Sangsi juga dengan produk herba prima jus mate 5. Ada di kalangan ahli keluarga yang sudah beli dan gunakan jus mate 5 ini.
Memang beratnya turun dari 100 kg + hingga ke 70kg+-.
Produk itu berkesan?
Cuba lihat aturan makan pada kotak Jus Mate 5 tu. Bagaimana cara makan yang disyorkan?
Cuba buat carian di internet. Mesti boleh jumpa.

Ada disebutkan di situ, jangan makan makanan berlemak, banyakkan minum air suam, jangan minum air yang manis, ambil separuh hidangan biasa, bla bla bla.
Dan satu lagi, lakukan senaman.
Pendek kata, di samping mengambil jus mate 5, perlu jaga makan dan bersenam.
Tak boleh setakat minum jus mate 5, tapi makan larung macam biasa, tak bersenam.
Pengalaman tengok orang yang makan jus mate 5, orang itu kurus bukan disebabkan jus itu, tapi disebabkan disiplin jaga makan dan bersenam.
Kalau tak makan jus mate 5, tapi amalkan cara pemakanan dan senaman yang betul, mesti boleh turun berat badan.
Cuma, rasanya mereka yang dah terbeli jus tu mungkin rasa sayang sebab dah habis banyak duit. Jadi nak taknak mesti ikut juga cara pemakanan yang disyorkan.
Bukan niat nak mendengki, tabur pasir pada periuk nasi orang. Tapi cuba kita fikir, kenapa mesti bayar mahal-mahal, sedangkan cara penurunan berat bdan tu kita boleh lakukan sendiri. Cuma kuncinya ialah disiplin.
Belilah jus apa pun, kalau tak disiplin jaga makan memang tak jadi.
Bukan jus mate 5 saja, banyak lagi produk pelangsingan bentuk minuman ni sarankan perkara yang hampir sama. Jaga makan, kurangkan gula dan bersenam.
Pergilah ke slim world ke, mesti dinasihatkan pasal pemakanan dan gaya hidup.
Harga
Harga bagi JM5 itu pun, rasanya mahal. Berapa harga sekotak? Rm200 untuk sekotak.
Siapa yang mampu, beli lah..Itu duit kamu.
Tapi bagi saya, bazir beli kalau kita boleh disiplin sendiri. Tapi kalau dah beli, kena juga jaga makan semua tu. Baik tak payah beli kan?
Pasal hal berkenaan pelan MLM yang dijalankan, rasanya tak perlu ulas panjang. Ringkasnya herba prima tak patuh garis panduan mlm syariah JAKIM.
Tambahan:(25.01.2012)
Rasanya artikel ini ramai yang jenguk sejak kebelakangan ini.
Kepada yang mahu kurus dan mahu beli Jus Mate 5, saya cadangkan batalkan hasrat itu. Kamu boleh cari produk lain yang jauh lebih murah. JM5 rm200 baru sekotak, produk fiber lain ade yang RM150 dapat 3 kotak.
Ataupun jaga cara pemakanan dan banyakkan bersenam / bergerak. Peringkat permulaa, apa kata tukar minuman kita kepada air masak @ air mineral saja dari pagi hingga ke malam. Hidangan pun kurang kan separuh. Jangan makan makanan ringan.
Mesti turun punya berat badan. Tak payah makan JM5 pun boleh.
Berkenaan pelan pemasaran Herba Prima pulak, sudah terang nyata menyalahi garis panduan MLM Syariah JAKIM. Kalau degil jugak nak teruskan buat marketing herba prima ni, jawab sendiri dalam kubur nanti. Tugas saya nak ingakan dah selesai.
Tak kira la buat MLM herba prima ni kita dapat pakai keta besar macam Volkswagen ke, Mercedes ke, beli Exora ke. Atau duit bonus herba prima ni kita bagi sedekah, beli limau bagi orang ke, wang kita dapat melalui MLM yang tak patuh syariah adalah haram...
Baca artikel penuh...
Hidup seperti kebanyakan makhluk Allah yang lain. Kita semua sama, melainkan amal dan taqwa.
Isnin, 28 November 2011
Jus mate 5, herba prima, Dr Rozmey - tipu?
Tiger Balm - buffered earning
Dahulu masa muda-muda (masa sekolah) pernah juga dengar tentang tiger balm. Bentuknya dulu pun dah lupa. Sebab sudah lama sangat.
Ingatkan produk itu sudah berkubur ditelan arus moden. Tapi terkejut semalam bila buka bahagian earning nuffnang.
