Ahad, 31 Julai 2011

Jangan dedahkan aib

Ada manusia yang orang hormat, ada manusia yang orang keji. Ada manusia yang besar pada pandangan orang, ada juga yang nampak kecil. Mengapa seseorang itu tidak mendapat penghormatan dan dikeji oleh orang ramai.

Kebiasaannya seseorang itu kita hormati,nampak hebat, alim, kerana kita tidak nampak keaiban orang itu. Maksudnya keaiban yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

Apa tanggapan kita kita seorang Ustaz atau Ustazah yang kita hormati, tiba-tiba didapati bersalah oleh mahkamah syariah berkahwin di selatan Thailand?

Apa tanggapan kita pada seorang Pengetua yang kita hormati, apabila kita dapat tahu tabiat buruknya suka memukul anak-anaknya?

Apa tanggapan seorang isteri yang sangat mengkagumi suaminya jika si isteri mengetahui suaminya itu suka memikat isteri orang lain?

(** contoh di atas hanya contoh semata-mata.)

Maksudnya tanggapan kita pada seseorang, atau tanggapan orang kepada kita akan berubah jika aib diri seseorang itu dibuka atau terdeedah kepada umum. Mungkin selepas itu semakin berkurangan orang yang menghormati, semakin ramai yang membenci.

Jadi kita sepatutnya bersyukur kepada Allah kerana Allah memlihara keaiban yang ada pada diri kita daripada diketahui umum.

Kita juga dilarang membuka dan menyebarkan keaiban orang lain kerana perkara ini amat bertentangan dengan Islam.

“Sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat” (HR. at-Tirmidzi dan disahihkan oleh Al-Albani)

Malah kita juga dilarang membuka keaiban diri kita sendiri kepada umum.

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:

Aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: Semua umatku akan ditutupi segala kesalahannya kecuali orang-orang yang berbuat maksiat dengan terang-terangan. Masuk dalam kategori berbuat maksiat terang-terangan adalah bila seorang berbuat dosa di malam hari kemudian Allah telah menutupi dosanya, lalu dia berkata (kepada temannya): Hai Fulan! Tadi malam aku telah berbuat ini dan itu. Allah telah menutupi dosanya ketika di malam hari sehingga ia bermalam dalam keadaan ditutupi dosanya, kemudian di pagi hari ia sendiri menyingkap tirai penutup Allah dari dirinya. (Shahih Muslim)

Apabila keaiban telah diketahui umum, bukan setakat namanya sendiri menjadi buruk. Kemungkinan orang lain juga boleh terpalit sama.

Contohnya seorang cikgu (wanita) yang sibuk merakamkan aksinya miming bermacam-macam lagu, dengan gaya yang bermacam-macam, dan tidak sesuai untuk dijadikan tontotan umum kerana kelakuannya yang kurang sesuai dilakukan oleh seorang muslimah, tiba-tiba dia sendiri upload videonya di youtube, dan semua orang boleh akses dan melihat video itu.

Hal itu boleh dikatakan membuka aib diri sendiri. Malah boleh dikatakan memalukan profesyen perguruan. Bukan itu sahaja, bahaya jika anak muridnya terikut-ikut dengan perlakuan gurunya itu...

Jadi sama-samalah kita mmenjaga aib ahli keluarga dan sahabat kita, termasuklah diri kita sendiri.
Baca artikel penuh...

Beri ruang untuk berfikir


"Semasa kita menunaikan solat, kita diwajibkan untuk tutup aurat. Mesti! kalau tidak solat kita tak sah, kena ulang semula." Anak-anak murid cuba memahami penerangan cikgu.

" Macam mana kita jaga aurat, tutup aurat dalam solat, macam itu juga aurat yang kita kena jaga bila diluar solat. Kalau lelaki antara pusat hingga lutut. Kalau yang perempuan pulak?"

"Seluruh tubuh kecuali muka dan tangan." Sahut pelajar perempuan sambil mengangkat tangan mereka. Bersemangat nampaknya.

Cikgu menyambung dengan memberikan soalan " Macam mana kalau orang yang tak jaga aurat kat tv tu?"

"berdosa cikgu."

" Kalau menyanyi kat tv tak tutup aurat? Mcm yang pakai kain belah-belah dengan skirt pendek?"

" berdosa jugak cikgu."

"Kenapa berdosa?" Cikgu bertanya lagi.

" sebab mereka tak tutup aurat. tak tutup aurat hukumnya berdosa."

Tiba-tiba ada satu soalan dari pelajar



" cikgu, kat tv saya tengok dalam rancangan MxxxxR, Sxxxxxxx Axxx menyanyi pakai tudung. Tapi orang yang dia ajar tu tak tutup aurat. Berdosa tak tu cikgu?

"Ok, sekarang semua tengok cikgu. Cikgu pakai baju tutup aurat. Baju cikgu bersih. Pakaian cikgu smart. cikgu pun memang hensem." kata cikgu perasan hensem.

" eeee...cikgu perasan.."

" Ok2 kita sambung. Cikgu pakai smart macam ni. Cikgu menyanyi depan kelas, cikgu ajak Firdaus menyanyi sekali. Tapi cikgu tak suruh Firdaus tutup aurat. Dia pakain seluar pendek ketat, pakai singlet. Kite nyanyi lagu rock....OOOO YEAHH!!!"

" mane boleh macam tu cikgu. cikgu tutup aurat die tak tutup " murid-murid tak puas hati.

" tapi cikgu tutup aurat lah..mane dosa. Firdaus yang tak tutup aurat. Cikgu cuma suruh dia pakai ketat dengan seksi je. Yang tak tutup aurat die, bukan saya!"

