Jumaat, 30 September 2011

Kemaskini blog dengan 'read more' dan 'link within'

Sudah tua-tua ni baru dapat tahu cara nak buat read more dan juga link within.



Bukan apa, kalau dapat buat 'read more' ni, nampak kemas sikit blog. Tak la artikel panjang berjela satu muka. Sebab blog ini memang bersepah dan tak kemas (lantaran empunya blog yang ketinggalan bab it ni..)

Baca artikel penuh...

Premium beautiful RM 2400?


Walaupun saya tidak setuju dengan MLM, namun tidaklah saya bermusuh dan berperang besar hingga putus saudara dengan sahabat yang buat MLM.


Saya sudah selesai membaca garis panduan MLM oleh JAKIM (sila klik untuk baca). Saya boleh membuat kesimpulan, majoriti syarikat MLM yang wujud di Malaysia ini melanggar garis panduan JAKIM. Maksudnya tidak menepati status patuh syariah yang telah dibuat. Hal ini juga tidak terlepas dilakukan oleh syarikat MLM yang besar dan sudah terkenal.

Saya ambil satu contoh. MLM HAI-O.

Salah satu produk yang ditawarkan oleh HAI-O Marketing adalah corset Premium Beautiful. atau senang cerita kita panggil bengkung. Masalahnya harga bengkung sebegitu dijual dengan harga yang bukan main mahal lagi. Lebih RM 2000 untuk satu bengkung tu. Ya, sehelai bengkung tu harga RM 2000.

Lebih hebat lagi, bengkung itu dikatakan boleh menghasilkan sinar infrared jauh (FIR) dan memebrikesan mengurskan badan pemakai. Hebat!

Benarkah begitu?

Sila baca sini: Aididmuaddib. Cari posting berkenaan HAI-O
(sila abaikan penggunaan kata kesat penulis, fokus pada fakta yang dikemukakan)

Ada kemungkinan besar corset itu harga sebenarnya sekitar RM 100 sahaja. Tapi mengapa di Malaysia, harga menjadi begitu tinggi sekali menjadi lebih RM 2000? Apakah bezanya bengkung dari china itu dengan yang dijual oleh syarikat HAI-|O?

Kalau "mark up" harga begini, dah jelas langgar garis panduan yang dilaranng oleh JAKIM ( sila baca bahagian harga)

Begitu juga dengan FIR yang diwar-warkan. Bagi pelajar jurusan sains di bahagian kejuruteraan, mustahil anda rasa FIR boleh wujud tiba-tiba dalam bengkung kain. Dari mana datang punca tenaga untuk FIR itu? (tak mahu ulas panjang sila buat bacaan sendiri)

Keraguan pada produk ini juga melanggar garispanduan MLM oleh JAKIM. (lihat pada bahagian produk. Ada diberitahu bagaimana keadaan produk)

Jadi saya meragui kehebatan bengkung itu yang dapat hasilkan sinar infrared, tambahan pula harganya terlalu mahal. Mengapa ada syarkat lain ang menjual bengkung yang hampir sama, tetapi harganya jauh lebih murah daripada HAI-O?

Apa yang saya tahu tentang bengkung, pemakaiannya yang ketat pada badan menyokong badan dan menghasilkan haba (haba daripada badan, yang boleh menyebabkan berlakunya pembakaran lemak).

Saya tak suka : Barang harga murah, jual mahal, mark up harga gila-gila. Lepas tu bagi kelentong lagi pasal produk..

BAik duit RM 2400 tu buit muka buat beli kereta.

Tak suka saya komen tentang HAI-O? Tekan ALT dan F4 hahaha..

p/s: Isteri dulu ada juga niat nak beli corset ni. Sekali tengok harga riban-riban, terus tak jadi. Baik beli susu untuk Fawwaz.


Baca artikel penuh...

Tazkirah Jumaat : Doa sebagai senjata


Doa senjata Mukmin. Tapi ramai umat Islam yang tidak memanfaatkan kelebihan doa yang dikurniakan oleh Allah pada kita.

