Bukan apa, kalau dapat buat 'read more' ni, nampak kemas sikit blog. Tak la artikel panjang berjela satu muka. Sebab blog ini memang bersepah dan tak kemas (lantaran empunya blog yang ketinggalan bab it ni..)
Hidup seperti kebanyakan makhluk Allah yang lain. Kita semua sama, melainkan amal dan taqwa.
Jumaat, 30 September 2011
Kemaskini blog dengan 'read more' dan 'link within'
Bukan apa, kalau dapat buat 'read more' ni, nampak kemas sikit blog. Tak la artikel panjang berjela satu muka. Sebab blog ini memang bersepah dan tak kemas (lantaran empunya blog yang ketinggalan bab it ni..)
Premium beautiful RM 2400?
Lebih hebat lagi, bengkung itu dikatakan boleh menghasilkan sinar infrared jauh (FIR) dan memebrikesan mengurskan badan pemakai. Hebat!
Benarkah begitu?
Sila baca sini: Aididmuaddib. Cari posting berkenaan HAI-O
(sila abaikan penggunaan kata kesat penulis, fokus pada fakta yang dikemukakan)
Ada kemungkinan besar corset itu harga sebenarnya sekitar RM 100 sahaja. Tapi mengapa di Malaysia, harga menjadi begitu tinggi sekali menjadi lebih RM 2000? Apakah bezanya bengkung dari china itu dengan yang dijual oleh syarikat HAI-|O?
Kalau "mark up" harga begini, dah jelas langgar garis panduan yang dilaranng oleh JAKIM ( sila baca bahagian harga)
Begitu juga dengan FIR yang diwar-warkan. Bagi pelajar jurusan sains di bahagian kejuruteraan, mustahil anda rasa FIR boleh wujud tiba-tiba dalam bengkung kain. Dari mana datang punca tenaga untuk FIR itu? (tak mahu ulas panjang sila buat bacaan sendiri)
Keraguan pada produk ini juga melanggar garispanduan MLM oleh JAKIM. (lihat pada bahagian produk. Ada diberitahu bagaimana keadaan produk)
Jadi saya meragui kehebatan bengkung itu yang dapat hasilkan sinar infrared, tambahan pula harganya terlalu mahal. Mengapa ada syarkat lain ang menjual bengkung yang hampir sama, tetapi harganya jauh lebih murah daripada HAI-O?
Apa yang saya tahu tentang bengkung, pemakaiannya yang ketat pada badan menyokong badan dan menghasilkan haba (haba daripada badan, yang boleh menyebabkan berlakunya pembakaran lemak).
Saya tak suka : Barang harga murah, jual mahal, mark up harga gila-gila. Lepas tu bagi kelentong lagi pasal produk..
Tak suka saya komen tentang HAI-O? Tekan ALT dan F4 hahaha..
p/s: Isteri dulu ada juga niat nak beli corset ni. Sekali tengok harga riban-riban, terus tak jadi. Baik beli susu untuk Fawwaz.
Tazkirah Jumaat : Doa sebagai senjata
Doa senjata Mukmin. Tapi ramai umat Islam yang tidak memanfaatkan kelebihan doa yang dikurniakan oleh Allah pada kita.
Kisah Umar
Ada beberapa individu yang diakui kehebatan dan kegagahannya di zaman Rasulullah s.a.w. Antara nama yang masyhur ialah Saidina Hamzah, Saidina Umar dan juga Khalid Al-Walid.
Umar Al-Khattab sebelum Islam adalah orang yang sangat digeruni. Tak ada yang berani mahu cari fasal dengan Umar. Bergaduh dengan Umar 'confirm' kalah teruk. Semasa awal kedatangan Islam, Umar adalah antara orang yang menentang Rasulullah s.a.w.