Masih wujud lagi rupanya tiger balm. Siap dengan inovasi produk dan design supaya sesuai dengan peredaran masa.
Terima kasih pilih blog ini untuk kempen produk tiger balm.
Baca artikel penuh...
Malaysia vs Bahrain - akibat hilang fokus
Stadium Bukit Jalil penuh dengan kehadiran penyokong.

Rasanya tak perlu nak diceritakan bagaimana perlawanan berlangsung.
Bagaimana pasukan kebangsaan kita boleh mendahului dengan jaringan cantik. Kemudian ditambah lagi dengan satu gol separuh masa kedua.
Keputusan yang meyakinkan.
Tapi entah kenapa tiba-tiba dalam masa kurang 7 minit, kedudukan 2-0 bertukar menjadi 3-2.
Hilang fokus. Itu saja.
Mungkin rasa terlalu selesa dan selamat dengan dua jaringan, menjadikan kita leka.
Satu pengajaran yang cukup bermakna untuk pasukan Malaysia.
Sebenarnya dalam apa pekerjaan pun, jika kita tilang tumpuan, tidak serius, memang ranap jadinya.
p/s: menonton sambil tersengguk mengantuk, dengan netbook didepan mata (buat assignment)
Khamis, 24 November 2011
Kembali belajar, blog tidak dikemaskini
Dalam masa sebulan ini blog mungkin terbiar tidak dikemaskini.
Hal ini berlaku lantaran tuan punya blog yang masuk ke IPGM (Institut Pendidikan Guru Malaysia) bagi menjalani latihan perguruan.
Jadi, jutaan kemaafan dipinta kepada pengunjung yang datang singgah.
Artikel tentang score A pun terbengkalai dan belum disambung/kemaskini.
InsyaAllah pertengahan Disember nanti akan dikemaskini.
Terima kasih yang datang singgah.
Terima kasih kepada yang sudi membaca artikel.
Terima kasih kepada yang sudi klik pada iklan.
Baca artikel penuh...
Sabtu, 19 November 2011
Ratu cantik kena kaunseling aurat.
Terjumpa berita ini di web berita harian. Ratu cantik kena kaunseling aurat.
Sedikit petikan daripada berita:
"Mana-mana pertandingan ratu cantik tetap haram berdasarkan hukum syarak, namun kita tidak boleh mengambil tindakan ke atas penganjur MBB dengan kesedaran harus ada di kalangan umat Islam terutamanya ibu bapa sendiri.
"Kita telah memberi penerangan secukupnya mengenai aurat wanita kepada lima peserta berkenaan dengan tindakan seperti mengarahkan mereka menarik diri tidak dibuat berdasarkan situasi umat Islam di Sarawak yang agak berbeza," katanya.
Rasanya hal berkenaan aurat ini bukannya kita tidak tahu. Tapi ramai di kalangan kita memilih untuk tidak patuh dengan ketetapan aurat itu.
Buktinya, boleh lihat sendiri masyarakat sekeliling.
Langkah yang diambil oleh Jabatan Agama Islam Sarawak itu memang betul. Mereka memberikan kaunseling dan memberikan nasihat terlebih dahulu kepada peserta berkenaan. Tidak berkeras dengan menahan dan mendakwa mereka.
Diharap negeri lain di Malaysia dapat mencontohi apa yang telah dijalankan oleh JAIS ini.
Baca artikel penuh...
Projek perintis guru bekerja 9 jam dimansuhkan
Rasanya mesti ramai yang sudah tahu pengumuman oleh Timbalan Perdana Menteri berkenaan cadangan guru bekerja selama 9 jam.
Projek perintis itu dibatalkan kerana mahu buat kajian terlebih dahulu dan tidak mahu membebankan guru.
Komenku.
Ini antara perkara yang orang bawah tidak puas hati dengan pemimpin atasan.
Bukan tidak bersyukur, cuma apa yang terjadi ini menampakkan pemimpin atasan kurang tahu kedudukan sebenar orang-orang yang berada di bawahnya.
Mula-mula keluar arahan projek akan dijalankan. Tiba-tiba batalkan pula. Macam Pak Pandir. Sekejap cakap lain, lepas tu cakap lain pula.
Nampak benar arahan yang dikeluarkan sebelum ini dibuat tanpa mengetahui keadaan sebenar. Tiada kajian yang dibuat terlebih dahulu. Main semberono?
