober 2011

Ragam pelajar

Semalam buat aktiviti di surau sekolah.



Close up..



Tak tahu apa motif dia..
Baca artikel penuh...

Selasa, 18 Oktober 2011

Hadiah Hari Lahir

Saya menerima hadiah ini hari Ahad yang lalu. Ada seorang awek cun bagi. Balik-balik rumah je, dah ada atas keyboard komputer.






Terima kasih daun keladi..... Baca artikel penuh...

Semakan keputusan Mtest Kpli j-QAF ambilan 2012

Semakan keputusan Mtest untuk kpli j-QAF ambilan 2012 sudah boleh dibuat.


klik link ini : http://apps1.moe.gov.my/kpli/mtest2012/



Tahniah pada yang layak menduduki Mtest. Baca artikel penuh...

Isnin, 17 Oktober 2011

Fenomena Adid Muaddib dan MLM

Blogger ini baru setahun menulis blognya. http://aididmuaddib.blogspot.com/

Namun tempoh setahun itu sudah cukup untuk menggemparkan dan menggegarkan .dunia MLM

Mungkin ramai yang tak pernah dengar. Tapi semakin hari semakin ramai yang mengenali blog Aidid.

Baru setahun, dah berjuta kali dilawati. Kalau letak iklan nuffang/advertlet/innity mesti dah banyak dapat hasil.

Tapi tujuan blognya tidak bermotif keuntungan, cuma menyalurkan maklumat kepada rakyat malaysia berkenaan skim piramid dan juga MLM



Pembongkaran gelang magnet dan kaitannya dengan AC Mizal nyata memberikan impak besar pada syarikat itu. Gelang Ac Mizal lingkup dan jatuh teruk. Ramai yang mengkritik AC Mizal dengan bisnes gelangnya itu.Antara artikel berkenaan AC Mizal. klik.


Sesiapa yang berkesempatan atau belum mengenali blog aididmuaddib, silalah berkunjung ke sana. Banyak pembongkaran berkenaan MLM yang dibuat. Fakta yang diberikan sukar disangkal berdasarkan pengiraan statistik dan teori sains.

Banyak syarikat MLM di Malaysia yang dibongkar dan diteliti termasuk syarikat terkenal seperti Hai-O, HPA, Score A, Amway, Ads4buck, Hyprobulk dan lain-lain lagi.

Namun pengunjung diharap dapat membaca dengan sabar lantaran laras bahasa yang digunakan sangat berbeza. Jangan impikan bahasa seni bersopan santun. Tumpukan pada fakta dan maklumat yang dibawa.

Saya secara peribadi menyokong blog ini kerana fakta yang dikemukakan sukar disangkal. Kebanyakan fakta yang dibawa berkaitan dengan pengiraan matematik dan pembuktian dari segi teori sains.

Kalau ada yang panas hati baca blog Aidid, beredar saja tanpa membuat komen yang bukan-bukan.


Baca artikel penuh...

Ahad, 16 Oktober 2011

AKsi berpelukan di tepi jalan

Memang tak malu depa ni main peluk-peluk tepi jalan!







Baca artikel penuh...

Kaya menyamar pengemis



Aksi dan karenah pelik warga tua ini, walaupun sudah kaya, tetapi masih mengemis.

Hasil mengemis kemudian didermakan kepada badan kebajikan.

Alasan berbuat demikina kerana mahu menghilangkan kesunyian kerana kematian isteri.

Memang seorang pelakon yang hebat, berlakon jadi penegmis tanpa orang disekelilingnya sangsi.

Baca artikel penuh...

Bob Lokman - di sisipan Pancaindera Migguan Malaysia

(Mood marah)

Terbaca komen berkenaan Bob Lokman. Lihat keratan akhbar.

klik untuk besarkan

Bila baca komen Joyah berkenaan Bob Lokman, rasa nak acungkan jari tengah pada si Joyah.  $$%%**##!

Siapa dia nak katakan artis yang dah berhijrah tu tak betul.

Pendapat peribadi saya, bukan Bob Lokman sewenang-wenangnya mahu berceramah. Orang yang jemput dia datang.

