Isnin, 29 November 2010

Bermula dengan sedikit

Saya akui saya bukanlah mahir dalam bidang perniagaan. Namun saya mahu juga mulakan sedikit. Hasil perbincangan dengan pasangan mendorong kami menjual pakaian muslimah secara kecil-kecilan, dan dibantu oleh rakan isteri saya.

Hasilnya terbentuklah facebook ini.

InsyaAllah saya cuba yang terdaya untuk membantu isteri mengembangkan ekonomi keluarga. Lagipun modal yang diperlukan tidaklah banyak mana. Kami belum mempunyai syarikat sendiri. Hanya menumpang syarikat rakan dan membantu mempromosikannya untuk permulaan.



Antara koleksi pakaian yang dijual..

Buat permulaan ini, aktiviti yang kami lakukan adalah
1- Menjual tshirt dan pakaian khusus untuk wanita.
2- Perkhidmatan renew road tax dan takaful kenderaan dan juga pelan perlindungan takaful keluarga.

Dengan kemudahan internet pada hari ini, urusniaga dapat dijalankan dengan lebih mudah.

Perkhidmatan renew roadtax contohnya dapat dijalankan online ditambah dengan aplikasi MYEG..Cukai jalan kenderaan akan terus dihantar ke alamat tanpa memerlukan sesiapa membawa geran kenderaan ke JPJ atau pejabat pos.

Semoga apa yang diusahakan ini dapat membuahkan hasil.

Yang penting kita perlu usahakan yang terbaik, ditambah doa kepada Allah..

InsyaAllah jika niat ikhlas, moga Allah permudahkan buat kami.

** sahabat-sahabat yang nak renew road tax kenderaan masing-masing boleh la SMS atau email ye!!
Baca artikel penuh...

Gembira dapat menyumbang

Alhamdulillah saya sangat gembira dengan perjalanan program Ihtifal IISKD 2010 yang berlangsung sebelum tamat sesi persekolahan. Gembira kerana terlibat dan dapat menyumbangkan sesuatu untuk sekolah.

Terima kasih kepada semua warga IISKD yang sama-sama menjayakan Ihtifal kali ini.

Walaupun sumbangan yang dibuat kali ini kecil, saya amat berpuas hati.

Cita-cita mahu membeli satu set conga untuk digunakan oleh pelajar IISKD menjadi kenyataan. Memang rezeki, kerana pemilik asal conga itu memang tak mahukan dan mahu "get rid" conga itu. Tambahan pula ada sedikit kerosakan. Jadi dengan harga hanya RM200, akhirnya sekolah berjaya memiliki set conga yang pertama...

Conga sekolah berwarna merah dan alat muzik tambahan milik sendiri...Cukuplah untuk buat satu band percussionist untuk permulaan.

Saya difahamkan sebelum ini Ihtifal berlangsung tanpa persembahan menggunakan alat perkusi oleh pelajar kerana tiada alat perkusi, tiada pelajar yang mahu bermain, dan lebih penting, tiada siapa yang mahu mengajar!

Berpandukan sedikit kemahiran yang ada dan juga modal sendiri (beli alat muzik), aktiviti melatih pelajar pun bermula pada tahun 2009. Walaupun terpaksa berbelanja besar dengan mengeluarkan modal sendiri , saya rasa perkara ini berbaloi.

(untuk membeli sebuah darbuka aluminium, shaker, djembe Lp Aspire baru dan sebuah djembe Lp secondhand, sudah RM1300 dibelanjakan...jumlah yang agak banyak untuk orang kedekut seperti saya)


Pelajar berbakat? Ya memang ada yang berbakat. Cuma perlukan latihan dan sikap yang positif. Tak boleh malu-malu, perlu rajin berlatih dan berkeyakinan tinggi.

Saya agak terhibur tahun ini kerana pelajar-pelajar yang ingin dilatih begitu bersemangat. Gelagat pula macam-macam. Ditambah pula kehadiran anak Ustaz Akhil Hayy, memang gamat sesi latihan. Walaupun masih belum mahir dan banyak kesilapan yang dilakukan, namun kehadiran mereka bermain alat-alat ini semasa program Ihtifal berjaya menambah seri dan menarik perhatian penonton.

Saya amat berharap walaupun dengan ketiadaan diri ini di IISKD pada masa akan datang, aktiviti ini akan terus berjalan... Baca artikel penuh...

Ahad, 28 November 2010

Hidup penuh dengan dugaan

Tidak dinamakan hidup jika tiada dugaan yang melanda perjalanan hidup kita seharian. ada masa senang dan ada masa susah.

Rasanya semua orang tahu pasang surut, susah senang dalam kehidupan. Namun sejauh mana kita bersedia menghadapinya...Dan bagaimana pula kita mendepani atau mengharungi kesusahan, dugaan yang 'dihadiahkan' oleh Allah kepada kita.

Sediakah kita menerima qada' dan qadar Allah.

Siang tadi sempat menjengah sebentar ke blog Genta Rasa kepunyaan En. Pahrol Md Juoi, penulis yang tidak asing lagi..Membaca artikelnya "Jangan Sombong Dengan Takdir" membuat kan diri terfikir selama ini kita memang banyak bersikap "sombong" atau tidak redha dengan takdir yang ditentukan Allah kepada kita.

Akibat sombong, si Iblis terus menjawat jawatan ahli neraka yang kekal...Somboong dengan takdir, tidak dapat menerima Addam yang diciptakan oleh allah daripada tanah itu adalah lebih mulia berbanding dirinya yang berasal daripada api.

Sebelum diarajkan sujud kepada Adam, Iblis itu ketua kepada malaikat...Ibadahnya kepada Allah sangat hebat..Sujud dan rukuk kita berjuta kali lebih kecil, terlalu kecil jika dibandingkan dengan Iblis. Iblis itu tahu allah penciptanya. Tahu Allah itu maha perkasa, maha agung, maha besar. Tahu perkara yang dibenci dan disukai Allah.

Pendek kata Iblis tahu rukun iman!

Percaya kepada Allah
Percaya kepada Malaikat
Percaya kepada Rasul
Percaya kepada Kitab
Percaya kepada Kiamat
Percaya kepada Qada' dan Qadar

Namun kesombongan dirinya terhadap Qada' dan Qadar Allah membuatkan dirinya binasa...Selama-lamanya....

Bukannya dia tidak tahu apa akibatnya ingkar arahan Allah....

Kita pula bagaimana?

Bukankah ramai manusia yang bergelumang dengan dosa, pada hal tahu akibat dan kesannya..

Tidak keterlaluan dikatakan kita juga ada terpalit dan mengikut kesombongan yang dicerminkan oleh Iblis....Na'uzubillah...

Ya Allah jauhkan kami daripada kesombongan terhadap qada' da qadarMu.

Ikhlaskan dan redhakanlah hati kami mendepani apa jua yang telah Kau tentukan buat kami.
Baca artikel penuh...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...