Teringat kes pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Menteri keluarkan arahan, orang di bawah bertungkus lumus memerah keringat laksanakan.
Semasa pelaksanaan, muncul banyak kaki bodek ang menyokong dan mengatakan langkah ini banyak beri kesan positif. Keputusan pelajar meningkat, dan banyak lagi. Tiba-tiba setelah beberapa tahun, ditukar semula atas alasan tidak ramai pelajar dapat manfaat. Kaki bodek yang dulu mengampu dan menyokong dahulu pun sama berkata ramai pelajar tidak dapat manfaat.
Apa cerita? Dulu berdegar pertahankan. Sekarang?
Harapnya pemimpin di Malaysia dapat membuat keputusan dengan membuat sedikit kajian terlebih dahulu.
Jangan main semberono.
Nampak sangat kurang cerdik.
Disagree with me? Write in your own blog.
Baca artikel penuh...
Score A haram? tipu? scam?
Khamis, 17 November 2011
Lagi berkenaan Hukum MLM Hai O. Halal atau Haram?
Rabu, 16 November 2011
Bila jadi Pelajar API UM.
Beberapa hari selepas medaftar masuk di UM
Keputusan UPSR 2011
Esok keputusan UPSR 2011 akan diumumkan.
Rasanya pagi dalam pukul 9.00/ 10.00 gitu, keputusan akan sampai ke sekolah.
Semoga pelajar-pelajar di SK Seri Padang Sari (SKSPS) dapat keputusan yang cemerlang, insyaAllah.
Zaman dulu-dulu
Teringat dulu bila keputusan UPSR nak keluar. Esok keluar keputusan kat sekolah, malam ni dah boleh tahu. Sebab arwah ayah kerja di Pejabat Pendidikan Daerah. Jadi malam tu, ayah sendiri yang pergi uruskan keputusan, mestilah dah tahu keputusan anaknye yang degil ini.
Begitu juga dengan PMR, esok keluar keputusan, malam ni dah tahu. Siap tahu awal lagi keputusan kawan-kawan lain. Esoknya pergi sekolah ambil keputusan, tak terkejut pun. Sebab dah tahu. Kawan-kawan lain ade yang terkejut beruk terima slip keputusan.
Sempatlah berlakon jadi tok nujum sekejap ramal keputusan kawan-kawan. Terkejut bila ramalanku benar belaka (pada hal dah bocor ayah beritahu). Tapi akhirnya kantoi jua.
" Ei,bukan bapak poji tu kerja kat PPD Kluang ke?" hahaha. Sempatlah 2-3 orang yang terkena.
Tapi bila SPM dengan STPM ayah tak boleh skodeng lagi keputusan anaknye ini. Sebab dah pindah ke sekolah asrama daerah lain
Baca artikel penuh...
1st Buffered Earning from Nuffnang
Setelah masuk bulan ke 3 meletakkan iklan Nuffnang, barulah ada beberapa kempen yang singgah di blog ini (orang kata BE).
Tapi jumlahnya tidaklah banyak, tak hebat macam blog-blog yang lain. Berapa sen je yang dapat. Blogger lain mencecah puluh, ratus RM bagi satu kempen.
Sikit kan? Tak kuasa nak gelapkan bahagian CTR bonus dan Earning tu. Tapi syukurlah kan, daripada tiada langsung.
Jadi tak pelik lah kalau blog yang ramai pembaca dan pengunjung boleh kumpul beratus / beribu RM dalam masa sebulan. Baca artikel penuh...
Sos Cili 1 Malaysia bahaya.
Standard users: Hentikan jualan sos cili 1Malaysia
Saya menjumpai berita tersebut di web malaysiakini.
Agak mendukacitakan kerana kedai yang mendapat promosi meluas dari pihak kerajaan menjual barang keperluan yang tidak menepati piawaian yang ditetapkan.
Jangan cakap ini soal politik, sengaja buat berita nak jatuhkan kerajaan.
Isni soal makanan. Soal keselamatan pengguna.
Apa guna kita beli murah, tapi makanan itu sedikit demi sedikit meragut kesihatan kita?
" Ujian bagi produk berkenaan dijalankan oleh Unipeq Sdn Bhd, sebuah syarikat yang ditauliahkan di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) oleh Jabatan Standard Malaysia."
Ujian bukan dijalankan oleh orang perseorangan. Malah ujian turut melibatkan sos daripada pasaraya yang terkenal. Kesemua sos tersebut menepati garis panduan yang ditetapkan.