Takdenye penceramah datang ke satu tempat sebab dia yang beriya-iya muka tak malu mintak nak berceramah disitu.

Dia dah dapat hidayah. kamu bila lagi?

Pernah dengar Bob Lokman ceramah? Kalau tak pernah dengar jangan komen banyak kata dia mengeji orang sana sini.

Sama seperti Sham Kamikaze atau Azmil Mustafa, masyarakat memanggil mereka untuk mereka berkongsi kisah hidup mereka bagaimana mereka boleh berubah. Masyarakat menerima mereka dengan baik. 

Hakikatnya kalau dengar artis yang mengalami perubahan akan mengatakan dunia hiburan di Malaysia penuh dengan dosa dan maksiat. Ini realiti yang perlu dihadapi.

Nak jadi pendakwah tak perlu tunggu diri betul-betul baik sempurna. Kalau semua pendakwah nak buat begitu, memang tak berjalan dakwah ni.

Apa yang menjadi isu utama di sini adalah, Bob Lokman secara terang-terangan mengisytiharkan dirinya ahli PAS. Rasa perkara ini tak timbul kalau dia kata dia masuk UMNO.

Maksudnya? Ada campurtangan politik. Jelas nampak kat situ. Joyah, are you too blind to see that?


p/s: sangat tak suka artis lupa diri tak ingat dunia.
Baca artikel penuh...

Sabtu, 15 Oktober 2011

Akibat berlakunya pergaulan bebas.

Gambar hanya hiasan semata-mata bertujuan memberi pengajaran.
Gambar (kredit to spirit of ibanese)

Mula-mla pegang-pegang mesra. Bercanda riang.

Makin lama dah rapat-rapat sikit.





Lepas tu dah makin rapat, belai-belai.








Berbulan-bulan lepas tu tanggung sendiri. Sorang cabut lari.



Hentikan pergaulan bebas.



Baca artikel penuh...

Jumaat, 14 Oktober 2011

Utusan diarah bayar RM60,000



Rujuk berita ini : Utusan diarah bayar RM60,000 pada Khalid

Menurut berita ini, akhbar Utusan Malaysia didapati bersalah memfitnah ahli perlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Jika anda perasan dan mengikuti kes saman terhadap akhbar utama di Malaysia, kebanyakannya memihak kepada pihak yang mengemukakan saman.

Kes antara utusan dan Mahfuz berkesudahan dengan kemenangan di pihak Mahfuz.

Kes NSTP dengan Lim Kit Siang, kes diselesaikan secara rundingan di luar mahkamah. Maksudnya NSTPdah tahu kes mesti kalah, selesaikan dengan rundingan.

Perkara begini memalukan kerana Utusan Malaysia di katakan sebagai akhbar utama selain berita harian dan new straits time.

Maksudnya akhbar di Malaysia banyak mengemukakan fitnah dan pembohongan?

Memalukan.

Sudahlah kes karikatur yang dikatakan menghina Islam senyap sepi tanpa ttindakan apa-apa.

p/s: Fitnah itu membunuh.

Baca artikel penuh...

Nama kedai bau-bau lucah?

Dah lama ronda-ronda Batu Pahat baru perasan ada kedai namanya begini.





Cuba baca dan sebut. Agak-agak apa bunyinye?

Kedai ni terletak di Batu Pahat.

p/s: tergelak sorang-sorang atas motor pagi tadi nak pergi kursus.
Baca artikel penuh...

Khamis, 13 Oktober 2011

Soal jawab tentang aurat perempuan

(Ini versi sembang-sembang dengan budak-budak di sekolah)

Aurat tu ape ustaz?

Nak senang faham, aurat tu bahagian badan kita yang wajib kita tutup. Tak boleh bagi orang tengok. Aurat ni kira aib kita. Patut malu tunjuk pada orang.


Siapa yang boleh tengok aurat kita?

Aurat kita ni ahli keluarga je boleh tengok. Tapi tak sampai hang bolen telanjang bulat pulak dalam rumah.

Sepupu boleh tengok tak?

Mana boleh. Sebab kita boleh kawin dengan sepupu. Senang kira, kalau kita boleh kawin dengan dia, dia tak boleh tengok aurat kita.
Baca artikel penuh...