" Mane boleh! Cikgu dosa jugak la. Suruh die pakai ketat, lepas tu joget-joget depan orang. Semua orang tengok. Cikgu pun dapat dosa jugak!" Semakin ramai yang membangkang.

" Tak la. Mane ade dosa." cikgu cuba mempertahankan pandangannya.

" Dosa la cikgu. Kita suruh orang buat jahat, kita dapat jugak dosa."

" Ye la cikgu. Kita tak buat, tapi suruh orang buat jahat. Kan Dosa jugak macam tu." pelajar-pelajar memberikan alasan mereka.

" Jadi macam mana dengan orang yang ajar menyanyi kat rancangan MxxtxR tadi? Dosa ke dia?"

" Dosa. Tak elok sebab dia sokong orang yang dia ajar tu tak tutup aurat. Walaupun dia pakai tudung, tapi....bla bla bla bla......." mereka menjawab persoalan dan membuat kesimpulan.


Murid-murid boleh berfikir dengan baik jika kita memberikan garis panduan dan membimbing mereka. Beri mereka ruang berfikir.. Baca artikel penuh...

Selasa, 26 Julai 2011

Cenderamata..mengubah kebiasaan.

Mengubah satu kebiasaan memang memerlukan usaha yang lebih. Malah perkara baru yang mahu dibiasakan itu perlu selalu cuba dibuat untuk menggantikan perkara yang telah kita terbiasa. Contohnya sudah biasa bangun lewat pagi, mahu ubah bangun awal. Memanglah perlu 'bertarung' atau 'berperang' dan bermujahadah melawan mata mengantuk yang minta ditutup itu..Kali pertama mungkin tidak berjaya. Cubaan kedua mungkin gagal. Mungkin cubaan ketiga dan seterusnya akan membuahkan hasil yang lebih baik.

Kuncinya?

Mulakan sahaja dahulu. Kalau tidak cuba mana tahu? Kita selalu meletakkan diri kita dalam zon selesa dan melakukan perkara yang biasa tanpa mahu menyusahkan diri membuat sedikit kelainan. Walhal yang biasa tak semestinya betul, tetapi kita perlu biasakan perkara yang betul.

Amalan memberi cenderahati pada tetamu kehormat atau VIP memang menjadi amalan dalam majlis di Malaysia. Kalau di peringkat sekolah, pasti disediakan cenderamata untuk perasmi majlis yang dijemput dari luar. Lebih-lebih lagi jika perasmi merupakan orang yang berjawatan tinggi. Tak lengkap jika tidak ada cenderamata. Malah dianggap melanggar protokol dan tidak beradab.

Dari satu perspektif, amalan ini menunjukkan rasa hormat kepada tetamu yang hadir.

Apa yang diberi?

Kalau di peringkat sekolah, saya melihat kebiasaannya, perasmi akan mendapat cenderamata berbentuk plak (betul ke ejaan?) atau hamper yang terdiri daripada makanan.

"untuk PPD atau wakilnya nanti, kita nak beri apa?" tanya seorang cikgu jQAF kepada guru besar.

"kita beli buah-buahan je. Beli yang mahal-mahal sikit, letak dalam bakul. Boleh dia makan. Kalau bagi plak, bukan boleh buat ape pun."

"Kalau kita bagi buku boleh tak cikgu? Kita bagi buku yang harganya mahal sikit. Saya cadangkan buku Indahnya Hidup Bersyariat tulisan susunan Ustaz Ismail Kamus. Yang dapat tu boleh baca, rujuk apa-apa masalah fiqh, solat ke dalam buku tu. Buku tu sesuai untuk panduan orang awam, dari lahir sampai ke pengurusan jenazah pun ada." jelas cikgu jQAF dengan bersemangat.

"mmmmm....Buku ke? Macam tak sesuai je bagi buku. Orang jarang bagi buku untuk cenderamata."

Ahh...proposal rejected.....

Benar, amalan memberi buku sebagai cenderamata jarang sekali berlaku. Bukan tidak ada, tetapi jarang. Tidak salah rasanya kita menghadiahkan buku kepada perasmi sesuatu majlis jika majlis itu bersesuaian. Kalau majlis solat hajat atau perasmian mesyuarat, rasanya boleh kita berikan buku yang difikirkan sesuai. Bahkan boleh sahaja diberikan Al-Quran kepada VIP yang beragama Islam. Ataupun cenderamata plak atau hamper itu boleh disertakan sekali dengan buku.

Berlainan dengan perasmian majlis berbentuk sukan, mungkin cenderahati berbentuk plak, atau barang-brang lain lebih sesuai. Cenderamata berbentuk buku rasanya lebih sesuai untuk majlis berbentuk ilmiah, perbincangan dan spiritual.

Nanum jarang sekali kalau di peringkat sekolah, cenderamata yang diberikan adalah buku...Sayang sekali...

Dalam buku itu terselit ilmu yang mungkin berguna dan belum kita temui sebelum ini. Atau jika buku itu sudah kita perolehi, boleh kita memanjangkan pahala dengan memberikan buku itu kepada orang yang belum membacanya.

Membaca belum lagi menjadi amalan rakyat Malaysia.

Namun, untuk mengubahnya, perlu dimulakan sekarang.

Mari kita hadiahkan buku sebagai cenderamata!
Baca artikel penuh...

Isnin, 25 Julai 2011

Saudaraku di bumi lain..