" Dalam laporan draf penyelidikan perbandingan produk yang diperolehi olehMalaysiakini, Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) mendapati 3.64ppm plumbum dan 0.08ppm raksa atau merkuri dalam sos cili 1Malaysia."
"Sedangkan, tahap yang dibenarkan untuk sos cili adalah 2ppm bagi plumbun manakala 0.05ppm untuk raksa."
Ini berkaitan dengan logam berat. Logam berat ini berbahaya kepada tubuh kita.
Nampak atau tidak, mereka yang menjadi mangsa di sini kebanyakannya adalah mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Di mana keperihatinan pengeluar makanan ini terhadap keselamatan pengguna. Nak untung saja?
Harapnya perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin.
Hal ini berkaitan dengan keselamtan, nyawa pengguna. Ketepikan hal politik.
Baca artikel penuh...
Selasa, 15 November 2011
Isu Fidlot RM250 Juta: MP BN Kinabatangan minta Mereka yg terlibat LETAK JAWATAN
Terjumpa video ini di youtube.
Ada betulnya apa yang dikatakan. Bukan saja jadi liabiliti pada BN, tapi pada ekonomi Malaysia.
Sebabnya, duit berjuta-juta sewenang-wenangnya salah urus, termasuk hal pembelian kondo mewah guna duit projek lembu fidlot.
Punah ranah ekonomi Malaysia kalau ramai menteri buat hal macam ni.
Baca artikel penuh...
Guru kerja 9 jam
Tahun 2012 katanya guru di beberapa sekolah di Malaysia akan bekerja selama 9 jam sehari. Negeri yang terlibat adalah Pahang, Melaka, Johor Sarawak.
Kalau pagi, mula pukul 7.30 pagi dan balik pukul 4.30 petang.
NUTP juga tak bersetuju kerana langkah pelaksanaan itu akan menambahkan beban kerja guru yang sedia ada.
Tak mahu komen banyak. Walau apa pun yang diputuskan, kita sebagai penjawat awam perlu akur dengan keputusan yang dibuat oleh kemeterian. Sebab kita bekerja dengan kerajaan.
Cuma, kalau ada yang nak cuba memperlekeh kata kerja guru ni mudah, mintak turun sendiri pergi ke sekolah dan tengok. atau cuba kerjaya sebagai guru selama seminggu dua.
Kalau masih lagi nak mengata kerja guru mudah, 'mai sini eden bagi makan den punyo selipar'.
Apa nasib guru di 104 buah sekolah yang jadi perintis nanti. Pasti ramai yang tidak puas hati. Guru sekolah lain boleh balik macam biasa. Sedangkan gaji yang diterima sama.
Ada masalah di sekolah nanti, guru juga disalahkan. Anak tak pandai, guru juga disalahkan. Anak jadi samseng, guru juga disalahkan. Anak mencuri, guru juga disalahkan. Anak ada masalah disiplin, guru juga disalahkan..
Baca artikel penuh...
Ahad, 13 November 2011
Teh ais, teh o ais
Terjumpa masa menjelajah dari blog ke blog. Terima kasih encik Rojak.
Baca artikel penuh...
Sabtu, 12 November 2011
Bagaimana keuntungan bank Islam halal?
Kenapa interest / bunga di bank haram?
** (penjelasan ini tidak sesuai dibaca oleh pelajar jurusan syariah, syariah ekonomi atau muamalat Islam kerana ia adalah benda asas yang wajib mereka tahu)
Ini lanjutan dari artikel Pinjaman rumah dan kereta haram?
Sedikit penjelasan kenapa interest di bank ni dikira sebagai haram.
Okeh. Dalam ekonomi Islam, wang tidak boleh menerbitkan wang. Maksudnya menggunakan duit semata-mata untuk menghasilkan duit adalah salah. Bagi orang pinjam duit, kemudian bayar semula lebih. Itu tak boleh. Sebab menggunakan duit semata-mata untuk dapatkan duit. Pinjaman beza dengan pelaburan.
Kalau pelaburan, kita menyumbangkan modal pada orang untuk berniaga. Kemudian kita kongsi untung / rugi (rugi pun tanggung same-same ye) hasil perniagaan tu. (konsep asas mudharabah dan syirkah/syarikat).
Ada banyak dilil yang mengharamkan riba. Antaranya ialah:
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu makan riba’ yang berganda-ganda dan takutlah kamu kepada Allah s.w.t mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan.”
