Selasa, 18 Januari 2011

Keluar dari zon selesa


Sesekali kita perlu keluar dari zon selesa kita. Keluar dari zon selesa menjanjikan cabaran yang baru buat kita dan pastinya menduga kesabaran dan ketahanan diri.

Keluar dari zon selesa pastinya tidak selesa tetapi perlu. Perlu untuk meningkatkan kebolehan diri. Jika selamanya berada dalam zon selesa, kita akan hanyut dan kebolehan kita untuk berkembang amat tipis.

Ya, sekarang saya sudah di dalam zon selesa.

Walaupun pendapatan tidak seberapa, namun perasaan rasa senang sekali bekerja di situ.

Saya selesa bekerja ditempat yang sama, selesa dengan persekitaran yang baik itu Alhamdulillah. Namun kadang-kadang keselesaan itu menjadikan saya bekerja sambil lewa (Astaghfirullah...). Contohnya lewat datang kerja, lewat masuk kelas, kerja lambat siap, banyak 'mengeteh' (tahu mengeteh?) dan macam-macam lagi. (Dahsyat betul perangai diriku ini..)

Bukan bermaksud tempat kerja kini tidak baik (na'uzubillah).

Pertukaran kerja di tempat yang baru pastinya menjanjikan cabaran yang lebih.
Semestinya!! Semuanya serba-serbi baru...Persekitaran baru, kawan baru, bos baru, dan macam-macam lagi yang baru. (isteri tak boleh baru...sensitif hehe)

Dahulu berdepan 20 pelajar dalam satu kelas. Di tempat baru hampir 40 pelajar. Perangainya tak tahulah macam mana. Soal gaji, bayaran lebih rendah berbanding sekarang. Dengan keadaan diri yang baru berkeluarga dan bakal menjadi ayah, banyak kos-kos yang terlibat sama dan pastinya bukan sedikit.
Cuma kelebihannya berada di negeri kelahiran sendiri dan dekat dengan keluarga.

Apa pun setiap pekerjaan perlu dilakukan sebaik mungkin. Itu tuntutan Islam. InsyaAllah ada kesenangan yang menanti di sebalik kesusahan yang kita lalui. Yang penting niat bekerja perlu diikhlaskan, untuk mencari rezeki yang halal, untuk mencari keredhaan Allah.

Semoga perpindahan kali ini memberikan kebaikan bukan saja pada diri dan keluarga, tetapi pada masyarakat.


Kepada IISKD, terima kasih atas pengalaman yang diberikan selama hampir dua tahun. Semoga mendapat pengganti yang jauh lebih baik dari diri yang penuh dengan kerenah ini. Allah jua yang mampu membalasnya. Moga usaha kalian terus diberkati Allah dan insyaAllah menjadi sekolah Islam yang mempunyai kualiti yang tinggi.

Pelajar sentiasa digalakkan solat berjemaah

Saya mengundur diri menjadi kakitangan awam, menghadapi Sekolah Kebangsaan yang penuh dengan warna-warni kehidupan di dalamnya.

Semoga usaha ini mendapat redha Allah....

Baca artikel penuh...

Selasa, 11 Januari 2011

Terminal Bersepadu Selatan - Rakyat didahulukan?



Di media arus perdana tersiar berita Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sudah mula beroperasi pada bulan Januari. Dengan adanya TBS ini, bas-bas ekspress dari selatan akan tertumpu di TBS ini. Maksudnya tidak perlu bersesak-sesak ke Puduraya. Namun muncul pula berita setakat ini hanya 4 syarikat sahaja yang beroperasi di sana.

Apa jadi kepada syarikat bas ekspress yang lain??

Mereka boikot! Kenapa boikot? Senang cerita sebab kos terlalu mahal (bahasa pasarnya mahal gile!) Diberitakan setiap bas yang keluar masuk TBS itu akan dikenakan caj sebanyak RM20. Itu untuk setiap bas.

Maksudnya kalau 5 bas keluar masuk, RM100 perlu dibelanjakan oleh syarikat sehari hanya untuk caj bas keluar dan masuk. Itu baru 5 bas. Agak-agak untuk satu syarikat bas, berapa banyak bas yang keluar masuk setiap hari?

