Ahad, 23 Mei 2010

ALbum Mirwana, Inteam & Unic dan Fareast

Saya memang suka muzik dan mendengar lagu. Dalam tempoh hampir dua bulan ini, saya telah membeli tiga buah cd audio. Terima kasih inteammobile kerana memudahkan urusan jual beli online. Inilah cakera padat yang berjaya dibeli.


Bumi Akhir Usia

Bagi saya, mereka yang mahu mendengar album Mirwana ini perlu berfikiran lebih terbuka tentang nasyid dan muzik. Muzik yang dimuatkan dalam album ini berentak moden. ada elemen rock, balada dan rnb. Bukan berkonsepkan nasyid tradisoanal. Rasanya lebih sesuai disasarkan kepada golongan muda yang hiburan dan muzik yang membawa mesej dakwah. Apapun saya suka album ini.


Nur Muhammad

Kerjasama antara Inteam dan Unique amat baik dalam album ini. Alunan Qasidah daripada saudara Fakhrurazi, Juara Akademi Quran 3 memang sangat memikat. Alunan selawat dalam album ini juga diberi nafas baru, sesuai dengan perkembangan nasyid masakini. Lagu binnabil huda contohnya memang menyegarkan dan sesuai untuk mereka yang gemarkan muzik moden.


Halawatul Iman II

Mereka yang gemarkan alunan qasidah dan taranum memang perlu mendapatkan album ini. Secara peribadi saya sangat tertarik dengan vokal saudara Azwan. Memang lenak dan merdu, lebih-lebih lagi bila dialun dan dilenggokkan dan berada dalam nada suara yang tinggi.

Belilah yang asli. Sokonglah perkembangan industri nasyid tanah air dalam menyebarkan dakwah melalui muzik.
Baca artikel penuh...

Sabtu, 15 Mei 2010

JUDI JUDI JUDI JUDI JUDI

Judi telah jelas diharamkan oleh Allah melalui firmannya dalam Al-Quran melalui ayat 90 surah Al-Maa'idah. Cukuplah dengan dalil yang dikemukakan ini. Banyak juga hadis daripada Nabi junjungan kita Muhammad s.a.w tentang judi.



Keputusan kerajaan Malaysia memberikan lesen untuk membenarkan pertaruhan dibuat untuk perlawanan bola sepak Piala Dunia sangat mendukacitakan banyak pihak. Hal ini telah banyak diulas oleh tokoh-tokoh agama seperti Dr Asri @MAZA (bekas mufti Perlis) dan ahli politik sendiri. Malah saya percaya orang yang bukan beragama Islam juga tidak menyokong idea ini. Walhal penyokong parti kerajaan peringkat akar umbi amat ramai yang tidak bersetuju.

Rakyat didahulukan??

Judi telah banyak membawa kerosakan dalam masyarakat, antaranya kepada institusi kekeluargaan. Berapa banyak keluarga yang musnah, berpecah belah dan hancur gara-gara judi.
Tiada kedengaran pun bantahan daripada menteri-menteri di kabinet. Mana Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat? Mana JAKIM? Mana, mana dan mana?????????

Masing-masing membisu seribu bahasa.


Tidaklah diketahui mana letaknya akal pemimpin yang beragama Islam yang telah "menghalalkan" perkara ini. Mungkin di kepala lutut barangkali.

Sudah terdesak sangatkah Malaysia hingga mahu mendapatkan wang segera melalui cukai judi? Tidak cukup lagikah cukai daripada kasino atas bukit di negeri Pahang? Tidak cukup lagikah dengan kewujudan premis nombor ekor di Malaysia?
Baca artikel penuh...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...