** Saya tidak tahu tajuk lagu ini. Juga tidak tahu siapa penyanyinya. Hanya terjumpa di internet dan pernah dengar di radio ikim beberapa tahun dulu.


di sana ada air mata
yang gugur kaku dan kecewa
dimamah sang peluru dan senjata
inikah pilihan yg harus dipinta

di sini aku berdiri
bumi bertuah yg aku kasihi
di sana saudaraku terus menanti
kemanusiaan yg hilang erti

hantar segera darahku ke sana
agar mereka bisa kembali bernyawa
jangan kau pudarkan semangat yg membara
biar insan durjana melutut di kaki mereka

doa dan semangat ku tetap bersamamu
ku kirimkan selalu di dalam sujudku
walaupun kita hanya mungkin bertemu
darah ku semerah perjuanganmu

Baca artikel penuh...

Solatlah, walaupun dalam kesempitan.



Nampak remeh, tetapi penting. Ramai benar rasanya hari ini memberi alasan tidak solat, dengan pelbagai alasan. Tiada tempat wuduk, tiada surau, baju kotor (bukan terkena najis), tak bawa kain, macam-macam lagi.

'Brader-brader' tu boleh je solat sambil tangan kena gari. Takkan kita yang tak bergari ni tak boleh nak solat molek-molek?
Baca artikel penuh...

Jumaat, 22 Julai 2011

Tambah ilmu solat.




Ramai antara kita yang memasang cita-cita mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Mahu sambung belajar, mahu tambah ilmu pengetahuan.

Tapi berapa ramai antara kita yang terfikir mahu tambah ilmu tentang ibadah solat yang kita lakukan seharian?

Rasa sudah mencukupi

Ramai di kalangan kita merasakan ilmu kita tentang solat sudah mencukupi. Jika semasa kita di sekolah kita belajar tentang solat, adakah selepas 10 atau 20 tahun ilmu kita tentang solat setakat ilmu yang kita pelajari semasa sekolah? Tidak mahu 'upgrade' ilmu solat? Adakah kita merasakan ilmu itu sudah mencukupi?

Ilmu tentang komputer kita perlu selalu 'upgrade' kerana perubahan berlaku dengan pantas dan komputer digunakan dan semakin penting dalam kehidupan seharian. Solat juga kita lakukan seharian, rasanya kurang elok jika kita biarkan ilmu tentang solat kita yang semakin berumur ini sama dengan pelajar berumur 12 tahun.

Apa yang perlu di 'upgrade'?

Ada banyak perkara yang boleh kita baiki. Antaranya menyemak gerakan solat sehinggalah bacaan dengan sebutan yang betul dan bertajwid. Disarankan untuk permulaan, boleh dibetulkan bacaan, terutama bagi lelaki yang pasti akan menjadi ketua keluarga. Malu kalau bacaan kita anak kecil yang tegur.

Diperingkat yang lebih, mungkin kita boleh menyemak gerakan atau solat yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Sering kita dengar orang menyebut hadith Rasulullah yang bermaksud "solatlah sebagaimana kamu lihat aku solat". Mari kita lanjutkan lagi dengan melihat banyak lagi hadith tentang gerakan dan bacaan Rasulullah s.a.w.

Bagaimana?

Ada banyak cara untuk kita tambah ilmu tentang solat. Ada banyak buku berkaitan dengan solat yang ditulis dan disusun oleh ilmuan Islam yang berkaliber. Antara buku yang di syorkan ialah:





dan banyak lagi buku lain yang ada di pasaran. Beli dan baca, serta perlu bertanya kepada mereka yang lebih tahu. Lebih molek lagi jika kita minta orang yang lebih berilmu untuk melihat dan menilai pergerakan solat kita.

Jadi sama-sama kita berusaha untuk menambah ilmu tentang solat kita. Kalau hal berkaitan dengan dunia kita cuba berhabisan buat yang terbaik, apa salahnya perkara yang memang wajib kita lakukan setiap hari ini kita usaha yang terbaik untuk memperelokkannya lagi.....Sekurang-kurangnya mengurangkan kemungkinan solat kita tidak diterima Allah............

** jika sebelum ini kita beribadah dengan cara bertaqlid (mengikut) ajaran daripada guru kita, tidak salah jika kita usaha untuk mengetahui asas dan dalil ibadat yang kita lakukan. Melakukan ibadat beserta dengan ilmu lebih baik daripada mengikut tanpa ada ilmu. Kita akan lebih yakin dengan ibadah yang kita lakukan.


Baca artikel penuh...

Isnin, 18 Julai 2011

Baca Yasin 3 kali malam nisfu Syaaban?


Anda pergi masjid pada malam nisfu Syaaban?

Apaitu Nisfu Syaaban? Ringkasnya Nisfu Syaaban itu adalah separuh atau setengah bulan daripada bulan Syaaban. Boleh lihat bulan mengambang cantik malam itu.

Kebiasaannya di Malaysia, majoriti masjid dan surau akan mengadakan bacaan Surah Yaasin sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib. Malah ada juga yang mengadakan solat sunat Nisfu Syaaban berjemaah.

Itu isu yang mahu disentuh kali ini.

Melihat kepada perkara ini yang berlaku sekian lama di Malaysia, perkara itu sudah menjadi ritual atau kewajipan. Malam nisfu Syaaban mesti baca Surah Yaasin 3 kali. Mesti solat sunat nisfu Syaaban.

Mahu dijelaskan di sini, membaca Yaasin 3 kali pada malam nisfu Syaaban itu tidaklah diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. Itu bukan sunnah baginda. Tiada juga hadith daripada baginda yang menyebut tentang bacaan Yaasin pada malam nisfu Syaaban itu.

Jadi salahkah bacaan Yaasin pada malam nisfu Syaaban?

Tiadalah menjadi kesalahan membaca surah Yaasin pada malam tersebut. Bacalah sebanyak mana pun yang kita mahu.