Itu tidak termasuk caj seringgit untuk setiap penumpang bas.

Ada juga isu sewa gerai yang mahal bagi peniaga-peniaga kecil. Macam mana nak untung kalau sewanya mahal. Walhal perniagaan menjual air dan makanan ringan bukannya menjana berpuluh ribu ringgit sebulan. Penyelesaian, barang jualan dinaikkan harga juga? Tak tahu lah.....

Itu antara sebab utama ramai pengusaha bas yang memboikot. Sudahlah minyak mahal, alat ganti bas mahal, untung pula tak seberapa. Sekarang dikenakan caj yang teramat-amat mahal pula. Rasanya seperti diperas ugut oleh samseng konsi gelap untuk membayar wang perlindungan pula.

Tak terhenti setakat itu,Datuk Halimah Mohd Sadique (Pengerusi LPKP) yang mengarahkan semua bas operator (bas ekspress ke Selatan) memulakan operasi di Terminal Bersepadu Selatan selewat-lewatnya 16 Januari 2011 ini atau bakal dikenakan tindakan.

Pengusaha bas perlu patuh pada arahan ini atau permit mereka ditarik balik!

Sifir mudahnya, untuk mengimbangi kos-kos GILA yang ditanggung oleh pengusaha bas, tambang bas akan dinaikkan.

Tidak tahulah siapa yang untung di sini. Sekiranya kos itu tidak berubah dan pengusaha bas terpaksa akur dengan arahan pindah itu, maka semua kos itu sebenarnya akan ditanggung oleh kita yang menaiki bas, melalui jualan tiket yang mahal.

Hidup di Malaysia semakin terhimpit. Kos hidup meningkat, tetapi pendapatan tidak meningkat. Ringkasnya semakin ramai yang miskin. Mereka yang berpendapatan rendah terpaksa membayar harga yang mahal untuk menggunakan pengangkutan awam.

Ya, menggunakan pengangkutan awam seperti bas ekspress pun perlu membayar harga yang mahal. Pengusaha bas mempunyai alasan yang kukuh kerana mereka juga mahu meneruskan kelangsungan hidup. Tiada pengusaha yang mahu rugi dan terus rugi.

Rakyat didahulukan?
Baca artikel penuh...

Isnin, 10 Januari 2011

Tiada manusia yang sempurna

Akhir-akhir ini lantang sekali suara 'daulat tuanku' berkumandang.

Kononnya membela kedaulatan raja melayu. Heboh di media tentang hal rakyat yang dikatan mengkritik sultan. Katanya kurang ajar. Biadap.

Ada yang mencadangkan pengkritik dihukum bunuh.

Yang mencadangkan pula mengaku berbangsa melayu dan beragama Islam...

Seringkali di kepala terfikir. "Maksum"kah seorang manusia yanng bergelar sultan?

Terlalu mulia sangatkah?

Kalau kita ingat kembali sejarah Nabi Muhammad s.a.w, baginda sedia menerima teguran dan kritikan daripada para sahabat. Baginda menerima pendapat orang lain.

Para sahabat yang menjadi khalifah menyeru rakyat membetulkan kesilapannya jika ada. Saidina Umar r.a yang paling 'bengkeng' di kalangan sahabat pun ditegur ketika menjadi khalifah. Saidina Umar r.a berterima kasih kepada orang yang telah menegur dan mengingatkannya.

Kerana mereka yakin, Allah memandang kepada taqwa seseorang. Bukan pangkat. Bukan nama. Bukan harta. Bukan kemasyhuran.

Justeru pihak yang beriya-iya kononnya membela "kedaulatan" raja-raja, janganlah melampau hingga sewenang-wenangnya mencadangkan nyawa seseorang dicabut.

Sejarah kesultanan Melaka juga telah membuktikan. Bagaimana kerajaan Melaka tumbang.

Lupakah kita peristiwa Sultan Mahmud mangkat dijulang?

Jangan sebab manusia yang hendak dibela, hukum Allah kita belakangkan.

Tiada manusia sempurna.