(Surah Ali Imran – Ayat 130)
Masalah jadi riba di bank konvensional kerana ketiadaan akad untuk memperincikan lagi urusniaga kita.
Kalau ikut gambar di atas, riba di bank termasuk dalam kategori riba ad-duyun (hutang).
Bagaimana jadi riba di akaun simpanan?
Akaun simpanan biasanya kita panggil fixed deposit. Apa maksudnya? Bagi akaun ini, sudah ditetapkan berapa kadar interest/bunga yang penyimpan akan peroleh daripada simpanan yang dibuat dalam bank.
Mana-mana bank akan menggunakan duit yang disimpan oleh pelanggan untuk buat pelaburan. (nama pun bank perdagangan). Jadi sebagai balasan, penyimpan diberi interest tetap oleh bank. Apa yang terjadi disini, bank meminjam duit daripada penyimpan dan membuat pelaburan.
Jadi, kadar interest yang ditetapkan itu adalah haram. Kenapa? Sebab kadar itu sudah ditetapkan. Sedangkan dalam hal pelaburan, keuntungan tidak boleh dijamin, walaupun sedikit.
Walaupun kadar interest yang diberikan rendah (sekitar 2%), perkara itu tetap haram. Dalam hal ini, bank yang beri riba pada kita.
Riba dalam pinjaman perumahan / kereta.
Konsepnya sama dengan akaun simpanan. Cuma kali ini kita sebagai pembayar pula yang bagi duit riba pada bank.
Contoh:
Kita beli kereta Proton Exora harga 70 ribu. Kita pinjam RM70 ribu dengan bank. Kemudian kita dikenakan interest 4% atas pinjaman kita. Jumlah pembayaran keseluruhan mesti lebih 70 ribu. Duit yang lebih itu riba.
Bank ambil keuntungan atas pinjaman. Bukan atas kontrak jual beli. Bank tak tanggung sebarang risiko pun. Duduk goyang kaki, dapat la duit.
Kalau kita tak dapat bayar hutang, kereta Proton Exora yang kita beli tadi boleh ditarik oleh pihak bank.
Kedua-dua contoh di atas tu menunjukkan bagaimana konsep "duit menghasilkan duit" yang dilarang dalam muamalat Islam.
Setuju?
Sebarang kemusykilan boleh diajukan.
Baca artikel penuh...
Jumaat, 11 November 2011
Pinjaman rumah dan kereta haram?
Lanjutan daripada soalan tentang isu hukum ASB, ada juga yang bertanya tentang pinjaman rumah dan kereta yang dibuat.
" Kalau ASB haram, macam mana pulak dengan loan kereta, loan rumah yang orang buat semua tu. Takkan haram jugak?" komen orang itu.
Saya cuba jelaskan sedikit.
Sekarang ini ada dua jenis perbankan di Malaysia. Perbankan konvensional dan juga perbankan Islam.
Perbankan Islam wujud di Malaysia pada thaun 1983, melalui akta bank Islam. Ada akta sendiri, bukan benda main-main ye. Setahun selepas itu, wujud pula akta Takaful (berbeza dengan akta insurans).
Jadi perbankan Islam di Malaysia masih lagi muda, kalau nak bandingkan dengan perbankan konvensional.
Tahun 1984, hanya satu bank sahaja yang mengamalkan perbankan Islam. Tak lain tak bukan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).
Kenapa wujud perbankan Islam? Fatwa di Malaysia mengatakan bahawa interest atau bunga di bank adalah haram. Diulangi, hukumnya HARAM. Kenapa? Sebab interest itu adalah RIBA. Riba adalah salah satu dosa besar. Mengamalkan riba boleh diistilah seperti mengangkat senjata berperang dengan Allah. Na'uzubillah.
Jadi sebab itu diusahakan juga untuk diadakan perbankan dan kewangan Islam di Malaysia. Begitu juga dengan takaful. Fatwa juga mengatakan bahawa insurans konvensional adalah haram.
Kebanyakan transaksi di bank akan menghasilkan duit riba, termasuklah jika kita buat pinjaman membeli rumah atau kenderaan. Ada wujud interest. Maksudnya ada riba. Jadi hukumnya haram. Harap jelas semuanya.
" bank Islam pun bagi pinjaman jugak. Jadi haram la jugak" kata orang yang lain.
Bank Islam menawarkan pembiayaan, bukan pinjaman. Mereka gunakan konsep murabahah (jual dengan tambahan harga untuk dapat untung) ataupun bai' bi thaman ajil (jual dengan harga tangguh - maksudnya jual dengan ansuran).