Umar juga dilihat antara orang yang kejam. Anak perempuannya yang sudah besar (sekitar umur 7 tahun) sanggup ditanamnya hidup-hidup, kerana percaya kepada tradisi masyarakat jahiliyyah - "suwey" kalau ada anak perempuan.
Tapi bagaimana hati sekeras Umar itu boleh dilembutkan hingga berpaling kepada Islam. Dan kemudiannya menjadi pembela Islam yang sangat kuat. Jika dahulu mahu dipancungnya Rasulullah, selepas keislamannya, mahu dipancung sesiapa yang menyakiti Rasulullah.
Bagaimana boleh berubah?
Antara sebabnya adalah doa dari Rasulullah sendiri yang mendoakan agar Umar diberikan hidayah oleh Allah. Tatkala dilihat sukarnya menjalan dakwah kepada Umar, Rasulullah tidak berputus asa dan mendoakan semoga Umar diberikan Hidayah.
Dilembutkan dengan Quran
Hati sekeras Umar juga dilembutkan dengan bacaan ayat Quran dari surah Taha..Sedikit Kalam Allah yang dibacakan itu berjaya merubah hatinya.
Jadi, insan sekejam dan sekeras Umar pun boleh berubah, jangan jadikan alasan bahawa kita sudah banyak dosa, terlambat nak berubah.
Khamis, 29 September 2011
Gambar Perodua Alza Kemalangan
Guinness Stout
Guinness stout baik untok kita...?
Kredit kepade saudare APAN.
Logo Halal Jakim
Sumber artikel: Utusan Malaysia
Isu logo halal menjadi isu utama saban tahun. Tiap-tiap tahun ada saja isu tentang penyalahgunaan logo halal di premis makanan, termasuk ditempat-tempat yang terkenal.
Rabu, 28 September 2011
KPLI j-QAF ambilan 2012 - Peringkat pengambilan
Selasa, 27 September 2011
Gambar sujud
Isnin, 26 September 2011
PM Najib naik bas..
Alat telekomunikasi paling canggih
Alat komunikasi semakin canggih sekarang. Tak terbayang oleh datuk nenek kita dahulu telefon sebesar tapak tangan,ringan dan tanpa wayar. Pergi mana-mana boleh buat panggilan. Canggih.
Ada satu alat telekomunikasi paling canggih paling canggih. Semua orang ada! Ya, semua orang.
Hati..
Semua orang ada hati (bukan organ hati tu ye..)
Hati adalah alat telekomunikasi yang paling canggih sekali. Sejak dahulu, sampai bila-bila.
Kenapa?
Secanggih mana pun telefon bimbit kita, ipad, galaxy tab dan macam-macam lagi....Tapi kalau hati kita tak mahu berinteraksi dengan orang lain, tak terjadi komunikasi..
Tapi kalau hati kita mahu berkomunikasi dengan orang lain, ianya boleh berlaku walaupun dengan sekeping poskad, sepucuk surat, atau melalui telefon awam yang buruk di tepi jalan.
Ibu dan ayah hatinya tetap sengsara dan sedih sekalipun anaknya mempunyai ipad2 dan Galaxy tab serta iphone 5. Namun bertahun-tahun ibu dan ayah dibiarkan tidak dihubungi.
Tapi, hati ibu ayah tetap gembira dan bahagia, walaupun anaknya tiada iphone, tiada sony ericson jika si anak menghubingi ibu dan ayah walaupun melalui telefon awam usang tak berbumbung.
Tak percaya? Baca artikel penuh...
Video Undilah
Saya jumpa video ini.
Ulasanku: menarik! (walaupun ade mengarut sikit.)
Cuma pelik mengape video ini tidak lepas ditayangkan di media masa. Nak kata pro pembangkang...Tak juga...Nak kata pro kerajaan..Tak juga.. Mesejnya bagus, mengajak rakyat Malaysia yang layak mengundi supaya pergi mengundi.