Kisah Umar

Ada beberapa individu yang diakui kehebatan dan kegagahannya di zaman Rasulullah s.a.w. Antara nama yang masyhur ialah Saidina Hamzah, Saidina Umar dan juga Khalid Al-Walid.

Umar Al-Khattab sebelum Islam adalah orang yang sangat digeruni. Tak ada yang berani mahu cari fasal dengan Umar. Bergaduh dengan Umar 'confirm' kalah teruk. Semasa awal kedatangan Islam, Umar adalah antara orang yang menentang Rasulullah s.a.w.

Umar juga dilihat antara orang yang kejam. Anak perempuannya yang sudah besar (sekitar umur 7 tahun) sanggup ditanamnya hidup-hidup, kerana percaya kepada tradisi masyarakat jahiliyyah - "suwey" kalau ada anak perempuan.

Tapi bagaimana hati sekeras Umar itu boleh dilembutkan hingga berpaling kepada Islam. Dan kemudiannya menjadi pembela Islam yang sangat kuat. Jika dahulu mahu dipancungnya Rasulullah, selepas keislamannya, mahu dipancung sesiapa yang menyakiti Rasulullah.

Bagaimana boleh berubah?

Antara sebabnya adalah doa dari Rasulullah sendiri yang mendoakan agar Umar diberikan hidayah oleh Allah. Tatkala dilihat sukarnya menjalan dakwah kepada Umar, Rasulullah tidak berputus asa dan mendoakan semoga Umar diberikan Hidayah.

Dilembutkan dengan Quran
Hati sekeras Umar juga dilembutkan dengan bacaan ayat Quran dari surah Taha..Sedikit Kalam Allah yang dibacakan itu berjaya merubah hatinya.

Jadi, insan sekejam dan sekeras Umar pun boleh berubah, jangan jadikan alasan bahawa kita sudah banyak dosa, terlambat nak berubah.

Baca artikel penuh...

Khamis, 29 September 2011

Gambar Perodua Alza Kemalangan






What in the world happened to this car? This alza got hit from back (maybe by super fast car) and this is the result. Can't imagine if my son is sitting at the back row when the Alza got hit.


Alza yang kemalangan ni nampak teruk sangat. Ada masalah 'material' ke sampai jadi remuk sangat?
Baca artikel penuh...

Guinness Stout


Jumpa gambar ini...Cuma tak pasti dalam surat kabar apa.

Guinness stout baik untok kita...?

Kredit kepade saudare APAN.
Baca artikel penuh...

Logo Halal Jakim

Sila rujuk artikel ini : Hanya logo halal Jakim diiktiraf
Sumber artikel: Utusan Malaysia



Isu logo halal menjadi isu utama saban tahun. Tiap-tiap tahun ada saja isu tentang penyalahgunaan logo halal di premis makanan, termasuk ditempat-tempat yang terkenal.

Baca artikel penuh...

Rabu, 28 September 2011

KPLI j-QAF ambilan 2012 - Peringkat pengambilan

Apa yang akan dihadapi jika memohon j-QAF?




Peringkat 1
Kena ambil Mtest. Pada bahagian matematik, dinasihatkan jangan kira terlalu terperinci. Kebanyakan jawapan boleh kita buat anggaran. Rasa calon Mtest perlu fokus banyak pada soalan tentang personaliti. Soalan berkaitan personaliti paling banyak.
Baca artikel penuh...

Selasa, 27 September 2011

Gambar judi lagi


Sangka baik : Ada orang buat photoshop kot pada gambar ni....

Dapat dari sini.
Baca artikel penuh...

Gambar sujud


Tempoh hari ajar pelajar tahun2 bacaan sujud dan cara sujud. Ini antara hasilnya. siap ada gambar orang sujud lagi.




dan ini juga...




Baca artikel penuh...