CUMA, jangan disabitkan dengan sunnah Rasulullah s.a.w, niatkan sahaja untuk kita memperbanyakkan amal ibadah kepada Allah. Bukan niat membaca Yaasin sempena malam nisfu Syaaban.

Bacaan sebanyak 3 kali itu pula, seeloknya bacalah dengan bertajwid. Perkara yang menjadi masalah ialah, apabila membaca sebanyak 3 kali surah Yaasin itu, dibacanya dengan kelajuan yang maksimum (mungkin merempit lebih 120km sejam). Jadi apabila membaca dengan laju dan tergopoh gapah (mungkin kerana mahu cepat habis mengejar waktu Isya'), pasti banyaklah salahnya. Tajwidnya tunggang langgang, sebutan pun salah, makhraj apetah lagi. Silap-silap wakaf/berhenti pun tak betul. Maka bacaan seperti itu banyak mengundang salah dan dosa daripada pahala.

Apalah salahnya dibaca satu kali sahaja, tetapi dengan sebutan dan tajwid yang betul. Barulah datangnya barakah dan pahala. Kalau baca laju sampai dilihat baca jampi mentera bomoh siam, ape nak jadi? Dapat pahala?

Solat sunat nisfu syaaban

Ini menjadi satu lagi isu. Solat sunat ini tidak diamalkan di lain-lain tempat. Ulama 4 mazhab utama juga tidak pernah menyentuh atau menyebut tentang solat sunat nisfu Syaaban. Tiada juga hadith tentang solat sunat nisfu Syaaban. Kalau ada pun hadith maudhu' (palsu).

Jadi bolehlah dikatakan menunaikan SOLAT SUNAT NISFU SYAABAN itu adalah perkara BIDAAH yang perlu kita jauhi sama sekali.

Jadi tidak boleh baca Yaasin dan beramal ibadah pada malam nisfu Syaaban?

Hadith yang bersabit dengan nisfu Syaaban ini memang ada (sila buat carian anda sendiri). Ringkasnya hadith tersebut menyatakan Rasulullah s.a.w melakukan Qiamullail (solat malam) pada malam tersebut.

Tiada masalah mahu membaca Yaasin atau apa sahaja surah pada malam nisfu Syaaban itu. Bacalah! Mahu khatam al-Quran pun bagus. Cuma perlulah kita baca dengan tertib, bukan seperti senario bacaan Yaasin 3 kali terkejar-terkejar yang selalu terjadi di Malaysia ini.

Boleh kita solat sunat. Mahu solat sunat taubat, solat sunat tahajud, solat sunat hajat, buatlah! Tapi bukan SOLAT SUNAT NISFU SYAABAN! Perkara itu tidak ada dan tidak wujud. Tidak tahulah siapa yang memulakannya.

Tak percaya, boleh cari di google. Atau tanya sahaja pada ustaz yang diyakini kefakihannya.

Masyarakat kita hari ini perlu berubah dan menilai kembali ibadah harian yang kita lakukan. Seringkali mulut kita berbicara mahu ikut sunnah Rasulullah, namun hakikatnya banyak perkara yang kita lakuklan jauh tersasar daripada sunnah Baginda.


** Sebelum ini, pandangan beberapa orang ilmuan Islam dan ustaz telah pun saya tanya berkenaan nisfu Syaaban ini.
* ini belum lagi masuk bab Yaasin malam Jumaat..


Baca artikel penuh...

Khamis, 14 Julai 2011

Tibe-tibe ramai BERLAGAK macam ustaz

Tiadelah saye mahu mengatakan diri ini seorang ustaz yang mahir dan dihormati. Kerane ilmu yang ade pade diri ini amat kurang. Namun dapatlah juge dikutip sedikit-sedikit ilmu dan pengalaman dari Akademi Pengajian Islam UM selame empat tahun.

Selepas perhimpunan BERSIH 2.0 lalu, bermacam-macam cerite yang didengari. Peserta meninggal. Polis sembur air ke hospital, menteri tak mengaku polis kasar dan macam-macam hal lagi, tidak kirelah di pihak atau parti mane sekalipun.

Saye tertarik pade isu ini. Isu Ustaz Zambri Mantop!

Kabarnye beliau telah menyertai perhimpunan bersih dan mengaku pergi juge. Gambar itu juge menunjukkan baju beliau basah dek semburan air FRU. Maksudnye memang sahih beliau turut serta. Bukan lalu lalang dan terperangkap. Memang niatnye untuk pergi.

Umum tahu beliau mengendalikan rancangan mari mengaji serta mari bercerita di TV9. Rancangan itu juge mendapat sambutan yang sangat baik daripada masyarakat di Malaysia.

" bagus rancangan tu. pandai ustat tu ajar"

"budok-budok suke bebenor nengok tv9 rancangan ustat zamri tu"

"menarik juge rancangan tu. lain dari rancangan mengaji yg lain"

Banyak komen yang positif. Tah niah ustaz atas kejayaan mengendalikan program dengan baik.

LEbih dari ustaz / Mengalahkan ustaz

Masalahnye, selepas tersiarnye gambor beliau menyertai bersih, make ramailah pule ustaz segera yang tibe-tibe muncul memperlekehkan ustaz Zamri yang terkenal itu. Bukan setakat memperlekeh, mengeji, mengutuk, cerca dan macam-macam lagi. tak kurang juge yang mengeluarkan hukum berhujjah dengan hadis dan ayat Quran menidakkan tindakan ustaz Zambri ini.

Tetapi ustaz Zambri dilihat tetap cool. Mantoplah ustaz!