Mesej yang saya dapat:
Kalau tak mengundi, jangan marah-marah tak setuju sana-sini, cakap pasal hak. Ade kuasa nak pilih, kita pilih.
Baca artikel penuh...
Filem tak bermoral
KPLI j-QAF ambilan 2012
Pembelian no. pin dan borang permohonan online juga akan dibuka mulai 26 September 2011 (Isnin) selepas jam 9.00 pagi.
Nota : Ini adalah pengambilan KPLI j-QAF untuk bidang Bahasa Arab, Pendidikan Islam dan Pendidikan Khas j-QAF sahaja dan bukan KPLI biasa. TARIKH TUTUP : 9 OKTOBER 2011
Ahad, 25 September 2011
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH MARA
Majlis Amanah Rakyat (MARA) dah iklan kan peluang pekerjaan bagi sesiapa yang mahu menjawat jawatan PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH MARA Institusi-institusi Pendidikan MARA (IPMa).
Jadi bagi sesiap yang berminat, bolehlah cuba mohon. Tarikh tutup hingga 7 Oktober 2011
Sila klik
Permohonan online
Syarat-syarat permohonan
Atau pergi ke www.mara.gov.my
Tahun lepas ada juga mohon untuk jawatan guru pendidikan Islam. Tapi tak ada rezeki, lagipun dah dapat tawaran kpli j-QAF.
Bagi sahabat-sahabat yang mahu tukar profesyen, bolehlah cuba.
Baca artikel penuh...
Sabtu, 24 September 2011
Simpanan pendidikan: Takaful Pendidikan vs Saham Amanah
Komitmen bayaran setiap bulan/tahunan
Komitmen membayar hingga tempoh matang.
Kebiasaannya caruman takaful pendidkan bermula dari RM100 setiap bulan
Perlindungan berbentuk pampasan kematian kepada anak (peserta)
Bayaran caruman percuma hingga tempoh matang (tempoh mengikut persetujuan) jika kematian berlaku pada pembayar.
Kadar pulangan/dividen rendah berbanding unit amanah
Pengeluaran terhad (bergantung pada syarikat)
Jika berhenti sebelum tempoh matang, nilai wang yang diperolehi rendah.
Jika anda meninggal dunia, dan baru menyimpan slama 3 tahun (contoh) waris anda hanya mendapat simpanan dalam tempoh itu sahaja. Berlainan dengan takaful pendidikan, jika kita sebagai pembayar meninggal, syarikat takaful akan membayarkan caruman itu sehingga tempoh matang ( kebiasaan hingga anak berumur 18 tahun hingga 24 tahun). Ini sudah tentu lebih menjamin masa depan anak kita.
Namun jika mampu, kita boleh menyertai takaful pendidikan untuk anak-anak dan juga membeli saham amanah. Gabungan kedua-dua instrumen ini pasti dapat memaksimumkan lagi simpanan pendidikan yang dibuat.
Lagu Kehidupan
Jumaat, 23 September 2011
Tanggungjawab penulis blog
Blog ni tempat aku luah perasaan aku. Macam tulis diari. Cuma orang lain boleh baca.
Kau tak suka dengan blog aku, aku apa peduli.
Mungkin kita pernah dengar ungkapan seperti itu semasa blogwalking atau ungkapan dari mulut orang lain.
Benar, kemudahan blog hari ini memudahkan kita untuk menulis apa saja yang kita mahukan. Pendek kata kita bebas menulis pendapat kita.
Namun dalam seronok 'berblog', menulis artikel yang berkisar tentang bermacam topik, kita perlu ingat satu perkara. Kita perlu bertanggungjawab atas apa yang kita tulis / katakan.
Memang kita bebas menulis, namun kebebasan itu ada batasannya. Sebagai umat Islam, kita akan dipersoalkan berkenaan semua perkara yang kita lakukan, termasuklah menulis blog! Ya, jangan lupa tentang itu.
Adakah blog kita lebih banyak menjurus perkara yang positif, mendatangkan pahala kepada kita?