Isnin, 26 September 2011

PM Najib naik bas..

PM kita menjelajah Perak menaiki bas.


Bukan nak 'eksyen'...Tapi kalau bas macam ni, jelajah Asia pun eden sanggup naik.

Tak dapat bayangkan kalau PM naik bas ni:
Baca artikel penuh...

Alat telekomunikasi paling canggih


Alat komunikasi semakin canggih sekarang. Tak terbayang oleh datuk nenek kita dahulu telefon sebesar tapak tangan,ringan dan tanpa wayar. Pergi mana-mana boleh buat panggilan. Canggih.

Ada satu alat telekomunikasi paling canggih paling canggih. Semua orang ada! Ya, semua orang.

Hati..

Semua orang ada hati (bukan organ hati tu ye..)

Hati adalah alat telekomunikasi yang paling canggih sekali. Sejak dahulu, sampai bila-bila.

Kenapa?

Secanggih mana pun telefon bimbit kita, ipad, galaxy tab dan macam-macam lagi....Tapi kalau hati kita tak mahu berinteraksi dengan orang lain, tak terjadi komunikasi..

Tapi kalau hati kita mahu berkomunikasi dengan orang lain, ianya boleh berlaku walaupun dengan sekeping poskad, sepucuk surat, atau melalui telefon awam yang buruk di tepi jalan.

Ibu dan ayah hatinya tetap sengsara dan sedih sekalipun anaknya mempunyai ipad2 dan Galaxy tab serta iphone 5. Namun bertahun-tahun ibu dan ayah dibiarkan tidak dihubungi.

Tapi, hati ibu ayah tetap gembira dan bahagia, walaupun anaknya tiada iphone, tiada sony ericson jika si anak menghubingi ibu dan ayah walaupun melalui telefon awam usang tak berbumbung.

Tak percaya?
Baca artikel penuh...

Video Undilah



Saya jumpa video ini.

Ulasanku: menarik! (walaupun ade mengarut sikit.)

Cuma pelik mengape video ini tidak lepas ditayangkan di media masa. Nak kata pro pembangkang...Tak juga...Nak kata pro kerajaan..Tak juga.. Mesejnya bagus, mengajak rakyat Malaysia yang layak mengundi supaya pergi mengundi.

Mesej yang saya dapat:
Kalau tak mengundi, jangan marah-marah tak setuju sana-sini, cakap pasal hak. Ade kuasa nak pilih, kita pilih.

Baca artikel penuh...

Filem tak bermoral

Semakin banyak filem tak bermoral di Malaysia, termasuklah yang dibuat oleh anak tempatan.

Melambak-lambak cerita hantu tahyul yang ditayangkan di Malaysia, yang kesannya lebih banyak negatif.

Orang tak terpengaruh? Tolonglah...Melambak budak-budak sekolah yang terpengaruh dan percaya dengan unsur mistik dan tahayul yang ditayangkan dalam filem macam tu. Penat-penat mak ayah, cikgu kat sekolah ajar mengaji, pendidikan Islam. Nak kuatkan kepercayaan akidah. Sekali masyarakat disogokkan dengan filem macam ni. Bukan sikit masalahnya, bersepah cerita macam ni. Tak masuk lagi drama tahyul yang disiarkan di televisyen setiap hari.

It is rubbish! Sampah....Malangnya semakin ramai yang suka, tanpa sedar sebenarnya benda itu tak elok untuk akidah mereka.

Aku sebagai seorang guru j-QAF yang mengajar anak-anak di sekolah rendah, amatlah tidak setuju dengan penayangan dan penyiaran cerita seperti itu. Menakutkan manusia itu bukan tugas utama jin dan syaitan.

Tugas utama mereka adalah menyesatkan manusia, ikut jalan mereka dengan pelbagai cara. Kita siar cerita hantu tahyul melambak-lambak macam tu, suka la syaitan dengan jin sebab ramai orang terpengaruh takut pada mereka, tak takutkan Allah. Kita percaya pada cerita tu pun, sudah cukup membuatkan si syaitan gembira dan bersorak.