" aku respek ustat ni sebelum ni. sekali join bersih, hilang respek aku"

" ni la die ustaz tak cukup ilmu. habis anak murid diajaknye pergi perhimpunan haram"

" eleh kalau takat senyum ajar ngaji gitu, aku pun bole daa"

" ramai lagi ustaz yang lagi baik dari die ni"

" tak sedar diri ustaz ni. keje tv9 bayar, tapi sokong BERSIH"

" demonstrasi tu kan orang yahudi buat!"

" bodohnya alim ulama ikut cakap hindu ambiga tu!"

Itu lah sedikit antare kate-kate si "perasan seperti ustaz" terhadap ustaz Zamri itu.

Suka atau tidak suka itu hak individu. Betul!
Kite ade hak mahu suke seiape sahaje, atau tidak mahu suke. Masalahnye di sini, kalau tidak suke, kate sahajelah tidak setuju. Tiade perlulah menghina ilmu beliau seperti kite ini lebih alim dan hebat daripadenye.
Siape yang sesat? Siape yang kene tipu?



Emm..kalau rase kite lebih alim, elok kita yang jadi ustaz. tak gitu?

Tanpa fakta yang kukuh, dihinenye ustaz itu seperti orang yang tidak gune. Iyelah kan, mase suke orang sanjung. Bila ade konflik dengan kepentingan sendiri, dihine sesuke hatinye.

Namun ustaz Zamri tiadelah ape-ape masalah. Die tetap berbahagia dengan hidupnya. Ramai juge yang menyokong beliau.


*** Sasterawan Negara, A Samad Said juge menerima nasib yang same.....


Baca artikel penuh...

Rabu, 13 Julai 2011

Sokong pembangkang salah?

PERINGATAN
*** Sebagaimana saye hormat prinsip orang, sila hormati prinsip saye juge. eden hormat kau sokong XX, ekau pun kena hormat pandangan den sokong XX.

Tak suko baco artikel ni, sila telan Alt + F4. Eden tak jomput datang, jangan buat sepah kek rumah den.

-------------------------------------------------------------------------------------------------


Ada satu persepsi yang agak jelik bagi rakyat Malaysia. Tidak kira kaum apa sekalipun.

Sekiranya parti yang memenangi pilihanraya umum menang dan menjadi parti pemerintah, maka golongan yang tidak menyokong parti itu atau lebih dikenali sebagai pembangkang akan dipandang sebagai pihak yang salah (termasuk sebahagian besar penyokong parti itu).

Ini kenyataan. Bukan cakap-cakap kosong. Bukti?

Boleh cari dan lihat sendiri. Bagaimana laporan media massa yang berat sebelah.

Bagaimana banyaknya berita di internet.

Bagaimana BODOHNYA tv dan suratkhabar menyiarkan gambar superimpose dan memberikan laopran salah.

Bagaimana TV memberikan berita yang menipu, sedangkan hakikatnya tidak begitu.

Dan banyak lagi.........tinggal mahu cari atau tidak.

Apa masalahnya wujud pembangkang di Malaysia? JIJIK benarkah pembangkang?

Salahkah penjawat awam menyokong perti Pembangkang?

Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen. Kerajaan demokrasi adalah kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Rakyat bebas meilih pemerintah yang disukainya. Jika rakyat sudah tidak suka kepada pemerintah sekarang, rakyat boleh menukar kerajaan! Ini demokrasi. Dalam demokrasi, rakyat diutamakan dan mendapat keuntungan.

Penjawat awam pun sebahagian daripada rakyat Malaysia. Jadi berdosakah jika seorang PTD tidak menyokong parti pemerintah yang menjadi majikannya ketika ini?

Penjawat awam itu bukan rakyat Malaysia?
Guru bukan rakyat Malaysia?
Tentera bukan rakyat Malaysia?

Pemaksaan dan penekanan kepada rakyat untuk menyokong parti memerintah akan menyesakkan dada dan membuatkan orang lebih memberontak di dalam, walaupun di luar tidak begitu.

Sikap tidak peduli kepada politik pula adalah satu sikap yang sangat jelas tidak betul. Kerana apa? Kerana kita ini sebahagian daripada politik. Betulkan "mindset", lihat politik ini dari perspektif hablum minan naas (hubungan dengan manusia) untuk mencari keredhaan Allah. Bukan bermaksud kita perlu membabitkan diri dalam politik, tetapi kita perlu juga ambil tahu hal sekeliling. Politik ini juga akan mencorakkan dasar negara yang akan kita lalui dan jalankan dalam kehidupan seharian.

Sebagai rakyat Malaysia yang layak mengundi, saya tidak boleh menerima sama sekali jika orang memaksa dan mengugut supaya saya memangkah parti XX dalam pilihanraya. Kerana apa? Kerana hak mengundi itu terpulang kepada saya. Saya juga tidak berhak memaksa mana-mana orang, termasuklah keluarga atau isteri saya, atau anak saya sekalipun untuk mengundi parti pilihan saya dalam pilihanraya.

Alasan yang selalu....

" kau belajar kat sekolah kerajaan, dapat biasiswa kerajaan. kerja pun dengan kerajaan. tapi tak memasal sokong pembangkang. tak kenang budi!"

" kerajaan dah susah-susah tolong kau, kau tak sokong pulak!"

" pembangunan macam-macam kerajaan dah buat. kau nak apa lagi. Malaysia dah aman mcm ni pun tak syukur!"

"sokong pembangkang sangat, berenti la jadi cikgu sekolah kerajaan!"