Atau lebih banyak lalai dan mengundang dosa. Bukan setakat mengundang dosa buat diri sendiri, malah mengundang orang lain turut sama terpalit dengan dosa.
Ditakuti dalam keghairahan kita berblog (mencari trafik contohnya) kita lebih menjurus kepada perkara yang melalaikan.
Sebagai penulis, walaupun sekadar menulis blog, kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis. Penulis skrip, cerita, lirik lagu, puisi dan macam-macam lagi, semua itu mengundang tanggungjawab dan akan ditanya di akhirat nanti.
Harapnya dengan kemudahan untuk menulis blog yang ada hari ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya. Bukan sahaja untuk menambah pendapatan (melalui iklan), meluah perasaan, tetapi menambah saham pahala untuk menyelamatkan diri kita daripada gosong dibakar di akhirat nanti.
p/s: menulis sambil mengingatkan diri sendiri agar tak lalai.......
Baik campur jahat = diterima?
Tazkirah Jumaat : Solat & Puasa, tapi masih jahat?
Mari kita baca ayat ini bersama-sama:
Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar (Surah al-Ankabut: 45).
Dalam ayat di atas, Allah telah memberitahu kita bahawa solat dapat mencegah kita daripada perbuatan keji dan mungkar. Maksudnya kita akan jadi manusia yang baik apabila kita solat. Betul begitu?
Betul cikgu, orang solat tu, selalunya dia orang baik.
Kalau betul, kenapa hari ini ramai orang yang solat, tapi masih lagi buat dosa dan mungkar pada Allah? Sedangkan ayat di dalam sural Al-Baqarah tadi mengatakan solat mecegah perbuatan keji dan mungkar.
Saya bagi contoh, ramai orang Islam hari ini solat 5 waktu, tapi tak tutup aurat dengan sempurna. Yang perempuan ramai yang pakai baju ketat-ketat, tak pakai tudung , tshirt lengan pendek.
Perempuan tak boleh pakai tshirt lengan pendek ke cikgu?
Cuba kita tengok balik aurat perempuan. Lengan tangan ni termasuk dalam aurat perempuan tak? Kalau pakai tshirt lengan pendek, nampak tak kulit lengan dia?
ooooooooooo...faham......
Lelaki pun, ramai yang bersukan, tak jaga aurat. Pakai seluar pendek. Jalan-jalan kat bandar pakai seluar pendek. Seluar koyak-koyak kat lutut. Ada yang seluar londeh-londeh, nampak seluar dalam. Ada juga yang baju singkat nampak perut.
Tutup aurat tak tu?
Tak tutup aurat. Aurat lelaki daripada pusat hingga lutut.
Ok, jadi soalan cikgu, kenapa ade orang yang solat, tapi masih lagi buat perkara mungkar. Contohnya macam orang tak tutup aurat tadi.
Die ikut nafsu.
Dia ikut hasutan syaitan.
Dia takde iman cikgu.
Die tak kuat
Dia tak ingat Allah tu...
(dan macam-macam lagi jawapan)
Semua jawapan betul..Cuma kurang tepat. Ada lagi yang nak jawab?
Sebab, solat dia tak betul cikgu. Ade masalah dengan solat dia.
Ok. Betul! Biar saya jelaskan sedikit.
Katakanlah kita nak buat Pizza yang paling sodap sekali. Nyum, nyum!! Apa bahan yang kita kena ada?
Tepung, yis, air garam, gula, perasa, sosej, ikan tuna, sos tomato, keju, mayonis, tomato, isi ayam bla bla bla....
Amboi banyaknya, lagi peralatan apa lagi yang kena ada.
Kena ada sudu, senduk, magkuk, dulang leper, yang paling penting oven nak bakar piza!