Perbahasannya panjang lebar. Tapi konsep mudahnya, bank berntindak sebagai orang tengah, beli barang itu dari pengeluar dan kemudian jual semula pada kita dengan harga yang lebih (sebab kita beli dengan ansuran, dibenarkan bank ambil untung). Jadi bank untung dengan cara buat jual beli.
Nampak sama, macam bank konvensional, tapi berbeza.
Bank konvensional, mereka bagi kita pinjam duit. Mereka dapat untung hasil pinjaman yang kita buat. Pinjam 30000, bayar semula 40000. Lebih 10000 itu adalah duit riba yang haram.
Tak kisah la kita beli kereta apa pun. Proton Exora ke, Volkswagen ke, atau kereta kuda sekalipun hehe.
Boleh faham setakat ini? Boleh tanya lagi kalau tak faham...
Baca artikel penuh...
Khamis, 10 November 2011
Isu hukum ASB haram.
Minggu ini sengaja buat carian di google tentang hukum ASB.
Banyak blog yang dijumpai memaparkan fatwa mufti Selangor yang memutuskan saham ASB tidak halal.
Saya ada sedikit mengulas tentang ASB : hukum pelaburan asb
Jadi ada juga yang bertanya lagi kepada saya "ASB ni haram ke ustaz?"
Kalau ikutkan saya, saya lebih bersetuju dengan Fatwa negeri Selangor dan keputusan Suruhanjaya Sekuriti.
Bukan sewenang-wenangnya Fatwa Selangor mengatakan ASB haram. Kajian dan penyelidikan yang dibuat mencatatkan ASB sebagai saham tidak patuh syariah.
Saya tidak pasti agihan pelaburan ASB yang terkini. Namun setakat bacaan di web UZAR satu ketika dahulu, lebih 30% dana ASB dilaburkan dalam sektor perbankan konvensional yang mengamalkan riba. 30% satu jumlah yang besar. Bukan sedikit.
Selain itu, jika diteliti mengikut akad yang digunakan antara pelabur dan pihak PNB, tidak jelas akad yang digunakan. Syarikah? Mudharabah? Wakalah? Wadiah?
Jika dilihat dari segi autoriti, keputusan Suruhanjaya Sekuriti adalah lebih kuat kerana mereka memang ahli/pakar dalam hal pelaburan dan kewangan. Mereka yang menjadi ahli majlis penasihat syariah sc adalah orang yang berpengalaman dan mahir dalm bidang muamalat Islam. Lihat sini.
"habis tu semua haram! mane nak simpan duit.?"
ASB atau PNB bukan satu-satunya cara nak melabur. Ada banyak lagi cara dan tempat nak laburkan duit tu. Kalau dah tak tahu sangat, simpan di tabung haji. Boleh daftar pergi haji sekali.
Banyak saham amanah yang patuh syariah ada di pasaran sekarang ni. Tinggal nak cari atau tidak saja. Public Mutual, CIMB Wealth Advisor, BIMB, KFH Ijarah House, macam-acam lagi.
Dividen yang dicatakan oleh ASB tidaklah tinggi sangat. Sekitar 7-8 peratus. Lebih kurang juga dengan saham amanah lain. Malah banyak juga saham amanah lain yang mencatat keuntungan sekitar 10% setahun.
Tapi kalau mahu terus berpegang dengan fatwa harus, silakan. Saya sudah menyampaikan apa yang saya tahu. Tanggungjawab memilih terletak di tangan masing-masing.
Memang dalam hal melibatkan duit sukar untuk kita melepaskannya.....
p/s: Sanggup tak tamatkan polisi insurans yang dah bertahun kita bayar? Insurans konvensional haram mengikut fatwa.
Baca artikel penuh...
Rabu, 9 November 2011
Questnet / Qnet
Lagi sekali post berkenaan dengan Questnet/ Qnet.
Untuk makluman, Questnet telah diharamkan / dihalau keluar oleh banyak negara termasuklah Indonesia. Anda boleh buat carian tentang kes questnet di internet. Banyak laporan yang mengatakan syarikat ini di ban oleh banyak negara, contohnya Afrika.
Bangga atau tidak? Syarikat ini diterajui oleh seorang rakyat Malaysia.
Kalau mahu maklumat syarikat, produk, pelan, dll..Boleh cari saja di internet. Banyak boleh jumpa.
