Selasa, 27 April 2010

Jemputan ke Majlis Perkahwinan saya..



Alhamdulillah, saya akan melafazkan akad nikah dengan pasangan pilihan hati pada 11 Jun 2010 di Simpang Renggam, Johor. Jemput Hadir ke kenduri saya di Kampung Melayu, Kluang Johor pada 13 Jun 2010.

Doakan semoga segala urusan dipermudahkan....
Baca artikel penuh...

Isnin, 12 April 2010

Kekejaman Dunia.

Di tengah kekalutan perang di Palestin yang tidak sudah-sudah ini, teringat satu lagu lama kumpulan mirwana yang diberi nafas baru (kalau tak silap nyanyian Salleh Brothers)


Get this widget | Track details | eSnips Social DNA



Align CenterApa sudah terjadi pada dunia
kekejaman ada di mana sahaja
bilakah akan berakhir segalanya

Renungilah dunia kita
kekejaman ada dimana sahaja
hentikan segera segala-galanya

Kehidupan penuh sengketa
kerana kejahilan penghuni dunia
rakyat merana, rakyat tersiksa
kerana kezaliman
insan yang tak kenal erti kemanusiaan

Moral manusia telah luntur
fitrahnya pula semakin pudar
kerna hawa nafsu dan hasutan syaitan

Kita mampu merubah segalanya
jika dihati kita bersungguh
penuh kesabaran jua mujahadah

Oh Tuhan, bantulah kami
berilah kekuatan, tabahkan hati ini
azabmu digeruni, siksamu ditakuti
bimbinglah kami
agar dapat menghindari, azab yg menanti

Ya Rahman, berilah hidayah
kepada semua penghuni dunia
Baca artikel penuh...

Khamis, 8 April 2010

Mari ke Zoo Negara

Para pelajar baru sampai ke Zoo Negara. Masing-masing sudah tidak sabar menyerbu masuk...

Di hadapan pintu masuk zoo. Sedang membuat kiraan. Bukan apa, takut terlebih pula bila balik nanti.

Bertindak selaku ketua rombongan (di atas kertas cadangan). Sedang mengira duit tiket. Tiket untuk 100 orang pelajar dan 9 orang guru telah dibeli.

Aktiviti pertama, melihat pertunjukan haiwan. Masing-masing teruja melihat. Melopong mulut.

Melepaskan rehat seketika sebelum "dikerjakan" lebih teruk oleh pelajar-pelajar.

Seterusnya aktiviti meronda zoo. Pelajar melihat "saudara" di dalam sangkar.

Berhenti sebentar "isi minyak".

Tinggi sungguh makhluk Allah ni...

Ada yang pertama kali melihat zirafah secara langsung di depan mata (termasuklah saya)

"Ustaz tengok sana tu!!!" Akram kelihatan sangat berminat.

Perjalanan 100 orang pelajar diteruskan lagi. Sambil berjalan sambil bercerita.

Ada yang sudah keletihan berjalan memandangkan sudah jauh berjalan. Luas juga Zoo Negara.

"Gajah ni bau die busuk la" kata Muhammad. "Memang la sebab dia jarang mandi" Cikgu Hasmah melayan.

Bergambar sebentar setelah penat menapak mengelilingi zoo.
Baca artikel penuh...

Mari memasak lagi

Kadang-kadang memasak juga boleh meredakan tekanan setelah pening kepala memikirkan kerja-kerja di sekolah. Menu kali ini ialah rendang ayam. Resepi dan cara memasak ini saya temui di saifulislam.com.

BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam (organik, kampung, atau ayam yang agak pejal isinya)
4 helai daun kunyit, dibuang empulurnya dan dihiris halus
5 batang serai, dititik (dihiris) halus
5 biji bawang merah saiz sederhana atau 2 biji bawang besar, dimayang halus
1 inci halia, juga dihiris halus
1 ketul lengkuas, dihiris kepingan
4 sudu besar kelapa kerisik
15 biji cili kering (ubah suai mengikut tahap kepedasan) direndam air panas dan dikisar lumat
Sedikit serbuk kunyit atau kunyit hidup yang ditumbuk lumat
3 sudu besar gula merah
2 kotak santan segera (atau 4 cawan santan pekat)
Garam secukup rasa

Mula memasak


Setelah siap

Cara memasaknya mudah saja. Cuma gaulkan semua bahan dan masak di atas api yang kecil. Cuma saya terleka lambat mengeluarkan ayam setelah masak, jadi ayamnya agak hancur. Namun masih selamat dimakan. Rendangnya gelap kerana saya gunakan gula merah.

Gula merah dimasukkan setelah pecah minyak

Baca artikel penuh...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...