Alasan ini selalu diberikan oleh ramai penyokong XX..,Tak kira tua atau muda.

parti pemerintah cuma memegang amanah sementara. Kerajaan itu bukan hak mutlak parti itu. Saya ulang, BUKAN HAK MUTLAK. CUMA MEMEGANG AMANAH MENTADBIR NEGARA!

Mana-mana kerajaan didunia ini WAJIB menyediakan kemudahan untuk rakyatnya termasuklah pendidikan. Duit biasiswa yang dibayar itu merupakan duit kerajaan MALAYSIA, sebahagiannya hasil pungutan cukai daripada RAKYAT Malaysia. bukan duit PARTI. BUKAN DUIT PARTI. FAHAM??? Penjawat awam juga dibayar gajinya menggunakan duit KERAJAAN, bukan duit PARTI XX. Faham?

Kalau tukar parti pemerintah pun, kerajaan tetap di panggil kerajaan Malaysia. Semua tanggungjawab yang dijalankan sebelum ini, perlu diteruskan termasuklah pendidikan. Penjawat awam tetap dibayar seperti biasa menggunakan DUIT KERAJAAN.

Jangan ungkit hal kerajaan dah buat macam-macam. Itu memang tanggungjawab yang perlu dijalankan oleh kerajaan. Kalau selalu ungkit-ungkit macam ni, nampak jelas tak ikhlas kerja yang dijalankan. Kalau tak sanggup, turun, bagi orang lain naik memerintah. Tak kira parti mana yang naik nanti pun, tanggungjawab sebagai kerajaan perlu dijalankan, TANPA ADA PAKSAAN KEPADA RAKYAT BAWAHANNYA (TERMASUK PENJAWAT AWAM) UNTUK TIDAK MENYOKONG PEMBANGKANG DAN MENGUNDI PARTI PEMERINTAH DALAM PILIHANRAYA.

Kalau nak sangat orang tak sokong pembangkang, gubal undang-undang satu perti sahaja yang memerintah! Habis cerita. Macam ape yang jadi contohnya di Mesir dengan Iraq. Tapi bila tukar begitu, tak jadi demokrasi lagi lah....Kemudian tunggu pula rakyat keluar ramai-ramai memberontak macam di Mesir...

Ya, kerajaan sudah membangunkan Malaysia pada hari ini. Alhamdulillah, namun tersangat banyak penyelewengan yang sudah menjadi "public secret". Dapat lihat jelas bagaimana mewahnya pemimpin dan rakyat biasa semakin tertekan dengan hidup.



Baca artikel penuh...

Ahad, 10 Julai 2011

Pengaruh gelaran USTAZ




Pangkat atau gelaran yang baik-baik memang boleh mempengaruhi orang ramai. Dalam masyarakat , gelaran USTAZ contohnya adalah satu gelaran yang dihormati. Insan yang digelar dan dipanggil oleh orang ramai ini umumnya mempunyai perwatakan yang baik. Ya, orang akan mengatakan dia orang yang BAIK. Pakaiannya juga sopan. Tu
tur katanya sopan dan berhemat. Akhlaknya baik. Pandangan
dan nasihatnya ditagih dan menjadi ikutan orang. Dal
am erti kata lain, kata-kata dan nasihat ustaz memang laku dan orang guna pakai.

Itu secara umumnya insan yang digelar ustaz. (pada pandangan saye...tak tahulah pandangan orang lain)

Walaupun mungkin seseorang itu merasakan dirinya tidak layak digelar ustaz (contohnye sayelah...) tetapi apabila orang sekelilingnya memanggilnya dengan gelaran itu, maka semacam ada satu penghormatan yang diberikan kepada orang itu kepada ilmu pengetahuan yang dimiliki. Walaupun sesetengah orang yang dipanggil ustaz ini ilmunya tidaklah hebat dan mendalam (macam saye juga....) tetapi orang ramai akan be
rpandangan ustaz ini alim dan ilmu agamnya baik dan lebih berbanding yang bukan ustaz.
Oleh itu, amatlah berbahaya sekiranya golongan yang dipanggil ustaz ini tersilap dalam memberikan pandangan atau nasihatnya. Mengapa? Sebab pandangannya menjadi ikutan orang ramai.

Ajaran sesat mempunyai ramai pengikut kerana kebanyakan pengasasnya berperwatakan alim seperti seorang ustaz (ayah pin tu, den tak tau la nak cakap.....takde gaye ustat pun). Jadi dia menggunakan pengaruhnya itu untuk menyebarkan ajaran salahnya. Mereka yang kurang ilmunya memang mudah terpengaruh.

Itu contoh bagi ajarran sesat. Bagaimana pula jika seorang ustaz tersilap memberi pandangan dalam hal muamalah, ibadat, atau fiqh? Boleh huru-hara jadinya.



"ustaz Pauji tu kata insurans yang aku ambik ni halal, kau pandai-pandai je kata haran."

" aku melabur dalam unit trust xxxxxx. Ustat Pozi kate bukan perbankan islam pun halal la!"

" aku guna duit interest ni sebab Ustat Fuzi kata interest ni halal. Bukan haram pun!"

Itu antara contoh-contoh ayat yang menjadikan ustat sebagai sandaran dan pembenar perbuatan yang dilakukan. Hakikatnya perkara ini benar-benar berlaku.

Jadi kepada insan yang digelar ustaz, walaupun merasakan dirinya tidak layak (seperti saye ini), kamu perlu berhati-hati mengeluarkan pandangan, walaupun dengan orang yang terdekat. Orang pandang tinggi pada ustaz. Jadi jangan dirosakkan gelaran itu dengan pandangan yang mengarut dan tiada asasnya.

Satu contoh seorang ustaz tersilap memberikan pandangan.