Questnet ini sudah mula menular dan merebak di Malaysia pula. Anda boleh temui banyak blog yang mempromosikan produk quesnet ini. Biodisc.
Biodisc ini dikatakan menggunakan scalar energy dan boleh merawat air menjadi air yang bertenaga. Bagaimana caranya? Alirkan / lalukan saja air di atas biodisc itu, air itu akan menjadi air yang baik dan bertenaga semudah 1,2, dan 3 atau A, B dan C. Mudah kan? Tak perlu beli mesin air mahal-mahal, tukar penapis air, nak selenggara lagi.
Gunakan saja biodisc!
Berapa harga ? Cuma RM 1900.
Ada juga dijual lampu suluh LED. Boleh digunakan untuk rawatan. Suluh / pancarkan sahaja pada bahagian yang hendak di rawat. Mudah kan?
Saya sesekali tak mempercayai perkara ini dengan mudah.
Sekeping kaca bulat, ade lubang-lubang sikit boleh segarkan air jadi air bertenaga. Hukum apa yang dipakai.
Quesnet sscam, penipu, tipu. Realiti.
Teori tipu.
Teori yang kononnya digunakan untuk mencipta biodisc itu tidak boleh dibuktikan. Jadi bagaimana produk yang dibuat berdasarkan teori tipu boleh dijual dengan harga RM 1900? Barangkali kaca biasa digunakan, kos pembuatan seunit mungkin kurang RM10, boleh jual harga RM 1900?
Dibuat daripada gabungan 13 mineral? Siapa yang mengesahkan perkara tu? Atau sekadar tulisan atas kertas sahaja?
Teringat ada keluar di RTM berkenaan biodisc ni. Katanya daun yang direndam dengan air biodisc akan kelihatan segar selepas itu. Tapi tak pulak dibandingkan dengan air mineral ke, water filter ke.
Ikut logik akal, memanglah daun akan segar bila direndam dalam air. Sebab air dah menyerap dalam daun. Kalau biar kat luar, layu, kering. Pakai air mineral pun boleh. Tak payah nak beli biodisc mengarut mahal macam tu.
Kenapa sibuk sangat komen pasal Qnet?
"Kenapa bersusah payah nak sibuk hal questnet? Tak suka duduk diam la. Why bother? Mind your own business."
Mungkin ada yang berpendapat begitu.
Tapi saya tak mahu rakyat Malaysia terus diperbodohkan sebegini. Dah berapa ramai rakyat Malaysia yang ditipu dengan MLm dan skim piramid?
Berdosa kita sebagai umat Islam, kalau dah tahu benda tu tak baik, tapi kita biarkan saudara kita masuk dan terperangkap.
Tak peduli kalau agent qnet nak caci maki hamun, janji tanggungjawab sudah saya jalankan dengan mengingatkan kepada yang lain. Tak sanggup rasa nanti dipersoalkan Allah, kita ada asas ilmu, ada kesedaran, tapi tak sampaikan pada orang lain.
* tambahan: (15/05/2012)
Melihat kepada statistik blog, masih ada lagi yang lihat artikel ini. Mungkin agen questnet, mungkin bukan. Apa pun perkara ini masih lagi berleluasa.
Harapnya tidak ramai yang terpedaya dan terikut.
Isu dari sudut syariah masih lagi tidak dapat diselesaikan hingga hari ini.
Tak kiralah syarikat ada bangunan bertingkat-tingkat ke, taja F1 ke, buat universiti ke, taja anak yatim ke, selagi ianya bermasalah dari sudut syariah, selagi itu ia menjadi beban.
Halal atau haram ni bukan bergantung pada besar atau kecil syarikat, kaya atau tidak.
Ada komen kurang cerdik dalam ruangan komen di bawah. Silalah baca dan nilai tahap inteleknya.
Baca artikel penuh...
Isnin, 7 November 2011
Bob Lokman dikehendaki
Rasanya isu tentang hal ini boleh diselesaikan dengan baik. Cuma perlu kerjasama dari kedua belah pihak.
Pelaksanaan pemberian tauliah untuk membendung ajaran yang salah memang satu langkah yang perlu. Namun rasanya jangan terlalu disempitkan hingga jadi hal begini.
Bob Lokman juga mungkin rasa panas hati. Yalah, nak berubah dan dakwah kepada orang ramai tentang kebaikan, tapi didakwa pula oleh JAIS.
Cuma harap Bob Lokman dapat bersabar dan berikan kerjasama. Kalau api lawan api, jadi marak. JAIS juga jangan terus mengambil langkah drastik dan terlalu keras terhadap Bob Lokman.