' kat dalam filem kan ade part ustaz yang datang selamatkan mereka....'

Ya! Itu sekadar babak tempelan yang dibuat untuk melakukan filem. Ape kau pikir rawatan ruqyah baca ayat Quran, ade keluar power kaler hijau kat tangan? Dah macam kartun Naruto dah.


Tak setuju? Tekan saje ALT + F4
Baca artikel penuh...

KPLI j-QAF ambilan 2012

IKLAN Pengambilan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) Ambilan Januari 2012.

Pembelian no. pin dan borang permohonan online juga akan dibuka mulai 26 September 2011 (Isnin) selepas jam 9.00 pagi.

Nota : Ini adalah pengambilan KPLI j-QAF untuk bidang Bahasa Arab, Pendidikan Islam dan Pendidikan Khas j-QAF sahaja dan bukan KPLI biasa. TARIKH TUTUP : 9 OKTOBER 2011


p/s: bagi sesiapa yang tak berjaya tahun lepas, boleh cuba lagi tahun ni. mana tau ada rezeki.



Baca artikel penuh...

Ahad, 25 September 2011

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH MARA

Majlis Amanah Rakyat (MARA) dah iklan kan peluang pekerjaan bagi sesiapa yang mahu menjawat jawatan PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH MARA Institusi-institusi Pendidikan MARA (IPMa).

Jadi bagi sesiap yang berminat, bolehlah cuba mohon. Tarikh tutup hingga 7 Oktober 2011

Sila klik
Permohonan online
Syarat-syarat permohonan

Atau pergi ke www.mara.gov.my

Tahun lepas ada juga mohon untuk jawatan guru pendidikan Islam. Tapi tak ada rezeki, lagipun dah dapat tawaran kpli j-QAF.

Bagi sahabat-sahabat yang mahu tukar profesyen, bolehlah cuba. Baca artikel penuh...

Sabtu, 24 September 2011

Simpanan pendidikan: Takaful Pendidikan vs Saham Amanah


Bagi mereka yang sudah berkeluarga, lebih-lebih lagi yang mempunyai anak kecil, pasti akan memikirkan tentang simpanan untuk pendidikan anak mereka.






Saham amanah (secara umum)

Pulangan yang tinggi

minimum RM 1000 untuk permulaan

Boleh tambah bila-bila mengikut kemampuan

Tetap ada dividen kalau tak tambah unit

Boleh dikeluarkan bila-bila masa

Boleh tarik diri bila-bila masa

Minimum tinggak\lkan RM1000 untuk akaun terus hidup

Tiada caruman/komitmen bayaran setiap bulan.

Tiada tempoh masa tertentu (tiada tempoh matang)

Pengeluaran tunai mengikut harga unit semasa. (jual masa harga tinggi, mesti untung!)




Contoh takaful pendidikan


Takaful pendidikan
Komitmen bayaran setiap bulan/tahunan
Komitmen membayar hingga tempoh matang.
Kebiasaannya caruman takaful pendidkan bermula dari RM100 setiap bulan
Perlindungan berbentuk pampasan kematian kepada anak (peserta)
Bayaran caruman percuma hingga tempoh matang (tempoh mengikut persetujuan) jika kematian berlaku pada pembayar.
Kadar pulangan/dividen rendah berbanding unit amanah
Pengeluaran terhad (bergantung pada syarikat)
Jika berhenti sebelum tempoh matang, nilai wang yang diperolehi rendah.


Mana satu yang anda pilih?



Kalau saya, saya akan lebih mengutamakan takaful berbanding saham amanah, walaupun keuntungannya tidak banyak seperti unit amanah. Takaful memberi jaminan/perlindungan kepada anak kita (peserta) jika kita sebagai pembayar mengalami keillatan kekal atau mati. Hal ini tidak wujud bagi saham amanah.