Baik dirinya seorang Perdana Menteri, seorang doktor, seorang Profesor, seorang raja/Sultan, hatta seorang Ulama' tersohor sekalipun pasti ada melakukan kesilapan selagi di adalah seorang manusia.

Manusia adalah HAMBA kepada Allah.

Apabila sujud, kepala kita semua sama di atas tanah. SEMUA sama. Tiada yang beza.

Yang membebzakan kita hanya TAQWA!!

Bukan menentang sistem beraja, cuma jelak kepada pengampu dunia. Baca artikel penuh...

Ahad, 2 Januari 2011

Bengang.....

Rasanya majoriti rakyat Malaysia setuju dengan kenyataan "kos hidup semakin mahal".

Lebih-lebih lagi mereka yanng hidup di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Memang menyeksakan. Hidup seorang dengan gaji yang tak seberapa sudah cukup memeritkan. Lebih-lebih lagi yang berkeluarga. RM 3000 sebulan hilang seperti ditiup angin. Realiti..

Lebih-lebih lagi kerajaan yang kita yang sangat "bertanggungjawab" menaikkan barang keperluan seperti gula (RM2.10), gas LPG (gas memasak) dan petrol ron95 (RM1.90).

Jaminan demi jaminan yang diberi, namun harga tetap naik.

"peniaga tidak sepatutnya menaikkan harga makanan" itu kata Pak Menteri.

Relitinya mereka tak rasa.....Kita di bawah yang terasa.

Teringat dahulu PM kita buat lawatan naik LRT, naik Komuter pergi Puduraya. Nak tinjau keadaan dan kemudahan untuk rakyat yang sering dikritik. Dilihat PM bersenang lenang tanpa perlu bersesak-sesak seperti rakyat marhaen yang menanggung hidupnya.

Tak terbayang bagaimana Pak Menteri semua kalau naik LRT atau Komuter waktu puncak (pukul 5-7 petang). Tanpa ditemani pengawal peribadi. Pendek kata sorang-sorang, macam kita rakyat biasa. Mesti merah padam muka. Masa tu baru tahu bagaimana keadaan rakyat sendiri.

Namun................

Dalam kesusahan yang menimpa ini, perlu juga kita bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ini.

Benar, rakyat Malaysia perlu bersyukur dengan kehidupan di Malaysia pada hari ini.

Namun, kesyukuran rakyat tidak sesekali membenarkan pemimpinnya mengambil kesempatan dan mengenepikan hak rakyat.

Terkadang muak membaca berita dan surat khabar.

Utamakan rakyat. Hak rakyat. Rakyat didahulukan dan macam macam lagi.

**** yang terbaru di beruta, minyak masak kurang....ada ura-ura naik lagi harga.


Baca artikel penuh...

Tahun Baru



Seperti dijangkakan sambutan tahun baru diadakan seperti biasa setiap tahun.

Berkumpul ramai-ramai.

Bersorak-sorak.

Pendek kata berpesta.



Hinggakan saya rasa kalau berada di tangah-tengah sambutan (orang ramai yang berkumpul), mungkin boleh rasa keliru sama ada berada di Malaysia atau negara lain.

Kerana suasananya sama sahaja. Pakaian, perangai manusianya, macam-macam lagi.

Bukan membenci, jauh sekali mahu menghina.

Malah bersimpati....

Tahun Baru, maksudnya umur meningkat.

Ya kita semakin berusia, menjadi remaja, menjadi dewasa. Kalau tahun lalu umur 17 tahun, kini angka bertukar menjadi 18.

Namun jarang yang ingat, makin berumur maksudnya usia kita semakin singkat di dunia.

Ya, kita semakin dekat dengan kematian, yang kita tidak tahu bila.

Ini peringatan untuk diri sendiri yang seringkali lupa, tenggelam dan seronok dengan dunia.

"Selamat tahun baru 2011 semua. Kita semakin dekat dengan kematian!" agak menggerunkan juga rasanya haha.

*** mungkin dalam bulan 8, 9 dan 10 ini kes buang bayi akan meningkat....
Baca artikel penuh...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...