Takut nanti usaha dakwah dipandang sempit hingga membataskan pergerakan mereka yang mahu berusaha berdakwah ke arah kebaikan kepada orang ramai.
p/s: eden sendiri takdo tauliah lagi haaa dari Jabatan Agama Islam Johor. Tapi tak risau sangat sebab selalu ceramah dalam sekolah je. Baca artikel penuh...
Sabtu, 5 November 2011
MLM Hai O halal? haram?
Seperti biasa, "blogwalking" dilakukan bila ada masa terluang. Sengaja habiskan masa bersantai depan PC selepas seminggu kursuss KSSR Bahasa Arab tahun 2.
Kali ini sengaja taip ' Hai-O haram' di search engine google. Maka terkeluarlah segala bentuk web dan blog yang berkaitan. Termasuklah juga yang berdegar-degar mempertahankan MLM Hai O itu halal. Ada juga yang tak puas hati menghentam MLM Hai O
Ada yang kata halal
Ada blog agen Hai O yang mempertahankan Hai O ini halal. Macam-macam alasan yang dikemukakan termasuklah ulasan ustaz Zaharuddin di blog beliau yang tidak menyentuh tentang Hai O.
Ada juga yang memberikan alasan MLM Hai O halal kerana tersenarai sebagai syarikat patuh syariah di paparan saham.
Jawapanku
Sebelum mengatakan hukum MLM Hai O, cuba kita ambil garis panduan MLM Syariah oleh JAKIM. Baca dan bandingkan dengan pelan pemasaran MLM Hai O.
Saya terjumpa dengan beberapa perkara yang difikirkan kontra.
1. Hal maintain - perkara ini dilarang dalam garis panduan JAKIM.
2. Produk tidak diperlukan - banyak kali berlaku dalam MLM. Ahli menyertai MLM dengan cara fast track dan membeli produk dengan jumlah yang banyak. Adakah produk itu benar-benar diperlukan? atau terpengaruh setelah di 'brain wash' oleh upline?
3. Head hunting - bagaimana syarikat boleh pastikan perkara ini tidak berlaku. Lambakan peserta menyertai pelan fast track antara simptom berlakunya head hunting.
4. Harga produk dan keberkesanan - harga produk tinggi. Contohnya penapis air. Mengapa ada penapis air yang murah di pasaran? Hal corset, benarkah ada FIR? Kajian mana yang mengesahkan.
5. Hai O tiada panel syariah yang dilantik. Bagaimana mahu mengesahkan halal jika tiada panel syariah yang dilantik untuk melihat operasi, produk dan juga menilai pelan pemasaran?
Pengesahan patuh syariah di papan saham oleh suruhanjaya sekuriti tidak cukup untuk mengesahkan pelan pemasaran Hai O patuh syariah.
Contohnya:
MAA Assurance mempunyai produk insurans investment linked. Pelaburan investment linked yang ditawarkan itu disahkan patuh syariah. Namun itu tidak menjamin produk insurans itu halal kerana Insurans telah difatwakan sebagai urusniaga yang batil dan tidak sah.
Jadi dalam hal Hai O, tak semestinya tersenarai sebagai saham patuh syariah, maksudnya pelan pemasarannya halal.
Nasihat saya:
Jangan memandai-mandai mengesahkan satu perkara itu halal tanpa merujuk kepada orang yang lebih arif.
Saya berpendapat Hai O tidak termasuk dalam MLM patuh syariah berikutan beberapa perkara yang bertentangan dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh JAKIM.
Jadi minta jangan berbangga sangat mengatakan Hai O patuh syariah.
p/s: Geng Hai O jangan panas hati. Tak puas hati? Sila minta Hai O marketing buat rombakan supaya patuh garis panduan JAKIM. Baca artikel penuh...
Idola kecil 4. Bagus?
Rancangan seperti ini semakin mendapat sambutran.
Saya sebagai seorang guru, sangat tidak bersetuju dengan rancangan realiti seperti ini.
Mengapa?
Kerana kehadiran program realiti seperti ini lebih banyak merosakkan pelajar daripada membina.
Penat lelah guru Pendidikan Islam di sekolah mengajar dan mendidik murid, datang pula lambakan program hiburan seperti ini menghakis nilai murini sebagai seorang muslim dalam diri pelajar.
Kebaikan?
Baca artikel penuh...