Jika anda meninggal dunia, dan baru menyimpan slama 3 tahun (contoh) waris anda hanya mendapat simpanan dalam tempoh itu sahaja. Berlainan dengan takaful pendidikan, jika kita sebagai pembayar meninggal, syarikat takaful akan membayarkan caruman itu sehingga tempoh matang ( kebiasaan hingga anak berumur 18 tahun hingga 24 tahun). Ini sudah tentu lebih menjamin masa depan anak kita.

Namun jika mampu, kita boleh menyertai takaful pendidikan untuk anak-anak dan juga membeli saham amanah. Gabungan kedua-dua instrumen ini pasti dapat memaksimumkan lagi simpanan pendidikan yang dibuat.


Sudah mula buat simpanan pendidikan untuk anak-anak?

Baca artikel penuh...

Lagu Kehidupan


Kesenangan yang datang

Tak akan selamanya



Begitulah selepas susah ada kesenangan

Seperti selepas malam datangnya siang

Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan



Gunakan kesempatan untuk kebaikan

Sebelum segalanya terlepas dari genggaman

Kelak menyesal nanti tak berkesudahan

Apa guna sesalan hanya menekan jiwa



Jangan difikir derita akan berpanjangan

Kelak akan membawa putus asa pada tuhan

Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan

Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali



Ujian adalah tarbiyah dari Allah

Apakah kita ‘kan sabar ataupun sebaliknya

Kesenangan yang datang selepas kesusahan

Semuanya adalah nikmat dari tuhan



Tajuk Nasyid : Kehidupan

Artis : Inteam

Duet : Nazrey Johani ( Raihan )

Album : Tiada Lagi Kasih



Baca artikel penuh...

Jumaat, 23 September 2011

Tanggungjawab penulis blog

Ini blog aku, aku punya suka la nak tulis apa!


Blog ni tempat aku luah perasaan aku. Macam tulis diari. Cuma orang lain boleh baca.


Kau tak suka dengan blog aku, aku apa peduli.


Mungkin kita pernah dengar ungkapan seperti itu semasa blogwalking atau ungkapan dari mulut orang lain.

Benar, kemudahan blog hari ini memudahkan kita untuk menulis apa saja yang kita mahukan. Pendek kata kita bebas menulis pendapat kita.

Namun dalam seronok 'berblog', menulis artikel yang berkisar tentang bermacam topik, kita perlu ingat satu perkara. Kita perlu bertanggungjawab atas apa yang kita tulis / katakan.

Memang kita bebas menulis, namun kebebasan itu ada batasannya. Sebagai umat Islam, kita akan dipersoalkan berkenaan semua perkara yang kita lakukan, termasuklah menulis blog! Ya, jangan lupa tentang itu.

Adakah blog kita lebih banyak menjurus perkara yang positif, mendatangkan pahala kepada kita?

Atau lebih banyak lalai dan mengundang dosa. Bukan setakat mengundang dosa buat diri sendiri, malah mengundang orang lain turut sama terpalit dengan dosa.

Ditakuti dalam keghairahan kita berblog (mencari trafik contohnya) kita lebih menjurus kepada perkara yang melalaikan.

Sebagai penulis, walaupun sekadar menulis blog, kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis. Penulis skrip, cerita, lirik lagu, puisi dan macam-macam lagi, semua itu mengundang tanggungjawab dan akan ditanya di akhirat nanti.

Harapnya dengan kemudahan untuk menulis blog yang ada hari ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya. Bukan sahaja untuk menambah pendapatan (melalui iklan), meluah perasaan, tetapi menambah saham pahala untuk menyelamatkan diri kita daripada gosong dibakar di akhirat nanti.

p/s: menulis sambil mengingatkan diri sendiri agar tak lalai.......

Baca artikel penuh...

Baik campur jahat = diterima?

Pergi ke restoran, pesan nasi goreng kampung dengan telur mata, tambah sup kosong...Memang sedap..