Ustaz ini memang terkenal dengan ceramahnya. Kalau disebut namanya, orang pasti kenal. Beliau juga merupakan bekas pensyarah IPTA di ibu negara dalam hal undang-undang. Ramai yang orang yang menghormatinya dan menjadikan nasihatnya sebagai panduan.

Satu hari, beliau menyampaikan ceramahnya. Beliau dalam ceramahnya memberitahu bahawa beliau tidak bersetuju dengan seorang mufti di salah sebuah negeri di Malaysia. Terkeluar daripada mulutnya " XXXX bapak setan!". Video ini tersebar luas di Youxxxx.

Pandangan orang yang berilmu, adalah tidak wajar mengatakan seorang mufti dengan gelaran sedemikian, walaupun mungkin mufti itu ada melakukan kesilapan. Mereka yang cerdik boleh menilai akhlak ustaz tersebut. Pada pandangan mata sye yang bukan ustaz ini, kredibilitinya sebagai ustaz jatuh kerana menghina dan mencerca orang sebegitu rupa. Cercaan nya itu pula adalah terhadap tindakan/fikiran mufti itu yang tidak dibuktikan pun kesilapan/kemungkaran yang dilakukan. Astaghfirullah....Moga beliau sedar akan kesilapannya.

Satu hari lagi, setelah beberapa tahun, ustaz ini telah ditemuramah oleh sebuah majalah bisnes. Wartawan majalah ini bertanyakan ustaz itu tentang hukum MLM atau Multilevel Marketing. Umum mengetahui beliau bukanlah seorang pakar dalam bidang muamalat. Beliau ahli dalam bidang perundangan.

Walaubagaimanapun, beliau memberikan padangannya dan menghalalkan sistem MLM ini. Walhal, sistem MLM ini masih hangat diperdebatkan dan kebanyakan hasil penyelidikan dan kertas kerja lebih menyatakan sistem MLM ini sebagai gharar dan fasid. Ini termasuk pandangan ulama terkemuka Dr Wahbah Zuhaily yang menyatakan sistem MLM yang diguna di Malaysia ini adalah FASID.

Lebih mendukacitakan lagi, perbandingan yang diberikan dalam wawancaranya bersama majalah itu sangatlah dangkal dan mampu di sanggah menggunakan akal oleh orang ramai. Beliau menyamakan sistem MLM ini dengan ganjaran pahala mengajarkan ilmu kepada orang ramai. Jika orang yang mendapat ilmu daripada kita itu mengajarkan ilmu kepada orang lain, kita juga akan mendapat ganjarannya. Pada pandangan saya (yang tidak layak menjadi ustaz ini) perbandingan ini akan dicampak ke dalam bakul sampah jika dimasukkan dalam kajian tesis atau kertas projek.

Malangnya, pandangannya itu mempengaruhi ramai orang. Ramai orang menjadikannya hujjahnya dalam majalah itu sebagai sandaran! Malah mempertahankan pandangan beliau jika ada yang bersuara dan menyanggah. Walhal pendangannya tidak masuk akal jika diteliti oleh pakar dalam bidang muamalat.


Jadi kepada ustaz-ustaz sekalian, berhati-hati memberikan pandangan. Tidak salah mengatakan kita tidak tahu dan tidak boleh menjawab satu persoalan yang diutarakan. Mengatakan tidak tahu lebih baik daripada memberikan pandangan yang boleh mengelirukan orang ramai. Jika anda ragu-ragu dengan jawapan anda, anda boleh mengatakan ini adalah pandangan peribadi anda.

Malah berhadapan dengan soalan yang anda tidak tahu jawapannya itu adalah satu peluang anda untuk menambahkan ilmu dengan cara merujuk kepada orang yang lebih ilmunya.



Baca artikel penuh...

Isnin, 4 Julai 2011

Kenapa takut Bersih?

Den bukan ahli politik mano-mano. Cume dem muak dengan berita dan isu semasa yang kerajaan mainkan. Den bukan bodoh. Walaupun den tak dapek 1st class masa degree, tapi den ado otak. den raso terhina tengok berita TV sebab akal den lebih banyak menolak apao yang cubo disampaikan. Dulu den buat tak tau jo. skarang ni raso tak buleh tahan pulak.

Den kesian kat makcik-makcik dengan pakcik-pakcik kek kampung nun yang setia sokong kerajaan. Banyak benda yang die orang tak tau. Generasi muda skarang ni rata-rata tolak perti pemerintah ni.

Yang den tak pueh hatinye, asal tak sokong pemerintah pun terus dicopnye pembangkang. Diugutnye macam-macam......

- Jika polis kawal dengan baik, kesesakan lalulintas dapat dikawal dan tak lama. Selepas serah memorandum, orang bersurai.

- Perhimpunan lalu membuktikan peserta tak merusuh kalau polis tak kacau sembur-sembur air.

-perhimpunan bersih yang lalu berjaya menunjukkan cubaan media (rtm dan tv3) untuk menipu perhimpunan tak dapat sambutan. (dalam waktu tengah hari gitu la). Pada hal berpuluh ribu turun KL. Nampak benor bohongnye...

- Negara kerugian berbilion ringgit. Hujjah dangkal. Pelancong domestik / pelancong tempatan yang datang menjayakan bersih boleh menjana ekonomi dalam beberapa jam. Kalau ye pun pelancong kurang datang, pelancong domestik yang datang ramai mengejut tu boleh cover semula. Tak la rugi mane pun.