Rabu, 12 Oktober 2011

Bob Lokman ditahan - Isu Tauliah

Rasanya ramai yang tahu tentang pengunduran BOb Lokman daripda dunia hiburan.

Hijrahnya itu disambut baik oleh masyarakat. Namun ada juga yang tidak senang lantaran Bob Lokman mengisytiharkan dirinya menjadi ahli Parti Islam Semalaysia (PAS).


Berita Malaysiakini (sila klik)

Isu terbaru, Bob Lokman ditahan oleh JAIS kerana dikatakan memberi ceramah tanpa tauliah agama di Hulu Langat.

Saya tidak nampak perkara ini disebabkan beliau tiada tauliah.

Nampak nata di sini kerana beliau merupakan ahli PAS. Ini disebabkan hal politik.

Di Selangor, saya yakin ramai ilmuan agama yang memberi tazkirah di masjid dan surau yang tidak mempunyai tauliah agama.

Saya kira jika Bob Lokman berhijrah tanpa mengisytiharkan beliau adalah ahli PAS, penahanan ini tidak berlaku.

( ini hanya pendapat peribadi.)

Saya tidak suka isu tauliah ini digunakan untuk kepentingan / survival sebelah pihak. Boleh dikatakan kebanyakan penceramah yang dikaitkan dengan isu tauliah ini adalah mereka yang berpihak kepada parti pembangkang..

p/s: Pernah panggil Azmil Mustafa datang UM ceritakan pengalaman beliau hijrah dari industri hiburan.


Baca artikel penuh...

Jawatan Kosong. Diperlukan segera!


Makan dalam haa iklan ni. Jawatan kosong ni memang banyak kosongnya.

Banyak pahala orang yang buat iklan ni. Baca artikel penuh...

Gangguan seksual lelaki

Selalu gangguan seksual, mangsanya adalah perempuan.

Tapi ramai tak sedar, lelaki pun kena gangguan seksual.




Biasa nampak kan? Tapi ni pun kira gangguan seksual pada lelaki. Jangan ingat perempuan saje yang kena.

Jadi tutup aurat elok-elok.






. Baca artikel penuh...

Isnin, 10 Oktober 2011

Vandalisme di sekolah



siap boleh buat macam ni lagi



Hasil kerja vandalisme pelajar sekolah rendah di sebuah sekolah di Batu Pahat, Johor.

Kreatif, tapi memeningkan kepala cikgu.






Baca artikel penuh...

Ahad, 9 Oktober 2011

Umur bersara 60 tahun


Bila umur bersara dilanjutkan.

Tapi ada je yang umur 60 tahun badan kuat lagi. Baca artikel penuh...

Sabtu, 8 Oktober 2011

Ciri-ciri blog yang disukai


Perkara ini subjektif, bergantung kepada selera dan keinginan pembaca.

Saya suka blog yang :

Baca artikel penuh...

Jumaat, 7 Oktober 2011

Australia 5 Malaysia 0

Tiada siaran langsung di televisyen. Yang ada siarkan cuma astro.

Di televisyen tertumpu pada pembentangan belanjawan / bajet 2012.

Dalam hati teringin nak tengok Australia vs Malaysia.

Nak tengok live streaming Australia vs Malaysia di internet, tapi tak tahu cara.

Pukul 7 tengok berita di internet, Malaysia kena titik 5-0.

Lemah longlai tak bermaya.

Faktor cuaca barangkali mempengaruhi?

Beriya-iya baca berita di Sinar Harian. Jerat kanggaroo kononnya.

Sekali lembik kena tinju kanggaroo.

Tapi apa pun, harap skuad bola sepak Malaysia boleh jadi lebih baik dan dapat baiki ranking. Baca artikel penuh...

Enot minta maaf - isu hukum hudud

Isu komen Enot berkenaan hukum hudud.


Enot telah meminta maaf berkenaan kenyataannya tentang hukum hudud. Lihat sini.

Tindakannya meminta maaf itu perlu dipuji dan dipandang positif kerana dia mengaku akan kesalahan yang telah dilakukan.