Hidangan telah sampai. Berasap-asap, tanda baru dibuat. Memang membuka selera.



Tiba-tiba, baru saja nak menjamah, ada cicak jatuh dari siling kedai. Betul-betul tepat atas nasi goreng yang sedap tadi.

Cicak yang jatuh atas nasi tadi cepat-cepat melarikan diri, melintasi separuh pinggan yang berisi nasi itu. Ciciak itu juga sempat meninggalkan sebutir 'bom' (tahi) yang kering di atas telur goreng dipinggan kita.

Masih berselera mahu makan?

Ramai yang akan menolak. Tak selera. Geli. Kotor. Padahal cicak itu hanya jatuh sekejap saja, berjalan atas nasi dan pergi. Najisnya pula sekecil isi perut ikan bilis.

Itu sudah cukup membuatkan kita menolak hidangan yang kita mahu makan.

Situasi diri

Rasanya, adakah Allah mahu terima diri kita jika kita sering mencampur adukkan perkara baik dan buruk dalam kehidupan kita? Solat, tapi suka dedah aurat.

"Gua kerja bouncer pub. Tapi gua solat tak miss punya bro!"

Sedangkan nasi goreng, masuk tahi cicak yang sikit pun kita tolak......

Baca artikel penuh...

Tazkirah Jumaat : Solat & Puasa, tapi masih jahat?

(Setiap minggu saya diberi tugas berkongsi ilmu dengan pelajar di sekolah)


Mari kita baca ayat ini bersama-sama:


Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar (Surah al-Ankabut: 45).






Dalam ayat di atas, Allah telah memberitahu kita bahawa solat dapat mencegah kita daripada perbuatan keji dan mungkar. Maksudnya kita akan jadi manusia yang baik apabila kita solat. Betul begitu?


Betul cikgu, orang solat tu, selalunya dia orang baik.


Kalau betul, kenapa hari ini ramai orang yang solat, tapi masih lagi buat dosa dan mungkar pada Allah? Sedangkan ayat di dalam sural Al-Baqarah tadi mengatakan solat mecegah perbuatan keji dan mungkar.


Saya bagi contoh, ramai orang Islam hari ini solat 5 waktu, tapi tak tutup aurat dengan sempurna. Yang perempuan ramai yang pakai baju ketat-ketat, tak pakai tudung , tshirt lengan pendek.


Perempuan tak boleh pakai tshirt lengan pendek ke cikgu?


Cuba kita tengok balik aurat perempuan. Lengan tangan ni termasuk dalam aurat perempuan tak? Kalau pakai tshirt lengan pendek, nampak tak kulit lengan dia?


ooooooooooo...faham......


Lelaki pun, ramai yang bersukan, tak jaga aurat. Pakai seluar pendek. Jalan-jalan kat bandar pakai seluar pendek. Seluar koyak-koyak kat lutut. Ada yang seluar londeh-londeh, nampak seluar dalam. Ada juga yang baju singkat nampak perut.
Tutup aurat tak tu?


Tak tutup aurat. Aurat lelaki daripada pusat hingga lutut.


Ok, jadi soalan cikgu, kenapa ade orang yang solat, tapi masih lagi buat perkara mungkar. Contohnya macam orang tak tutup aurat tadi.


Die ikut nafsu.
Dia ikut hasutan syaitan.
Dia takde iman cikgu.
Die tak kuat
Dia tak ingat Allah tu...
(dan macam-macam lagi jawapan)


Semua jawapan betul..Cuma kurang tepat. Ada lagi yang nak jawab?


Sebab, solat dia tak betul cikgu. Ade masalah dengan solat dia.


Ok. Betul! Biar saya jelaskan sedikit.


Katakanlah kita nak buat Pizza yang paling sodap sekali. Nyum, nyum!! Apa bahan yang kita kena ada?


Tepung, yis, air garam, gula, perasa, sosej, ikan tuna, sos tomato, keju, mayonis, tomato, isi ayam bla bla bla....