Ok! Katakanlah kita masak dengan cara yang betul, bersungguh, sungguh dann teliti. Kebersihan kita jaga. Kita gaulkan bahan buat roti ikut sukatan, uli sampai kembang dan lembut. Kemuian bahan dia kita susun cantik-cantik. Lepas dah siap semua, kita bakar piza dengan suhu yang sesuai. Tak terlalu panas sampai rentung. Apa hasil pizza yang kita dapat.
Confirm pizza tu jadi cikgu.
Mesti nampak cantik, sedap dimakan. nyum!nyum!
Macam mana pulak kalau bahan-bahan yang sama tadi dibuat dengan cara lain. Contohnya, saya uli tpung dengan tangan kotor, tak basuh tangan. Lepas tu sukatan bahan tak betul. Uli pun tak lame, asal ada rupa roti, lepas tu leperkan. Isi pizza pun main tabur je. Letak sos tomato dengan keju sampai terlebih-lebih, melimpah. Lepas tu saya nak cepat siap, saya bakar guna suhu yang lebih tinggi dari biasa. Apa jadi dengan piza saya?
Saya taknak makan, cikgu tak basuh tangan. Kotor.
Mesti roti dia keras, cikgu uli tepung tak betul.
Roti tu luar je masak. Isi pizza pun same.
Pizza tu tak boleh makan la cikgu..dah suhu tinggi "gosong " la pizza tu.
EEE kotornye cikgu buat pizza....
(Sambil tersenyum)
Say nak samakan solat kita tadi tu, dengan proses nak buat pizza. Bahan-bahan pizza tu adalah diri kita, keislaman kita, iman yang kita ada, ilmu yang kita ada.
Kalau bahan-bahan buat pizza tak cukup, mesti pizza tu jadi tak sedap. Tapi kalau bahan ah betul, tapi cara buat salah, pun pizza kita tak jadi jugak. Betul? Kalau ada masalah pada bahan-bahan buat piza dengan masalah pada proses buat pizza, pizza tak jadi, tak sedap. Betul?
Betul tu....
Jadi solat pun macam tu juga. Kalau ilmu solat tak cukup, iman kita tak kuat, solat kita ada tak betul, tak ikhlas, tak ingat Allah, solat nak menunjuk-nunjuk pada orang, kita solat main-main, agak-agaknya tercapai tak tujuan solat nak jadikan manusia ni orang baik?
Rasanya tak jadi , sebab "bahan" dengan "proses" tak betul, jadi hasilnye pun, mesti tak cukup baik.
Khamis, 22 September 2011
Jangan makan ikan keli!!!
Jangan melatah. Saya sebenarnya peminat ikan keli. Lagi-lagi kalau ikan keli goreng, masak sambal...Sedap....
Ingin Simpan Emas Secara Halal?
Sila baca artikel ini : Ingin simpan emas secara halal?
Artikel ini saya peroleh dari zaharuddin.net tahun lalu.
Pasti ramai yang perasan, harga emas naik mencanak-canak sejak akhir-akhir ini. Jadi beruntunglah pada sesiapa yang mempunyai emas. Kalau jual sekarang, harga pastinya lebih tinggi. Ini termasuklah emas pada barang kemas.
Ada juga kawan-kawan yang mencadangkan agar beli dinar emas. Contohnya dinar emas Kelantan. Berat bagi 1 dinar ialah gram. Nak tahu harga semasa, darabkan berat dinar tu dengan harga emas semasa.
Ada juga yang mencadangkan agar membuat pelaburan emas melalui Public Gold ataupun Maybank. Namun saya ragu-ragu kerana pelaburan emas itu tidak diletakkan di bahagian perbankan Islam. Oleh itu status patuh syariahnya diragui, memandangkan tiada semakan dibuat untuk memastikan urusniaga yang dijalankan bebas dari riba.
Sila baca ulasan Ustaz Zaharuddin berkenaan pelaburan emas di Public Gold dan Maybank:













