Hidup seperti kebanyakan makhluk Allah yang lain. Kita semua sama, melainkan amal dan taqwa.
Rabu, 30 Mac 2011
Isnin, 28 Mac 2011
Hal muamalat - meniaga MLM boleh ke?
Zaman diri ini muda dan tak berapa cerdik dulu, ada juga terlibat dengan MLM. Namun tak ke mana pun sebab diri ini benak rasanya. Terlibat dengan mlm merupakan pengalaman (boleh dikatakan kesilapan) yang banyak memberikan pengajaran pada diri yang "gonjol" ini. Saya menyertainya dengan kosong ilmu tentang muamalat Islam. Banyak yang saya pelajari, antaranya mengkaji dan mencari bacaan berkaitan dengan hukum MLM.
Perniagaan berbentuk MLM telah lama dijalankan di Malaysia. Namun statusnya dari sudut syariah akhir-akhir ini hangat dibincangkan oleh ilmuan yang mahir dalam bidang kewangan Islam di Malaysia.
Jadi apa statusnya? Harus ataupun haram?
Mengikut undang-undang kerajaan Malaysia, MLM dibenarkan. Fatwa yang telah dikeluarkan juga menyatakan harus.
Walaubagaimanapun harus itu bergantung kepada syarat-syarat yang tertentu (banyak sangat nak huraikan). Bagi negara di timur tengah, contohnya Arab Saudi, perniagaan berbentuk mlm ini difatwakan haram.
Walaubagaimanapun di Malaysia, MLM HPA telah mewujudkan panel penasihat syariahnya sendiri dan mengesahkan HPA mlm yang patuh syariah. (bukan fatwa majlis fatwa ye). Tidak ketinggalan juga Stormreaders yang mempunyai panel syariahnya sendiri. MLM yang lain pula tidaklah saya ketahui adakah wujudnya panel syariah yang menyemak perjalanan syarikat masing-masing. Majoritinya tiada dan main larung tetapkan harga produk dan pemasaran ikut suka.
Jika kita teliti dengan logik akal, kebanyakan pelan perniagaan mlm ini memang menyerupai skim piramid. Perkara yang membezakannya hanyalah kewujudan produk.
Boleh rujuk web zaharuddin.net tentang hal-hal berkaitan dengan muamalat dan kewangan banyak dibincangkan, tidak terkecuali isu MLM.
Secara ringkasnya, status MLM di Malaysia kebanyakannya boleh menjurus kepada haram. Mengapa ye?
Ada banyak keraguan atau gharar ataupun ketidakpastian yang wujud didalam MLM. Antaranya komisen yang diterima tanpa berusaha, harga produk yang tinggi, produk sebagai helah skim piramid, produk tidak sebenarnya diperlukan dan macam-macam lagi.
Bagi syarikat mlm yang mempunyai panel syariah yang telah mengesahkannya, perkara gharar ini mungkin telah diperhatikan dan diselesaikan. Panel syariah ini yang bertanggungjawab ke atas keputusan yang telah dibuat di akhirat.
Namun bagi ribuan syarikat mlm lain, siapa pula yang hendak semak dan memastikan perniagaan yang dibuatnya patuh syariah?
Penyertaan orang yang bergelar "ustaz" dalam skim mlm tidak bermakksud perniagaan itu halal. Berlambak para ustaz yang cetek ilmu muamalat islamnya dan sengaja tutup sebelah mata, mungkin dikaburkan dengan wang yang telah banyak diperolehi.
**Saya bukanlah seorang ilmuan Islam yang hebat. Apa yang diutarakan disini adalah pendapat peribadi hasil carian, bacaan dan pemahaman sendiri. Anda boleh bersetuju, atau tidak. Namun sebagai saudara sesama Islam, saya cuma mengingatkan.....
Baca artikel penuh...

Sabtu, 26 Mac 2011
Kejahatan menutup kebaikan?
Sikap kebanyakan manusia di dunia biasanya lebih banyak memandang kesalahan orang lain berbanding kebaikan yang telah dibuat. Beribu kebaikan yang kita buat biasanya tidak disedari dan dipandang oleh kebanyakan orang. Berbanding dengan kesilapan yang kita buat, selalunya akan disedari terutamanya oleh orang di sekeliling.
Kalau kebaikannya disedari sekalipun, tapi satu kesilapan/kejahatan dari individu itu (tidak kiralah benar atau pun tidak) akan lebih diingati dan menjadi buah mulut .
Jadi kita perlu cuba berbaik sangka dengan orang lain. Tetapi berbaik sangka bukan bermaksud tidak berwaspada...... Baca artikel penuh...
Ahad, 20 Mac 2011
Cikgu buruk akhlak.....
Marah bebenor..Kalau jawatan kita setakat tukang kebun, atau tukang sapu sekalipun, jika akhlak baik orang akan hormat. Inikan lagi kalau berjawatan besar, akhlak pun bagus, orang akan lebih hormat.
Tapi walaupun kita berjawatan pensyarah, tapi mulut jahat berbau longkang, minta maaf anak murid nak hormat. Jauh sekali nak mendoakan...Agaknya kalau keretta rosak tepi jalan, kebetulan yang lalunya anak murid, silap-silap dibiarkannye tak ditolong..
Rakan-rakan cikgu sekalian kalau malas sekalipun, janganlah bermulut jahat dan kurang ajar depan murid. Sedikit sebanyak ada kesan dan pengaruhnya pada pelajar.
"kau tahu tak kenape anak murid korang kurang ajor. pasal korang pun perangai kurang ajar!"
"kau orang semua jangan cuba-cuba pijak kepala aku. Aku pelangkung dengan kayu hoki ni!!"
kata seorang pensyarah maktab kepada guru pelatih dengan gaya yang kasarr dan kurang ajar...Terpinga-pinga guru pelatih.....
Maka tak mustahil guru pelatih kurang ajar, jika pensyarah yang mengajar pun kurang ajar.
Kepimpinan melalui teladan. Jadi cuba sentiasa berakhlak mulia di hadapan semua orang dengan tidak mengira pangkat dan kedudukan.
Rasulullah s.a.w. diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Jadi kalau kita yang mengaku Islam tak berakhlak mulia, malu rasanya mengaku menjadi umat NabMuhammad s.a.w.

Langgan:
Catatan (Atom)