- Bisnes courier/penghantaran, pemandu teksi, peniaga barang kemas, travel agent tak rugi besar mane pun kalu perhimpunan lancar. Janji tiada provokasi, polis tak kacau, tak sekat. Perhimpunan bersih dulu tak dengar pun laporan kedai barang kemas dipecah masuk semasa tuntutan bersih. Jalan sesak dan ditutup lebih kurang 3-4 jam je. tak sampai pun sehari. Kalau lame tu, polis sengaja tutup jalan buat sesak sebab taknak orang pegi demo.

- Mengapa kerajaan takut sangat orang tuntut pilihanraya bersih. Terasa ke selama ni main kotor masa pilihanraya? Kalau betul ok, benarkan je.

-Mengapa SPR "bo layan" banyak laporan berkenaan undi pos, berpuluh-puluh orang dalam satu alamat mengundi, dan banyak lagi? Lepas tu sibuk kata takde komen tak molek.

- Mengapa tak mahu guna dakwat kekal? Sedangkan terbukti efektif elak orang mengundi dua kali. SPR ada masalah buat pilihan? Dulu umum, kata elok buat macam ni. Tak lama lepas tu tarik balik, kata tak elok pulak. Lidah bercabang!

- Demonstrasi bukan budaya kita. Baik! lepas ni hentikan semua demonstrasi termasuk yang dianjurkan oleh parti pemerintah. boleh??

- ada kenyataan di surat khabar utama yang bengong. menyertai demonstrasi bersih adalah haram di sisi islam (menurutnya kata ilmuan islam). saranan supaya selepas ini, tiap-tiap hari surat khabar tulis besar-besar bahawa membuka aurat itu haram. berzina itu haram. minum arak itu haram. bekerja dan mengiklankan arak itu haram. judi itu haram. terlibat dengan judi itu haram. terlibat dengan riba itu haram.
ini bukan kata ilmuan Islam, ini maksud dari firman Allah dalam Quran.
sila tulis dan paparkan di muka depan setiap hari.

boleh buat utusan dan berita harian?

- kalau selama ni SPR tak telus, macam mana PR boleh menang banyak negeri? Hujjah dangkal juga. Pelajar IPT tahun 1 pun boleh fikir. Ramai rakyat makin muak dengan kerajaan sekarang. Penipuan yang dibuat tak mampu dah nak lawan dengan undi kepada PR yang makin banyak tu. Kalau takde main kotor, silap-silap dah tumbang BN.


Baca artikel penuh...

Ahad, 3 Julai 2011

Menyampah

Menyampah menonton berita di Televisyen.

Menyampah membaca akhbar utama di Malaysia.

Menyampah dengan laporan berita yang berat sebelah.

"buat apa nak demonstrasi macam ni? ini bukan budaya kita! kita merdeka pun secara aman!"

kata seorang brader ketika diwawancara oleh wartawan TV.

Ulasanku:
Brader, lu kasi gunting rambut kasi pendek. Budaya kat Malaysia ni lelaki rambut pendek. Brader mesti tak belajar sejarah kan macam mana Malaysia merdeka. Betul ke orang tanah melayu dulu tak buat demonstrasi, tak berkumpul bantah British dulu? Brader sejarah lulus tak mase SPM? Tak pun brader boleh nasihatkan cara artis-artis sekarang ni berpakaian. Sebab mereka tak ikut budaya di sini la brader.

" peniaga premis yang akan rugi teruk. Mereka terpaksa tutup kedai. Pelanggan tak datang. "

"habis barang-barang orang demonstrasi tu langgar nanti"

Aku kata:
Takde orang pun suruh tutup kedai. Kalau ade pun polis yang suruh tutup. Orang demonstrasi jalan kaki. Takde mase nak merusuh. Dulu tu lari bertempiaran sebab polis yang tembak air. Kalau dah lari, air sembur-sembur, memang la peniaga takut, tutup kedai. Polis tak kacau, takdenye barang-barang luar kedai tu nak rosak kena langgar. Tak tengok lepas perhimpunan BERSIH dulu? Penuh KL dengan orang. Orang ramai-ramai tu datang bawak RM tunai. Mesti belanja jugak kat KL nun. Paling-paling air, air kotak mesti laku. Penat jalan kaki. Dah balik kumpul, takkan tak singgah mane-mane nak shopping? Rugi je datang jauh-jauh dari selatan, dari utara, tapi tak jalan-jalan kat KL ni.

"mereka ni nak cetuskan huru-hara kat Malaysia."
"mereka ni nak memberontak, nak membangkang kerajaan"
"ini perhimpunan haram, pengkhianat"

kate beberape orang brader lain dengan bersungguh-sungguh.

Saye berkate:
Mereka kumpul nak tuntut pilihanraya adil. Sila bace dan cari ape tuntutan bersih. Takde tulis dalam tuntutannye supaye tukar kerajaan, pecat pemimpin, jom memberontak. Tuntutan dibuat supaya SPR telus. Yang SPR panas punggung tak memasal apehal?
Parti BN dan komponennye juge dijemput same. Tapi mereka yang tak mau hadir. Tuntut pilihanraya adil dengan SPR tak boleh ke?
Salah ke jadi pembangkang kat Malaysia? Kalau salah, mengape pulak dibenarkan parti lain bertanding lawan BN? Dah dalam undang-undang Mmalaysia dibenarkan wujud pembangkang. Yang nak marah kenape? Kat luar negara, nun kerajaan selalu bertukar dengan parti lain tak wujud kecoh pun. Obama kat Amerika tu bukan same parti dengan Bush. Bile tukar parti memerintah, takde pun Amerika tu berguling menjunam ekonominye.



Banyak lagi dialog lucu dan menyampah didengar di TV dan radio. Sudahnya berita malas nak tengok.
Baca artikel penuh...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...