Amboi banyaknya, lagi peralatan apa lagi yang kena ada.


Kena ada sudu, senduk, magkuk, dulang leper, yang paling penting oven nak bakar piza!


Ok! Katakanlah kita masak dengan cara yang betul, bersungguh, sungguh dann teliti. Kebersihan kita jaga. Kita gaulkan bahan buat roti ikut sukatan, uli sampai kembang dan lembut. Kemuian bahan dia kita susun cantik-cantik. Lepas dah siap semua, kita bakar piza dengan suhu yang sesuai. Tak terlalu panas sampai rentung. Apa hasil pizza yang kita dapat.


Confirm pizza tu jadi cikgu.
Mesti nampak cantik, sedap dimakan. nyum!nyum!


Macam mana pulak kalau bahan-bahan yang sama tadi dibuat dengan cara lain. Contohnya, saya uli tpung dengan tangan kotor, tak basuh tangan. Lepas tu sukatan bahan tak betul. Uli pun tak lame, asal ada rupa roti, lepas tu leperkan. Isi pizza pun main tabur je. Letak sos tomato dengan keju sampai terlebih-lebih, melimpah. Lepas tu saya nak cepat siap, saya bakar guna suhu yang lebih tinggi dari biasa. Apa jadi dengan piza saya?


Saya taknak makan, cikgu tak basuh tangan. Kotor.
Mesti roti dia keras, cikgu uli tepung tak betul.
Roti tu luar je masak. Isi pizza pun same.
Pizza tu tak boleh makan la cikgu..dah suhu tinggi "gosong " la pizza tu.
EEE kotornye cikgu buat pizza....


(Sambil tersenyum)
Say nak samakan solat kita tadi tu, dengan proses nak buat pizza. Bahan-bahan pizza tu adalah diri kita, keislaman kita, iman yang kita ada, ilmu yang kita ada.


Kalau bahan-bahan buat pizza tak cukup, mesti pizza tu jadi tak sedap. Tapi kalau bahan ah betul, tapi cara buat salah, pun pizza kita tak jadi jugak. Betul? Kalau ada masalah pada bahan-bahan buat piza dengan masalah pada proses buat pizza, pizza tak jadi, tak sedap. Betul?


Betul tu....


Jadi solat pun macam tu juga. Kalau ilmu solat tak cukup, iman kita tak kuat, solat kita ada tak betul, tak ikhlas, tak ingat Allah, solat nak menunjuk-nunjuk pada orang, kita solat main-main, agak-agaknya tercapai tak tujuan solat nak jadikan manusia ni orang baik?


Rasanya tak jadi , sebab "bahan" dengan "proses" tak betul, jadi hasilnye pun, mesti tak cukup baik.

Baca artikel penuh...

Khamis, 22 September 2011

Jangan makan ikan keli!!!


Jangan melatah. Saya sebenarnya peminat ikan keli. Lagi-lagi kalau ikan keli goreng, masak sambal...Sedap....


Saya terbaca berkenaan ikan keli di sini.

Tak tahulah setakat mana kebenarannya. Nak kata tak betul pun, perkara seperti itu memang boleh berlaku. Pernah dulu kecoh kes ikan patin diberi makan benda yang tidak halal. Jadi hal yang sama juga boleh terjadi pada ikan keli.

Nampak di sini, pentingnya ada usahawan di kalangan umat Islam, dan usahawan itu juga perlu jujur menjalankan perniagaannya.

p/s: teliti dalam halal dan haram tentang makanan itu perlu supaya jasmani dan rohani kita bersih..


Baca artikel penuh...

Ingin Simpan Emas Secara Halal?

Sila baca artikel ini : Ingin simpan emas secara halal?


Artikel ini saya peroleh dari zaharuddin.net tahun lalu.
Pasti ramai yang perasan, harga emas naik mencanak-canak sejak akhir-akhir ini. Jadi beruntunglah pada sesiapa yang mempunyai emas. Kalau jual sekarang, harga pastinya lebih tinggi. Ini termasuklah emas pada barang kemas.




Ada juga kawan-kawan yang mencadangkan agar beli dinar emas. Contohnya dinar emas Kelantan. Berat bagi 1 dinar ialah gram. Nak tahu harga semasa, darabkan berat dinar tu dengan harga emas semasa.


Ada juga yang mencadangkan agar membuat pelaburan emas melalui Public Gold ataupun Maybank. Namun saya ragu-ragu kerana pelaburan emas itu tidak diletakkan di bahagian perbankan Islam. Oleh itu status patuh syariahnya diragui, memandangkan tiada semakan dibuat untuk memastikan urusniaga yang dijalankan bebas dari riba.


Sila baca ulasan Ustaz Zaharuddin berkenaan pelaburan emas di Public Gold dan Maybank:

Hukum Akaun Pelaburan Emas Di Bank Malaysia


Hal berkaitan dengan jual beli emas ini perlu diperhatikan dengan terperinci kerana emas adalah barang ribawi. Barang ribawi, boleh mudah berlaku riba jika diniagakan sambil lewa.

Jadi bagi mereka yang mahu membeli emas untuk pelaburan, saya menyarankan agar beli syiling dinar emas. Jika mahu melabur melalui bank, boleh cuba lihat produk yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House Malaysia.

p/s: saya belum berkemampuan nak buat pelaburan emas. Nak beli dinar emas pun tak cukup duit lagi.


Baca artikel penuh...

Simpanan dan Dividen KWSP


Anda ada simpanan di KWSP?

Ada kegunaannya simpanan di KWSP. Bagi kakitangan kerajaan, mereka diberi pilihan samada mahu mengambil KWSP atau skim pencen. Rasanya lebih ramai yang mengambil skim pencen kerana dilihat lebih menjamin.

Tapi bagi kakitangan swasta, KWSP adalah sangat penting kerana ia merupakan simpanan untuk kita gunakan pada hari tua.

Saya ada pengalaman semasa bekerja, tolakan gaji ke KWSP dibuat, namun duitnya tidak dimasukkan ke KWSP. Agak perit juga mengenangkan. Gaji ditolak, namun duitnya tiada dalam simpanan kita. Agak lama juga berlarutan sebegitu. Tapi alhamdulillah pihak syarikat akhirnya berjaya juga melangsaikan hutang mereka dengan KWSP. Apabila disema, memang duit tolakan gaji dan caruman majikan sudah masuk di akaun pekerja . Alhamdulillah.

Sukar juga untuk dibayangkan sekiranya tiada tolakan KWSP di buat sepanjang 1 tahun 9 bulan bekerja di Kota Damansara. Sepanjang masa disana, jumlah yang terkumpul di akaun KWSP (caruman majikan + pekerja) adalah sebanyak RM 7773.97 termasuk dividen. Kalau saya bekerja dahulu tanpa ada tolakan KWSP, saya sudah kehilangan simpanan sebanyak RM 7773.97. Banyak juga tu. Sedar tak sedar hari ini hampir RM10k sudah dikumpul sepanjang masa 2 tahun 4 bulan bekerja (termasuklah semasa bekerja di MYDIN dan menjadi guru sandaran)
(jumlah ini kecil jika dibandingkan dengan orang lain yang bergaji besar. Saya gaji kecik..)

Jadi bagi mereka yang bekerja di sektor swasta, seeloknya pastikan majikan anda membuat potongan KWSP. Ini untuk kebaikan kita di kemudian hari nanti. Hari ini, banyak syarikat swasta yang mengelak untuk mencarum KWSP untuk pekerja mereka untuk menjimatkan kos syarikat.

p/s: harapnya dividen KWSP tahun ni lebih tinggi dari tahun lepas. Tahun 2010 dividen KSP 5.8%.
Baca artikel penuh...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...