Jadi sebarang kecaman perlulah dihentikan. Beri peluang kepada dia untuk berubah. Sekiranya seseorang telah meminta maaf, tetapi kita berterusan menghina dan mencerca, mana perginya akhlak sebagai umat Islam?

Kesilapan enot ialah memberikan komen tanpa berfikir panjang. Jadi mari sama-sama kita maafkan dia.


Tanggungjawab tersiarnya komen yang menghina hudud itu juga sepatutnya digalas bersama oleh wartawan yang telah melakukan temuramah tersebut, dan juga editor akhbar tersebut. Satu artikel dan kolum takkan diterbitkan sekiranya tidak diluluskan dan dibenarkan oleh editor.

Tapi isu ini juga menyedarkan kita bahawa ramai di kalangan umat Islam di Malaysia hari ini tidak faham dan tidak tahu perkara sebenar tentang hukum hudud.

Isu ini juga memberi pengajaran supaya kita tidak memberikan pendapat secara melulu jika kita tidak tahu dan cukup ilmu mengenai sesuatu perkara. Mengatakan "saya tidak tahu" adalah lebih baik daripada memberikan pendapat yang mengelirukan dan menyimpang daripada perkara sebenar.

p/s: jangan berlagak pandai. Kalau tak tahu, terus terang cakap tak tahu. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Baca artikel penuh...

Khamis, 6 Oktober 2011

Ibrahim Ali (PERKASA) tidur di Parlimen

Ibrahim Ali (PERKASA) tidur di Parlimen


Sangka baik:
Mungkin dia makan ubat, terlelap.
Atau penat sangat tak cukup rehat.
Die terlelap seminit je, tapi nasib tak baik.

"Saya tertidur dua tiga minit sahaja tapi gambar itu tersiar di seluruh negara seolah-olah saya ini selalu tidur di Dewan Rakyat." itu alasan yang diberi.

p/s: Jangan marah bro. Jage kesihatan molek-molek deh. Baca artikel penuh...

Awek tudung


Baca artikel penuh...

Artis beri komen hukum hudud


Baca artikel penuh...

Guna Toyota Avanza untuk sangkut baju

Ada yang tak kena. Perhatikan wiper belakang..

Kemungkinan:
-kena dengki
-anak-anak main
-tempat sidai dekat dengan parking kereta Baca artikel penuh...

MLM tak patuh syariah (keratan akhbar kosmo)

Keratan Akhbar tentang MLM tak patuh syariah  di Kosmo. Klik untuk besarkan.




p/s: Banyakkan membaca dan ambil tahu hal semasa.
Baca artikel penuh...

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH MARA (peringkat pengambilan)

(berdasarkan pengalaman sendiri dapat lepas sampai peringkat temuduga di Kuala Lumpur.)

MARA ada iklankan kekosongan jawatan dulu. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH MARA

Jadi pada sesiapa yang telah memohon, perlu bersedia dengan beberapa peringkat pengambilan.

Borang permohonan secara online yang kita dah hantar pastinya akan disemak dan diteliti. Jika mereka rasa kita layak, barulah akan dipanggil untuk mengambil ujian personaliti. Tak semua yang memohon akan dipanggil ujian personaliti. Memang akan dada yang tak dapat. 

Rasanya kelebihan akan diberi pada mereka yang ada kelayakan akademik yang mereka mahu dan juga ada pengalaman yang berkaitan dengan pendidikan. Macam pernah jadi guru sandaran, mengajar tuisyen dan lain-lain. Tapi ada juga yang ttiada pengalaman dapat pergi ujian personaliti.

Baca artikel penuh...

Rabu, 5 Oktober 2011

Bajet / Belanjawan 2012

Bajet atau belanjawan?

Belanjawan / bajet 2012 akan dibentangkan tidak lama lagi. Harapnya pembentangan belanjawan / bajet kali ini tidaklah bersifat make up, sogokan atau apa-apa istilah lain bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Sebagai kakitangan kerajaan dan rakyat Malaysia secara amnya, harap sesuatu boleh dilakukan untuk mengatasi inflasi di Malaysia yang semakin meningkat saban tahun. Ya inflasi semakin meningkat naik. Itu bukan perkara yang bagus.

Baca artikel penuh...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...